Saturday, December 30, 2017

Mahathir Kutty Dah Tak Sabar Nak Jadi Ahli Parlimen Semula


Semalam Mahathir Kutty sudah ketuk tabla menandakan beliau dah tak sabar mahu jadi Ahli Parlimen semula.. Dengan perasaan syiok, beliau merasakan berpeluang la kot, sila-silakan lah Mahathir Kutty. Kami memang tak sabar juga nak tengok kamu dan parti bunga ppbm masuk tong sampah selamanya... 

Selepas diumumkan sebagai calon perdana menteri sementara, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menimbang hasrat untuk bertanding dalam PRU ke-14. “Mereka beritahu saya, saya mempunyai peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

“Saya sedia bertanding. Saya sedia bertanding disalah satu daripada tiga kerusi itu,” katanya sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, pada Sabtu.

Ditanya sama ada jawapan itu mengesahkan beliau akan bertanding, Dr Mahathir hanya memberi reaksi: “nampaknya macam tulah”.

Kesediaan bekas presiden UMNO itu seolah-olah menepati desas-desus bahawa beliau terpilih sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan syarat dikenakan PKR iaitu perlu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menjadi ketua negara selepas PRU-14.

Image result for ppbm vs pas

Sementara itu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tidak akan melakukan perbincangan dan rundingan dengan PAS mengenai kerusi pada PRU ke-14 ini.

Malah katanya, PPBM dan PH sudah bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya umum.

“Siapa peduli dengan PAS,” kata Mahathir Kutty dengan perasaan angkuh... 

Baru Buat AGM Dah Minta Kerusi Lebih... PPBM Serupa Abu Lahab


Hari ini semasa AGM parti bunga tongkoi, Mukhriz Boboi Kutty dengan nada angkuh dan menunjukkan sifat tamak parti bunga PPBM Biawak Bagong semakin terserlah, menuntut secara terbuka pada rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) memberikan parti itu bertanding seberapa sebanyak kerusi pada PRU-14.

Permintaan itu dibuat oleh Timbalan Presidennya, Mukhriz Boboi Kutty yang mendakwa partinya berjaya mengambil alih peranan daripada UMNO sebagai membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.

“Kita harap rakan-rakan PH berlapang dada untuk memberi peluang kepada PPBM Biawak Bagong bertanding sebanyak mungkin kerusi pada pilihanraya ini.

“Kita yakin orang Melayu mula meninggalkan UMNO dan memilih PPBM Biawak Bagong sebagai parti keramat,” katanya dalam ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Tahunan yang pertama kali diadakan parti itu di Shah Alam, Sabtu.

Dalam ucapannya, Mukhriz Boboi Kutty turut mengumumkan secara rasmi bahawa PPBM memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.

“Pemimpin PAS nampak ketika ini mesra UMNO.

“Kepimpinan parti itu tidak berprinsip dan berpendirian. Mereka nak jadi kuasa penentu kepada parti yang menang pada pilihanraya nanti.

“Maka dengan itu PPBM memutuskan hubungan dengan PAS dan tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan mereka,” kata Mukhriz Boboi Kutty anak kepada Madey Kutty Gila Meroyan.





WAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!


Mantan PM dan bekas diktator Malaysia telah meminta maaf semasa AGM PBBM yang berlangsung pada hari ini. Ironinya 2 tahun sebelum itu dan selama beliau memerintah Malaysia, tidak sesekali beliau mahu minta maaf dan mengakui kesilapan serta kezaliman beliau.

Hakikatnya, lafaz minta maaf yang diucapkan Mahathir tersangatlah murah di mata rakyat Malaysia. Kenapa? Mudah saja. Bila diri dah tersepit, keperluan semakin terdesak dan terlalu gilakan kuasa, beliau telah menggunakan talian hayat terakhir beliau iaitu untuk pancing simpati dengan meminta maaf.

Sekiranya Mahathir mengakui beliau telah lakukan dosa dan benar-benar zalim seperti yang digebang Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang, maka adakah Mahathir sebenarnya benar-benar salah dalam isu liwat dan skandal seks Anwar Ibrahim? Adakah beliau bersalah dalam isu membunuh Ibrahim Libya di Memali? Dan adakah beliau bersalah memperdaya rakyat bahawa DAP dan Lim Kit Siang itu rasis dan chauvinist? Atau adakah ini semua satu lagi sinetron drama dari bekas diktator berusia 92 tahun yang masih gilakan kuasa?

