Saturday, October 21, 2017

Politik Usang Mukhriz Mahathir Kutty Berasas Dendam Dan Emosi


Jawatan Menteri Besar atas Ihsan yang dipangku selama tiga tahun telah menunjukkan niat dan belang sebenar siapa dia Mukhriz Mahathir yang ternyata beliau hanya sekadar menjadi pak turut@ politik bertenggong dengan bapak Mahathir dia saja.. Beliau hanya pandai bermuka dan hanya tahu berjanji palsu serta berpura-pura melakukan apa saja asalkan niat bapanya dihajati. Menjadi sebagai warak pun beliau sanggup asalkan hajat dinikmati..

Malam tadi terserlah sikap munafik dan fasiq Mukhriz Mahathir ketika berceramah dipentas kelepetKuttyKurapsi di Stargate.. sapa yang hadir pasti tengok saja lah Mukhriz Mahathir mencanang dan mengutuk pemimpin yang banyak membantu beliau sendiri semasa beliau dalam Umno. Apa sudah jadi yer dengan kepala otak Mukhriz ni sekarang..


Mukhriz Mahathir tidak habis-habis melepaskan geram terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah seperti yang dilakukan malam tadi semasa ceramah himpunan Pakatan Harapan.

Kali ini beliau memberi gambaran beliau adalah Menteri Besar pilihan rakyat Kedah sementara Ahmad Bashah bukan Menteri Besar pilihan rakyat.

Mari kita belajar perkara asas politik.

Ahmad Bashah dan Mukhriz sama-sama bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke-13 yang lepas dengan Ahmad Bashah bertanding di Bakar Bata sementara Mukhriz di Ayer Hitam.

Kedua mereka bertanding atas tiket Barisan Nasional dan keduanya menang kerusi ditandingi.

Kemudian Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar atas dasar ihsan kerana jasa Mahathir dan permintaan Mahathir sedangkan pada hakikat kedudukan, pengaruh, pengalaman, kemampuan dan pengalaman berpihak kepada Ahmad Bashah.

Tidak mengapa kerana itu sudah rezeki Mukhriz. Tapi Mukhriz lupa kuasa melantik Menteri Besar adalah terletak pada kuasa Perdana Menteri dengan perkenan Sultan Kedah.

Image may contain: 28 people, people smiling, crowd, outdoor and text

Di mana pula kata dia pilihan rakyat untuk jadi Menteri Besar. Malaysia bukan mengamalkan sistem republik apabila Menteri Besar dilantik rakyat.

Di Malaysia Menteri Besar dilantik oleh parti yang berkuasa di Negeri berkenaan dan dalam kes ini Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Mukhriz amat daif dalam membaca tafsiran politik. Beliau menang atas kapisiti dia bertanding sebagai wakil BN dan beliau belum tentu menang sekitanya bertanding atas parti lain.

Sekarang beliau mencerca dan mencaci ahli/penyokong BN yang memberi undi kepada dia sehingga menang dan jadi Menteri Besar.

Dan Mukhriz jangan lupa Ahmad Bashah adalah pilihan sejati rakyat. Lima pilihan raya beliau bertanding dan tidak pernah kalah.

Rakyat meyakini beliau sebab itu beliau terus dipilih walaupun beliau bertanding kerusi di kawasan bandar yang secara relatif cenderung memberi undi kepada pembangkang.

Jadi Mukhriz jangan berangan anda pilihan rakyat kerana pertandingan anda dalam UMNO dahulu satupun tidak menang. Mukhriz Mahathir siapa yang tidak kenal mungkin hanya terikut sahaja apa yang beliau canangkan. Yang sudah tahu siapa beliau semua hanya pandang apa yang Mukhriz Mahathir canangkan hanya tong sampah sahaja. Beliau sanggup mengupah jenteri media maya beliau menaikkan nama beliau sahaja padahal Mukhriz Mahathir ni hanya sampah yang dilahirkan untuk menjadi penyambung legasi Mahathir Kutty.. sekian.

@Pena Anak Marhaen Kedah






No comments:

Post a Comment