Saturday, August 27, 2016

Sejarah Hitam Zaman Mahathir Perdana Menteri,Siapa Boleh Lupa?




Jika ditanya orang gila, apakah dia gila? Jawapan yang akan diberi sudah tentu tidak lain tidak bukan kamulah yang gila.



Jika ditanya kepada orang yang berak diatas jalan sudah pasti tidak ada pengakuan dibuat, begitulah juga mantan perdana menteri Malaysia yang kini bukan main lagi menghentam perdana menteri Datuk Seri Najib kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai.

Mengkritik Najib sesedap mungkin dengan dibantu oleh beberapa kereta kebal buruk,Mahathir terlupa semasa beliau masih sebagai perdana menteri banyak sejarah hitam berlaku antaranya peristiwa Memali dan juga kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance(BMF) Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.

Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Mahathir.

Berlakunya peristiwa berdarah Memali juga menjadikan anak beranak Ibrahim Libya dan keturunanya juga keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional terutamanya Umno. Yang menjadi kambing hitam adalah Musa Hitam kononnya Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Musa Hitam sendiri dan tak berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara. Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih.

Musa Hitam mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu Najib jawab masalah berkaitan 1MDB, Mahathir juga perlu jawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang menyiasat skandal BMF. Arwah ditembak mati dan dalam poket beliau mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.

Tun Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah. Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin Maidin. .

Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.

RM 2.5billion pada waktu itu jumlahnya amat besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.

Semasa skandal 2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia, rata-rata mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.

Rakyat takut berkata-kata dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah menuduh kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan 1MDB. Beliau membuat tuduhan kepada Najib dengan tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara.
Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri Najib bagi mengambarkan peribadi Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.

Dikala Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau sendiri pilih untuk memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika Najib begitu teruk maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.

Biarpun 1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, 2011 sebanyak 544 juta, 2012 sebanyak 44 juta, 2013 sebanyak 778 juta dan hanya rugi sekali sejak ditubuhkan iaitu pada 2014 sebanyak 665 juta.

Namun keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana Najib perdana menteri yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir akhir ini banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni beliau. Bayangkan jika Mahathir masih perdana menteri sudah pasti kembang hidung para kuncu-kuncunya mempertahankan beliau.

Ramai para pembenci Najib mintak diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB, Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan,sebaliknya masih menunggu siasatan daripada audit forensik. Biarlah pihak Audit menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka kepada Parlimen terlebih dahulu. Najib bukan Mahathir yang akan mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.

Tengku Razaleigh yang pernah menjadi mangsa Mahatir kini berubah menjadi sahabat untuk mengkritik Najib. Tengku Razaleigh pernah dikaitkan dengan skandal BMF dan dituduh sebagai penyamun ditengah tengah masyarakat, tapi Tengku Razaleigh bersumpah demi Allah beliau tidak terlibat dengan BMF . Bolehkah Mahathir memberi tahu siapa sebenarnya terlibat dalam skandal BMF? yang melibatkan seorang juruaudit dibunuh.

Thursday, August 25, 2016

Dr. Mahathir Punca Kepada Masalah Di Negara Ini, Kata Sultan Johor




Sultan Johor dengan tegas menegur Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak dipersetujui bekas perdana menteri itu.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan yang dibuat Dr Mahathir bahawa konsep berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.

“Tun Mahathir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan beliau langsung tidak tahu tentang sejarah negeri Johor.

“Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah satu bendera untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar.

“Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tak tahu apa yang dikatakannya,” titah Sultan.

Dr Mahathir ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk ‘Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Rabu.

Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.

Dr Mahathir berkata, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah kerana negara akan makmur sekiranya semua bersatu.

Walaupun Johor boleh mempromosikan idea seperti “Bangsa Johor” yang merupakan hak kebebasan, tetapi Dr Mahathir berkata, tetapi ia tidak seharusnya menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

“Lagipun, kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, agama, etnik atau kedudukan,” kata Dr Mahathir.

