Friday, April 21, 2017

Virus Frust & Forex Scandal Sedang Menghimpit Mahathir

Image result for SKANDAL FOREX DIBUKA SEMUAL

Semalam, Pasukan Petugas Khas mengenai Forex Scandal sudah membuka langkah. Anwar Ibrahim sudah dibawa ke badan penyiasatan untuk menyiasat skandal kehilangan RM44 billion pada zaman Mahathir itu.

Nama nama lain turut disebut bakal dipanggil sebagai saksi. Antaranya adalah Guan Eng, Kit Siang, Mahathir, Daim dan Mohamed Nor Yaakop.

Jika Zuraida dan Azmin gabra hari ini kerana Adam Rosly dicekup, Mahathir pula demam gabra bila kes Forex Scandal ini dibuka semula.

Mahathir yang menjadi “mastermind” bersama Daim pasti sekali tertekan dan dalam ketakutan. Ini kerana apa apa apa yang telah diluahkan oleh Anwar sebagai semasa siasatan “can be a clue" untuk "drill" siasatan semasa Mahathir dan Daim dipanggil nanti.

Maka dalam keadaan sebegini, Mahathir pasti sekali tertekan. Lebih tertekan bila "virus frust" kepada kumpulan elitis 3M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) sedang merebak dalam parti PPBM.

Kapal PPBM di Negeri Sembila terus karam dan tenggelam. "Cikgu Kamarul" keluar terus kerana "frust" bersama sama 821 orang ahli yang lain.


Sebelum ini sudah ramai yang keluar kerana "frust";

1) Baling, 60 orang

2) Rembau, 500 orang

3) Teluk Kemang, 821 orang

4) Pandan, 50 orang

5) Pendang, 50 orang

6) Kerteh, 146 orang

Jumlah yang "frust" sudah 1,627 orang. Khabarnya ramai lagi yang akan buat demikian di Pahang, Perak dan Kedah. Jumlah 1,627 orang ini ramai kerana ianya hampir sama dengan jumlah ahli PPBM di Jerlun dan Langkawi. Dua kawasan yang paling kuat PPBM.

Belum pun dibadai gelombang, kilat pun belum menyambar. Kapal pun belum siap dan belayar. Tiba tiba kapal yang belum siap dan ditambat di tepi pantai ini dah tenggelam dibawa arus.

Parti terkecil dan termuda dalam PH sudah dilanda virus. Semalam, tenggelam juga sebuah parti kawan baik PPBM juga iaitu PBR yang diasas oleh orang kepercayaan Mahathir iaitu Khairuddin dan Ezam.

Mencuri parti orang, tipu alamat pejabat kedai jubin dan daftar nama individu yang tidak wujud. Sudah kantoi berbohong masa daftar parti lagi, belum pun berkempen lagi.

Tatkala PPBM tengah dijangkiti virus "frust" kepada kumpulan elitis ini, datang pula pembongkaran cerita Forex Scandal.


Jumlah Forex Scandal berbeza beza, apakah ada kerja kerja "cover up" pada masa itu. Jumlah kehilangannya amat berbeza dari laporan BNM, dari kenyataan bekas Timbalan Gabenor, Datuk Murad dan juga bekas Gabenor.

Bahkan ia juga berbeza seperti kenyataan Menteri Kewangan pada ketika itu , iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Semua keterangan saksi ini akan merumuskan satu kesimpulan baru tentang kes Forex Scandal. Ini yang buat Mahathir rasa terhimpit dan takut.

Nur Jazlan juga ada menyatakan arwah bapa mentuanya iaitu Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussin sebenarnya menjadi ‘fall guy” dalam isu Forex Scandal ini.

Jazlan mendakwa arwah dipaksa mengaku silap bagi melindungi pihak lain. Ini katanya untuk mengambil “blame” dari pihak yang sebenarnya dalang kepada kehilangan wang negara.


