Thursday, July 27, 2017

Siapa Kepala Perompak & Keldai Tua Auta Yang Dimaksudkan?

Hasil carian imej untuk KEPALA PEROMPAK MAT SABU DAN MAHATHIR

Sekarang kita dah boleh lihat satu persatu sapa lembu2 Pakatan Haprak yang terdiri dari Mahathir, Lim kit siang, Mat Sabu, Lim Guan Eng, Wan Azizah dan semua Lembu2 Bingai yang tak habis2 nak tunjuk sapa jaguh kelentong. Apa saja yang mereka cuba wujudkan semua hanyalah bertujuan hanya mahu menutup segala kepincangan dalam gerakan mereka sendiri..

Forum bertajuk “Mahathir: Agen perubahan atau pemusnah” telah menyerlahkan hipokrasi melampau beberapa panel yang hadir.

Yang paling jelas ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais. Mereka cuba bersilat untuk menafikan hipokrasi dan tindakan mereka meliwat prinsip mereka selama ini tentang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hasil carian imej untuk KEPALA PEROMPAK

Mereka gagal kerana kesemua laporan berita yang melaporkan tentang forum itu bersetuju pihak panel gagal untuk menyakinkan mereka yang hadir tentang kewujudan Mahathir dalam Pakatan Harapan apatah lagi menjadi pemimpin tertinggi pakatan tersebut.

“Dulu kutuk Mahathir, sekarang bekerjasama dengan Mahathir kutuk Najib. Esok lusa, Najib turun bekerjasama pula dengan Najib? Tidak pernah belajar dengan kesilapan lalu!” kata Haris Ibrahim daripada Asal Bukan UMNO (ABU), salah seorang panel forum itu

Mat Sabu pernah melabel Mahathir sebagai kepala perompak dan buktinya seperti dalam video di bawah :


Yang amat memalukan ialah cubaan Hishammuddin Rais untuk menghalalkan tindakan beliau menyapu ludah di muka beliau sendiri setelah sekian lama mengkritik, memaki dan memperlekehkan Mahathir Mohamad. Beliau adalah di antara aktivis reformasi tegar yang beberapa kali ditangkap di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menentang kerajaan Mahathir Mohamad. Beliau adalah tahanan paling lama selama 26 bulan di Pusat Tahanan Kamunting dari 2001-2003, itu pun semasa era Mahathir.

Walau pun beliau dianggap agresif, ganas, kasar dan mulut celupar, masih ada yang menyokong beliau sebagai aktivis reformasi kerana prinsip beliau yang tidak berubah walau pun ditahan dan di dakwa semasa era Mahathir.


Apabila menyentuh isu Soros dan wang dollar Amerika, Hishammuddin telah melabelkan Mahathir sebagai :

Maka keluarlah seekor kaldai tua dengan teori Yahudi dan George Soros. Sayang sekali si keldai tua ini tidak sedar zaman telah beredar. Pada satu ketika dahulu si keldai tua ini amat bijak dengan auta putar belit, tetapi hari ini segala autanya diketahui umum.

Sampai begitu hina sekali Mahatthir di mata ‘reformis’ itu. Bukan keldai tua sahaja tetapi Hishammuddin Rais turut melabel Mahathir sebagai ‘Anak Lelaki Iskandar Kutty’. Ironinya, Hishammuddin juga pernah mengaku bahawa:


Kunci kepada semua Sang Barua yang bekerja dengan Mahathir adalah sosok bermasalah. Yang mengamal rasuah. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua.

SPR, Polis dan Kehakiman juga dilabel Sang Barua kepada Mahathir.

Dan sekarang, aktivis ini meliwati prinsipnya dengan tunduk kepada ‘Anak Lelaki Iskandar Kutty’ atau pun ‘keldai tua’ ini. Beliau juga sang barua seperti yang beliau sendiri terangkan. Segala prinsip yang beliau pertahankan selama ini down the drain ibarat sampah dalam tong sampah.