Sultan Ibrahim pada Rabu bertitah, Dr Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan.

“Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala saya menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu,” titah Sultan.

Sultan Ibrahim menitahkan Dr Mahathir perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan mereka tersendiri tetapi tidak bermakna mereka melupakan Persekutuan.

“Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya tutup mulut.”

Sultan Ibrahim bertitah, Dr Mahathir meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya.

“Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.

“Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau,” titah Sultan Johor. 

Monday, August 22, 2016

Najib Dedah Punca Jadi sasaran Diserang Musuh Politik.




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan punca musuh-musuh politik menyerang kepimpinannya dengan menyifatkan ia sudah menjadi lumrah kehidupan apabila seorang ketua dijadikan sasaran.

Mengambil kira konteks semasa, Najib berkata dalam mana-mana strategi politik untuk menjatuhkan kerajaan, pihak lawan akan mencari kelemahan ketua untuk menjatuhkan mana-mana institusi kerajaan.

“Kita mesti apa orang kata, ada sesatu philosophy maknanya, kita kena faham. Bila kita jadi ketua kita akan menjadi sasaran.

“Sebab dalam sistem kita ini kalau dia nak serang, kata lah dia nak serang UMNO, dia nak jatuhkan kerajaan, dia mesti serang ketua.

“Itu focal point, mesti ketua. Jadi kalau tidak ada (isu) pun dia akan cari isu. Sebab targetnya kalau ketua lemah, ketua boleh jatuh, kerajaan boleh jatuh,” kata beliau semasa wawancara ’60 minit bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Kembara Mahasiswa Nasional 18 Ogos’ yang dimuatnaik dalam blognya Najibrazak.com pada Isnin.

Beliau juga memberikan contoh semasa kejatuhan empayar atau kesultanan dimana ketua dijadikan sasaran pihak musuh.

“Macam dulu kalau nak jatuhkan empayar atau apa-apa kesultanan, sultan jadi target.

“Jadi kalau kita dalam konteks politik kerajaan kita hari ini, kalau nak jatuhkan kerajaan, sasarannya mestilah ketua.

“Jadi tidak hairanlah siapa jadi ketua, pada mana-mana (keadaan). Kalau kita tengok sejarah, siapa jadi ketua dia akan jadi sasaran. Natural. Itu peringkat kerajaan. Kalau peringkat bahagian, orang nak jawatan Ketua Bahagian, Ketua Bahagian jadi sasaran. Jadi itu dah jadi macam asam garam. Kita kita kena terima falsafah itu,” katanya.

Menurut Najib lagi, pihak lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menumbangkan mana-mana pemimpin walaupun ada perkara baik yang dilakukan mereka tetap tidak akan berpuas hati selagi tidak berjaya mencapai hasrat dan cita-cita mereka.

“Kalau kita sebaik-baik manusia pun, dia akan cari juga macam mana nak mencontengkan arang ke muka kita. Kalau tidak ada dia akan adakan, kalau fitnah pun akan jadi senjata.

“Sebab orang boleh makan dengan fitnah, dengan cerita. Sebab bila jadi pemimpin ini cerita itu lagi sedap. Orang lain punya cerita tidak sedap, cerita pemimpin sedap.

“Jadi boleh percaya ‘betul ye, barangkali betul ye’. Padahal dia tidak tahu pun, tidak siasat pun, dia kata ‘eh boleh jadi betul’.

“Jangan cakap pasal pemimpin, macam pembangkang dulu dalam pilihanraya lalu dalam saat-saat akhir dia kata kita bawa 40 ribu pengundi Bangladesh jadi pengundi hantu. Macam nak runtuh siling bila saya dengar orang percaya.