Setelah keluar dari UMNO, jangka hayat politik Mahathir semakin malap dan semakin dekat dengan penghujungnya. Kita semua tahu perjuangan PPBM hanyalah dendam kesumat terhadap UMNO kerana PM Najib Razak telah menolak permintaan-permintaan pelik Mahathir, antaranya untuk mengekalkan kuasa anak beliau Mukhriz. Kita tidak dapat melihat sebarang perjuangan untuk rakyat, yang dijadikan modal ceramah dan di media sosial hanyalah imbauan sejarah #RinduZamanTun atau edisi throwback ketika Mahathir masih berkuasa. Itu sahaja.

Anehnya, Mahathir bersungguh-sungguh meminta maaf atas dosa-dosa beliau sebelum ini namun tidak pula beliau meminta maaf kepada Sultan Selangor dan Johor setelah mengutuk suku kaum Bugis dalam beberapa perjumpaan dengan rakyat sekitar tahun ini. Maka, sangat mudah untuk rakyat menilai betapa retoriknya permohonan maaf dari Mahathir yang tiada nilai keikhlasan.

Friday, December 29, 2017

Betul Ke Nurul Izah Tidak Sudi Iktiraf Madey Kerana Masih Berdendam???

Image result for mahathir dan nurul izzah

Betul ker Nurul Izah masih tidak mahu iktiraf Mahathir kerana masih berdendam.... jika dilihat dalam pertemuan Nurul Izah dengan Mahathir pun seperti acuh tak acuh saja. Hanya mahu menyedapkan mata dikalangan pemimpin Pakatan Harapan?

PKR merupakan satu - satunya parti di dalam Pakatan yang sehingga kini belum memberikan kata putus tentang calon Perdana Menteri tampil menafikan khabar angin kononnya ia merancang menentang keputusan menamakan Mahathir

Perkara itu dinyatakan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, sebagaimana yang dipetik dari laporan yang disiarkan melalui laman portal The Malaysian Insight baru - baru ini.

Nurul Izzah mendakwa partinya bukan sengaja menangguhkan persetujuan untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya keutamaan pembangkang pada ketika ini adalah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 terlebih dahulu.

Berkenaan isu calon perdana menteri, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, perkara tersebut masih dibincang secara tertutup oleh pemimpin-pemimpin empat parti gabungan pembangkang itu.
“Setakat yang saya tahu, kami masih tak sahkan apa-apa cadangan (calon perdana menteri) sudah dibuat,”

Sebelum ini nama Mahathir, yang juga Pengerusi PH dan Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan sebagai calon Perdana Menteri PH dan Timbalan Perdana Menteri PH diatas gabungan pembangkang itu selepas ia mengadakan permukiman di Putrajaya baru-baru ini.

“Fokus penting sekarang adalah menang pilihan raya…tiada keperluan untuk mengutamakan penamaan (calon) perdana menteri. Barisan Nasional menyerang kami dalam isu ini, mahu (nama) calon diumumkan.

“Tetapi fokus kita adalah memuktamadkan (pembahagian) kerusi bagi memastikan kita (boleh) merampas kuasa untuk mewakili rakyat dan melaksanakan perubahan,” ujar Izzah.

Sementara itu Izzah juga memaklumkan PH pada masa kini sedang memuktamadkan senarai pembahagian kerusi bagi PKR-DAP-Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Wednesday, December 27, 2017

Mahukah Penyamun Tunduk Kepada Peliwat Kerana Jawatan PM Sementara?


Mahukah seorang yang yang kita semua kenal sebagai Mahafiraun dan bersikap bongkak mahu tunduk kepada seorang Peliwat yang beliau sendiri sumbat kedalam penjara dan dituduh dengan pelbagai kesalahan yang semua serba maklum entah betul entah tidak.. dan si Peliwat pula mahukah menerima si Penyamun yang telah menyumbat dan perlakukan beliau seperti anjing kurap suatu masa dahulu.. kita saksikan drama diantara Penyamun PPBM dan Peliwat PKR cuba bermain retorik dan kepalsuan demi kepentingan Politik masing-masing..

Mahathir hampir disahkan bakal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan sekiranya sanggup tunduk kepada syarat-syarat yang dikemukakan PKR untuk tujuan tersebut.

Antara syarat yang dikemukakan PKR adalah Mahathir perlu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dengan seberapa segera.

Kemudian, Mahathir juga perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, menyerahkan kuasa dengan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri baru dalam tempoh enam hingga setahun sejurus selepas Pakatan Harapan berkuasa.

Paling penting, Mahathir perlu berjanji untuk sanggup menjadi Perdana Menteri dengan status "sementara" bagi memberi laluan kepada Anwar untuk mengepalai Kerajaan Malaysia.

"Kami setuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik.

"Antara syaratnya adalah membebaskan segera Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan (selepas kita mengambil-alih kuasa).

