Tuesday, July 12, 2022

Kenapa UMNO Takut Buat Pemilihan Baru?

Masalah politik negara hanya boleh diselesaikan dengan cara mengadakan pemilihan Umno sebelum PRU. 

Dengan cara itu ahli boleh memilih pemimpin yang baharu atau mengekalkan yang lama. 

Sama ada mereka terpengaruh dengan label-label pro-Bersatu atau yang Pro-Anwar Ibrahim adalah tanggungjawab yang harus mereka pikul dan buat keputusan. 

Rakyat juga boleh menilai sama ada Umno telah berubah atau sama sahaja dengan parti yang mereka tolak dalam PRU lalu. 

Keadaan sekarang tidak memberi rakyat banyak pilihan. 

Rakyat menyampah dengan Pakatan Harapan, namun melihat Umno masih tidak mahu berubah. 

Umno pula terperangkap dengan keputusan 4 tahun lalu. 

Banyak perkara telah berubah sejak pemilihan lalu yang memerlukan penilaian semula para pemegang jawatan. 

Semua yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno lepas tahu bahawa tempoh jawatan mereka hanya 3 tahun. 

Hentikanlah dakwaan kononnya tidak adil diadakan pemilihan sekarang  kerana pemimpin sedia ada banyak berkorban ketika memegang jawatan utama parti tanpa jawatan dalam kerajaan. 

Realitinya tiada siapa memujuk atau memaksa mana-mana pemimpin memegang jawatan. Semuanya menawar diri dan menubuhkan pasukan kempen bertanding ketika mereka tahu Umno telah kalah dan tiada kedudukan kerajaan. 

Dakwaan berkorban juga sangat tidak relevan apabila beratus juta wang UMNO, yang dikembalikan mahkamah dan melalui penjualan aset, telah dibelanjakan bagi perjalanan dan pengurusan parti termasuk pasukan pemimpin utama umno sepanjang tempoh tiada dalam kerajaan lalu.

Alasan tidak mahu parti berpecah selepas pemilihan adalah tidak relevan langsung. kita tangguh pemilihan parti namun kalah juga dalam PRU-14.

Kredit AB Jalil Backer


Nota Kaki: Jika Presiden anak jantan sepatutnya beliau buat Pemilihan bukan main wayang kuat sangat.. kita tahu sapa dia ZAHID HAMIDI ni. 




No comments:

Post a Comment