Tuesday, July 12, 2022

Kenapa UMNO Takut Buat Pemilihan Parti Sebelum PRU15?

Ada orang kata, Pemilihan UMNO sebelum PRU15 adalah langkah drastik yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah dalaman UMNO. Aku amat bersetuju.

Tidak ada guna jika hanya berani melabel UMNO kini ada empat kategori Ahli-Ahli tapi tak berani ambil langkah drastik untuk adakan Pemilihan UMNO dan beri peluang kepada Ahli-Ahli akar umbi UMNO untuk tentukan dan memilih pemimpin-pemimpin yang mereka mahu terajui UMNO.

Alasan-alasan yang diberikan oleh Mad Maslan, Setiausaha Agung UMNO kenapa Pemilihan UMNO tidak boleh diadakan sebelum PRU15 adalah sangat lemah. Lame excuses.

Alasan jika ada Pemilihan UMNO sebelum PRU15, ramai pemimpin Pemuda dan Puteri UMNO akan hilang jawatan mereka kerana sudah tidak lagi layak terus pegang jawatan atau bertanding semula kerana sudah melebihi had umur bukan satu alasan yang kukuh untuk tidak adakan Pemilihan UMNO.

Ramai di antara mereka sudah dapat 'bonus' pegang jawatan dalam Pemuda dan Puteri UMNO.

Tidak mengadakan PEMILIHAN UMNO dalam masa terdekat juga boleh menghalang atau merampas peluang Ahli-Ahli Pemuda dan Puteri UMNO menghampiri tempoh had umur sebagai Ahli Pemuda dan Puteri UMNO untuk pegang jawatan-jawatan dalam kedua-dua Pergerakan UMNO itu.

Lebih lama Pemilihan UMNO ditangguhkan, lebih ramai Ahli-Ahli Pemuda dan Puteri UMNO akan hilang kelayakan untuk berbanding jawatan-jawatan dalam kedua-dua Pergerakan UMNO itu.

Jika ada Pemilihan UMNO sebelum PRU15, Ahli-Ahli akar umbi UMNO berpeluang singkirkan Ahli-Ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berjiwa PPBM. 

Jika tersingkir atau disingkirkan, mereka tiada lagi peluang untuk sabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Nota: Jika dulu, tentu ada beberapa orang alan masuk komen dan mengata aku sokong PPBM kalau tulis pasal subjek ini.

Presiden dgn Bekas Presiden takut ker apa tu? 

#tengoksiapadulunakgeli


No comments:

Post a Comment