Friday, August 26, 2022

Kronologi Sebenar Pendakwaan Kes SRC Terhadap Najib Razak

Najib Razak sepatutnya perlu fokus untuk membela diri dengan meyakinkan Hakim Mahkamah Persekutuan bahawa Hakim Nazlan telah terkhilaf membuat penilaian berkaitan pembelaan yang telah di kemukakan, bukannya bersumpah laknat atau asyik cuba tukar Hakim, tukar Peguam segalanya. 

Sebenarnya pada permulaan bicara lagi Najib Razak tersilap kerana beliau seharusnya melantik seramai yang mungkin Barisan Peguam Professional untuk mewakili beliau. Baru pelbagai idea bercambah. Baru senang membuktikan ada kesilapan dalam Pendakwaan. Ini hanya TS Shafie Abdullah sorang.. memang letih la. 


Apa yang Najib Razak buat sekarang sedang memburukkan lagi keadaan. Secara tidak langsung memang Najib Razak sendiri yang umpan kesalahan itu milik dia. 

Bila admin tulis Najib Razak perlu fokus kepada pembelaannya, bermaksud Najib perlu yakinkan Hakim Mahkamah Persekutuan bahawa:-

1.  Memang betul dia tak tahu pun duit yang masuk ke akaun dia tu adalah dari sumber yang tidak sah.

2. Dia di tipu dan di kelirukan oleh si polan dan si polan berkaitan sumber duit tu.

3. Dia dah cuba membuat pengesahan sumber duit sebelum belanja dan memang sah setahu dia, duit tu bukan dari sumber yang tidak sah.

Jadi ini 3 pembelaan utama yang Najib kena fokus hujahkan di mahkamah.

Tapi kenapa peguam dia tak buat benda ni???? Kemungkinan tak terfikir ke apa tak tahu la. 

Pasal kononnya ada penghakiman awal kes Najib dah bocor hari ini, admin hanya boleh kata menyatakan kemungkinan ini.

KALAU DOKUMEN ITU TULEN 

a) Sebab hari tu belum 26 hb, pihak berkenaan boleh je menafikan ketulenan dokumen.

b) Kalau buat repot polis pun hari tu, ingat polis nak siasat ke?

c) So, sebenarnya silap terlalu besar dokumen itu di dedahkan hari tu. Kenapa tak sabar

d) Sepatutnya kena buat akuan sumpah je dahulu untuk lock tarikh perolehan dokumen tu hari tu. Tahu ke tidak sebenarnya?

e) Dan pada 26 hb nanti, kalau comfirm sebijik2 alasan penghakiman seperti dokumen yg di perolehi hari ini, maka barulah kandungan SD bertarikh hari ini akan ada value.

f) bukan mendedahkannya sekarang sebab pihak berkenaan boleh je nafikan dan edit buat lain.

g) Dan kalau 26 hb nanti betul sebijik keluar alasan penghakiman maka ianya boleh di jadikan Alasan kukuh team Najib utk mengetepikan Keputusan Mahkamah Persekutuan

h) Tapi ghairah sangat dedahkan hari ini, maka berterusanlah Najib kena sabotaj dengan geng dia sendiri.

Bila dah tersentak Mula menyalahkan sana sini pula... Seperti yang tengok la lepas tu. 

BUKAN ASYIK SALAH STRATEGI JE KORANG NI.

PENDAPAT A-H SAYA DI ATAS KALAU DOKUMEN ITU TULEN LAH

TULEN ATAU PALSU KITA HANYA AKAN TAHU PADA 26 HB NANTI... 

WALLAHUAKLAM

Beza Kes Anwar Ibrahim dengan Kes Najib Razak... 

1. Anwar guna 10 orang peguam terkenal serentak untuk membelanya sedangkan Najib hanya guna seorang Peguam terkenal untuk membela dirinya.

2. Anwar mendapat sokongan fizikal hampir keseluruhan pemimpin parti politik sedangkan Najib tidak kelihatan mendapat sokongan fizikal pemimpin parti politik nya.

3. Team media sosial Anwar sentiasa menerangkan isu pembelaan dalam bahasa mudah di fahami awam manakala team media sosial Najib sendiri tak faham apa pembelaan Boss mereka. Tapi Team Media Sosial Najib banyak yang sampaikan bercelaru dan banyak sangat main sentiment. 

