Tuesday, August 22, 2017

22 Tahun Rakyat Disuap Dengan Cerita Palsu Mahathir, Akhirnya Terbongkar Juga

Image result for mahathir dan skandal terbongkar

Media Tidak Bebas Selama 22 Tahun, Patutlah Rakyat Tidak Tahu Kerja Kotor Mahathir @BB

Ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia (20 Ogos

1986) selepas memenangi pilihan raya umum 1986, Mahathir kata ;

"Saya tidak begitu gembira dengan segelintir wartawan yang boleh dibeli Zionis dan Yahudi"

Hari ini siapa yang percaya dengan laporan media luar seperti Wall Street Journal dan Sarawak Report? Mahathir lah orangnya. Sanggup bersekongkol dengan media yang ditaja oleh Rupert Mudoch dan George Soros itu untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di Malaysia.

Malah, sanggup membayar USD$5 juta kepada Clinton Foundation untuk burukkan Malaysia. Sanggup jumpa Claire Rewcastle Brown di London untuk jatuhkan pemimpin di Malaysia. Sekarang ini siapa yang sudah kena beli?

Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Allahyarhan Fadhil Nor, bekas Presiden PAS pernah berdoa agar hayat Mahathir dipanjangkan supaya rakyat dapat menjadi saksi akan kerosakan yang pernah dilakukannya.

Dengan kuasa Tuhan, doa itu telah dimakbulkan sekarang. Sekarang seluruh rakyat sudah mula sedar mengenai betapa banyaknya skandal-skandal berbilion ringgit melibatkan Mahathir.

Ia mula terdedah apabila zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak yang tidak lagi mengongkong kebebasan media seperti yang menjadi amalan Mahathir 22 tahun lalu.

Mana mungkin kita dapat tahu bahawa Mahathir pernah 'songlap' wang rakyat sebanyak RM30 bilion melalui skandal Forex, pembunuhan penyiasat melalui skandal BMF, kerugian Syarikat Perwaja, aktiviti 'bail out' syarikat-syarikat kroni dengan menggunakan wang rakyat dan pelbagai lagi.

Benarkah zaman Mahathir dulu media tidak bebas? Jawapannya ya. Ini disahkan melalui hasil dapatan fakta untuk kajian Doktor Falsafah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Menurutnya, media pada era sebelum tahun 2003 terpaksa menggunapakai keputusan yang dibuat oleh seseorang - tidak dibenarkan bebas berkarya.

Walaupun Zahid tidak menamakan orang itu, namun ia jelas lagi bersuluh menunjukkan ia perilaku keji Mahathir ketika ada kuasa.

Malah ketika berlakunya insiden Memali pada tahun 1987, Mahathir telah gantung akhbar seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Utusan.

Pentadbiran Mahahir digelarkan dengan pelbagai gelaran umpamanya “Machiavelli Malaysia” , autoritarian mahupun diktator kerana layanan buruknya terhadap media.

Malah Mahathir dikecam oleh Jawatankuasa Melindung Wartawan (Committee to Protect Journalists) sebagai salah seorang daripada sepuluh musuh utama kepada akhbar (10 Enemies of the Press), bagi tahun 1999, 2000 dan 2001.

CPJ menamakan “Sepuluh Musuh Akhbar” setiap tahun sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada setiap 3 Mei. Mahathir di tempat kelapan pada 1999, kesepuluh pada 2000 dan 2001.

Hari ini, semua maklumat di hujung jari. Rakyat boleh menilai sendiri yang mana kebenaran dan persepsi. Strategi pembohongan Mahathir kini tidak boleh diselindung lagi. Dulu Mahathir lah yang guna pakai "everything to hide". Hari ini dah tak boleh selindung lagi dah.

Sumber : Pena Beruang Biru

Wednesday, August 16, 2017

Boboi Ditempelak Kerana Berkata Tidak Benar Mengenai Kebajikan Rakyat.


Bila Mukhriz masih dalam lena bermacam- macam cerita tidak konsisten yang beliau cuba ungkapkan.. Mukhriz masih berangan bahawa beliau sebagai yang terbaik lah kononnya.. padahal semua serba tahu yang mukhriz ni hanyalah bertenggong dengan aura bapanya saja..

