Saturday, August 27, 2016

Sejarah Hitam Zaman Mahathir Perdana Menteri,Siapa Boleh Lupa?




Jika ditanya orang gila, apakah dia gila? Jawapan yang akan diberi sudah tentu tidak lain tidak bukan kamulah yang gila.



Jika ditanya kepada orang yang berak diatas jalan sudah pasti tidak ada pengakuan dibuat, begitulah juga mantan perdana menteri Malaysia yang kini bukan main lagi menghentam perdana menteri Datuk Seri Najib kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai.

Mengkritik Najib sesedap mungkin dengan dibantu oleh beberapa kereta kebal buruk,Mahathir terlupa semasa beliau masih sebagai perdana menteri banyak sejarah hitam berlaku antaranya peristiwa Memali dan juga kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance(BMF) Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.

Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Mahathir.

Berlakunya peristiwa berdarah Memali juga menjadikan anak beranak Ibrahim Libya dan keturunanya juga keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional terutamanya Umno. Yang menjadi kambing hitam adalah Musa Hitam kononnya Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Musa Hitam sendiri dan tak berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara. Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih.

Musa Hitam mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu Najib jawab masalah berkaitan 1MDB, Mahathir juga perlu jawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang menyiasat skandal BMF. Arwah ditembak mati dan dalam poket beliau mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.

Tun Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah. Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin Maidin. .

Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.

RM 2.5billion pada waktu itu jumlahnya amat besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.

Semasa skandal 2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia, rata-rata mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.

Rakyat takut berkata-kata dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah menuduh kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan 1MDB. Beliau membuat tuduhan kepada Najib dengan tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara.
Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri Najib bagi mengambarkan peribadi Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.

Dikala Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau sendiri pilih untuk memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika Najib begitu teruk maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.

Biarpun 1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, 2011 sebanyak 544 juta, 2012 sebanyak 44 juta, 2013 sebanyak 778 juta dan hanya rugi sekali sejak ditubuhkan iaitu pada 2014 sebanyak 665 juta.

Namun keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana Najib perdana menteri yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir akhir ini banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni beliau. Bayangkan jika Mahathir masih perdana menteri sudah pasti kembang hidung para kuncu-kuncunya mempertahankan beliau.

Ramai para pembenci Najib mintak diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB, Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan,sebaliknya masih menunggu siasatan daripada audit forensik. Biarlah pihak Audit menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka kepada Parlimen terlebih dahulu. Najib bukan Mahathir yang akan mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.

Tengku Razaleigh yang pernah menjadi mangsa Mahatir kini berubah menjadi sahabat untuk mengkritik Najib. Tengku Razaleigh pernah dikaitkan dengan skandal BMF dan dituduh sebagai penyamun ditengah tengah masyarakat, tapi Tengku Razaleigh bersumpah demi Allah beliau tidak terlibat dengan BMF . Bolehkah Mahathir memberi tahu siapa sebenarnya terlibat dalam skandal BMF? yang melibatkan seorang juruaudit dibunuh.

Thursday, August 25, 2016

Dr. Mahathir Punca Kepada Masalah Di Negara Ini, Kata Sultan Johor




Sultan Johor dengan tegas menegur Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak dipersetujui bekas perdana menteri itu.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan yang dibuat Dr Mahathir bahawa konsep berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.

“Tun Mahathir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan beliau langsung tidak tahu tentang sejarah negeri Johor.

“Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah satu bendera untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar.

“Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tak tahu apa yang dikatakannya,” titah Sultan.

Dr Mahathir ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk ‘Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Rabu.

Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.

Dr Mahathir berkata, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah kerana negara akan makmur sekiranya semua bersatu.

Walaupun Johor boleh mempromosikan idea seperti “Bangsa Johor” yang merupakan hak kebebasan, tetapi Dr Mahathir berkata, tetapi ia tidak seharusnya menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

“Lagipun, kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, agama, etnik atau kedudukan,” kata Dr Mahathir.

Sultan Ibrahim pada Rabu bertitah, Dr Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan.

“Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala saya menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu,” titah Sultan.

Sultan Ibrahim menitahkan Dr Mahathir perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan mereka tersendiri tetapi tidak bermakna mereka melupakan Persekutuan.

“Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya tutup mulut.”

Sultan Ibrahim bertitah, Dr Mahathir meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya.

“Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.

“Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau,” titah Sultan Johor. 

Monday, August 22, 2016

Najib Dedah Punca Jadi sasaran Diserang Musuh Politik.




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan punca musuh-musuh politik menyerang kepimpinannya dengan menyifatkan ia sudah menjadi lumrah kehidupan apabila seorang ketua dijadikan sasaran.

Mengambil kira konteks semasa, Najib berkata dalam mana-mana strategi politik untuk menjatuhkan kerajaan, pihak lawan akan mencari kelemahan ketua untuk menjatuhkan mana-mana institusi kerajaan.

“Kita mesti apa orang kata, ada sesatu philosophy maknanya, kita kena faham. Bila kita jadi ketua kita akan menjadi sasaran.

“Sebab dalam sistem kita ini kalau dia nak serang, kata lah dia nak serang UMNO, dia nak jatuhkan kerajaan, dia mesti serang ketua.

“Itu focal point, mesti ketua. Jadi kalau tidak ada (isu) pun dia akan cari isu. Sebab targetnya kalau ketua lemah, ketua boleh jatuh, kerajaan boleh jatuh,” kata beliau semasa wawancara ’60 minit bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Kembara Mahasiswa Nasional 18 Ogos’ yang dimuatnaik dalam blognya Najibrazak.com pada Isnin.

Beliau juga memberikan contoh semasa kejatuhan empayar atau kesultanan dimana ketua dijadikan sasaran pihak musuh.

“Macam dulu kalau nak jatuhkan empayar atau apa-apa kesultanan, sultan jadi target.

“Jadi kalau kita dalam konteks politik kerajaan kita hari ini, kalau nak jatuhkan kerajaan, sasarannya mestilah ketua.

“Jadi tidak hairanlah siapa jadi ketua, pada mana-mana (keadaan). Kalau kita tengok sejarah, siapa jadi ketua dia akan jadi sasaran. Natural. Itu peringkat kerajaan. Kalau peringkat bahagian, orang nak jawatan Ketua Bahagian, Ketua Bahagian jadi sasaran. Jadi itu dah jadi macam asam garam. Kita kita kena terima falsafah itu,” katanya.

Menurut Najib lagi, pihak lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menumbangkan mana-mana pemimpin walaupun ada perkara baik yang dilakukan mereka tetap tidak akan berpuas hati selagi tidak berjaya mencapai hasrat dan cita-cita mereka.

“Kalau kita sebaik-baik manusia pun, dia akan cari juga macam mana nak mencontengkan arang ke muka kita. Kalau tidak ada dia akan adakan, kalau fitnah pun akan jadi senjata.

“Sebab orang boleh makan dengan fitnah, dengan cerita. Sebab bila jadi pemimpin ini cerita itu lagi sedap. Orang lain punya cerita tidak sedap, cerita pemimpin sedap.

“Jadi boleh percaya ‘betul ye, barangkali betul ye’. Padahal dia tidak tahu pun, tidak siasat pun, dia kata ‘eh boleh jadi betul’.

“Jangan cakap pasal pemimpin, macam pembangkang dulu dalam pilihanraya lalu dalam saat-saat akhir dia kata kita bawa 40 ribu pengundi Bangladesh jadi pengundi hantu. Macam nak runtuh siling bila saya dengar orang percaya.

“Padahal kalau dia fikir sejenak, dia kata ‘eh kalau nak bawa 40 ribu pengundi, satu jumbo (jet) 400 orang boleh muat, 40 ribu (maksudnya) satu ribu jumbo. Ada orang nampak satu ribu jumbo? Ada orang pernah nampak? Tidak ada. Tapi pada saat itu orang yang pandai di kawasan bandar pun percaya. Sampai ada orang rupa macam (orang) Bangladesh kena kejar. Rupanya bukan orang Bangladesh,” katanya.

Wawancara penuh boleh ditonton disambungan link ini : https://www.najibrazak.com/bm/blog/60-minit-bersama-perdana-menteri/

Parti Dedak Mahathir Tiada Sambutan, Mahathir Sembang Saja Lebih!!




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataannya, mendakwa bahawa parti baharu yang belum sah ditubuhkan itu telah mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai. (baru bangun tido agaknya la.. xpun madey tgh melancap kot..)