4. Anwar memainkan istilah konspirasi dan pendakwaan politik secara berkesan manakala Najib langsung tak pakai istilah berkenaan ... 

5. Anwar berjaya mendapatkan simpati rakyat, ribuan orang turun memenuhi mahkamah untuk menunjukkan simpati manakala Najib tidak mengheret rakyat untuk bersimpati dengannya.

6. Anwar tidak kelihatan berseorangan menghadapi kes mahkamah manakala Najib di lihat berseorangan menghadapi segalanya.

Najib Razak hanya ada 2 pilihan selepas ini.

1. Semakan Semula hukuman di Mahkamah Persekutuan

2. Pengampunan DiRaja minima selepas 3 bulan menjalani hukuman.

Admin bersimpati dengan Najib Razak tapi itulah takdirnya untuk beliau.

Najib Razak hanya mengemukakan 3 pembelaan di Mahkamah Tinggi.

1. Dia tak tahu duit RM42 juta itu datang daripada sumber SRC

2. Dia menjadi mangsa komplot oleh Jho Lho, Azlin Alias, Nik Faizal dan beberapa pegawai bank yang menguruskan hal akaun peribadi dia.

3. Jadi dia tiada niat "mens rea" utk menyalahgunakan kuasa dia utk kepentingan peribadi sebab dia percaya berdasarkan cakap orang2 kepercayaan dia, duit dalam akaun dia tu adalah bersih dan bebas utk dia gunakan.

Bagaimana nak buatkan Mahkamah percaya kepada ketiga2 pembelaan Najib Razak ini?

a) Dia kena bawa saksi untuk mengesahkan memang Najib tak tahu duit tu datang dari sumber SRC sebab dia busy sangat dengan kerja rasmi negara.

b) Dia kena bawa Jho Lho, Nik Faizal (Azlin dah meninggal tak boleh la)ke kandang saksi untuk mengesahkan dan mengaku bahawa mereka dah scam bos mereka.

Namun Najib gagal membawa saksi2 ini utk membela dirinya. Jika Najib Razak dan Barisan Peguam termasuk Orang2 dia leh la lantik Penyiasat Persendirian macam James Bond tak pun Johhny English pi cari bawak balik lepas tu boleh lah dakwa Polis lembab tak pun memang sengaja tak mahu cari?

Bila dah tak dapat 2 Badigol pembawa masaalah tu memang payah la sbb mereka saksi utama dan sorang lagj memang tak boleh la sebab dah meninggal dunia. 

Maka mahkamah tiada pilihan melainkan untuk mensabitkan Najib sebagai Bersalah sepertimana pertuduhan.

Itulah kesimpulan awal yg boleh saya buat kenapa Najib kena tidur di Penjara Kajang bermula malam hari tu.

Bona fide.

1. Admin nak bagitau kawan2 berkaitan proses pembuktian kes di mahkamah supaya kita semua faham kalau nak sokong, kenapa kita perlu sokong, kalau nak bantah, kenapa kita perlu bantah, jangan menonong ikut orang je tanpa kita tau asas proses mahkamah.

2. Bagi pertuduhan salahguna kuasa, Pendakwaraya hanya perlu membuktikan 3 perkara:-

a) Tertuduh ada kuasa

b) Harta bernilai adalah di bawah kekuasaan tertuduh

c) Tertuduh telah menggunakan kuasanya untuk menggunakan harta berkenaan utk kepentingan dirinya sendiri.

3. Untuk elemen (c) di atas, Pendakwaraya kena membuktikan 2 elemen jenayah iaitu wujudnya mens rea (niat jahat melakukan jenayah) dan kedua actus rea (perbuatan jenayah yang di niatkan)

4. Jika kesemua ramuan di perenggan 2 & 3 di atas di penuhi, maka Hakim akan memutuskan bahawa wujud kes Prima Facie jenayah Salahguna Kuasa ke atas tertuduh dan tertuduh akan di minta membela diri.

5. Beban pembuktian dalam kes jenayah adalah di tangan Pendakwaan manakala di pihak tertuduh, beliau hanya perlu menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan.