Reformis yang tiada prinsip ini dan keseluruhan kepimpinan Pakatan Harapan sepatutnya berasa malu dan belajar daripada pendirian parti PSM yang dahulu dan sehingga sekarang masih sama. PSM menentang Mahathir kerana pegangan dan posisi beliau dalam pelbagai isu di antaranya sistem dan institusi korup yang dibawa oleh Mahathir.

PSM mempersoalkan isu-isu zaman Mahathir, di antaranya ialah isu pengswastaan kemudahan awam, penggunaan undang-undang zalim seperti ISA dan Akta Percetakan, Isu Pekerja, Gaji Minima, Kesatuan Sekerja, penahanan musuh politiknya, sistem Kroni dan Bail out Syarikat milik anaknya

PSM juga mendedahkan sikap hipokrit pemimpin DAP dan PKR. Di antaranya:

Rakan seperjuangan kami dalam menentang semua isu ini dulu adalah DAP, PKR dan lain-lain. Adakah posisi mereka dengan semua perkara diatas kini sudah berubah? PSM masih berpendirian posisi kami dulu dan sehingga sekarang masih sama.

Namun hari ini, Tun Mahathir tidak pernah mengatakan beliau salah dalam mana-mana satu isu diatas dan tidak pernah sekali dalam ratusan sidang akhbar dan ceramah beliau mengatakan beliau sudah insaf atau meminta maaf. Beliau hanya berkata bahawa beliau silap memilih Najib, sebagaimana beliau silap memilih Badawi.

Sekarang beliau dianggap sebagai di “Top Dog” untuk Pakatan Harapan. Adakah ini bererti semua posisi yang diambil dulu oleh beliau betul?

Kita juga sedia maklum dengan pendirian Otai Reformis 1998 pendokong tegar Anwar Ibrahim yang akhirnya tidak dapat tahan dengan mainan politik murahan PKR dan DAP. Di antara pengakuan mereka :

1. Menolak kepimpinan Mahathir di peringkat parti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau di peringkat kerajaan sebagai perdana menteri atau menteri kanan atau penasihat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

2. Menuntut Pakatan Harapan untuk memasukkan dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan penubuhan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Mahathir.

Inilah kesudahanya NGO tegar Anwar yang selama ini mempertahankan Anwar di masa zaman Mahathir tetapi akhirnya tersungkur diperbodohkan oleh kepimpinan PKR dan DAP.

Kesimpulannya, kita percaya bahawa sikap hipokrit DAP, PKR dan NGO reformis yang sebelum ini menentang Mahathir tetapi sekarang meliwat sendiri segala prinsip mereka itu sedang dinilai oleh rakyat dengan serius.

Rakyat tidak mahu puak-puak sedemikian rupa apatah lagi mentadbir negara ini.


Rujukan:


1. https://www.malaysiakini.com/columns/210232
2. http://www.keadilandaily.com/barua-dan-jentera-daulah-hishamuddin-rais/
3. http://sejarahmelayu.blogspot.my/2017/07/sebab-psm-tak-mahu-bersama-tun-m-dan.html
4. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/01/mat-sabu-panggil-tun-m-kepala-perompak/




Wednesday, July 19, 2017

Pakatan Harapan Jadikan Mahathir Boneka Sangap


Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang dan setaraf perdana menteri adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar boneka dalam barisan kepimpinan baharu Pakatan Harapan.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Pengerusi DAP Lim Kit Siang sebenarnya yang menjadi ketua pakatan pembangkang tetapi beliau tidak ditonjolkan dalam carta kepimpinan gabungan Pakatan Harapan.

“Sama ada beliau (Dr Mahathir) sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang.

“Parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi.

“Maka, secara realitinya, Lim Kita Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka,” kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata senarai pemimpin Melayu yang diumumkan dalam struktur baharu barisan pembangkang juga sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP terhadap mereka.

Minggu lepas, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir selaku Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden).

Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai timbalan presiden.

Menyentuh mengenai tindakan Dr Mahathir mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’ anjuran Armada PPBM, Tengku Sariffuddin mempersoalkan perkara itu kerana sepanjang menjadi perdana menteri, Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat bersama musuh-musuh politiknya.

“Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh-musuhnya politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mencabar Najib di pentas ‘Nothing To Hide 2.0’ yang dijadual diadakan pada 13 Ogos depan.

Friday, July 14, 2017

Mahathir Terlupa DAP Adalah Parti Dominan Dalam Pakatan Haprak


Adakah Mahathir lupa siapa Boss Besar dalam Pakatan Haram yang diwujudkan DAP PKr dan PAn.. Ppbm hanya parti 1 kerusi saja dah melangkau segala.. adakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bersetuju dalam melancarkan Logo dan strukrur yang cuba dibentuk?... Mahathir jangan syok sendiri saja...

10 Soalan Yang Patut Ditanya Rakyat Mengenai Logo & Carta Pakatan Harapan...

13 Julai 2017, pakatan pembangkang yang mengelarkan nama mereka sebagai Pakatan Harapan melancarkan logo dan carta organisasi baru mereka.

Usah terima bulat bulat apa yang mereka hidangkan itu. Rakyat harus jadi kritikal dan bertanya balik soalan pada pakatan pembangkang ini. Kita lihat apa jawapan yang mereka hendak jawab.


Selain Mahathir yang tersasul dan tersalah sebut Mat Sabu sebagai Presiden UMNO, ada beberapa lagi perkara pelik pada logo dan organisasi Pakatan Harapan itu. Rakyat harus tanya untuk mendapatkan jawapan dan kepastian.

1. Ada tiga jawatan utama dalam Pakatan Harapan. Ketua Umum, Presiden dan Pengerusi. Siapa lebih "power"? Siapa akan jadi calon PM? Jika carta ini diserah untuk kelulusan ROS, apakah boleh diluluskan orang yang berada dalam penjara untuk ketuai sebuah parti?

2. Kit Siang tiada dalam carta. Apakah peranan sebenar Kit Siang ? Menjadi "Godfather" atau "Mursyidul Am" dalam Pakatan Harapan?. DAP ada 37 kerusi, paling banyak tetapi nama Kit Siang tiada. Ini sesuatu yang pelik.

3. Kedudukan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali adalah lebih rendah tarafnya berbanding Mat Sabu, yang hanya mendapat elaun sahaja dari Persatuan Bekalan Air Penang secara bulanan. Mat Sabu jadi Timbalan Presiden, Azmin hanya Naib Presisen sahaja. Mat Sabu tiada kerusi DUN dan Parlimen lebih tinggi kastanya dari Azmin. Kenapa jadi begitu?

4. Apakah Azmin Ali mengiktiraf "hidupnya" Pakatan Harapan ini? Azmin tidak hadir semalam dalam mesyuarat. Azmin setuju atau tidak? Ini kerana Azmin pernah sebut Pakatan Rakyat masih lagi hidup. Dalam Harapan tiada PAS. Azmin perlu beri reaksi dan pendirian, tidak boleh diam seperti aksi dalam tandas sahaja.

5. Bagaimana rupa bentuk kabinet bayangan Pakatan Harapan ini? Siapa sebenarnya calon PM? Berapa ramai yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan agihan kabinetnya bagaimana? Bolehkan PPBM yang ada satu kerusi dapat banyak jawatan?

6. Logo Harapan adalah jelmaan logo DAP. Huruf A yang ditonjolkan sebagai simbol itu adalah roket sebenarnya. Jika digantikan A itu dengan lambang roket masih membawa maksud yang sama. Benarkah begitu?

7. Logo Harapan ini direka oleh DAP. Teresa Kok pada 11 Jun 2017 menyatakan logo Harapan perlukan "final touches" daripadanya. Bila disemak dengan logo "Hope" atau "New Hope", logo Harapan ini sebenarnya mirip kepada rekaan puak Evangelist DAP. Logo serupa ini banyak didapati di Israel. Apakah logo ini sengaja dibuat begitu untuk mendapat dana dari luar sana?