"Kami juga mahu (Dr Mahathir) berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih," kata sumber PKR, memetik laporan dari portal pro-pembangkang.

Portal itu menjelaskan bahawa sumber berkenaan enggan namanya didedahkan, namun keputusan tersebut dikatakan telah dicapai di dalam mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu.

Turut difahamkan bahawa keputusan itu juga mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh atas kesalahan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Portal tersebut juga menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah ditugaskan untuk bersemuka dengan beberapa tokoh dari tiga parti lain, termasuk Mahathir untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Beliau diamanahkan untuk berjumpa dengan tokoh tertentu agar mereka bersetuju dengan cadangan (syarat) ini," kata sumber tersebut.

Anwar dijangka akan dibebaskan pada pertengahan tahun depan selepas tamat tempoh hukuman, namun bakal berdepan dengan larangan lima tahun daripada menyertai politik selepas dibebaskan sebagaimana yang ditetapkan perundangan negara.

Adakah wayang-wayang dahulu akan kembali semula.. tunggu dan lihat.

Saturday, December 23, 2017

Biawak Bagong PPBM Kelam Kabut Dah Nak Buat AGM 30hb Dis???


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti amat terdesak untuk mengadakan mesyuarat agung (AGM) parti itu pada 30 Disember ini bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Sebelum ini PPBM telah memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
daripada mengadakan AGM bagi membolehkan parti itu bergabung dengan Pakatan Harapan dan didaftarkan.

Antara sebab PH gagal didaftarkan ialah kerana PPBM belum mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama.

Menurut RoS, banyak cadangan pengecualian yang dipohon oleh PPBM, bukan sahaja bertentangan dengan akta tersebut, malah perlembagaan parti itu sendiri serta disifatkan tidak pernah berlaku seumpamanya dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.

Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagaimanapun dilaporkan berkata , berdasarkan maklum balas RoS melalui surat bertarikh 19 Disember lalu dengan mengatakan parti itu perlu mengadakan AGM berdasarkan kaedah yang ditetapkan dalam perlembagaannya.

“Justeru dengan maklum balas ini, kami berpendapat ROS tiada halangan terhadap PPBM untuk mengadakan AGM nanti dan ia selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti,” katanya.

Menurut Mukhriz, AGM PPBM yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam nanti mencatatkan sejarah kerana menjadi AGM pertama bagi parti itu.

AGM itu akan dihadiri pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta 990 perwakilan daripada 137 bahagian.

Sementara itu, ramai yang mempersoalkan adakah PPBM juga sudah selesai mengadakan AGM di peringkat bahagian.

Friday, December 8, 2017

Bunga PPBM Memang Parti Sampah Kutip Ahli Tepi Jalan!!!




Parti sampah Bunga PPBM hanyalah parti sampah yg ditubuhkan madey kutty utk menyambung legasi penyamunan saja.. semua harap maklum!!! Sampah tetap sampah...jangan sembang kemas jika 12 org saja mai AGM.. jadi apa masaalah nak spin sana sini. Terimalah kenyataan PPBM parti sampah yang sememangnya diakui Mahathir pun.. Sampah tetap sampah tidak kiralah kat pasar malam.. pekan nat mahupun ditempat pembuangan sampah..

Admin nak habaq satu ja... kenapa Nasir Jamaludin ni nak sentap dengan statement dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu Dato Hasmuni Hassan pasai apa ? Memang sudah jadi hakikat yg telah termaktub dalam sejarah bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Johor. UMNO ditubuhkan hasil kesedaran umat Melayu untuk bersatu padu di dalam satu wadah perjuangan tanpa dibatasi tembok semangat kenegerian yg sempit.

Juga sudah termaksud dalam sejarah bahawa PPBM ditubuhkan setelah UMNO buang sampah "Boboi dan Muhyiddin". Akibat kecewa melihat anak manjanya dibuang bagaikan sampah, sang bapak yg hatinya penuh dengan dendam kesumat telah tubuh parti baru yg dinamakan PPBM. Ahli2 PPBM juga dikutip dari sampah2 yg UMNO buang, contohnya seperti Nasir Jamaludin dan isterinya sendiri.


Ahli2 PPBM juga dikutip dari tepi2 jalan dan pasar malam. Pakai sumbat ikut dan depa saja..dan yg jadi ahli pun sekadar syok2 saja bila pi pasar malam ada orang suruh isi borang. Jadi sebab itulah bila nak buat Mesyuarat Agung peringkat Cawangan, Bahagian ataupun Pusat, sampai hari ini PPBM belum mampu melakukannya. Sebab depa pun tak kenai orang yg mai isi borang jadi ahli PPBM dan lebih lawak lagi bila yg tukang kutip borang ahli pun tak pernah ada pengalaman. Jadi bila nak buat Mesyuarat Agung..mampuih nak cari ahli bagi cukup korum. Kes tu la Mesyuarat Agung PPBM sampai hari ini Mahathir, Muhyiddin atau Boboi tak mampu buat.

