Friday, October 28, 2016

PPBM Parti Orang Kecewa, Baru Melangkah Sudah Mula Mahu Tersungkur - Nawawi




Parti orang kecewa, disertai orang-orang yang kecewa sudah pasti akhirnya juga akan kecewa, demikian kesimpulan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkenaan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengumumkan keluar dari Parti Pribumi BersatuMalaysia (PBPM) semalam.

Menurut beliau bukanlah sesuatu yang pelik kemelut melanda parti yang belum berusia ‘setahun jagung’ itu kerana parti berkenaan disertai oleh mereka-mereka yang kecewa di dalam perjuangan selain masing-masing mempunyai hasrat serta agenda yang tersimpan rapi di dalam diri masing-masing.

“Tidak mustahil tindakan Khairuddin itu akan turut disertai oleh ahli dan mereka yang lain kerana sesebuah parti yang lahir mestilah mempunyai asas serta perjuangan yang ikhlas dan bukannya ditubuhkan atas sebab kecewa dan sebagainya kerana akhirnya hari ini kita dapat melihat natijahnya.

“Belum pun masuk gelanggang sebenar dalam pilihan raya parti berkenaan telah pun dilanda pelbagai ribut… Mereka kononnya hendak selamatkan Malaysia malangnya parti sendiri pun belum pasti selamat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dilaporkan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, seorang penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah untuk membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuh masa untuk menghadapi kes-kes mahkamahnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nawawi seterusnya menegaskan bagaimanakah parti berkenaan mahu menguruskan soal kepentingan dan kebajikan rakyat sedangkan diri sendiri pun belum terurus selain dihimpit masalah kepimpinan sesama mereka.

Katanya hari ini mungkin apa yang berlaku itu adalah peringkat awal dan seterusnya kelak mungkin akan terus bertambah yang akhirnya apa yang diwar-warkan kepada rakyat adalah sekadar umpan politik demi kepentingan mereka semata-mata.

“Awal-awal dah nampak berkecamuk, kelam kelibut. Inilah terjadi jika sesuatu perjuangan berlandaskan emosi, dendam dan kecewa akhirnya tidak akan ke mana. Apakah rakyat boleh bergantung harap dengan parti sedemikian rupa?” soalnya.

Wednesday, October 26, 2016

Watak Warak Mukhriz Kutty Hanya Sandiwara



Bagaikan Filem Dirancang pula yer...  sehari selepas DOJ kemukakan saman. Kebetulan atau terancang? Jawapannya ada pada anak beranak kutty.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Bertungkus Lumus Meningkatkan Dana Kekayaan Peribadi Dan Kepentingan Dalam Saham Syarikat Opcom Holding Berhad. Sementara Rakyat Di Ajak Turun Ke Jalanan!!!.

• Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB. Sabitan kesalahan boleh membawa kepada hukuman pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI).

• Bursa Saham telah mengumumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd dengan penambahan 29% saham kepentingan.

• Walaupun Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik Telekom Malaysia (TM) semasa ayahnya Tun Mahathir Perdana Menteri  lagi tak mungkin menjadi miskin.

• Pada tahun 2009 ketika Datuk Seri Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu DS Mukhriz  menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Dato Mokhzani Mahathir.

• Pada Mac 2015 selepas Datuk Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkan di dalam portal mereka.

• Media melaporkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri DS Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

• Opcom Holding Berhad dan Datuk Seri Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik DS Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika ayahnya Tun Mahathir  sebagai PM Malaysia. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme.

• Opcom pada tahun 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta 'secara rundingan terus' (Direct Nego) diberikan oleh Telekom Malaysia dan kelulusan Kementerian Kewangan. Di mana Tun Mahathir pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik Telekom Malaysia sehingga ke hari ini. Sila rujuk surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2003.

(S/K.KEW/PK/M/504/000000/110/89/SJ.14) dan Surat dari Telekom Malaysia Berhad (bil 18/PA(ST)7120/5/2003)
Bertarikh 15 September 2003.

• Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd (TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4 billion. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom Holding Bhd  apabila dalam tahun 2015 Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah RM282.24 juta ekoran dari surat sokongan MOF yang masih ada.