Mentadbir Kerajaan Negeri Kedah dengan Jawatan Menteri Besar apa yang telah beliau buat hingga beliau letak jawatan kerana majoriti pemimpin UMNO Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap beliau. Lebih maklum Mukhriz Gagal selamanya...

Mukhriz harus sedar diri bahawa beliau sama sekali sudah gagal dan beliau tidak mampu untuk bercerita hingga ke langit sekalipun... rakyat Kedah bukan boleh beliau nak permainkan.. Politik Beliau hanya Politik berlandaskan Dendam dan menguntungkan Beliau dan Kaum kerabat Kroni2 sahaja..

Dibawah kita baca ulasan dari mantan orang kuat beliau (Pegawai Khas mukhriz) sebelum Muhkriz berpindah ke Parti Bunga..

Y.Bhg Tuan Haris Che Mat Naib Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Mukhriz Mahathir, hari ini telah menempelak Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan anak kepada Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan yang tidak benar kononnya "parti UMNO sudah tidak lagi menjaga kebajikan rakyat dan oleh itu parti PPBM bersedia untuk menggantikan peranan UMNO".

Menurut Haris lagi "mungkin Mukhriz jenis Melayu Mudah Lupa kerana selama ini melalui UMNO lah Mukhriz dan bapanya serta adik beradiknya menikmati kesenangan hidup hingga turut menjadi persoalan kepada ahli - ahli Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA)".

" Kenapa Mukhriz tidak menjelaskannya kepada ahli parti PPBM daripada mana kekayaan itu diperolehi dan kenapa harus pertikaikan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila syarikat milik beliau dan syarikat - syarikat milik keluarganya disiasat?"

"Bagaimanapun Mukhriz seperti juga bapanya Dr. Mahathir semasa memimpin UMNO dulu yang menggunakan sering menggunakan 'ugutan', jadi mana - mana ahli PPBM yang persoalkan tentang perkata tersebut, mereka akan dirujuk kepada Lembaga Displin Parti".

Sementara itu Haris turut mengajak Mukhriz untuk mengingati kembali nikmat, faedah dan peluang yang diperolehi semasa beliau berada di dalam parti UMNO. Mukhriz patut bersyukur kerana beliau mendapat banyak faedah dan nikmat jika dibandingkan dengan ahli - ahli UMNO yang lain.

" Jangan menutup mata di atas realiti yang berlaku hari ini semata-mata kerana berada bersama kelompok pembangkang yang dikepalai DAP yang sejak dahulu sentiasa menentang BN dan kerajaan yang ditunjangi UMNO, " kata Haris.

Tambah Haris lagi, apakah pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak sebelumnya dan akan datang bukan untuk untuk kebajikan rakyat? Apakah insentif, segala bantuan dan skim yang disediakan kepada rakyat golongan bawahan itu juga bukan satu kebajikan?

Kata Haris lagi, "segala pemberian kerajaan itu bagaimanapun dimanipulasi oleh pembangkang sebagai 'sogokan' kerajaan kepada rakyat. Saya juga pelik selepas dipecat daripada UMNO lebih setahun lalu, tiba-tiba Mukhriz mendakwa UMNO kini tidak lagi menjaga kebajikan dan memperjuangkan rakyat."

Secara sinis Haris berkata "sepatutnya PPBM berusaha melakukan kebajikan kepada rakyat untuk menarik mereka menyokong parti itu, bukannya menidakkan pemberian dan kebajikan yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan. Malah PPBM sendiri pun menjual meja bagi majlis makan malam bersama pimpinan tertinggi PPBM dengan harga yang sangat mahal. Adakah itu yang dimaksudkan oleh Mukhriz yang PPBM akan perjuangkan kebajikan rakyat dan menggantikan parti UMNO?"

Bapa Borek Anak Rintik... Bapa Nyanyok .. Anak Asyik Bermimpi... Korang fikirkan lah yer..

Armada Dalang Disebalik Kekecohan Program NTH2 Kutty Karala


Terkeluceh dan terkantoi sampai berpinau... Setelah tak berapa nak berjaya berjaya hasut netizen dengan tohmahan konon UMNO sebagai punca kekecohan program Nothing To Hide 2, akhirnya kebenaran insiden ‘panas’ itu mula terbongkar satu persatu.

