Thursday, June 21, 2018

Pasir Gudang Terjual Gudang?


Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. 

Pasir Gudang 21 Jun 2018

Kekalahan Umno di Pasir Gudang pada PRU 14 yang lepas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas adalah penanda aras bahawa perubahan drastik harus dibuat didalam organisasi yang sedia ada di Umno PasirGudang. Di mana mereka kalah kepada Parti Harapan di kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti undi 24,726 undi dan di kerusi Dun Permas dengan majoriti 8,746 undi.

Kejatuhan Umno Pasir Gudang adalah sebuah sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh setiap ahli Umno di Pasir Gudang. Ini adalah kerana kekalahan ini adalah sebuah kekalahan yang ditempa dan dibuat sendiri oleh organisasi yang sedia ada di Umno di Pasir Gudang. Tidak adil dan tidak seharusnya mereka hanya menyalahkan Mantan Perdana Menteri Malaysia iaituDato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak semata mata dan merasakan diri mereka tidak bersalah di atas kekalahan ini.

Ini adalah kerana ada di antara kerusi – kerusi di Parlimen dan Dun bahagian lain di Johor Darul Takzim masih mampu dimenangi oleh calon Umno yang lain.Sebagai contoh Parlimen Pontian, Parlimen Mersing, Parlimen Pengerang, Parlimen Kota Tinggi, Parlimen Sembrong dan lain lain lagi. Mengapa mereka ini tidak kalah jika benar teori yang digunakan oleh Umno Pasir Gudang yang mengatakan kekalahan Umno di PasirGudang adalah disebabkan oleh Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Lalu apa masalah yang sebenarnya dihadapi oleh Umno Pasir Gudang dan apakah faktor – faktor yang menyebabkan Umno Pasir Gudang tumbang dengan penuh bergaya?

Visi dan Misi yang menjadi falsafah dan panduan Umno Johor tidak dapat diterjemah dengan baik oleh ahli-ahli dalam organisasi Umno Pasir Gudang yang sedia ada. Dimana mereka ini hanyalah fokus dan berfikir bagaimana kah caranya untuk mengekalkan kuasa, kekayaan dan jawatan dan bagaimana kah cara yang terbaik untuk membodek dan mengampu Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Nordin semata mata dan secara langsung tugas berbakti dan berkhidmat pada rakyat di abaikan.

Di Pasir Gudang anak-anak muda dipinggirkan dan dipulaukan oleh ahli ahli organisasi Umno Pasir Gudang. Anak muda yang mereka dekati hanya anak muda yang kaki jilat dan membodek. Di mana anak muda yang mereka suka di dalam parti adalah anak muda yang bagaikan patung kayu didalam parti mengiakan apa sahaja didalam parti biarpun perkara itu salah ataupun tidak memberi manfaat pada parti.Mereka ini mengamalkan budaya politik pengecut dan penakut dengan mengekang dari anak muda memberi kritikan mahupun idea dalam memajukan parti. Mereka ini penyebab dan punca terhadap bencinya anak muda terhadap Umno Pasir Gudang. Malahan kebanyakan pendapat-pendapat bernas mahupun keluhan tidak sampai pada Dato’ Seri Khaled Bin Nordin. Maka setiap laporan yang diberikan pada Dato’ Seri Khaled bin Nordin terhadap apa keluhan rakyat dan anak muda semuanya indah-indah belaka dan semuanya bagus-bagus belaka dan akhirnya memakan diri sendiri iaitu dengan kekalahan bergaya Umno di Pasir Gudang. 

Ahli – ahli organisasi Umno Pasir Gudang menjadikan Umno sebagai medium mengumpulkan asset dan kekayaan. Menunggang parti sewenang sewenangnya tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada parti. Apa yang digambarkan dan ditonjolkan oleh mereka ini kepada rakyat Pasir Gudang adalah sesuatu yang menjijikan dan adalah penghinaan kepada parti. Seolah olah mereka ini melacurkan parti demi kepuasanmereka. Oleh kerana sikap dan perkara jijik sebegini yang mereka tontonkan kepada masyarakat iaitu pengundi, maka masyarakat mula menjauhkan diri dari Umno Pasir Gudang dan terus hilang kepercayaan terhadap Umno Pasir Gudang kerana mereka sedar Umno Pasir Gudang telah lari jauh dari objektif parti itu sendiri dalam berkhidmat pada rakyat. Malahan apa yang ditonjolkan oleh Umno Pasir Gudang itu sendiri adalah Umno ini adalah sebuah parti yang hanya digunakan dan disertai untuk mendapatkan peluang perniagaan, projek-projek dan tender-tender, menjadi kaya dengan mengumpul aset seperti rumah- rumah, tanah-tanah, kereta-kereta mewah, saham-saham syarikat dan perkara perkara yang menjurus kepada kepentingan peribadi semata mata bukan untuk kepentingan parti. Sekali lagi perkara – perkara jijik dan hina ini telah menyumbang penuh ke atas kekalahan bergaya Umno di Pasir Gudang.

Pengundi di Pasir Gudang bukannya bodoh, buta dan bisu terhadap apa yang terjadi di Umno Pasir Gudang semua maklumat dan data boleh dapat dalam sekelip mata. Parti yang mereka undi sebelum ini dan diberi kepercayaan untuk membela nasib mereka di Parlimen Pasir Gudang di lacurkan di rogol dan di tunggang oleh individu dan kumpulan kumpulan tertentu demi kepentingan peribadi. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Bila pendapat dan keluhan dari pengundi tidak di dengari dan tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya dan tiada tindakan dilakukan. Makanya Umno Pasir Gudang tumbang dan tewas dengan bergayanya. 

Untuk Sayap Sayap Umno buatlah pilihan sewajarnya menggunakan maruah, akal dan perasaan sayang terhadap parti ini.  Hindarilah budaya dan sikap duit penentu undi. Kerana duit dan kemewahan Umno Pasir Gudang ini rebah pada PRU14. Berilah sokongan kepada mereka yang bersih, jujur dan telus dalam menguruskan parti untuk mengembalikan maruah dan harga diri Umno Pasir Gudang di mata masyarakat. Jangan biarkan Umno Pasir Gudang terus mati dihukum pengundi akibat silap individu dan kumpulan tertentu dalam menguruskan dan mengerakkan parti.

Wassalam.

 

Yg Benar,

Malayonesia

(Pengerusi Melayu Senusantara)

1 comment:

  1. orang Umno la depan mata aku suggest Kompany luar ambil bangla...jgn ambil local..siap ajar lg cara nk dpt manpower bangla dgn cara kotor...puih..mampus la Umno smpi kiamat

    ReplyDelete