• Kroni Tun Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Dato Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Datuk Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

• Sudah tiba masanya Kerajaan membuat keputusan ADIL walau pun sukar untuk MEMBATALKAN monopoli Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan.

• Berilah peluang kepada pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Tun Mahathir.  Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

Renungan: Apa lagi Tun Mahathir mahu?  Majalah Forbes meletakkan kedudukan Dato Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

 • Jangan lupa tanya kepada MP Pokok Sena Haji Mahfoz Omar berapa % share Opcom Holding dia dapat dari Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai kerjasama yang sebelum ni semua tahu Mahfoz hari2 membalon salah laku Datuk Seri Mukhriz.. secara tiba-tiba Mahfoz berubah menjadi pendukung tegar Datuk Seri Mukhriz.. seperti membalas jasa pula lagaknya..  jawab jgn tak jawab yer ...

☆ Jumpa lagi naaaaa.. adios amigos

●Bicara Poyo Boboi FC●

Monday, October 24, 2016

MAHATHIR HILANG PUNCA .. BILA RAJA, RAKYAT DAN KUASA ASING MENOLAK SEPENUHNYA




Percubaan Tun Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik secara sah ikut undang undang negara sudah sampai ke penghujungnya.

Setelah ditolak oleh rakyat, ia ditolak oleh Raja Raja Melayu pula dan sebelum itu kehendak Tun Mahathir telah ditolak oleh kuasa asing yang cuba Tun Mahathir dan kuncunya membayar upah dan pengaruhinya.

Mungkin demo Bersih 5 ini dianggap Mahathir sebagai talian hayat terakhirnya untuk menjatuhkan Najib

Ini bermakna, Tun Mahathir sudah lalui “full circle” dalam semua opsyen yang ada, walaupun ia belum pernah dilakukan oleh mana mana individu atau ahli politik yang waras.

Begitulah terdesaknya Tun Mahathir dalam cubaannya mahu merampas kuasa mengikuti pintu belakang.

Maka atas sebab perkara yang sama maka bolehlah dirumuskan ia terlalu jelas bukan lagi kerana “1MDB”.

Bahkan dari awal pun diketahui untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan akur kepada “perintah” nya Tun Mahathir peru ada alasan, dan nampak sangat 1MDB adalah alasannya.

Namun semakin lama DS Najib dan UMNO dapat bertahan , maka semakin terserlah muslihat Tun Mahathir.

Jika pada awal serangan yang dibuat oleh Tun Mahathir boleh dilihat hanya sedikit orang atau pun pihak yang mempertahankan DS Najib, tetapi lama kelamaan ia telah bertukar dan kini boleh dikatakan terlalu sikit pula yang pertahankan Tun Mahathir , dan semakin ramai pula yang mempertahankan DS Najib.

Mungkin atas kesedaran bahawa Tun Mahathir berjuang atas “lame cause” dan terlalu peribadi dan bukan lagi perjuangan untuk rakyat.

Sehingga hari ini Tun Mahathir masih enggan menyatakan bahawa semua yang dilakukan adalah atas agenda mahu anaknya menjadi Perdana Menteri.

Dimana mana majlis atau ceramah , Tun Mahathir tidak pernah menafikan atau mengiyakan niatnya menaikkan anak

nya Mukhriz itulah “perjuangan akan selesai”.

Tetapi tindak tanduk Tun Mahathir menceritakan semuanya.

Ramai juga yang kurang percaya Tun Mahathir mahu ambil kuasa pada PRU14, kerana mempercayai masa terlalu singkat untuk dia menunggu PRU14.

Ada yang mempercayai Tun Mahathir sebagai belut yang licik sedang membuat sesuatu untuk menjatuhkan DS Najib.

Jika dia berjaya maka dia tidak perlu berkongsi syarat dengan DAP , PKR atau PAN kerana dia boleh isytihar dia yang menjatuhkan DS Najib.

Jika menang PRU14 pun belum tentu parti Pribumi akan dapat menang banyak kerusi, kerana bukan sahaja menang kalah dalam bertanding, bahkan belum tentu dapat banyak kerusi untuk meletakkan calon kerana kewujudan PAN dan Parti “senior” yang sedia ada dalam Pakatan Harapan atau pun Barisan Rakyat.