Terkini, beberapa pengguna Facebook mula mendedahkan bagaimana aksi bersahaja Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memulakan ‘drama’ kekecohan pada hari kejadian tersebut.

Lebih lucu, tindakan mereka itu nyata membongkar wajah ‘keganasan’ sebenar Armada cuba sabotaj forum disertai pengerusi parti tersebut sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, pada Ahad lalu.

Beberapa rakaman video amatur itu sekali gus membuktikan dengan jelas penglibatan ahli Armada selain pengawal keselamatan yang diupah sayap pemuda parti cap bunga raya tersebut sebagai dalang pencetus kekecohan tersebut.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam, seorang pengawal dan seorang lagi lelaki yang berbaju hitam berambut panjang membaling kerusi kepada bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas di depan mereka.

Insiden itu jelas menampakkan lelaki berkenaan melompat sambil membaling kerusi kepada Taufik yang sedang bertanyakan soalan berkaitan tragedi berdarah Memali sebelum Mahathir ‘pusing’ kepada cerita lain tiada kaitan.

Ia sekali gus mengesahkan dakwaan Taufik adalah benar bahawa kerusi tersebut memang sengaja ditujukan kepada dirinya sebelum disusuli kerusi, kasut, selipar, botol dan segala objek melayang berterbangan dalam dewan itu.

Manakala ada netizen berkongsi video yang memaparkan suspek dalang itu berlari ke luar dewan dengan dilindungi beberapa ahli Armada dan kemudian mereka menutup pintu untuk menghalang si pencetus kecoh tersebut dicekup.

Sebelum itu, beberapa netizen mendakwa Armada PPBM di bilik urus setia yang berada di tingkat atas dewan berkenaan yang disaksikan sengaja mencampakkan kerusi dari situ kepada penonton di bahagian aras bawah.

Kini timbul persoalan cepumas, siapakah pula tiga budak remaja yang pihak Armada tangkap selepas kekecohan itu? Adakah ia hanya gimik walhal suspek sebenar adalah anggota team mereka sendiri?

#PicitTelorPenganjur


Monday, August 14, 2017

Program Nothing 2 Hide Mahasawan Bertukar Everything To Hide And Damage's


Selepas dimalukan dengan insiden yang sememangnya dirancang bahkan dah jadi terlebih rancang sampai Tuan pengerusi Parti Bunga merangkap TOP DOG Pakatan Harapkan di "SELIPAR" kan.. kesian kau Mahasawan ... udah tua dijadikan bahan lawak.. anakmu Boboi hanya badut yang dilahirkan untuk menyusahkan.. Mahasawan harus bertaubat dan tinggalkan terus dunia politik beliau yang semakin menjelekkan.. 



Kenapa Kit Siang boleh meninggalkan "Pesta Selipar" terlebih awal? adakah kit siang sudah mengetahui kah agenda bodoh Mahasawan? semua boleh nilaikan..


Mahathir tidak menjawab soalan:









Jelas kali Nothing To Hide 2.0 bukan setakat Something To Hide tapi Everything To Hide.



Marina Minachi Kutty cuba menyalahkan Najib pulak.. apa kena mengena oiiiiii Marina Minachi!!


FORUM 'NOTHING TO HIDE 2.0' BERTUKAR MENJADI FORUM 'EVERYTHING TO HIDE'

Kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri

14 Ogos 2017

1. Forum 'Nothing to Hide 2.0' dianjurkan dan diuruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan dihadiri oleh kepimpinan dan penyokongnya. PPBM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap acara itu, jadi untuk menyalahkan kejadian huru-hara itu ke atas UMNO adalah percubaan oleh pembangkang untuk menutup tindakan tanpa rasa malu oleh anggota-anggotanya sendiri.

2. Hakikatnya adalah penyokong pembangkang yang hadir kecewa dengan ketidakupayaan Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan di forum itu mengenai skandal semasa pentadbirannya, seperti tindakan beliau memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembunuhan Memali. Forum 'Nothing to Hide 2.0' itu sebaliknya bertukar menjadi forum 'Everything to Hide'.