8. Tiada identiti dan warna PKR dan PPBM dalam logo Harapan. Terus hilang, tiada mata lebam dan bunga. Warna pun ambil warna PAN dan jelas tertera pada logo perkataan PAN. Apakah logo ini diinspirasikan dari ketulan ketulan lambang PAN yang dicantum menjadi roket?

9. Harus diingat, logo dan carta organisasi ini masih belum lagi diluluskan oleh ROS. Ini bermakna apa yang dibuat semalam itu hanyalah "showcase" sahaja. Belum sah dari segi undang undang dan logo ini masih belum layak dicetak pada kertas undi lagi. Bila secara rasminya hendak "submit" logo dan jawatankuasa penaja pada ROS? Mahu pakai logo Harapan ini atau logo parti masing masing dalam PRU14 nanti?

10. Kit Siang, Guan Eng, Rafizi dan Azmin tidak hadir semalam semasa pelancaran logo dan carta. Apakah akan ada perubahan pada carta dan logo lagi selepas ini?


Boleh jadi berubah lagi kerana dulunya, Mahathir dan Wan Azizah sama sama jadi Penasihat. Kini jawatan Penasihat sudah tiada. Mahathir jadi Pengerusi dan Wan Azizah jadi Presiden. Kenapa tidak beri sahaja jawatan Penasihat itu pada Lim Kit Siang?

Boleh jadi akan berubah lagi lepas ini. Jika tidak, Kit Siang mahu hadir atas kapasiti apa dalam mesyuarat Pakatan Harapan?

Inilah 10 soalan yang rakyat wajib tanya pada pakatan pembangkang. Soalan terakhirlah kalau hendak tanya, betulkah hidung Mahathir diambil menjadi logo baru Pakatan Harapan?

Apakah mahu rakyat ingat pembangkang, ternampaklah Mahathir? Apakah ini cara halus untuk tawan undi undi Melayu dan golongan muda yang baru setahun jagung mengenali Mahathir?

Kalau benar, jelaslah Mahathir kini hanya jadi kuda sahaja untuk DAP dan sanggup berada bawah telunjuk Anwar sekarang untuk menghancurkan Putrajaya. Jangan benarkan pakatan pembangkang sebegini memerintah.


Buat logo dan carta pun carca marba, apatah lagi kalau perintah negara. Rakyat kena tanya dan soal mereka. Pembangkang tidak akan beri jawapan, mereka akan putar belit dan beri jawapan lain jika 10 soalan ini ditanya pada mereka. Cuba tanya tengok kalau tidak percaya.

Sumber : BeruangBiru


Monday, July 10, 2017

BOBOI Sudah Lah Politik Gagal, Ekonomi Pun Ke Longkang



Mukhriz sila jawab la apa yang telah terungkai.. nak membohong pada kesahihan fakta adalah terhina skali.. Tiap tahun (2013 -2015) peruntukan dari kerajaan ke kerajaan negeri tu apa cerita... jangan lah sampai berbohong kata tak dapat peruntukan pula.. adakah segala peruntukan itu mukhriz ingat untuk perbelanjaan anak2 beranak serta kroni2 dia kot.. sudah lah POLITK GAGAL SAMA SKALI.. EKONOMI PUN TAHAP KE LONGKANG PULA..


Menurut Mukhriz Mahathir Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan dari segi peruntukan, pembangunan dan sebagainya. Padahal duit peruntukan tiap tahun yang diturunkan dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri tu Mukhriz buat apa..? pergi enjoy holiday bersama family dan kroni2 seta macai2 ke luar negara yer..


Kalau dari segi peruntukan saya tak rasa Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan. Setiap tahun secara purata kerajaan persekutuan memperuntukkan RM300 juta kepada kerajaan negeri melalui pemberian mengikut bilangan orang, pemberian penyelengaraan jalan negeri, pemberian khas tahunan dan pelbagai lagi pemberian. Malah kerajaan negeri Kedah juga diberi pemberian kekurangan akaun mengurus di mana kutipan hasil kerajaan negeri tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.

