Monday, July 10, 2017

BOBOI Sudah Lah Politik Gagal, Ekonomi Pun Ke Longkang



Mukhriz sila jawab la apa yang telah terungkai.. nak membohong pada kesahihan fakta adalah terhina skali.. Tiap tahun (2013 -2015) peruntukan dari kerajaan ke kerajaan negeri tu apa cerita... jangan lah sampai berbohong kata tak dapat peruntukan pula.. adakah segala peruntukan itu mukhriz ingat untuk perbelanjaan anak2 beranak serta kroni2 dia kot.. sudah lah POLITK GAGAL SAMA SKALI.. EKONOMI PUN TAHAP KE LONGKANG PULA..


Menurut Mukhriz Mahathir Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan dari segi peruntukan, pembangunan dan sebagainya. Padahal duit peruntukan tiap tahun yang diturunkan dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri tu Mukhriz buat apa..? pergi enjoy holiday bersama family dan kroni2 seta macai2 ke luar negara yer..


Kalau dari segi peruntukan saya tak rasa Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan. Setiap tahun secara purata kerajaan persekutuan memperuntukkan RM300 juta kepada kerajaan negeri melalui pemberian mengikut bilangan orang, pemberian penyelengaraan jalan negeri, pemberian khas tahunan dan pelbagai lagi pemberian. Malah kerajaan negeri Kedah juga diberi pemberian kekurangan akaun mengurus di mana kutipan hasil kerajaan negeri tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.

Berikut adalah pemberian kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Kedah sepanjang Mukhriz menjadi Menteri Besar:

2013: RM360 juta
2014: RM390 juta
2015: RM369 juta





Ini tidak termasuk peruntukan perbelanjaan pembangunan melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah yang keseluruhannya berjumlah RM45.3 juta lebih tinggi daripada negeri-negeri lain:



Mukhriz sepatutnya lebih arif tentang hal sebegini. Kerajaan persekutuan tidak pernah gagal memberi wang kepada kerajaan negeri Kedah setiap tahun. Dakwaan bahawa kerajaan negeri Kedah tidak menerima bantuan kerajaan persekutuan tidak tepat dan mengelirukan.

Mukhriz juga tidak berlaku jujur tentang kedudukan hutang kerajaan negeri Kedah. Sejak mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada tahun 2013, hutang kerajaan negeri meningkat daripada RM2.6 billion kepada RM2.61 billion pada tahun 2014 dan kemudiannya menurun kepada RM2.36 billion pada tahun 2015:

Walau bagaimana pun penurunan hutang kerajaan negeri pada tahun 2015 bukanlah disebabkan kerajaan negeri Kedah membayar balik hutang kepada kerajaan persekutuan. Ia adalah disebabkan pindahan baki hutang bekalan air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Di dalam penyata kewangan kerajaan negeri jelas menyatakan bahawa tiada bayaran balik hutang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015.


Ini membuktikan Mukhriz membohongi kita tentang bahawa beliau mengarahkan pegawai kewangan negeri untuk membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan secara sedikit-sedikit.

Saya rasa Mukhriz membangkitkan isu ini kerana beliau ingin menutup kelemahan pengurusan kewangan kerajaan negeri semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Rizab kerajaan negeri atau Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Kedah menurun daripada RM208 juta pada tahun 2013 kepada hanya RM43 juta pada tahun 2015.


Ketidakcekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri di bawah Mukhriz sebagai MB dan juga pengerusi jawatankuasa (EXCO) kewangan juga jelas dengan penurunan kutipan hasil kerajaan negeri bagi dua tahun berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015.


Pelaburan modal dalam bidang pembuatan menurun mendadak pada tahun 2015 daripada RM5,285 billion pada tahun 2014 kepada hanya RM1.356 billion. Pada tahun 2016 selepas Datuk Seri Ahmad Bashah mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan negeri, pelaburan modal dalam bidang pembuatan meningkat semula kepada RM2.18 billion.


Mungkin inilah yang menyebabkan Mukhriz mengungkit dan membangkitkan isu palsu seperti kerajaan negeri Kedah diabaikan oleh kerajaan persekutuan untuk menutup kelemahan pengurusan kerajaan negeri Kedah semasa beliau menjadi MB.

Tindakan Mukhriz ini saling tidak tumpah dengan apa yang ayah beliau sendiri lakukan sekarang. Merekasaya cerita palsu untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan orang ramai kepada kerajaan persekutuan. Bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Mukhriz bertambah kaya raya .. lagi mau sembang perjuang nasib rakyat.. kencing kalau dah berlari.. jangan cuba nak mengaku suci..


Rujukan:
1. Pemberian Sebenar Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri: Perbendaharaan
2. Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017: Perbendaharaan
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah 2015: Jabatan Audit Negara
4. Investment Data: MIDA










No comments:

Post a Comment