6. Najib menimbulkan 3 keraguan terhadap elemen 2(c) di atas dengan menimbulkan pembelaan berikut :

a) Dia tak tahu duit RM42 juta itu datang daripada sumber SRC sebab dia busy urus hal negara.

b) Dia menjadi mangsa komplot oleh Jho Lho, Azlin Alias, Nik Faizal dan beberapa pegawai bank yang menguruskan hal akaun peribadi dia.

c) Jadi dia tiada niat "mens rea" utk menyalahgunakan kuasa dia utk kepentingan peribadi sebab dia percaya berdasarkan cakap orang2 kepercayaan dia, duit dalam akaun dia tu adalah bersih dan bebas utk dia gunakan.

7. Bagaimana nak buatkan Mahkamah percaya kepada ketiga2 pembelaan Najib ini?

a) Dia kena bawa saksi utk mengesahkan memang Najib tak tahu duit tu datang dari sumber SRC sebab dia busy sangat dengan kerja rasmi negara.

b) Dia kena bawa Jho Lho, Nik Faizal (Azlin dah meninggal)ke kandang saksi utk mengesahkan dan mengaku bahawa mereka dah scam bos mereka.

8. Namun Najib gagal membawa saksi2 ini utk membela dirinya. Ya tanggungjawab memanggil Jho Lho dan Nik Faizal adalah tanggungjawab Najib, bukan Pendakwaraya.

9. Kes Pendakwaraya akan runtuh jika Jho Lho dan Nik Faizal hadir sbg saksi Najib dan mengesahkan mereka telah kelirukan Najib dan mereka ambil kesempatan atas kesibukan Najib menguruskan negara.

10. Maka di sebabkan kesemua elemen Pembelaan Najib GAGAL DIBUKTIKAN DI MAHKAMAH maka Hakim Mahkamah Persekutuan tiada pilihan melainkan untuk mensabitkan Najib sebagai Bersalah sepertimana pertuduhan.

Inilah sebenarnya yang berlaku dalam kes Najib. Bukan sistem kehakiman bertindak tidak adil kepada beliau tetapi sebab 2 saksi penting Najib berkenaan telah meninggalkan Najib keseorangan.

Ramai tersentak bila admin katakan bahawa Najib bersalah kerana dia gagal membawa Jho Lho dan Nik Faizal sbg saksi pembelaan.

Tapi inilah faktanya. 

Memang kalau Jho Lho dan Nik Faizal dah lari ke luar negara, pihak polis lah yang berkuasa mengesan dan membawa badigol sood dua ekor ni ke muka pengadilan.

Ingat lagi ketika Hamid Bador membodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa Jho Lho dah tukar muka jadi beruang dan berjalan seperti Seladang?

Maka admin berpendapat memang sengaja pihak berkuasa taknak mengesan dan taknak tangkap badigol sood dua ekor ni sebab kalau dapat dua ekor ni, Najib mungkin terselamat.

Dalam keadaan politik semasa, kawan atau musuh Najib kedua-duanya mahu Najib merengkok di Penjara. Too obvious benda ni.

Maka Najib keseorangan terkontang kanting menjawab segala pertuduhan tu semua walau ada yang dia tak tahu katanya. 

Jadi dalam keadaan ini, sepatutnya Bossku upah lah James Bond ke, John Wick ke, Johnny English ke untuk mencari 2 ekor ni sampai ke lubang cacing.

Dah apabila pihak berkuasa tak serius mencari, maka Najib kena cari sendiri lah dan bila dah jumpa, gasak pihak polis kenapa tak bawak balik.

Tapi Najib tak buat kot benda ni... Sebab berasa boleh menang dengan cakap saja kot? Entah.. 

Maka terpaksalah dia merengkok dlm penjara manakala 2 bekas org kepercayaan Najib ni bebas di luar.

Itulah kisahnya Kes SRC Najib Razak

Admin menulis ni lepas minta pendapat dan ulasan sahabat admin yang juga seorang Peguam yang dah biasa dengan Kes Mahkamah bukan dengar sembang dari pakar kaki sembang Facebook. 



No comments:

Post a Comment