Bermakna banyak “hurdle” yang perlu dilalui jika Tun Mahathir terpaksa ikut jalan “halal”.

Pertama , berebut kerusi sesama komponen, kerana peratus berkuasa akan lebih cerah jika dapat bertanding pada banyak kerusi.

Kemudian nya memenangi kerusi yang berjaya direbut , dan setelah itu semua mengira antara sesama komponen siapa lebih banyak kerusi.

Mustahil Tun Mahathir boleh dapat kehendaknya jika Pribumi bertanding sedikit kerusi dan menang sedikit dari kerusi yang sedikit itu.

Maka, dalam senyap Tun Mahathir sedang membuat sesuatu di belakang tabir, ada pihak kata dia sedang berunding dengan pelbagai pihak untuk mencapai cara “belakang” itu.

Ringkasnya, PRU14, terlalu lama dan penuh ketidaktentuan kepada agenda peribadi Tun Mahathir.

“By hook or by crook” Tun Mahathir akan cari jalan menjatuhkan DS Najib lain dari cara biasa.

Apa pun amat jelas jika kerana “1MDB” Tun Mahathir sudah senyap kerana isu itu telah di siasat, dan kemudian nya 1MDB sudah berjaya melalui proses “rationalisasi” nya.

Rakyat sudah beri “referendum” pada dua PRK dan satu PRN. Itu suara rakyat, dan kemudian Majlis Raja Raja dan YDP Agong juga sudah ketepikan permintaan Mahathir, dan sebelum itu kuasa asing pun enggan masuk campur kerana asbab Mahathir hanya kecil berbanding hubungan antara kerajaan dimana kepentingan besar lebih di utamakan oleh kuasa asing.

Rakyat sudah tolak, Raja pula tidak mahu, kuasa asing pun enggan masuk campur, jalan untuk Mahathir hanyalah undur diri jika ada sedikit saki baki maruah.

Tiada dalam sejarah seorang individu bertaraf “negarawan” jatuh ke lembah terhina. Namun agenda peribadi dan benda yang dikejarnya “amat besar” dan tidak boleh ditinggalkannya.

Mahu tercatit dalam sejarah sebagai apakah Tun Mahathir? Negarawan yang sudah bertukar menjadi “The Bangsat One” ? Itukah yang dimahukan?-Beruang Biru






Sunday, October 23, 2016

Parti Bunga BERSATU Hanya Bertaraf "Parti Majlis Bandar Raya"




Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan mampu mencorak pentadbiran negara terutama melaksana inisiatif memperjuang nasib orang Melayu dan masyarakat keseluruhannya seperti telah dilakukan Umno sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk kerajaan.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana BERSATU yang dipresidenkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.

“Muhyiddin kata parti dia (BERSATU) akan ganti perjuangan Umno, kalau nak ganti Umno berapa kerusi dia dapat bakal bertanding (PRU akan datang) adakah DAP, AMANAH, PKR dan PAS akan beri laluan kepada dia, sudah tentu tidak.

“Kalau (BERSATU) boleh menang paling banyak 50 kerusi (Parlimen) adakah parti ini boleh menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai,” katanya di Melaka malam ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka.

Annuar berkata Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan membela Melayu dan masyarakat negara ini secara keseluruhannya, maka mana mungkin parti yang dibina atas dasar kemarahan beberapa individu tertentu seperti PPBM dapat menggantikan Umno.

Bahkan Umno tidak akan tergugat dengan kewujudan BERSATU, katanya.
Beliau berkata tindakan anggota Umno yang bertindak keluar parti dilihat seperti proses pembersihan dalam parti kerana anggota yang tidak setia dalam perjuangan parti sekiranya dibiarkan akan menjadi duri dalam daging.

“Bagus juga ada parti seperti ini (BERSATU) yang membersihkan, mencuci ahli dalam parti kita, seperti ‘parti majlis bandar raya’,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Annuar berkata politik kebencian yang cuba disemai pembangkang kepada rakyat bagi meraih sokongan politik amat dikesali.