3. Seperti yang diketahui semua, dan seperti yang jelas dilihat pada acara itu, Pakatan Harapan pada asasnya telah terbahagi. Apa lagi yang boleh diharapkan dari pakatan yang telah bergabung atas perkahwinan yang hanya berlandaskan kelebihan yang diberi oleh bekas-bekas musuh yang pernah melakukan segala-galanya yang termampu untuk memusnahkan satu sama lain untuk beberapa dekad.

4. Tuduhan liar yang menyalahkan UMNO dan Perdana Menteri oleh Dato' Seri Azmin Ali dan pemimpin Pakatan yang lain adalah palsu, melulu dan tidak sepatutnya dilakukan. Ia jelas adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian dari perpecahan PPBM, dan merupakan satu lagi contoh cara politik pembangkang untuk mewujudkan kebencian dan kemarahan terhadap kerajaan pada setiap peluang yang ada.

5. Sekiranya Pakatan tidak dapat menganjurkan forum sendiri tanpa kekacauan, kita hanya dapat membayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada Malaysia. Ianya jelas bahawa negara akan ditimpa bencana jika pembangkang yang diketuai oleh DAP mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang.

6. Pihak berkuasa akan menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kerajaan ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA MENTERI PERDANA



Untuk menutup kelemahan Cap Munge buat pelbagai tuduhan. Hanya pihak berkuasa boleh jelaskan dengan yakin.

Namun pihak penganjur susah akui:



Penganjur perlu balai cerita kenapa:

Suar atau flare boleh dibawa masuk? Hanya penganjur saja boleh!

Bagaimana uruseta ditangkap baling kerusi dari atas???


Kenapa budak yang ditangkao pernah bersama Syed Saddiq?


Jika sudah ada trouble maker, kenapa pihak keselamatan Armada tak kelyarkan mereka?



Sudah-sudahlah .... Mahathir semakin tua dan semakin meroyan kenyanyukan.. Boboi Mokris harus berdiri atas kaki beliau.. bukan bertenggong dengan bapak beliau..




















Thursday, August 10, 2017

Hasan Perkasam Bingai Meroyan Tidak Bertempat Berkenaan Pelancaran ECRL


Pertubuhan Macai Perkasam Bingai semalam mengecam majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Agak-agak lah wahai Lembu-lembu Perkasam oiiii.. nak mengecam tak kena tempat.. sedangkan kau pun tak hadir kat majlis tu pun.. kau tak payah lah nak menyalak serupa orang kalah "POKER".. sikap bingai kau semakin hari semakin menjelekkan..


Menurut Setiausaha Agungnya Syid Hasan Bingai, majlis tersebut tidak rasa seperti di Malaysia. Tuduhan Syid Hasan yang disebar menerusi Whatsapp dan Facebook itu turut dikongsi oleh Malaysiakini yang mengambil kesempatan untuk memburuk burukan kerajaan.

Soalnya, adakah tuduhan Perkasa itu benar?

Pada hakikatnya Syid Hasan menuduh tanpa bukti yang jelas. Syid Hasan dalam ruangan komen dua Fan Page Facebook, Tok Adi The Justice dan Wa Sengat Lu, telah disoal berulang kali apakah dia benar benar hadir dalam majlis tersebut atau tidak?

Syid Hasan tidak menjawab pun. Syid Hasan teruk "dibahan" oleh netizen yang akhirnya menilai apa yang dituduhnya itu adalah tidak benar sama sekali.

Tuduhan itu tidak benar kerana gambar gambar yang dipaparkan oleh pihak yang menuduh (Syid Hasan) adalah semasa semua jurutera syarikat China Communications Contruction Company Ltd, CCCC datang untuk meraikan kedatangan pengerusi mereka, bukannya Perdana Menteri.

Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dalam acara berasingan yang bukan melibatkan Perdana Menteri pun.

Pada majlis sebenar, ianya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).

Dalam majlis perasmian itu, ada bendera Malaysia dan ada pengerusi majlis yang berbahasa Malaysia dan Mandarin pada seluruh majlis.

Ucapan PM terus diterjemahkan ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi “headseats” yang dipakai oleh mereka.



