Wednesday, August 24, 2022

Kena Faham Dahulu Bab Pembubaran Parlimen

Perdana Menteri Malaysia Ke-9, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob tidak memiliki kuasa untuk bubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15). 

Kuasa mutlak tersebut terletak di bahu Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Mustoffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah. 

Kuasa ini tidak langsung boleh dicabar oleh mana-mana pihak waimah Mahkamah Undang-Undang sekalipun.

Prerogatif Di-Raja ini hanya boleh menjadi terbatal melalui pelbagai tindakan politik mendadak di luar batas Perlembagaan Negara (Extra-Constitutional Measures).

Antara pelbagai tindakan politik mendadak di luar batas Perlembagaan Negara ini termasuklah rampasan kuasa ketenteraan (Military Putsch).

Tindakan rampasan kuasa ketenteraan ini bukan sesuatu yg asing di dalam lipatan sejarah Negara.

Ianya pernah berlaku pada tanggal 14 Mei.1969 sebagai budi bicara olen Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Satu RAMD) dan Markas Garison Kuala Lumpur utk menangani keadaan rusuhan kaum tidak terkawal di Ibukota yang tercetus sehari sebelumnya.

Ini berlaku setelah pihak berkuasa sivil seperti Kabinet Persekutuan, Parlimen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbukti tidak berkemampuan membendung kegawatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu yang timbul ekoran Pilihanraya Umum 10 Mei 1969.

Rampasan kuasa tentera sehari oleh Satu RAMD inilah yang membolehkan Tim Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussen dilantik Pengarah Operasi Kerajaan Dharurat Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diberi kuasa mutlak bersifat dikri (decree).

Kuasa dikri yang diberikan kepada Pengarah Operasi Kerajaan MAGERAN ini mengatasi kuasa ketiga-tiga cabang Kerajaan Persekutuan Malaysia yakni Eksekutif (Kabinet), Legislatif (Parlimen), dan Kehakiman (Mahkamah).

Kepada yang suka membising bab bubar kena faham dahulu yer penerangan diatas. Kerajaan sekarang ni Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Baginda sendiri dah perkenankan titahnya.

Apakah Korang semua nak menderhaka pada titah YDP Agong! 

Daulat Tuanku

No comments:

Post a Comment