Tuesday, October 24, 2017

Nota Khas Buat YB Gooi Hsiao Leung Anggota Parlimen Alor Setar


Kehadapan YB Gooi Hsiao Leung yang sangat dikasihi dan amat dirindui sekali kehadiran di kawasan Parlimen Alor Setar. Diharapkan YB Gooi mahupun macai-macai YB dapat menyampaikan pesanan ini terus pada YB jika tidak nampak kerana YB Gooi memang dah tak nampak dimana lokasi Parlimen Alor Setar kerana Radar pengesan beliau hanya menunjukkan Pulau Pinang saja..

https://en.wikipedia.org/wiki/Alor_Setar Admin sertakan MAPS jika YB tak tahu nak ke Alor Setar

Terus terang YB kami amat teringin bertemu muka dengan YB bagi berbicara serta meluahkan masalah di kawasan Parlimen Alor Setar. Tapi apakan daya niat tidak kesampaian kerana YB amat sulit ditemui di Alor Setar kerana YB Gooi amat sibuk nak menjaga negeri Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur saja.

Ya kami memahami YB amat sibuk mahupun buat-buat sibuk dengan tugas lain, lagipun apa perlu dikisahlan pengundi Alor Setar, biarkanlah BN jaga mereka kerana YB pun diri sendiri pun tak terjaga..  YB boleh terus bersuka ria dan berpesta yamseng dengan mengambil elaun ahli parlimen dari kerajaan BN.

Namun apa yang ingin dinyatakan dalam surat ini bukanlah soal rindu itu, tetapi ingin menyampaikan perasaan keterujaan atas dakwaan YB terhadap Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kononnya dana negeri digunakan untuk UMNO.

Syabas YB kerana berani bersuara dan kami amat kagum dengan YB yang hanya mampu berusara menerusi media dan berkicau di media sosial dan bukannya bermesra bersama kami. YB hanya berteloq di media sosial saja kah YB terlebih tidoq...

Sedia maklum juga YB perlu terus bersuara walaupun atas isu yang tidak relevan dan bodoh bagi memastikan nama YB terus diingati tambahan pula pilhanraya sudah semakin hampir. Inilah masanya hendak tunjuk YB buat kerja.

Tapi malangnya apa yang YB bangkitkan mengenai penghantaran surat peguam kepada Menteri Besar tentang dana untuk kawasan Kota Darulaman menyerlahkan lagi kebodohan YB.

YB buat saja-saja tak faham ka.

Peruntukan dana kawasan untuk wakil rakyat, baik dari BN mahupun pembangkang, bukanlah hak tetapi ia keistimewaan.

Terserah kepada budi bicara kerajaan mahu memberi atau tidak peruntukan kawasan kepada wakil rakyat pembangkang atau kerajaan mencari mekanisma lain bagi menyalurkan bantuan di kawasan pembangkang.

Di Kedah memang amalan dana kawasan hanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan sejak dahulu. Begitu juga zaman Pas memerintah Kedah sepenggal, wakil rakyat BN tidak menerima peruntukkan daripada kerajaan negeri.

Sama juga di Penang dan Kelantan wakil rakyat BN tidak menerima peruntukkan kawasan daripada kerajaan negeri melainkan di Selangor wakil rakyat BN menerima peruntukan kerajaan negeri, itupun dalam jumlah yang kurang berbanding dengan wakil rakyat kerajaan Selangor.

Jadi YB belajarlah menerima hakikat itu dan jangan jadikan alasan tiada peruntukan dari kerajaan negeri bagi YB menghilangkan diri dari kawasan tanpa dapat dikesan.

Satu lagi YB tersilap apabila menyatakan apabila mendakwa wang peruntukan kawasan Kota Darulaman disalurkan kepada Pejabat UMNO. Tidak YB, ia disalurkan kepada pejabat penyeleras DUN Kota Darulaman yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.

Pejabat penyelaras DUN adalah satu entiti kerajaan negeri yang menjaga kebajikan rakyat di kawasan DUN berkenaan selepas YB Kota Darulaman tidak buat kerja.

Kesimpulan yang boleh dibuat surat peguam YB itu hanya membuang masa YAB Menyeri Besar, dan merupakan tindakan terdesak YB untuk mencari publisiti supaya kekal relevan sebagai wakil rakyat.

Cubaan mencari publisiti yang sangat naif YB. Cuba lagi di lain kali ya.

Sekian. Buat Tatapan YB Ahli Parlimen Tidur.

Pengundi yang merindui YB Gooi.

No comments:

Post a Comment