Ramai juga mereka yang berkait dalam hal FOREX ini berkata sebab sebab jumlah tidak sama adalah atas sebab ada wang yang telah dicuri. Sebab sebenar itu ditutup atas nama kerugian.

Selain dari itu , ada juga pihak menyatakan keadilan akan sukar didapati kerana ada juga antara ahli panel itu pernah bekerja dibawah pentadbiran Mahathir. Itu hanyalah satu kekhuatiran semata mata. Apa pun, biar pihak penyiasat rumuskan apakah hasil siasatan nanti.

Apa pun konklusi kepada isu ini, Mahathir sebenarnya amat tertekan. Diharap Mahathir tidak melakukan sesuatu di belakang tabir.

Akhir sekali apa yang dapat kita lihat adalah, Mahathir sendiri sedang dirundung malang.

Mahathir sendiri "frust" dengan hal parti PPBM sekarang. Mahathir tidak kisah pun PPBM hendak lingkup dan gagal sekali pun. Mahathir hanya kisah agenda utamanya sahaja iaitu jadikan Mukhriz sebagai PM tidak gagal. Kalau perlu logo PKR atau DAP, Mahathir akan guna untuk capai matlamatnya itu.

Virus frust yang menyebabkan 1,627 orang sudah keluar PPBM benar benar menghimpit Mahathir. Sebagai seorang doktor, Mahathir sendiri tidak mampu ubati virus frust ini.

1,627 orang, ramai jumlahnya buat PPBM kerana seluruh negeri Kedah pun ada 6,200 orang ahli sahaja. Seluruh Malaysia tidak sampai pun 8,000 orang ahli.

Skandal Forex dan Virus Frust ini benar benar menghimpit Mahathir. Silap silap Kit Siang dan Guan Eng pun ambil kesempatan nanti bila jadi saksi kes Forex.

Diam diam sahaja Mahathir kena dengan dua beranak itu nanti. Itulah sebenarnya yang buat Mahathir rasa begitu takut dan terhimpit sekali.-BERUANG BIRU

Thursday, April 20, 2017

Kelopak Elitis Kuasai PPBM, Macai & Kuli Diterajang Keluar

Image result for ppbm dah berantakan

Pada 9 Ogos 2016, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin selepas mendaftarkan parti serpihan itu dilaporkan berkata - “Matlamat kami adalah kerajaan berintegriti yang bersih dan telus. Tujuannya mewujudkan Malaysia yang adil.”

Itu hanya sekadar kata-kata indah selepas pihak mereka baru sahaja menerima kelulusan ROS. Namun selepas 8 bulan berikutnya, kita sendiri dapat saksikan sedikit demi sedikit dan secara berperingkat para pengasas parti itu mula meninggalkan 'Bunga Raya' berkenaan. Integriti hanya tinggal slogan sahajalah.

Bermula di Baling, kemudian di Rembau, menular ke Pendang, bergolak di Kerteh, bergasak di Pandan dan semalam di Teluk Kemang. Satu persatu kelopak macai dan kuli yang ada dalam parti bunga mulai protes. Mereka merasakan elitis menguasai parti bunga. Menerajang dan menyepak mereka ke tepi bila agihan jawatan mula dibuat. Hanya elitis yang rapat dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz (3M) sahaja layak dikawan.

Mana tidaknya, geng bawahan merasakan ianya bagaikan "di luar bagai madu, di dalam bagai empedu". Kewujudan PPBM hanyalah sekadar mahu menjulang satu agenda peribadi semata-mata iaitu mengangkat Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri (agenda utama Mahathir Mohamad).

Manakala elitis yang lain pula memasang agenda untuk merebut jawatan yang mereka tidak kesampaian peroleh semasa dalam Umno dahulu. Sebab itulah realiti yang berlaku dalam PPBM amat tidak mencerminkan apa yang mereka cuba perjuangkan dan yang mereka cuba canang kepada rakyat. PPBM sekadar sebuah platform untuk memberi tempat kepada golongan elitis untuk berkuasa sahaja.