Berikut adalah pemberian kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Kedah sepanjang Mukhriz menjadi Menteri Besar:

2013: RM360 juta
2014: RM390 juta
2015: RM369 juta





Ini tidak termasuk peruntukan perbelanjaan pembangunan melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah yang keseluruhannya berjumlah RM45.3 juta lebih tinggi daripada negeri-negeri lain:



Mukhriz sepatutnya lebih arif tentang hal sebegini. Kerajaan persekutuan tidak pernah gagal memberi wang kepada kerajaan negeri Kedah setiap tahun. Dakwaan bahawa kerajaan negeri Kedah tidak menerima bantuan kerajaan persekutuan tidak tepat dan mengelirukan.

Mukhriz juga tidak berlaku jujur tentang kedudukan hutang kerajaan negeri Kedah. Sejak mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada tahun 2013, hutang kerajaan negeri meningkat daripada RM2.6 billion kepada RM2.61 billion pada tahun 2014 dan kemudiannya menurun kepada RM2.36 billion pada tahun 2015:

Walau bagaimana pun penurunan hutang kerajaan negeri pada tahun 2015 bukanlah disebabkan kerajaan negeri Kedah membayar balik hutang kepada kerajaan persekutuan. Ia adalah disebabkan pindahan baki hutang bekalan air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Di dalam penyata kewangan kerajaan negeri jelas menyatakan bahawa tiada bayaran balik hutang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015.


Ini membuktikan Mukhriz membohongi kita tentang bahawa beliau mengarahkan pegawai kewangan negeri untuk membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan secara sedikit-sedikit.

Saya rasa Mukhriz membangkitkan isu ini kerana beliau ingin menutup kelemahan pengurusan kewangan kerajaan negeri semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Rizab kerajaan negeri atau Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Kedah menurun daripada RM208 juta pada tahun 2013 kepada hanya RM43 juta pada tahun 2015.


Ketidakcekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri di bawah Mukhriz sebagai MB dan juga pengerusi jawatankuasa (EXCO) kewangan juga jelas dengan penurunan kutipan hasil kerajaan negeri bagi dua tahun berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015.


Pelaburan modal dalam bidang pembuatan menurun mendadak pada tahun 2015 daripada RM5,285 billion pada tahun 2014 kepada hanya RM1.356 billion. Pada tahun 2016 selepas Datuk Seri Ahmad Bashah mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan negeri, pelaburan modal dalam bidang pembuatan meningkat semula kepada RM2.18 billion.


Mungkin inilah yang menyebabkan Mukhriz mengungkit dan membangkitkan isu palsu seperti kerajaan negeri Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan untuk menutup kelemahan pengurusan kerajaan negeri Kedah semasa beliau menjadi MB.

Tindakan Mukhriz ini saling tidak tumpah dengan apa yang ayah beliau sendiri lakukan sekarang. Merekasaya cerita palsu untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan orang ramai kepada kerajaan persekutuan. Bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Mukhriz bertambah kaya raya .. lagi mau sembang perjuang nasib rakyat.. kencing kalau dah berlari.. jangan cuba nak mengaku suci..


Rujukan:
1. Pemberian Sebenar Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri: Perbendaharaan
2. Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017: Perbendaharaan
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah 2015: Jabatan Audit Negara
4. Investment Data: MIDA










Tuesday, July 4, 2017

Mahathir Sugul Dan Bersedih Di London Akibat Kecewa Dengan Ahli Parti Bunga



Bila Atoq Mahathir termenung jauh melihat sejadah di pagi Aidilfitri di Masjid Kota London. Nampak sangat wajah sugul dan betapa kecewa dihati Atoq Mahathir... Kecewa apakah yang telah melanda hati Atoq Mahathir sehinggakan beliau terbang jauh disana seperti ada yang beliau sembunyikan dari Lembu2 Bunga PPBM di Malaysia yang ternyata bingai2 semuanya...

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan.

Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi.

Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.


Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertentu.

