Saturday, September 17, 2016

Langkah Sumbang Mahathir Semakin Canggung Dan Menjengkelkan !!!!!




Mahathir semakin keterdesakan percaturan politik Menyongsang dan kabur untuk diterjemahkan. Segala tindak tanduk Mahathir semakin menjelekkan serta sikap Mahathir yang tidak ubah seperti mahu memaksa menyembah beliau... Mahathir berasakan beliau seperti Raja segalanya...

Sejak berubah angin bersekongkol dengan pakatan pembangkang, langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya semakin lama, semakin sumbang. Serba-serbi tidak kena atau canggung.

Khamis lalu, bekas Perdana Menteri itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar untuk mempersembahkan Deklarasi Pembangkang.

Tidak diketahui apa yang cuba dibuktikan oleh Dr. Mahathir. Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, tindakan itu me­nunjukkan tuduhan Dr. Mahathir sebelum ini bahawa Seri Paduka ‘disekat’ daripada bertemu beliau adalah tidak benar.

Mungkin juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu cuba menarik perhatian media propembangkang dan media asing untuk melaporkan perkembangan Deklarasi Pembangkang.
 
Lebih-lebih lagi apabila difikirkan, deklarasi yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebenarnya tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Jika Dr. Mahathir dan konco-konconya yakin sekurang-kurangnya 1.27 juta rakyat menyokong deklara­si tersebut, sepatutnya mereka me­nunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Itupun kalau benar 1.27 juta orang menandatangani Deklarasi Pembangkang dan semuanya la­yak mengundi pada PRU-14.

Biarlah rakyat sendiri menentukan siapakah yang lebih layak menerajui kepemimpinan negara secara demokratik dan bukannya melalui pintu belakang.

Mahu tidak mahu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Dr. Mahathir terpaksa mengambil langkah terdesak mempersembahkan deklarasi berkenaan kepada Seri Paduka demi menjaga air muka beliau di hadapan penyokongnya.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut mempersoalkan kewajaran Dr. Mahathir mengheret institusi diraja dalam kemelut politik rekaan beliau sendiri.

Dr. Mahathir yang mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai Perdana Menteri tentu lebih tahu kedudukan institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong mengatasi institusi politik. - Pakmat Cendoi

No comments:

Post a Comment