Lihat sendiri bagaimana para elitis dan geng "penghisap 3M" sahaja yang boleh memegang jawatan tinggi tidak kira di peringkat mana sekali pun. Bagi macai yang kononnya mahu berjuang ini bagaimana? 

Mereka sekadar jadi macai sahajalah. Jawatan apa pun tidak layak kepada mereka. Macai sampai ke tualah. Telan air liur sahajalah mereka. Hirup kuah sahajalah. Geng elitis kenyang makan daging dan isi. Akhirnya kita dapat lihat golongan bertaraf 'macai' dan kuli yang tidak mahu iktiraf golongan elitis ini sedikit demi sedikit akan diterajang keluar secara halus dari parti. Bagi 'macai' dan kuli yang menyokong pula akan dipergunakan bulat-bulat agar agenda peribadi Mahathir tercapai.

Semalam "cikgu Kamarul" sudah keluar dari parti bunga. Semalam juga dia diserang kononnya isterinya diugut dan sebagainya. Itulah sahaja yang geng elitis boleh tuduh bila sepak keluar Cikgu Kamarul.

Hanya kelopak elitis kekal dalam bunga. Lain lain kelopak yang bertaraf macai, orang bawahan dan kuli perlahan lahan akan diterajang keluar dari parti bunga.

Mahathir tidak peduli pun apa hendak jadi pada mereka. Mahathir hanya kisah satu benda sahaja, iaitu jadikan anaknya sebagai PM.

Untuk capai matlamat itu Mahathir sudah sanggup kawan dengan DAP dan sanggup kawan dengan peliwat bernama Anwar. Apalah sangat kalau hanya macai dan kuli yang keluar parti. Mahathir tidak pandang pun, Mahathir hanya buka mata pada elitis sahaja. - BeruangBiru

Wednesday, April 19, 2017

BUNGA TERKULAI LAYU..


1. Di Tanjung Bendahara mereka cuba menyuap RM200 setiap keahlian baru namun sambutan tidak seberapa.

2. Di Pendang, pimpinan sedia adanya adalah pencuri isteri orang lalu usai edah melangsungkan nikah di Siam.

3. Di Alor Setar, kerja mereka tidak lebih sekadar menjadi parasit dengan huru harakan keharmonian penduduk beberapa buah kampung termasuk di Seberang Perak.

4. Di Kuala Kedah sendiri sentimen cuba diapi apikan dengan kerjasama PAN dan beberapa kerat keteloi oportunis namun impaknya tidak menyeluruh.

5. Di Baling dan Sik ianya ibarat hidup segan mati tak bertanda sementera di Sungai Petani hadirnya Bunga ibarat syok sendiri tanpa mampu menggamit kumbang untuk dekatinya. 6. Hatta di Jerlun dengan berbekalkan sedikit dedak ianya hanya mampu menarik cebisan apa yang dikatakan kelompok bang long dan ayahanda..itupun mereka hanya menunggu masa, jika dedak tidak bersambungan maka Bunga disana hilanglah serinya.

7. Jelas penubuhannya atas dasar kecewa. Ahlinya terdiri dari mereka yang sarat masalah peribadi dan tatkala dalam UMNO dulu spesis inilah yang jadi punca kacau bilau dalam parti.

8. Alhamdulilah pembersihan secara dalaman berlaku dengan izin Allah.

9. UMNO bukan sahaja lebih segar, kental malah semangatnya meningkat kali ganda.

10. Kini satu persatu tenaga penggerak Bunga keluar meninggalkan parti. Sehingga hari ini belum pasti dibenatangkan apakah tujuan dan dasar perjuangan parti ini.

11. Borang keahlian yang gah dihamburkan kononya laris bagai goreng pisang hakikatnya jumlah dikembalikan dan yang terisi menjadi ahli hingga kini takut benar untuk diistiharkan.