Menurut Mahathir, walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) belum mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS), permintaan dari orang ramai untuk menyertai parti tersebut memang di luar jangkaan. (kasi lulus dulu baru sembang ke langit)

Fuhh… Dasyat juga Mahathir ni… Baru tubuhkan sebuah parti baru, berduyun-duyun umat manusia di negara ini mahu menyertai parti tersebut…. Betul-betul bagi cabaran hebat kepada UMNO/Barisan Nasional ni. (UMNO semakin kuat sejak madey dah bwk keluar tengin2 tu semua)

Tapi nak tanya jugalah… Betul ke ramai orang yang mahu menyertai parti dedak Mahathir ni?? Bukan apa, parti serpihan Mat Sabu pun cakap macam Mahathir juga… Kata parti dorang mendapat permintaan tinggi dari orang ramai… Orang ramai tak sabar-sabar nak sertai parti bagai.

Tapi itulah, tu semua sembang saja…. Korang tengok sendirilah parti Mat Sabu tu macam mana… Parti Mat Sabu sampai ke hari ini, mana dapat sokongan… Pemimpin dan ahli parti Mat Sabu ni, jenuh nak cari sokongan untuk kuatkan parti.

Dalam ahli dan pemimpin parti Mat Sabu ni duk sibuk cari sokongan kuat…. Ramai ahli yang menyertai parti tersebut mula tersedar, bahawa mereka silap menyertai parti terbabit dan memutuskan untuk keluar dari parti itu…. Benda ni bukan berlaku kepada seorang dua ahli, tetapi ramai.

Jadi, apa yang Andy dapat katakan… Parti dedak Mahathir dan parti Mat Sabu ni tak ada bezanya…. Dua-dua parti ni sembang memang ‘lebat’… Padahal habuk apa pun tak ada!!

Korang tak payah percayalah parti Mahathir ni dapat banyak permintaan dari orang ramai…. Ni semua taktik Mahathir untuk tarik orang ramai, bagi menyertai parti yang tidak mempunyai tujuan dan ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan Mahathir serta kroninya sahaja.

Thursday, August 18, 2016

Menjawab Kedangkalan Mukhriz Mahathir Tentang 'Skandal' 1MDB-DuSable


Terdapat 3 perkara yang dibangkitkan oleh DS Mukhriz tentang kononnya wujud skandal 1MDB-DuSable mengenai projek pembangunan tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah. Namun, dengan berpandukan semakan terhadap kenyataan 1MDB yang lepas saya berjaya menjawab keseluruhan persoalan yang beliau bangkitkan.

Jawapan kepada Mukhriz Mahathir.

1. Status tanah dan status pembayaran tanah.

JAWAPAN: BDB masih lagi memiliki tanah ini ini. 1MDB melalui anak syarikatnya Edra Solar telah membayar 10% nilai tanah sebagai deposit untuk setiap SPA tanah. Baki 90% tanah tersebut hanya akan diselesaikan setelah CP dipenuhi termasuk penukaran geran tanah. Walaupun Edra telah dimiliki oleh syarikat daripada China, tanah ini masih lagi milik BDB kerana masih belum berlaku pertukaran hak milik tanah tersebut.

2. Harga tanah Kuala Ketil naik daripada RM33.4 juta kepada RM65 juta.

JAWAPAN: Pada asalnya, status tanah tersebut merupakan tanah pertanian. Pihak 1MDB telah berunding dan BDB bersetuju untuk menukar status tanah tersebut dari tanah pertanian kepada penggunaan tenaga solar dengan kenaikan harga kepada RM65 juta. Kenaikan harga ini termasuk dengan pembayaran premium status tanah yang baru dan lain-lain kos berkaitan.

3. Mengapa pada mulanya hendak membayar US$95 juta tetapi akhirnya menjadi hanya AS$69 juta?

JAWAPAN: Harga asal untuk memiliki 49% kepentingan Yurus PE Fund di dalam usahama ini adalah AS$95 juta. Namun begitu, pihak 1MDB telah berunding dan masing-masing bersetuju dengan bayaran AS$69 juta sahaja.

KESIMPULAN

Sebenarnya tidak wujud apa-apa skandal tentang 1MDB-DuSable.

