Monday, April 30, 2018

Edisi Boboi Mat Blurr Part 5


Mukhriz Boboi aka Mat blurr  berkata sekiranya Pakatan Harapan memerintah Kedah masalah bekalan air akan diselesaikan dalam masa 100 hari sahaja.

Wow kedengaran amat hebat.

Apabila diminta penjelasan pelan bagaimana hendak buat dalam masa 100 hari itu, dia pi kona pula kata masa 100 hari itu untuk mencari jalan sahaja.

Aduhai Mukhriz Boboi aka Mat Blurr hang jadi Menteri Besar hampir 3 tahun awat hang tak cari jalan. Hang kan Pengerusi SADA masa itu. Apa hang buat makan elaun buta saja ka.

Moral of the story janganlah dengar janji orang yang amat blurrr.

Edisi Boboi Mat Blurr Part 4

Image result for mukhriz boboi

Mukhriz aka Maat Blurr pakar 'Kelentong', Dakwa Tak Sempat Selesaikan Masalah Air Masa Jadi MB Kedah!

Pengerusi Pakatan Pembangkang Kedah, Mukhriz Mahathir aka Boboi Mat Blurr mendakwa dirinya tidak mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikan pelan perancangan pembangunan negeri termasuk menyelesaikan isu masalah bekalan air semasa menjadi Menteri Besar (MB) Kedah dahulu.

Mukhriz aka Boboi Mat Blurr yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, berkata, beliau hanya sempat memegang jawatan berkenaan selama kira-kira dua tahun setengah menyebabkan banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan.

"Tak cukup masa untuk saya laksanakan dan lebih malang apabila perancangan yang dilakukan ketika saya mentadbir Kedah tidak diteruskan oleh Menteri Besar sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah," dakwanya.

Pelbagai janji diberikan Mukhriz aka Boboi Mat Blurr kepada rakyat Kedah setelah beliau tidak memegang jawatan MB antaranya menyelesaikan masalah air dan memberi lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Disaat beliau menyatakan janji-janji tersebut, satu soalan sahaja ingin ditanyakan kepada Mukhriz aka Boboi Mat Blurr, kenapa semua itu tidak dilakukan semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah dulu.

Ternyata, Mukhriz aka Boboi Mat Blurr hanya memberi alasan demi alasan dan segala janjinya kini adalah mahu menarik undi supaya rakyat menyokongnya.

Semasa menjadi MB Kedah, beliau turut dilanda kontroversi kerana dikatakan kerap balik ke Kuala Lumpur, maka tidak mustahil beliau sukar berada di kawasannya jika menang pada PRU14 ini.

Sunday, April 29, 2018

Edisi Boboi Mat Blurr Part 3

Related image

Boboi aka Mat blurr Mukhriz kata manifesto BN Kedah tak waras sebab Kedah mana ada duit nak buat semua yang dijanjikan dalam manifesto tu.

Kata dia pendapatan kerajaan negeri hanya sekitar RM700 juta setahun sedangkan dalam manifesto itu berpuluh projek yang disenaraikan berjumlah sampai RM65 bilion.

Nak tanya sat, masa Boboi aka Mat Blurr jadi Menteri Besar dan cadang nak buat  bandaraya getah di Padang Terap dengan kos sampai RM600 juta tu nak ambil duit mana.

Masa Boboi aka Mat Blurr cadang nak buat litar motosikal hampir RM100 juta nak ambil duit mana. Nak bina airport Kulim yang beliau cadangkan nak ambil duit mana.

Kenapa masa jadi Menteri Besar boleh cadang nak buat projek mega tetapi sekarang kata janji manifesto BN tak betul.

Awatlah hang ni Blurr sangat Boboi Mukhriz.

Thursday, April 26, 2018

Edisi Boboi Mat Blurr Part 2

Image result for mukhriz TANDING DI JITRA

Boboi Mat blur si Mukhriz kata BN sengaja letak Pak Tam lawan dia di DUN Jitra kerana dia dah umum awal nak tanding situ.

Weii si blur hang yang saja oi cari pasal nak lawan Pak Tam sebab dendam dan marah pasal Pak Tam tak sokong hang. Boboi Mat Blur memang blurr.

Hang yang sengaja pi tanding DUN Jitra sebab dendam kesumat nak jatuh Pak Tam walaupun semua orang dah tau Pak Tam akan pertahan kerusi tu.

Hang tu yang tak ada keberanian lompat merata kerusi. Kalau anak jantan awat tak pertahan kerusi DUN Air Hitam.

Moral of the story jangan sokong si blur yang penuh dendam.

Edisi Boboi Mat Blurr Part 1


Masa PRU13, Mukhris Mahathir nak buat Bandar Getah di Padang Terap walaupun beberapa orang nasihat dia cadangan itu sebenarnya tidak ekonomikal atas faktor lokasi, bahan mentah dan infra.

Namun sebab nak nampak gah, nampak dia ada idea hebat beliau buh janji tu dalam Manifesto 2013. Selepas itu yang keluar duit untuk buat semua tu kerajaan pusat yang dia duk maki sekarang ini.

Asalnya perancangan Kerajaan Persekutuan hanyalah mahu membuka cawangan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) di Padang Terap, namun Boboi Mat Blurr sudah culik perancangan tu nak buat Mega Projek Bandar Getah  sbb nak mengabiskan dana Kerajaan Pusat..

Lepas dia jadi MB tidak pula beliau pulun nak laksanakan projek itu, hanya apabila Tok Bashah jadi MB baru projek itu dimulakan dengan pengambilan tanah dan kerja awal yang bajet RM320 juta.

Moral of the story jangan jadikan orang blur sebagai pemimpin. Dia tak tau apa pun.

Image result for mukhriz dan bandar getah