12. Bunga kian digasak hebat dengan kronisme dan pakatan dalaman. Pelahap kuasa dan jawatan. Struktur yang kurang jelas menunjukkan Penasihat dan Timbalan Presiden lebih berkuasa dan membuat keputusan tanpa merujuk pada Presiden.

13. Bunga bukan sekadar menjadi parti penumpang dalam pakatan malah kehadirannya dalam kancah politik negara ibarat kapal layar yang usang dan bocor sana sini tapi nakhoda dan kelasinya gah menyatakan Kami akan belayar merentasi lautan luas.

14. Benarlah Bunga bukan sahaja kian layu malah bila ia gugur dan menyemakkan pandangan dan bertaburan dijalanraya pasti akan disapu pekerja E Idaman untuk akhirnya ditongsampahkan..

Catatan Boboi FC.

Boboi Memang Mat Blurrrr Setelah Disahkan Secara Rasmi


MUKHRIZ TERASMI SELAKU MAT BLUUR: SEPINTAS LALU SIDANG DUN KEDAH.

1. 82 SOALAN bertulis, 95 soalan mulut dikemukakan dengan hanya 1 soalan berkaitan air ditanya itupun Mukhriz Mat Bluur boleh merungut dlm IG NYA kenapa persoalan penting berkaitan air khususnya persediaan menjelang Ramadhan tidak disentuh kerajaan negeri kali ini.

2. Inilah spesis bodoh dan bebal. Ego sombong.Jika soalan tak dikemukakan bagaimana mungkin jawapan mahu diberikan.

3. Dan apabila diteliti soalan yang dikemukakan Mukhriz jelas 2 perkara. Pertama soalan bersift meroyan yang menyentuh dasar utama yang memerlukan tindakan dan iltizam pelaksanaanya oleh seorang MB.

4. Nyata apabila Bashah berupaya melaksankan tugasnya lebih baik berbanding Mukhriz maka timbul keluh kesah dihatinya dan mulalah meracau bertanyakan soalan bluur.

5. Demikian juga soalan beliau banyak dikutip dari fb, tepi jalan tanpa sandaran kajian kukuh atau dari sumber yang jelas. Apa signifikan soalan beliau rasional kerajaan negeri merobohkan Stdium Darul Aman.

6. Adakah stadium dirobohkan? Bila dikeluarkan kenyataan rasmi yang menzahirkan stadium akan dirobohkan.Keputusan EXCO bilangan ke berapa yang meluluskan perobohan?. Jawapannya tidak wujud langsung jawapan bagi soalan tilikan bersifat bluur yang ditanya itu.

7. Apa sekadar yang ada ialah cadangan draf pembangunan struktur MBAS 2017-2035 yang mencadangkan tapak stadium sedia ada dipindahkan ke tapak lebih sesuai selaras dengan kepesatan urbnisasi dan sebagai keperluan jangka panjang.

8. Demikian juga bluur dan kelirunya beliau berhubung litar lumba. Dengan kos 30 juta litar lumba ini memang bertaraf antarabangsa dan sesuai serta boleh digunakan untuk perlumbaan F3. Namun tumpuan lebih kepada penganjuran cup prix kerana ia sesuai dengan konsep litar lumba rakyat untuk gilap potensi pelumba biasa dari kalangan marhein. Itu tujuan pembinaan litar ini. Bukannya seperti Sepang yang digahkan. Menjadi penganjur bertaraf global dengan wang rakyat dihabiskan setahun 400 juta namun tiada seorangpun kelibat pemandu dari Malaysia.

9. Demikianlah Mukhriz. Sikap bluur dan meroyannya makin teruk setelah hilang jawatan MB. Bertepatan gelaran diberikan Mahfuz Bean @ Biadap pada Mukhriz dengan gelaran Mat Bluur. Jika Mukhriz kian Bluur maka hari ini tanggal 10 April pula Mahfuz menambah stu lagi gelaran dirinya dengan cuba mensarkas dan badutkan kemuliaan sidang DUN KEDAH.