Lekeh gila.
Parti pun parti SAMPAH - SARAP buangan UMNO. Jadi statement yg dibuat oleh KP UMNO Bahagian Kubang Pasu adalah TEPAT, PADAT dan PADU !!! Harap Nasir Jamaludin terima hakikat SAMPAH adalah SAMPAH biarpun direcycle.

#PartiKutipSampahSarapSisaBuanganUMNO
#PAU2017

Wednesday, December 6, 2017

UMNO Makin Kukuh, Pakatan Pembangkang Makin Rapuh


Di PWTC, ribuan ahli UMNO berkumpul dan bersemangat mendengar amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di malam hari.

Ribuan ahli UMNO ini segak memakai logo parti yang sama iaitu UMNO. Sejumlah 63 peserta luar negara dari 17 parti politik di 14 negara hadir sama di PWTC bagi mengikuti persidangan UMNO.

51 perwakilan dari 82 kelab UMNO luar negara turut serta. 350 pelajar dari 70 universiti di Malaysia hadir sama untuk menjadi pemerhati persidangan UMNO.

Ini tandanya UMNO makin diminati. Orang luar negara mahu pelajari. Anak anak muda datang memerhati. Bukan seperti parti bunga itu, ramai yang sudah keluar parti dan lari.

Perwakilan UMNO dari Padang Besar, Perlis hingga Kudat, Sabah datang ke PWTC untuk berhimpun dan bersidang demi agenda pertiwi dan parti. Bukan seperti pembangkang yang hanya pentingkan agenda peribadi dan kroni.

UMNO semakin kukuh. Berbeza sama sekali dengan pembangkang yang kelihatan semakin rapuh. Semalam, pembangkang menerima tamparan bila Wan Azizah, Presiden Pakatan Harapan diarah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda kerana kesalahan fitnah.

Pembangkang juga dikritik hebat semalam bila Zaid Ibrahim bertindak biadap menghina Sultan Selangor dalam satu tulisannya ditwitter. Cerita siapa hendak jadi PM dan TPM pun pembangkang belum selesai lagi.

Lebih teruk lagi, pembangkang juga khabarnya akan bertanding tanpa logo yang sama. Semua ini berlaku kerana kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat cawangan dan kegagalan pemilihan CEC DAP.

Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari Abdul menerusi kenyataannya dalam sebuah portal pembangkang memberitahu bahawa PPBM belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), justeru meningkatkan kemungkinan parti itu tidak dapat bertanding di bawah logo gabungan bersama.

Dalam isu ini, Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan ROS kerana agensi berkenaan menjalankan tugasnya berdasarkan peraturan yang ada.

Justeru siapa yang perlu dipersalahkan? PPBM yang patut dipersalahkan kerana sehingga sekarang ia gagal mengadakan AGM parti itu. Alasan yang diberikan oleh pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ialah kerana masalah di peringkat cawangan dan bahagian.

Sedangkan mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Jadi disebabkan kegagalan PPBM ini, maka tidak tercapailah harapan Pakatan Harapan untuk bertanding di bawah satu logo. Meskipun cadangan asal untuk pembangkang bertanding di bawah satu logo dicetuskan oleh pengerusi PPBM sendiri, namun akhirnya parti beliau yang menggagalkannya.

Pakatan Harapan cuba meniru Barisan Nasional (BN) namun hakikatnya ia belum dapat mencapai `kelas' yang dimiliki oleh BN. Walaupun Pakatan kini menggunakan artis-artis untuk menyerang kerajaan tetapi malangnya artis yang ada adalah artis yang suam-suam kuku yang sudah tidak popular lagi.

Mungkin mahu menumpang menarik undi peminat artis berkenaan tetapi sebenarnya ia tidak berkesan pun. Malah artis terbabit lebih teruk diserang disebabkan kebodohan mereka sendiri.

Pembangkang yang semakin rapuh, lusuh dan melepuh. Terpaksa kaut apa sahaja yang sempat kerana sedang tenggelam dihanyutkan oleh arus yang deras. Najis dan kayu terapung pun mereka akan gapai untuk selamatkan diri.

Amat berbeza dengan UMNO yang semakin kukuh. Terus kukuh dan kuat menjelang PRU14. Jajan 3A yang disebut oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid iaitu "Action, Action dan Action" menjadi seruan perang semua ahli UMNO untuk hadapi pembangkang dalam PRU14 ini.

- My Beruang Biru