1. DS Mukhriz mempunyai pengalaman sebagai seorang pengarah besar di dalam pelbagai syarikat. Latar belakang adik-beradiknya di dalam dunia perniagaan adalah sangat masyur dan telah menjadikan mereka billionaire.

2. Kedangkalan DS Mukhriz untuk memahami urusniaga mudah seperti kes ini amat menggelikan hati saya. Sepatutnya beliau faham tentang perjanjian jual-beli tanah, penukaran status tanah dan sebagainya.

3. Sebagai seorang yang mempunyai banyak kemudahan untuk mendapatkan maklumat (berbanding saya), beliau boleh sahaja meluangkan sedikit masa untuk mengkaji dahulu sesuatu isu sebelum di bawa kepada pihak media.

4. Kejayaan 1MDB untuk berunding mendapatkan diskaun sehingga AS$25 juta merupakan satu kejayaan besar. Barangkali beliau berurusniaga menggunakan kabel besar sahaja selama ini dan tidak tahu akan proses untuk berunding mendapatkan harga yang rendah dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

5. Kedangkalan Mukhriz membawa isu ini tanpa sedikit kajian menunjukkan bahawa beliau begitu lemah dalam urusan pentadbiran dan sewajarnya tidak layak memegang jawatan menteri besar.

6. Barangkali beliau patut mencebur diri di dalam bidang kejurulatihan ikan lumba-lumba sahaja.

Mukhriz mat blur tetap blur.. sekian.

Wednesday, August 17, 2016

Anak Daim Zainudin Diisytihar Muflis Di Singapura




Anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu kerana berhutang S$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities, lapor The Straits Times.

Susulan itu, Md Wira Dani Abdul Daim, 37 meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif LionGold Corp, menurut kenyataan yang dihantar kepada Bursa Singapura, di mana beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kewangannya dalam 30 hari.

Isnin lalu, Wira turut berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif ISR Capital, sebuah firma pelaburan, Isnin lalu.

Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah S$2.459 juta (RM7.3 juta) yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.

Nilai saham LionGold jatuh sebanyak S$6.9 bilion pada Oktober 2013 menyebabkan pelbagai tindakan mahkamah.

Wira sebelum ini bersetuju melangsaikan hutangnya secara ansuran, tetapi hanya membayar S$100,000 sehingga Ogos 2014.

April lalu, Maybank bersetuju dengan tawaran peguam Wira untuk melangsaikan hutang menerusi dua bayaran S$1 juta menjelang Jun.

Bagaimanapun, Maybank hanya menerima S$835,950, dan membuat keputusan memfailkan tindakan muflis.- FMT

Malaysian Insider Dah Mati, Tak Akan Hidup Semula - Bekas Editor




Bekas Ketua Pengarang The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq menafikan sebarang penglibatan dalam kemunculan semula portal dalam talian itu seperti yang diperkatakan.

Selepas gambar laman web baharu yang dikatakan itu mula tersebar di media sosial Selasa, Jahabar segera menafikan andaian bahawa beliau atau sesiapa sahaja yang dikenalinya berada di sebalik kemunculan portal itu.

"Semua orang menulis ini di Twitter dan Facebook tetapi ini tidak ada kena mengena dengan saya. The Malaysian Insider telah 'mati' pada 15.3.2016," katanya di Twitter.

Halaman 'selamat datang' dalam laman baharu itu dengan alamat berbeza, menunjukkan logo TMI dan kiraan masa menjelang pelancarannya dengan kata-kata 'Kembali Dengan Kebenaran'.

Jahabar yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif TMI, berkata di laman Facebook bahawa hak cipta portal berita itu adalah milik The Edge Media Group sahaja.

"Nama, hak cipta, semua data adalah hak milik The Edge Media Group. Tiada siapa lagi yang mempunyai hak ke atasnya, dan sekarang, tidak ada yang saya tahu mahu menghidupkannya semula dengan gaya atau nama yang sama.

"Sesiapa yang melakukannya dia sedang menipu anda," katanya.

Beliau berkata orang ramai akan dimaklumkan jika bekas pasukan editorial memutuskan untuk menghidupkan semula portal berita itu.

The Edge Media Group menutup TMI pada 15 Mac, atas alasan komersial.