10. Apabila Bluur digabungjalin bersama Sarkas maka lengkaplah satu ikatan kelompok BADUT BERGENTAYANGAN. Fokus tiada arah tujuan.

11. Maka hiduplah mereka dalam ilusi berterusan..ada ataupun tiada tidak membawa sebarang keuntungan. Melainkan merasa diri bak merak kayangan..tapi hakikatnya adalah gagak pemakan bangkai...

Catatan Mat Bluur FC.

Wednesday, April 12, 2017

HISTORY OF MAHATHIR S/O ISKANDAR KUTTY @ MAHATHIR BIN MOHAMED



 Facts about Mahathir that you need to know

- Tun Dr Mahathir bin Mohamed’s real name is Mahathir s/o Iskandar Kutty. He was born Mahathir s/o Iskandar Kutty and named Mahathir s/o Iskandar Kutty @Mahathir Mohamed.

- Dr Mahathir was born on December 20, 1925, in Alor Star, the capital of the northern state of Kedah.

- Dr Mahathir started life NOT as a Malay but a Malayali – (Karala Couchin) the people of Kerala in south INDIA, where his father (Iskandar Kutty) came from.





Kerala, India Homeland of Dr. Mahathir's fore-fathers

-  His father (Iskandar Kutty) was a school teacher of Indian origin, specifically Malayalee (Mamak) (people who speak Malayalam, not to be confused with Malay)

-  His father (Iskandar Kutty) (a Mamak) migrated from the southern state of Kerala, India, while his mother (Wan Tampawan) a Kedah-born, was a Malay.

- . Despite being only half Malay and having acknowledged his Indian heritage, Dr Mahathir generally considers himself to be Malay, and is known for the use of fiery rhetoric designed to invoke feelings of Malay nationalism, i.e. the term Ketuanan Melayu, or “Malay Supremacy/Lordship.

-  At university in Singapore, Dr Mahathir was listed as an INDIAN.

-  Dr Mahathir had kept hidden his little secret – that he is an Indian Muslim (Mamak).

- Dr Mahathir has been quick to promote himself as the embodiment of “Asian” identity and values, with diatribes against the west, usually couched in racial terms. Yet, despite his trumpeting of Asian identity, Dr Mahathir appears ASHAMED to admit his Indian heritage.

- ‘In his new book, A New Deal for Asia, he writes about his father in such a way as to imply that he was a Malay dedicated to the improvement of his fellow Malays rather than the hard-working Indian immigrant and government servant that he was. No mention of Dr Mahathir’s Indian Muslim background ever appears in the media. The subject is taboo.’ -Philip Bowring

- Dr Mahathir is the fourth Prime Minister of Malaysia, which he held for 22 years. From 16 July 1981 – 31 October 2003

- Dr Mahathir is Malaysia and Asia’s longest serving Prime Minister.

- Dr Mahathir’s political involvement is filled with events and significance where he started being active in 1945. He joined the Umno in 1946.


- Dr Mahathir was first elected into the Parliament in the 1964 general elections via the Kota Setar Selatan seat with more than 60% majority votes. The following elections (1969) saw him losing the seat by 989 votes after declaring that he did not need to win through Chinese votes.

- Following the race riots of 13 May 1969, Dr Mahathir wrote a letter, (which was widely distributed) to the then Prime Minister Tunku Abdul Rahman, criticizing the manner in which Tunku Abdul Rahman had handled the country’s administration favoring the ethnic Chinese. For doing that, he was expelled from Umno.

- Some of the more controversial happenings under Dr Mahathir‘s leadership include removing of the veto power and the Royal immunity from prosecution. Before he took on this action, passing of any bill of law required royal consent but with what he took on, royal assent is considered legal after a 30 days period.

- Dr Mahathir was also known to be responsible for the removal of Tun Salleh Abas, the Lord President of the Supreme Court together with 3 other Supreme Court Justices prior to the investigation of misconduct hearing of Umno, the party that he is also the president.