“Padahal kalau dia fikir sejenak, dia kata ‘eh kalau nak bawa 40 ribu pengundi, satu jumbo (jet) 400 orang boleh muat, 40 ribu (maksudnya) satu ribu jumbo. Ada orang nampak satu ribu jumbo? Ada orang pernah nampak? Tidak ada. Tapi pada saat itu orang yang pandai di kawasan bandar pun percaya. Sampai ada orang rupa macam (orang) Bangladesh kena kejar. Rupanya bukan orang Bangladesh,” katanya.

Wawancara penuh boleh ditonton disambungan link ini : https://www.najibrazak.com/bm/blog/60-minit-bersama-perdana-menteri/

Parti Dedak Mahathir Tiada Sambutan, Mahathir Sembang Saja Lebih!!




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataannya, mendakwa bahawa parti baharu yang belum sah ditubuhkan itu telah mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai. (baru bangun tido agaknya la.. xpun madey tgh melancap kot..)

Menurut Mahathir, walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) belum mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS), permintaan dari orang ramai untuk menyertai parti tersebut memang di luar jangkaan. (kasi lulus dulu baru sembang ke langit)

Fuhh… Dasyat juga Mahathir ni… Baru tubuhkan sebuah parti baru, berduyun-duyun umat manusia di negara ini mahu menyertai parti tersebut…. Betul-betul bagi cabaran hebat kepada UMNO/Barisan Nasional ni. (UMNO semakin kuat sejak madey dah bwk keluar tengin2 tu semua)

Tapi nak tanya jugalah… Betul ke ramai orang yang mahu menyertai parti dedak Mahathir ni?? Bukan apa, parti serpihan Mat Sabu pun cakap macam Mahathir juga… Kata parti dorang mendapat permintaan tinggi dari orang ramai… Orang ramai tak sabar-sabar nak sertai parti bagai.

Tapi itulah, tu semua sembang saja…. Korang tengok sendirilah parti Mat Sabu tu macam mana… Parti Mat Sabu sampai ke hari ini, mana dapat sokongan… Pemimpin dan ahli parti Mat Sabu ni, jenuh nak cari sokongan untuk kuatkan parti.

Dalam ahli dan pemimpin parti Mat Sabu ni duk sibuk cari sokongan kuat…. Ramai ahli yang menyertai parti tersebut mula tersedar, bahawa mereka silap menyertai parti terbabit dan memutuskan untuk keluar dari parti itu…. Benda ni bukan berlaku kepada seorang dua ahli, tetapi ramai.

Jadi, apa yang Andy dapat katakan… Parti dedak Mahathir dan parti Mat Sabu ni tak ada bezanya…. Dua-dua parti ni sembang memang ‘lebat’… Padahal habuk apa pun tak ada!!

Korang tak payah percayalah parti Mahathir ni dapat banyak permintaan dari orang ramai…. Ni semua taktik Mahathir untuk tarik orang ramai, bagi menyertai parti yang tidak mempunyai tujuan dan ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan Mahathir serta kroninya sahaja.

Thursday, August 18, 2016

Menjawab Kedangkalan Mukhriz Mahathir Tentang 'Skandal' 1MDB-DuSable


Terdapat 3 perkara yang dibangkitkan oleh DS Mukhriz tentang kononnya wujud skandal 1MDB-DuSable mengenai projek pembangunan tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah. Namun, dengan berpandukan semakan terhadap kenyataan 1MDB yang lepas saya berjaya menjawab keseluruhan persoalan yang beliau bangkitkan.

Jawapan kepada Mukhriz Mahathir.

1. Status tanah dan status pembayaran tanah.

JAWAPAN: BDB masih lagi memiliki tanah ini ini. 1MDB melalui anak syarikatnya Edra Solar telah membayar 10% nilai tanah sebagai deposit untuk setiap SPA tanah. Baki 90% tanah tersebut hanya akan diselesaikan setelah CP dipenuhi termasuk penukaran geran tanah. Walaupun Edra telah dimiliki oleh syarikat daripada China, tanah ini masih lagi milik BDB kerana masih belum berlaku pertukaran hak milik tanah tersebut.