Ketua Pemuda UMNO Pahang menyangkal dakwaan Setiausaha Agung Perkasam, Syid Hasan yang menuduh bahawa majlis pecah tanah ECRL yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memegang prinsip kenegaraan, tidak patriotisme dan bersifat Pro-China.

"Untuk pengetahuan Syid Hasan, bahasa Melayu digunakan dalam ucapan Perdana Menteri dan Pengerusi MRL tetapi memandangkan budaya kita sebagai orang Islam menghormati tetamu, itu sebabnya kita ada menggunakan khidmat penterjemah bahasa.

Persembahan pentas menunjukan identiti budaya Malaysia, di mana penyambut tetamu juga berpakaian kebaya malah majoriti yang hadir dalam majlis bersejarah itu adalah rakyat Malaysia" menurut Ketua Pemuda Pahang lagi.

Ternyata Perkasam melalui Syid Hasan telah meroyan tidak bertempat hanya semata-mata mahu memburukkan produk mega berkelas dunia untuk rakyat itu.


Dari Gombak ke Tumpat hanya ambil masa 4 jam sahaja. Berbanding perjalanan menaiki kereta sepanjang 688 kilometer yang mungkin memakan masa 7 hingga 8 jam. Jimat masa dan tidak meletihkan buat mereka yang mahu pulang ke Pantai Timur.

Jika tidak, setiap kali cuti perayaan, warga kota yang berasal dari Kelantan, Terengganu dan Pahang bertembung dari Tol Gombak sampailah ke Tol Bentong. Jalannya "jammed" teruk atau "sumbat lemak" kata orang Pantai Timur.


Syid Hasan ini bukannya balik beraya di Pantai Timur pun, jadi usahlah meroyan tidak bertempat bila ramai orang Pantai Timur dapat manfaat dengan pembinaan ECRL ini nanti. Sama macam Rafizi lah, sampai sekarang takut naik MRT, sebab dia pernah bantah pembinaan MRT dulu.

Rakyat jangan terpedaya dengan cerita tidak betul orang yang tidak pun hadir di majlis pecah tanah ECRL itu. Hanya membuat cerita dari jauh, di atas papan kekunci sahaja.

Buat Setiausaha Perkasam ... lain kali cubalah berfikir guna otak dan jika nak berkata tu gunalah kebijakan bukan tunjuk kebodohan tahap longkang.. nak mengampu kepala penyamun madey tu agak2 lah pun.. simpan lah Perkasam tu dalam tong taik saja.. sekian.

Wednesday, August 9, 2017

Mahathir Dah Kantoi Sebab Tu Buat Muka Tak Malu...



Yang Tidak Malu, Sebenarnya Adalah Mahathir

Dalam entri terbaru blog Pengerusi parti bunga, Mahathir ada menulis artikel bertajuk 'Tak Malu'. Mahathir buat cerita karut menuduh golongan tertentu sebagai kononnya tidak malu.

Telunjuk lurus, kelinking berkait. Yang menuding satu jari, empat jari lagi kena pada tuan badan yang menulis.

Sebenarnya, orang yang tidak malu dalam cerita ini ialah Mahathir yang sudah terlalu tua, tapi masih tidak malu pada rakyat. Terlalu kemaruk pada kuasa demi terus mengenyangkan kroni kroninya.

"Saya akan bersara sebagai orang tua yang baik. Saya akan menghabiskan masa untuk beribadat kerana zaman saya sudah berlalu. Saya perlu membuat persediaan untuk hari akhirat" kata Mahathir dalam Utusan Malaysia pada 21 Jun 1999.

Hari ini, sesudah 18 tahun, Mahathir kena malu dengan ayat yang dia sendiri pernah ungkapkan. Mahathir bukan jadi orang tua yang baik pada hari ini, malah menjadi orang tua yang banyak membuat masyarakat keliru, marah dan sakit hati dengannya.

Mahathir kena malu pada ayat ayat dia sendiri. 18 tahun lepas, dia kata Anwar peliwat dan tidak layak jadi PM. Kini, Mahathir sudah iktiraf Anwar sebagai layak menjadi PM dalam The Guardian UK pada 7 Julai 2017.