- Dr Mahathir announced his resignation from UMNO on 19 May 2008 & 29 Febuary 2016.


Note:


“MAMAK” a term (derived from a TAMIL word meaning UNCLE) used in Malaysia to describe the Tamil Muslim community (Wikipedia) but Mahathir not a mamak because his Karala Couchin?!!!

Monday, April 3, 2017

PPBM, Bermaksud Parti Penuh BerMasalah


Selamatkan "parti sendiri dulu”, itu yang paling sesuai untuk diamal dan diusahakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

PPBM yang diketuai oleh Mahathir dan Muhyiddin mengembara ke seluruh Malaysia dalam kempen memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib dengan tema “Selamatkan Malaysia”. 

Malangnya parti mereka sendiri yang harus diselamatkan terlebih dahulu. Ketua Armada mereka iaitu Syed Saddiq, telah pun menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran ke Universiti Oxford.

Semua orang menyangka ia hanyalah kehendak peribadi seorang individu untuk masa depannya.

Namun apabila disiasat dan diselidik ianya ada kaitan dengan beberapa hal dalaman parti PPBM yang tidak molek. Boleh dikatakan ada pergolakan dan Ketua Armada melihat tiada masa depan dengan parti yang ditubuhkan secara mengejut ini.

Syed Saddiq mahu selamatkan dirinya dari parti bermasalah. Ainina awal awal sudah "selamat" kerana isu salam empat kali. Kemudian desas desus tersebar, kononnya Muhyiddin mahu membuat U-Turn mahu keluar dari PPBM. Desas desus ini masih di peringkat khabar angin sahaja.

Walaupun begitu , orang kanan dan yang rapat dengan Muhyiddin ada juga menyampaikan kisah bagaimana Muhyiddin berang dengan tindak tanduk Mahathir sebagai Pengerusi. Mahathir telah bersikap terlebih sudu dari kuah.

Sepatutnya Mahathir , jika telalu ghairah membuat kenyataan bagi pihak PPBM , seharusnya dia melantik dirinya sendiri menjadi Presiden dan bukannya Pengerusi.Keadaan ini mengakibatkan Muhyiddin tidak di pandang oleh sesiapa pun dari kalangan komponen Pakatan Harapan walaupun bergelar Presiden kerana mereka mengetahui Mahathir adalah orang yang “call the shot” dalam PPBM bukannya Muhyiddin.

Ini mengesahkan tabiat Mahathir yang sudah diketahui , iaitu suka menggunakan orang lain untuk tujuan politiknya. Dalam konteks ini, Mahathir mempergunakan Muhyiddin untuk membina struktur parti , iaitu kerja taraf “barua”. Setelah wujud struktur, Mahathir dan anaknya Mukhriz hanya perlu bertenggek sahaja kepada hasil kerja Muhyiddin.

Cukup masa , Muhyiddin pun akan diterajangnya keluar. Apa tidaknya 22 tahun UMNO memberi kemewahan , kuasa, kekayaan pun Mahathir tidak kenang budi. Apakah Mahathir mahu kenang budi Muhyiddin? Terkini , Timbalan Presiden GKCM iaitu Mohd Zin Mustapa telah memberi kenyataan tidak menyokong kepimpinan Tertinggi PPBM.

GKCM yang dikenali sebagai salah satu pihak yang terawal mengambil pendirian berlawan dengan Datuk Seri Najib kini mula menyesali pendirian menyokong PPBM.

Menyebut “banyak kepincangan dalam PPBM” sebagai salah satu sebab penarikan sokongan GKCM terhadap parti yang amat baru ini, jelas menunjukkan betapa PPBM sebuah parti “kapal hendak karam”. Umum harus tahu PPBM tertubuh atas sebab “tidak sengaja” kerana Mahathir tidak menjangkakan Najib berani membuang tiga orang ternama dan berpengaruh secara sekaligus.

