Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, July 12, 2022

Pisang Dengan Beruk Tidak Pernah Berpisah

  “Internet Tidak Pernah Lupa”

Trojan horse atau Mole itulah ungkapan yang diberikan oleh Raja Petra kepada Lokman Noor Adam.

Semalam dengan bangga Lokman berkongsi hantaran Facebook Raja Petra untuk menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Ismail Sabri Yaakob.

Maka Laskar-Laskar Siber Lokman bagaikan hilang akal menghentam PM dan juga beberapa pemimpin lain seperti Annuar Musa. Mereka lupa Lokman ni juga Raja Petra panggil Trojan Horse untuk merosakkan UMNO dari dalam.

Siapa yang Lokman tak pernah hentam? Hishammuddin Tun Hussein, Mohamad Hasan (Tok Mat) dan Presiden sendiri dia pernah hentam.

Macam-macam gelaran dia pernah berikan kepada pemimpin UMNO sendiri. 

Cuma seorang je yang Lokman takkan usik iaitu Najib Razak. Ialah pernah dilantik Pengarah Komunikasi MOF dahulu.

UMNO sekarang dah pelik, bekas-bekas PKR diangkat dan diberi jawatan yang tinggi. Contoh Lokman Adam sendiri dan terbaru Zamil Ibrahim.

Yang lebih pelik ada ahli UMNO percaya dengan Lokman Adam si Trojan Horse ini!

Makin lama makin kelongkang pemikiran sebahagian yang mengaku berjuang untuk UMNO ni.. mereka ada yang berlakon saja.

Muka2 ni semua majoriti telah ditolak rakyat mahupun akar umbi UMNO sebenarnya. Kepala sama macai2 jer cakap yang akar umbi serta rakyat mahu padahal itu hanya dusta saja 

Sebaiknya Tuan Presiden buat Pemilihan baru yang lagi afdal. Kita tahu sapa disebalik game ni.. Presiden digunakan oleh bekas Presiden sebenarnya. 

Hahaha


KENAPA ANWAR IBRAHIM MASIH BELUM JADI PERDANA MENTERI?

GILA-GILA POLITIK MALAYSIA

Ada orang tanya, jika betul dua kali Ahli-Ahli Parlimen UMNO signed SD sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kenapa sampai sekarang Anwar Ibrahim masih tak jadi Perdana Menteri?

Jawapan dia mudah saja.

Memang betul ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO tandatangani SD sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Perkara ini diakui sendiri oleh mereka yang tandatangani Surat Akuan Bersumpah tersebut.

Antaranya,  Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas. Dua kali Nazri Aziz kata dia signed.

Selain Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman yang mengaku tandatangani SD atas permintaan Presiden UMNO, Nazlan Ahli Parlimen Jerantut juga pernah mengaku dia juga dua kali signed SD.

Kenapa Anwar Ibrahim masih belum jadi Perdana walaupun beberapa kali mengaku dia ada strong, convincing, formidable numbers untuk jadi Perdana Menteri?

Sebabnya mudah.

UMNO ada 38 orang Ahli Parlimen kesemuanya. Bukan semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO setuju dengan Presiden UMNO untuk sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Selain 38 Ahli Parlimen UMNO, ada 4 lagi Ahli-Ahli Parlimen mewakili parti-parti komponen BN. Mereka juga tidak bersetuju sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Rujuk perkara-perkara yang berlaku pada Ogos tahun lalu bila 15 Ahli Parlimen UMNO umum tarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 

Hanya 15 orang saja berbuat demikian. 23 orang lagi Ahli-Ahli Parlimen UMNO kekal sokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Pendirian yang tidak serupa atau sama dengan Presiden UMNO dan Penasihat BN.

27 orang Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ambil pendirian untuk kekal sokong Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri.

Sebenarnya, pendirian 27 orang Ahli-Ahli Parlimen BN (termasuk 23 orang Ahli-Ahli Parlimen UMNO) telah menyelamatkan negara dari mendapat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tindakan dan keputusan diambil mereka juga telah menghalang DAP dan PAN kembali jadi Kerajaan Persekutuan. Mereka kekal pegang ketetapan "No Anwar No DAP".

Semasa Anwar Ibrahim menghadap Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan bukti dia sudah ada cukup sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hanya bawa surat-surat sokongan atau surat-surat akuan Ketua-Ketua Parti sahaja.

Anwar Ibrahim telah gagal bawa bukti (SD sokongan) dia ada cukup sokongan daripada setiap Ahli-Ahli Parlimen. Ini sebab kenapa Anwar Ibrahim masih jadi PM in-waiting atau PM TEPI.

Mengikut sumber, hanya 18 orang Ahli-Ahli Parlimen UMNO disenaraikan telah bersetuju menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam lampiran "surat Presiden UMNO" kepada Istana Negara.

Senarai nama sahaja, tiada SD disertakan sebab SD hanya ditandatangani dan dikumpul pada November. Anwar Ibrahim menghadap Yang DiPertuan Agong pada bulan Oktober.

Nota: Tajuddin Rahman bekas Ahli MKT Lantikan Presiden UMNO dedahkan memang betul ada surat Presiden UMNO kepada Istana Negara sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Presiden UMNO juga tidak pernah buat laporan polis mengenai surat itu.