Muhyiddin seolah olah mahu menguasai PPBM. Tidak tanya pandangan Mahathir terlebih dahulu dan mula sisihkan orang orang Mukhriz di beberapa negeri tertentu. Ini yang menyebabkan pergolakan dalaman berlaku.

Muhyiddin juga gagal mencari sumber dana sendiri untuk parti. Semua perkara dan gerak kerja banyak bergantung pada dana dari Mahathir dan Daim. Kesan kepada setiap gerak kerja tidak nampak, tetapi wang sudah habis jutaan ringgit.


Dengan kawan kawan pembangkang pun Mahathir mulai berkecil hati. 21 Jun 2017, Mahathir sudah meluahkan rasa kecewanya itu pada Channel NewAsia. Mahathir kata semua pemimpin dalam Pakatan Harapan tidak mahu memanggilnya sebagai Pengerusi dalam mesyuarat. Kalau gelaran itu diberi pada orang lain, tidak mengapa, tetapi tidak boleh untuk dirinya.

Mahathir kata inilah punca kegagalan pendaftaran Pakatan Harapan dengan ROS. Ada pemimpin Pakatan Harapan bimbang dan tidak percaya pada dirinya, kata Mahathir. Selain itu, Mahathir dianggap cuba "hijacked" Pakatan Harapan bila bercakap mahu menjadi Perdana Menteri semula.

Mahathir yang juga Penasihat Pakatan Harapan (PH) kecewa kerana logo belum siap. Walhal, cadangan satu logo itu adalah dari ideanya sendiri yang mahu meniru konsep kerjasama yang diamalkan Barisan Nasional. Namun, para pemimpin PH seolah-olah kurang berminat dengan idea Mahathir itu. Dipermainkan pula oleh Rafizi yang mencipta logo yang buruk.

Lebih membuatkan Mahathir 'berjauh hati' apabila setiap strategi serangan yang dia pelopori untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, semuanya tidak berjaya. Semua gerak kerja yang digerakan oleh jentera PPBM tidak menjadi. Ini termasuklah cubaan kali kedua menggunakan DoJ untuk memburukkan Perdana Menteri, juga menemui kegagalan.

Tindakan Syed Saddiq membuka pekung bayaran RM30 juta oleh Daim kepada media asing dan Clinton Foundation amat mengecewakan Mahathir. Syed Saddiq gagal menjaga Armada PPBM. Tiga exco PPBM persoalkan balik kekayaan anak anak Mahathir. Syed Saddiq memang "bloody fool" seperti kata Daim.

Mahathir meluahkan rasa kecewanya dengan analogi Menara Grenfell di London yang terbakar. Mahathir mengakui bahawa cara Grenfell terbakar agak berbeza kerana ia seperti jamung gergasi. Dari bawah api naik di luar bangunan. Sebabnya ialah bahan yang digunakan sebagai dinding luar dari jenis yang mudah terbakar.

Ini secara tersiratnya menunjukkan keadaan yang sedang berlaku dalam PPBM. Seperti Grenfell, kebakaran dalaman yang berlaku dalam PPBM merebak dengan cepat. Sudah banyak bahagian PPBM telah dibubarkan. Sudah ribuan ahli PPBM keluar parti. Kedua dua sayap PPBM sudah terbakar, Armada dan juga Srikandi.

Seperti Grenfell, asas penubuhan PPBM juga tidak kuat. Hanya berasaskan sentimen benci pada pemimpin semata mata.

Bahan yang diguna PPBM juga tidak kuat. Bahannya emosi dan perasaan marah untuk menjatuhkan pemimpin semata mata. Ini yang membuatkan PPBM mudah terbakar.

Mahathir tidak mampu hendak kawal kebakaran dalaman yang berlaku dalam PPBM ini. Tangan yang membakarnya itu adalah ahli PPBM sendiri. Namun, bagi mengelak malu, tangan lain pula yang dituduh.

Seperti DAP yang banyak masalah dalaman, PPBM juga sedang terbakar teruk dari dalam. Inilah yang membuat Mahathir kecewa dan berduka lara. Hingga beraya di luar negara.