Sunday, September 4, 2016

Muhyiddin Tak Dapat Terima Kenyataan Yang Dirinya Sudah Gagal!!




Kecewa…. Sedih… Tidak dapat terima kenyataan… Pasti perasaan bercampur-baur itu kini dihadapi oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebab tu kalau kita lihat sekarang ini, dia tak habis-habis nak meroyan dan menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dan ini.

Muhyiddin turut tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia gagal untuk melakukan rampasan kuasa terhadap Najib… Sudahlah gagal… Muhyiddin turut dimalukan dan tersingkir dalam keadaan yang sangat mengaibkan sekali.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mendedahkan selama ini impian Muhyiddin hanyalah untuk menjadi perdana menteri… Namun akibat terlalu gelojoh… Angan-angannya itu terkubur dan kerjaya politiknya berakhir dengan sekelip mata.

“Muhyiddin harus melakukan perkara yang betul untuk negara, rakyat dan parti yang telah memberinya begitu banyak – dan berundur secara senyap,” katanya.

Keterdesakan Muhyiddin terserlah apabila dengan tidak semena-mena, beliau mencabar perdana menteri untuk menyamannya jika tuduhan rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar.

Kenapa Najib nak saman Muhyiddin jika dia tahu perkara itu tidak benar?? Buang masa je kalau Najib nak saman Muhyiddin dan melayan segala karenahnya tu kerana ia tidak akan berakhir… Nampak sangat bekas Timbalan Presiden UMNO tu nak cari publisiti dan perhatian. Gemar keluarkan kenyataan bodoh demi simpati rakyat.

“Menggunakan 1MDB sebagai alasan, serangan bertubi-tubi melalui kempen memburuk-burukkan dan pembohongan bukan didorong oleh kepentingan negara dan rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai cita-cita politik yang mementingkan diri,” kata Tengku Sariffuddin.

Akibat terlalu terdesak nak rampas kuasa…. Segala perangkap yang dipasang Muhyiddin menjerat dirinya sendiri… Itu la namanya jerat makan tuan! Segala balasan yang menimpanya itu datang dari tindakannya sendiri.

Muhyiddin sibuk suruh orang lain saman dia jika tuduhan rasuah itu tak benar… Sedangkan dia sendiri tak saman individu yang mendedahkan dirinya telah berlaku curang dengan isteri orang selama bertahun-tahun. Jadi adakah ini bermakna, dia benar-benar berlaku curang di belakang isterinya??

Korang fikir la sendiri… Daripada melayan si Muhyiddin yang gila meroyan setelah gagal merampas kuasa tu, lebih baik fikirkan mengenai kebajikan rakyat… Lagi bagus. Buat Midin, madey dan boboi.. pergi melingkoplah dgn agenda peribadi korang yang dah semakin terserlah..

No comments:

Post a Comment