Dulu Mahathir kata Kit Siang bapak rasis. Mahathir dalam video berdurasi 3 minit 31 saat ketika berucap semasa kempen PRU13 di Shah Alam, dengan lantang menyebut "Kit Siang adalah rasis, Kit Siang adalah pelampau perkauman".

Apakah Mahathir ingat orang sudah lupa dengan semua kata katanya itu? Anwar yang dikata peliwat itu kini menjadi "boss" Mahathir dalam Pakatan Harapan. Mahathir pula yang jadi Timbalan kepada Anwar sekarang.

Kit Siang yang dikata rasis itu juga adalah "big boss" Mahathir dalam Pakatan Harapan. Kerana hendak kuasa, Mahathir kena tunduk dan gadai semua kata katanya yang dulu kerana mahu bersekutu dengan DAP.

Mana ada orang tua yang sanggup mengaku dirinya sebagai "anjing" atau "Top Dog". Sampai sanggup samakan diri dengan binatang. Orang yang tidak malu sahaja yang sanggup buat begitu.

Pasa pertengahan 2015, Mahathir buat tuduhan berkaitan hal 1MDB, Mahathir kata ada sejumlah RM42 bilion dicuri dari 1MDB. Entah apa sebabnya, Mahathir tukar angka jadi RM26 bilion pulak selepas itu.

Akhirnya pada 11 Oktober 2015, Mahathir mengaku dia tidak ada bukti terhadap tuduhannya pada Datuk Seri Najib. Jadi jelaslah apa yang Mahathir tuduh itu tiada asas.

Ayat perompak dan pencuri yang digunakan Mahathir sekadar ayat politik sahajalah, kerana Mahathir sudah mengaku dia tiada bukti.

Bukti paling besar ketika ini, ialah apabila Mahkamah di London membuat keputusan bahawa tiada bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan adalah korup.

Tindakan Editor Sarawak Report, Claire Brown yang menjadikan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai mangsa fitnah besar-besaran pembangkang juga membuatkan Mahathir sudah malu besar.

Mahathir malu besar juga kerana tidak mampu hendak jadi hero membantu serta menyelamatkan Claire di London, apabila portal itu kantoi memfitnah dan menipu.

Rasa malu yang tidak tertanggung dek Mahathir lagi ialah apabila beliau nanti bakal berdepan dengan anggota panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjawab soalan berkaitan skandal Forex yang terjadi ketika zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.

Hilang USD$10 billion semasa Scandal Forex, yang ini ada saksi yang masih hidup yang boleh menceritakan kenapa dan mengapa kehilangan wang itu berlaku.

Segala pekung akan terdedah dan siapa dalang sebenar akan diketahui dalam prosiding berkenaan.

Tempoh 21 Ogos 2017 hingga 21 September 2017 menjadi tarikh yang amat menakutkan bagi Mahathir, Anwar dan Kit Siang.

Mungkin atas sebab itulah, Mahathir awal awal lagi sudah lari ke Jepun mencari ilham sebelum bermulanya siasatan RCI Forex ini.

Malu besar Mahathir menanti di penghujung September ini. Mungkin himpunan besar pembangkang yang dicadang pada 14 Oktober nanti di Kuala Lumpur akan bertukar jadi Himpunan Bebaskan Mahathir Dari Penjara.

Kerana sudah malu bertimpa-timpa, Mahathir tulis entri di blognya kata orang lain yang tidak tahu malu dan masukkan hujah-hujah berunsur hasutan serta menuduh kerajaan macam-macam.

Mahathir sebenarnya yang tidak tahu malu. Dulu kata mahu lepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003 kerana mahu bersama keluarga dan mahu jaga cucu.

Kini sibuk pula hendak jawatan PM kerana mahu beri pada anak sendiri dan meneruskan kekayaan kroni. Inilah sikap tidak sedar diri dan tidak tahu malu sebenarnya.

Sumber : Pena Beruang Biru

Thursday, August 3, 2017

Akhirnya Mahathir Mengaku Salasilah, Kenapa Lembu Siber Bunga Yang Sawan



Mahathir Mengaku Berketurunan India Dalam Bukunya, Kenapa Sekarang Rasa Malu?- BB

Pengerusi PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mengakui dalam buku tulisannya Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau sebenarnya memang berketurunan India. Namun dalam buku itu Mahathir enggan menyatakan dari bahagian mana di India.

