Sunday, August 28, 2022

Hanya 3 Entiti Boleh Kemuka Pengampunan DiRaja

Ramai yang bercakap pasal Pengampunan DiRaja, namun mereka langsung tidak mahu ambil tahu bagaimana dan siapa yang boleh memohon atau siapa yang boleh mewakilkan banduan bagi permohonan mendapatkan Pengampunan DiRaja ini.

Pertama sekali kita kena faham, bukan semua orang boleh memohon Pengampunan DiRaja seperti yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.. Permohonan hanya boleh dibuat oleh 

1. Banduan

2. Ahli Keluarga atau Waris

3. Peguam

Baru baru ini ada satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) pergi menghantar Petisyen ke Istana bagi memohon Pengampunan DiRaja untuk DS Najib kepada YDP Agong..

Untuk makluman, tindakan tersebut bukanlah satu kesalahan, tetapi tindakan tersebut merupakan satu perbuatan yang sia sia sahaja.. Ini kerana, NGO tidak termaktub sebagai entiti yang boleh memohon Pengampunan DiRaja bagi mana mana banduan.

Kedua, semalam Zamil Ibrahim dalam posting Facebooknya ada menyatakan bahawa, dia mahu PM tunjukkan keprihatinan dan semangat setia kawan dalam parti dengan meminta PM mengeluarkan surat kepada Istana atas tujuan memohon Pengampunan DiRaja bagi pihak DS Najib.

https://fb.watch/f8vsFZ8J1C/ 

Sekali lagi dinyatakan disini, Perdana Menteri juga bukan entiti yang boleh memohon Pengampunan DiRaja kerana PM bukan Ahli Keluarga atau Peguam kepada DS Najib.

Jadi disini, apabila kita tidak memahami struktur perundangan dan perlembagaan dalam negara, maka kita akan diperguna serta diperbodohkan oleh manusia seperti zamil ini dan sekaligus mengheret kita melakukan perbuatan yang sia sia seperti memfitnah.

Begitu juga ada sesetengah pihak yang akan mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa PM DS Ismail Sabri tidak mahu membantu DS Najib untuk mendapatkan pengampunan DiRaja. 

Sedangkan ianya sangat jelas dalam perlembagaan negara bahawa, PM bukanlah entiti yang boleh memohon bagi mendapatkan Pengampunan DiRaja ini..

Malahan Zamil dalam posting videonya juga menggunakan terma 'tanggapan rakyat dan ahli umno' sebagai perisai untuk dia mengatakan bahawa DS Ismail Sabri terlibat dan bersubahat memenjarakan DS Najib. 

Sedangkan kita tahu Kes tersebut telah berjalan sejak zaman PH memerintah lagi.

Kenyataan zamil ini buat boleh menyebabkan rakyat dibawah menjadi keliru, sekaligus boleh mencalar krediabiliti DS Ismail Sabri sebagai seorang Perdana Menteri dan Zamil seharusnya disiasat.

Oleh itu pastikan anda benar benar faham sebelum anda terheret lebih jauh dengan permainan politik murahan ini..

Jagindas

No comments:

Post a Comment