Kalau tidak dibuang, Mahathir mahu gunakan tiga orang ini untuk merosakkan UMNO.

Maka atas sebab itu wujudlah Pelan B , iaitu kesinambungan untuk sambung nyawa politik Muhyiddin dan anaknya Mukhirz, maka satu platform baru harus diadakan, maka tertubuhlah PPBM.

Parti PPBM yang baru setahun jagung bak kata “dakwat belum kering” sudah banyak masalahnya tersendiri. Perebutan kawasan , pertindihan dua puak dalam satu bahagian , perlantikan Ketua Bahagian cara payung terjun dan lain lain kini seolah menjadi bisul menunggu nanahnya pecah sahaja.

Bagi parti yang belum cukup umur , ini adalah petanda ia akan hancur sebelum apa apa pun.

Selain ada masalah yang akan menyebabkan PPBM dalam “self destruction”, PPBM juga menjadi masalah kepada komponen lain dalam Pakatan Harapan. Kehadhiran Mahathir yang mahu “hijack” Pakatan Harapan menyebabkan ramai pihak dari kalangan komponen tidak senang hati.

Berlakulah perpecahan dalam DAP dan PKR. Puak DAP dan PKR juga tidak puas hati dengan PPBM. Mereka dididik membenci UMNO dan Mahathir , kini mereka diajar untuk berlaku songsang pula dengan terpaksa menerimanya ke dalam dakapan mereka.

Pada asalnya PPBM tidak ada dalam perancangan untuk ditubuhkan Mahathir. Ini kerana kepentingan Mahathir hanyalah hal peribadi, harta dan kuasa.

Untuk urusan harta itu sahaja yang memerlukan kuasa. Itulah sebabnya Mahathir mahukan kuasa. Terlalu obses pada kuasa. Pada perkiraan Mahathir, kuasa boleh didapatinya melalui kerjasama peribadinya dengan DAP. Itulah caranya. Sebab itu Mahathir sudah berkira kira mahu memberi anaknya bertanding di kawasan selamat DAP.

Paling penting untuk Mahathir adalah Mukhriz mesti berjaya menjadi ahli Parlimen, lalu selepas itu dengan dananya yang banyak , maka kerja jual beli dan negotiasi boleh lah dilakukan.

Namun apabila Muhyiddin dan mereka yang lain mengesyorkan penubuhan PPBM , maka Mahathir terpaksa berlakonlah menyetujuinya untuk tidak terlihat pentingkan diri sendiri.

Kini dengan tercetusnya sebaran media oleh Timbalan Presiden GKCM berkenaan kisah dalaman PPBM , nyata sekali dan jelas sekali lah PPBM adalah sebuah parti yang bermasalah.

Selain tidak mendapat sokongan masyarakat dengan keahlian paling sedikit, ia juga miliki masalah lebih besar dari parti komponen PH yang lain. Apa yang bermula dengan tidak elok akan berakhir dengan tidak elok juga.

PPBM wujud kerana penipuan alasan dan matlamat oleh Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mengambil kesempatan dari kedudukan dan namanya, Mahathir dengan tipu muslihat serta fitnahnya berjaya membuat rakyat mempercayainya, tetapi tidak selama lamanya rakyat akan terus tertipu.

Kerja jahat sentiasa tidak mendapat keredhaan Allah, ada sahaja “setback” yang dihadapi oleh Mahathir pada setiap perkara yang dia lakukan.

Kini, Malaysia masih dalam keadaan selamat di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, yang tidak selamat adalah parti PPBM. Mereka dilanda pelbagai masalah sekarang. Penuh dengan orang yang berskandal, elitis pencen yang kecewa dan kroni sendiri. Rakyat biasa sukar tembus hirarki tertinggi dalam PPBM.

Sila selamatkan parti sendiri dahulu sebelum mahu selamatkan Malaysia.-BeruangBiru