2. Harga tanah Kuala Ketil naik daripada RM33.4 juta kepada RM65 juta.

JAWAPAN: Pada asalnya, status tanah tersebut merupakan tanah pertanian. Pihak 1MDB telah berunding dan BDB bersetuju untuk menukar status tanah tersebut dari tanah pertanian kepada penggunaan tenaga solar dengan kenaikan harga kepada RM65 juta. Kenaikan harga ini termasuk dengan pembayaran premium status tanah yang baru dan lain-lain kos berkaitan.

3. Mengapa pada mulanya hendak membayar US$95 juta tetapi akhirnya menjadi hanya AS$69 juta?

JAWAPAN: Harga asal untuk memiliki 49% kepentingan Yurus PE Fund di dalam usahama ini adalah AS$95 juta. Namun begitu, pihak 1MDB telah berunding dan masing-masing bersetuju dengan bayaran AS$69 juta sahaja.

KESIMPULAN

Sebenarnya tidak wujud apa-apa skandal tentang 1MDB-DuSable.

1. DS Mukhriz mempunyai pengalaman sebagai seorang pengarah besar di dalam pelbagai syarikat. Latar belakang adik-beradiknya di dalam dunia perniagaan adalah sangat masyur dan telah menjadikan mereka billionaire.

2. Kedangkalan DS Mukhriz untuk memahami urusniaga mudah seperti kes ini amat menggelikan hati saya. Sepatutnya beliau faham tentang perjanjian jual-beli tanah, penukaran status tanah dan sebagainya.

3. Sebagai seorang yang mempunyai banyak kemudahan untuk mendapatkan maklumat (berbanding saya), beliau boleh sahaja meluangkan sedikit masa untuk mengkaji dahulu sesuatu isu sebelum di bawa kepada pihak media.

4. Kejayaan 1MDB untuk berunding mendapatkan diskaun sehingga AS$25 juta merupakan satu kejayaan besar. Barangkali beliau berurusniaga menggunakan kabel besar sahaja selama ini dan tidak tahu akan proses untuk berunding mendapatkan harga yang rendah dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

5. Kedangkalan Mukhriz membawa isu ini tanpa sedikit kajian menunjukkan bahawa beliau begitu lemah dalam urusan pentadbiran dan sewajarnya tidak layak memegang jawatan menteri besar.

6. Barangkali beliau patut mencebur diri di dalam bidang kejurulatihan ikan lumba-lumba sahaja.

Mukhriz mat blur tetap blur.. sekian.

Wednesday, August 17, 2016

Anak Daim Zainudin Diisytihar Muflis Di Singapura




Anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu kerana berhutang S$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities, lapor The Straits Times.

Susulan itu, Md Wira Dani Abdul Daim, 37 meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif LionGold Corp, menurut kenyataan yang dihantar kepada Bursa Singapura, di mana beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kewangannya dalam 30 hari.

Isnin lalu, Wira turut berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif ISR Capital, sebuah firma pelaburan, Isnin lalu.

Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah S$2.459 juta (RM7.3 juta) yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.

Nilai saham LionGold jatuh sebanyak S$6.9 bilion pada Oktober 2013 menyebabkan pelbagai tindakan mahkamah.

Wira sebelum ini bersetuju melangsaikan hutangnya secara ansuran, tetapi hanya membayar S$100,000 sehingga Ogos 2014.

April lalu, Maybank bersetuju dengan tawaran peguam Wira untuk melangsaikan hutang menerusi dua bayaran S$1 juta menjelang Jun.

Bagaimanapun, Maybank hanya menerima S$835,950, dan membuat keputusan memfailkan tindakan muflis.- FMT

Malaysian Insider Dah Mati, Tak Akan Hidup Semula - Bekas Editor




Bekas Ketua Pengarang The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq menafikan sebarang penglibatan dalam kemunculan semula portal dalam talian itu seperti yang diperkatakan.