Ketika ini, semua orang sedang berbual dan berbincang tentang keturunan Mahathir selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan nama sebenar Mahathir melalui kad pengenalan biru awal beliau.

Datuk Seri Zahid mendedahkan perkara itu semasa merasmikan penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya dengan menunjukkan gambar pengenalan biru Mahathir yang tertera nama Mahathir A/L Iskandar Kutty. 

Mahathir cuba membuat helah dengan menyatakan bahawa masa dulu istilah A/L tidak digunakan kepada orang berketurunan India Muslim di negara ini dan mencabar supaya ditunjukkan kad pengenalan berkenaan. 

Semalam juga, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sudah menyatakan bahawa pendedahan Datuk Seri Zahid itu benar dan tidak ada kesalahan atau berunsur jenayah. 

"Ramai yang hanya sekadar tahu bahawa 'Mahathir bin Mohamad'...Itu yang awak tahu, yang awak tak tahu?


"Jadi betullah apa yang didedahkan oleh Zahid itu," katanya dalam satu sidang media di Bangsar.

Dalam buku tulisan Mahathir, jelas tertulis dalam Bab 2 tentang Nilai Kekeluargaan, mukasurat 16 di bahagian bawah memetik Mahathir menulis menyatakan bahawa bapanya Mohamad Iskandar adalah berketurunan dari India. 

"Bapa saya berketurunan Melayu Pulau Pinang, kebanyakan Melayu Pulau Pinang ada darah keturunan India. Penghijrahan dari India paling banyak berlaku apabila Pulau Pinang menjadi negeri jajahan British.

"Oleh kerana hanya lelaki sahaja (India) yang datang, maka mereka biasanya berkahwin dengan wanita Melayu tempatan," kata Mahathir di dalam buku itu.

Dalam satu lagi bab Mahathir mengaku darahnya adalah dari keturunan India. Di bahagian kedua iaitu di Bab 3 : Saya Orang Melayu mukasurat 28, Mahathir sedar bahawa keturunan beliau sering dipersoalkan.

"Ada yang mendakwa bapa saya seorang Malayalee dan fasih berbahasa Tamil serta Malayalam. Sesetengahnya pula menulis beliau adalah seorang Hindu yang memeluk Islam kerana mengahwini ibu saya.



"Yang lain berkata mereka ada melihat dokumen mengenai keturunan saya. 

Saya akui ada darah berketurunan India atau lebih tepatnya Asia Selatan mengalir dalam tubuh saya," katanya. 

Kalau betul Mahathir mengaku, ketika zaman sebelum British yang mana penggunaan bin dan binti tidak digunakan lagi, sudah pasti ia menggunakan istilah lain iaitu anak lelaki (A/L). Mahathir juga ada menggunakan nama Kutty yang bermaksud anak.

Mengapa Mahathir rasa malu sangat hendak mengaku berkenaan pendedahan Datuk Seri Zahid itu? 

Adakah takut orang Melayu akan tarik sokongan kepada partinya nanti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti? Atau takut DAP tidak mahu lagi gunakan Mahathir sebagai umpan untuk tarik undi Melayu? 

Mungkin kerana bukan darah Melayulah Mahathir selalu tulis buku kecam orang Melayu dan kata Melayu mudah lupa. Yang mudah lupa bukannya Melayu. 

Yang mudah lupa adalah mamak Mahathir. Lupa pada keturunan sendiri. Malu mengaku keturunan sendiri sedangkan sebelumnya sudah pun menulis mengenai asal usulnya dalam buku memoirnya. 

Hari ini, Mahathir dari Kerala menjadi umpan kepada Kit Siang yang berasal dari wilayah Fujian, China. Dipergunakan oleh Kit Siang dan DAP untuk pecah belah dan dapatkan undi Melayu. Pakatan Fujian-Kerala inilah yang sedang porak perandakan keadaan politik negara sekarang. 

- Sumber Lensa Beruang Biru