“Tindakan mereka (pembangkang) keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 jelas menunjukkan rasa tidak hormat mereka kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan mengadakan demonstrasi jalanan ini semua jelas menunjukkan mereka menyemai politik kebencian kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata rakyat perlu menolak politik kebencian itu bagi memastikan negara tidak tergadai dan hancur dek kerana mainan politik pembangkang.

Wednesday, October 5, 2016

PRESIDEN BUNGA CELOP MELUTUT DI KAKI ANWAR PULA SELEPAS MAHADEWATARAYA..





Bila manusia berubah akibat mengikut hawa nafsu .... sekarang semuanya telah terhidang.. Presiden Bunga Celop melutut kemas2 selepas Mursidol AM Bunga Celop Mahadewataraya buat aksi yang sama sebelum ni.

Dulu Muhyiddin bukan main lagi kata Anwar Ibrahim kuat tipu rakyat.., kuat menghasut rakyat untuk gugat keamanan negara.., dan Anwar Ibrahim hanya mahu hancurkan ketenteraman rakyat Malaysia. Itu belum kira lagi dengan kenyataan, bahawa Anwar adalah ‘talibarut Israel’ dan juga Anwar ‘ejen yahudi’..

Sekarang ni, boleh pulak Muhyiddin dan parti cap bunga berjumpa Anwar untuk memohon kerjasama politik ye.. Bukan setakat kerjasama sahaja yang Muhyiddin nak, tetapi juga mungkin perlindungan politik daripada serangan dan hentaman daripada UMNO dan juga PAS.

Anwar pula bukannya bodoh untuk terima bulat-bulat Muhyiddin masuk kedalam geng-geng pembangkang.. Anwar mensyaratkan agar Muhyiddin dan parti cap bunga memujuk PAS agar sertai Pakatan Harapan dan tinggalkan kerjasama dengan UMNO. Kalau tak boleh pujuk, maknanya tak ada can lah Muhyiddin nak bergandingan bahu dengan Anwar..

Apa yang kita boleh nampak disini ialah, Muhyiddin bakal dikambing hitamkan oleh Anwar untuk kepentingan politik Pakatan Harapan. Muhyiddin dan parti cap bunga juga bakal dijadikan ‘punching bag’ untuk Pakatan mengelak dari serangan UMNO dan juga PAS.

Malangnya bagi Muhyiddin, boleh dikatakan Anwar melihat parti cap bunga hanyalah sekadar macai terbaru untuk melakukan kerja-kerja kotor didalam kumpulan pembangkang. Sebelum ini kerja-kerja jijik tersebut dilakukan oleh geng-geng Mat Sabu dan juga Parti PAN. Kerjanya ialah memecahbelahkan orang melayu dan merosakkan perpaduan bangsa.

Satu perkara yang jelas disebalik pertemuan Muhyiddin dan Anwar ialah, penubuhan parti cap bunga sebenarnya bukanlah untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu serta memartabatkan agama seperti yang didakwa. Sebaliknya parti berkenaan terbukti hanya berjuang demi kepentingan politik Muhyiddin dan Mahathir, serta kroninya sahaja.

Muhyiddin secara terang-terang bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri, Anwar juga mempunyai matlamat yang sama sejak dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu. Persoalannya sekarang, siapa yang sanggup beralah jika ditakdirkan Allah SWT Pakatan menang di PRU nanti?

Itu belum lagi dikira dengan cita-cita DAP dan juga pembangkang yang lainnya. Pasti ada diantara mereka yang juga mengidamkan kerusi tertinggi negara jika kumpulan mereka menang pertaruhan.

Kalau diikutkan, DAP merupakan parti terkuat didalam Pakatan berbanding Keadilan dan lain-lainnya.. Apakah DAP mahu melepaskan peluang untuk wakil mereka menjadi Perdana Menteri? Ini yang patut difikirkan oleh Muhyiddin sebelum berkerjasama dengan Pakatan.. PAS sudah insaf mengenai hal ini.. Muhyiddin bila lagi? Nak tungguh terbarai semua baru nak insaf agaknya????