Selepas gambar laman web baharu yang dikatakan itu mula tersebar di media sosial Selasa, Jahabar segera menafikan andaian bahawa beliau atau sesiapa sahaja yang dikenalinya berada di sebalik kemunculan portal itu.

"Semua orang menulis ini di Twitter dan Facebook tetapi ini tidak ada kena mengena dengan saya. The Malaysian Insider telah 'mati' pada 15.3.2016," katanya di Twitter.

Halaman 'selamat datang' dalam laman baharu itu dengan alamat berbeza, menunjukkan logo TMI dan kiraan masa menjelang pelancarannya dengan kata-kata 'Kembali Dengan Kebenaran'.

Jahabar yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif TMI, berkata di laman Facebook bahawa hak cipta portal berita itu adalah milik The Edge Media Group sahaja.

"Nama, hak cipta, semua data adalah hak milik The Edge Media Group. Tiada siapa lagi yang mempunyai hak ke atasnya, dan sekarang, tidak ada yang saya tahu mahu menghidupkannya semula dengan gaya atau nama yang sama.

"Sesiapa yang melakukannya dia sedang menipu anda," katanya.

Beliau berkata orang ramai akan dimaklumkan jika bekas pasukan editorial memutuskan untuk menghidupkan semula portal berita itu.

The Edge Media Group menutup TMI pada 15 Mac, atas alasan komersial.

UMNO Sudah Lama Bertapak, Tidak Mudah Dijatuhkan




Parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat menjatuhkan UMNO memandangkan penguasaan bersejarah parti berkenaan yang sekian lama bertapak di Malaysia, kata penganalisis politik dan ekonomi.

Ahli ekonomi di bank pelaburan Natixis, Tringh Nguyen memberitahu CNBC, Bersatu mungkin bukan lawan digeruni malah kurang yakin kemampuan parti baharu itu, memandangkan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 91 tahun dan pengaruh politiknya juga semakin merosot.

“Tidak mungkin Mahathir boleh meraih sokongan untuk menjatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.

Laporan itu menyatakan landskap politik negara yang berselerak, khasnya dengan pembangkang yang kelihatan berpecah-belah adalah satu lagi sebab Umno akan terus berkuasa.

“Ada banyak cabaran menanti Bersatu, khasnya dengan pembangkang yang berpecah-belah,” kata Norshahril Saat, felow Iseas-Institut Yusof-Ishak yang merupakan sebuah kumpulan penyelidikan khusus dalam kajian Asean.

Norshahril berkata, perbalahan dalaman antara pembangkang, iaitu PKR, DAP, PAS dan Amanah turut memperkukuhkan penguasaan Barisan Nasional.

Sementara itu, Oh Ei Sun yang merupakan bekas setiausaha politik Najib dari 2009 hingga 2011 dan kini adalah felow kanan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura Singapore berkata, Bersatu ditubuhkan untuk menggulingkan perdana menteri.

Menurut laporan itu, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAN, PKR dan DAP tewas dalam dua pilihan raya kecil, baru-baru ini, manakala satu lagi pakatan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama menggabungkan beberapa parti pembangkang kecil.

Bersatu pernah menegaskan ia tidak keberatan bersekutu dengan Pakatan Harapan dan jika itu berlaku, Oh berkata, ia hanya akan lebih mengelirukan landskap pembangkang.

Saat bagaimanapun berkata, beberapa pakatan itu akan menjadikan Pilihan Raya Umum 14 akan datang lebih menarik.

“Harapan Mahathir ialah sentimen terhadap kerajaan BN tidak berubah sejak 2013, apabila lebih separuh rakyat Malaysia mengundi pembangkang,” katanya.

Kurangnya alternatif berdaya maju buat Najib dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, Malaysia secara keseluruhannya berada dalam “survival strategik”, kata Nguyen kepada CNBC.

Beliau berkata, dalam suasana politik huru-hara, wujud ruang tidak berkembang terhadap ramalan jangka sederhana dan kekurangan perbincangan untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan seterusnya.