Wednesday, August 16, 2017

Boboi Ditempelak Kerana Berkata Tidak Benar Mengenai Kebajikan Rakyat.


Bila Mukhriz masih dalam lena bermacam- macam cerita tidak konsisten yang beliau cuba ungkapkan.. Mukhriz masih berangan bahawa beliau sebagai yang terbaik lah kononnya.. padahal semua serba tahu yang mukhriz ni hanyalah bertenggong dengan aura bapanya saja..

Mentadbir Kerajaan Negeri Kedah dengan Jawatan Menteri Besar apa yang telah beliau buat hingga beliau letak jawatan kerana majoriti pemimpin UMNO Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap beliau. Lebih maklum Mukhriz Gagal selamanya...

Mukhriz harus sedar diri bahawa beliau sama sekali sudah gagal dan beliau tidak mampu untuk bercerita hingga ke langit sekalipun... rakyat Kedah bukan boleh beliau nak permainkan.. Politik Beliau hanya Politik berlandaskan Dendam dan menguntungkan Beliau dan Kaum kerabat Kroni2 sahaja..

Dibawah kita baca ulasan dari mantan orang kuat beliau (Pegawai Khas mukhriz) sebelum Muhkriz berpindah ke Parti Bunga..

Y.Bhg Tuan Haris Che Mat Naib Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Mukhriz Mahathir, hari ini telah menempelak Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan anak kepada Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan yang tidak benar kononnya "parti UMNO sudah tidak lagi menjaga kebajikan rakyat dan oleh itu parti PPBM bersedia untuk menggantikan peranan UMNO".

Menurut Haris lagi "mungkin Mukhriz jenis Melayu Mudah Lupa kerana selama ini melalui UMNO lah Mukhriz dan bapanya serta adik beradiknya menikmati kesenangan hidup hingga turut menjadi persoalan kepada ahli - ahli Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA)".

" Kenapa Mukhriz tidak menjelaskannya kepada ahli parti PPBM daripada mana kekayaan itu diperolehi dan kenapa harus pertikaikan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila syarikat milik beliau dan syarikat - syarikat milik keluarganya disiasat?"

"Bagaimanapun Mukhriz seperti juga bapanya Dr. Mahathir semasa memimpin UMNO dulu yang menggunakan sering menggunakan 'ugutan', jadi mana - mana ahli PPBM yang persoalkan tentang perkata tersebut, mereka akan dirujuk kepada Lembaga Displin Parti".

Sementara itu Haris turut mengajak Mukhriz untuk mengingati kembali nikmat, faedah dan peluang yang diperolehi semasa beliau berada di dalam parti UMNO. Mukhriz patut bersyukur kerana beliau mendapat banyak faedah dan nikmat jika dibandingkan dengan ahli - ahli UMNO yang lain.

" Jangan menutup mata di atas realiti yang berlaku hari ini semata-mata kerana berada bersama kelompok pembangkang yang dikepalai DAP yang sejak dahulu sentiasa menentang BN dan kerajaan yang ditunjangi UMNO, " kata Haris.

Tambah Haris lagi, apakah pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak sebelumnya dan akan datang bukan untuk untuk kebajikan rakyat? Apakah insentif, segala bantuan dan skim yang disediakan kepada rakyat golongan bawahan itu juga bukan satu kebajikan?

Kata Haris lagi, "segala pemberian kerajaan itu bagaimanapun dimanipulasi oleh pembangkang sebagai 'sogokan' kerajaan kepada rakyat. Saya juga pelik selepas dipecat daripada UMNO lebih setahun lalu, tiba-tiba Mukhriz mendakwa UMNO kini tidak lagi menjaga kebajikan dan memperjuangkan rakyat."

Secara sinis Haris berkata "sepatutnya PPBM berusaha melakukan kebajikan kepada rakyat untuk menarik mereka menyokong parti itu, bukannya menidakkan pemberian dan kebajikan yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan. Malah PPBM sendiri pun menjual meja bagi majlis makan malam bersama pimpinan tertinggi PPBM dengan harga yang sangat mahal. Adakah itu yang dimaksudkan oleh Mukhriz yang PPBM akan perjuangkan kebajikan rakyat dan menggantikan parti UMNO?"

Bapa Borek Anak Rintik... Bapa Nyanyok .. Anak Asyik Bermimpi... Korang fikirkan lah yer..

No comments:

Post a Comment