Thursday, September 8, 2016

BILA SAH BERCERAI... SKANDAL MUHYIDDIN DAN NIKA GEE MEMANG BENAR BERLAKU?



Stanley Clement Agustin dan Nika Gee Siew Yee yang dikaitkan dengan Muhyiddin disahkan bercerai...!!!

Itu lah berita yang paling sensasi dan yang paling menggemparkan di Malaysia buat seminggu dua ini sebelum kita menyambut Hari Raya Aidiladha pada 12 Sept 2016 ini.

Berita penceraian ini bukan rekaan semata-mata kerana berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh peguam, S. Periasamy yang mewakili Stanley Clement Agustin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan perkara tersebut turut disahkan oleh peguam Choo Dee Wei yang mewakili Nika Gee.

Bila penceraian itu berlaku dan telah diterima mahkamah, maka skandal dan tuduhan yang dilemparkan Stanley Clement kepada isterinya adalah benar-benar berlaku.

Kini apa pula alasan yang Muhyiddin ingin lontarkan bagi menidakkan pengisytiharan Statutori yang dibuat suami Nika Gee mengenai hubungan sulit Nika Gee dengan dirinya.

Adakah Muhyiddin mahu menafikan lagi tuduhan tersebut sebagaimana penafian yang telah dilakukannya sebelum ini yang mengatakan Statutori yang dibuat suami Nika Gee sebagai fitnah yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan reputasinya.
Dalam pengishtiharan yang dilakukan Stanley Clement pada 7 Disember 2015, dinyatakan bahawa Nika Gee telah bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima ganjaran berbentuk kewangan dan barangan daripada Muhyiddin.

Kes skandal Muhyiddin bersama isteri orang ini, mula menjadi topik hangat selepas didedahkan Raja Petra Kamaruddin menerusi portal MalaysiaToday.net.

Dalam artikel tersebut, didedahkan akuan sumpah yang menyebut tentang bayaran RM20,000 diterima Nika Gee setiap bulan, RM5 juta yang dibayar kepada Nika Gee di Singapura, projek Kompleks Sukan Kampung Pandan dan beberapa lagi ganjaran yang menguntungkan Nika Gee dalam jangka masa panjang.

Dalam pada itu artikel Raja Petra berjudul Mahathir Steps Into The Divorce Storm bertarikh 15 Jun 2016, turut meramalkan bahawa prosiding kes perceraian Nika dan suaminya akan ditangguhkan supaya pihak terlibat mempunyai lebih masa untuk membincangkan perjanjian ‘bawah meja’ bagi menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.

Walaupun cubaan untuk menangguh perbicaraan tersebut tidak dilakukan kerana mungkin pihak Muhyiddin tidak mahu memperbesarkan kes tersebut kerana khuatir namanya lebih banyak disebut dan lebih banyak dikaitkan di mahkamah apabila ianya cuba dikaitkan dengan Statutori yang digunapakai dalam kes penceraian berkenaan.

Dengan terpalitnya arang dimuka Muhyiddin, sepatutnya arang itu turut terpalit juga ke muka Mahathir. Kerana dengan perangai dan prestasi buruk "main bini orang" ini menunjukkan sikap Muhyiddin yang tidak amanah dan tidak jujur di sisi Islam dan dirinya sendiri.
Apakah lelaki seperti ini yang Mahathir mahu jadikannya sebagai Perdana Menteri proksi selepas ‘berjaya’ gulingkan Najib?
Jika benarlah dakwaan Tun M bahawa beliau mengamalkan politik bersih-skandal semasa pemerintahannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri dahulu, maka Tun M sebenarnya telah termakan kata-katanya sendiri.

Nepotisme juga merupakan satu langkah politik kotor terutama apabila merancang melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri proksi supaya Mukhriz boleh jadi Timbalan Perdana Menteri.
Kesimpulannya, politik dan seks tidak dapat dipisahkan.. perkara ini bukan diada-adakan ianya benar-benar wujud. Muhyiddin dan para penyokong serta pembelanya jangan menuding jari kepada orang lain, sebaliknya cubalah tanya tuan punya badan iaitu Muhyiddin.

#beranibuatberanitanggung

No comments:

Post a Comment