UMNO Sudah Lama Bertapak, Tidak Mudah Dijatuhkan




Parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat menjatuhkan UMNO memandangkan penguasaan bersejarah parti berkenaan yang sekian lama bertapak di Malaysia, kata penganalisis politik dan ekonomi.

Ahli ekonomi di bank pelaburan Natixis, Tringh Nguyen memberitahu CNBC, Bersatu mungkin bukan lawan digeruni malah kurang yakin kemampuan parti baharu itu, memandangkan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 91 tahun dan pengaruh politiknya juga semakin merosot.

“Tidak mungkin Mahathir boleh meraih sokongan untuk menjatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.

Laporan itu menyatakan landskap politik negara yang berselerak, khasnya dengan pembangkang yang kelihatan berpecah-belah adalah satu lagi sebab Umno akan terus berkuasa.

“Ada banyak cabaran menanti Bersatu, khasnya dengan pembangkang yang berpecah-belah,” kata Norshahril Saat, felow Iseas-Institut Yusof-Ishak yang merupakan sebuah kumpulan penyelidikan khusus dalam kajian Asean.

Norshahril berkata, perbalahan dalaman antara pembangkang, iaitu PKR, DAP, PAS dan Amanah turut memperkukuhkan penguasaan Barisan Nasional.

Sementara itu, Oh Ei Sun yang merupakan bekas setiausaha politik Najib dari 2009 hingga 2011 dan kini adalah felow kanan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura Singapore berkata, Bersatu ditubuhkan untuk menggulingkan perdana menteri.

Menurut laporan itu, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAN, PKR dan DAP tewas dalam dua pilihan raya kecil, baru-baru ini, manakala satu lagi pakatan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama menggabungkan beberapa parti pembangkang kecil.

Bersatu pernah menegaskan ia tidak keberatan bersekutu dengan Pakatan Harapan dan jika itu berlaku, Oh berkata, ia hanya akan lebih mengelirukan landskap pembangkang.

Saat bagaimanapun berkata, beberapa pakatan itu akan menjadikan Pilihan Raya Umum 14 akan datang lebih menarik.

“Harapan Mahathir ialah sentimen terhadap kerajaan BN tidak berubah sejak 2013, apabila lebih separuh rakyat Malaysia mengundi pembangkang,” katanya.

Kurangnya alternatif berdaya maju buat Najib dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, Malaysia secara keseluruhannya berada dalam “survival strategik”, kata Nguyen kepada CNBC.

Beliau berkata, dalam suasana politik huru-hara, wujud ruang tidak berkembang terhadap ramalan jangka sederhana dan kekurangan perbincangan untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan seterusnya.

Thursday, April 28, 2016

Mukhriz Boboi Yang Suka Lena Dan Selalu Berangan...



BOBOI MUKHRIZ MAHATHIR ANAK MADER KARALA TIDUR LENA MELELEH AIR LIUR BASI MENGATA ORANG KAN DAH KENA BALIK.....

Allah SWT maha adil dan sesungguhnya perbuatan merendah-rendah serta mengaibkan pasti mendapat balasan kalau tidak di dunia di akhirat sudah pasti... ni bukti klasik yang umum tau

DALAM KES ini Boboi Mukhriz Mader Karala secara "CASH" mendapat balasan ini... masih ingatkah BOBOI Mukhriz menyindir dengan mengucapkan "JANGAN LENA MASA ANGKAT SUMPAH" semasa sidang media perletakan jawatan BOBOI dulu dan di VIRALKAN oleh BALACI penjilat pungkok rekrut DAP ini??? hingga aib dan dihina MB Ahmad Bashah oleh seluruh rakyat Kedah

Tak ada masalahnya LAH kann... kalau Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir aka BOBOI, tidur lena sampai berkeruh meleleh air liur basi di dalam Sidang DUN.


Kita hendaklah berfikiran positif. Bukankah Malaysia sedang musim panas El Nino sekarang. Memanglah seronok tidur dalam dewan memandangkan ianya sejuk. Ada air-cord kan? nyaman segar minda tenang selesa betul untuk TIDUR melupakan masalah di Ayer Hitam....

Jangan marahkan malah kita wajar galakkan DS Muhriz tidur. Beliau perlu berehat sebab penat jelajah tabur persepsi negatif kepada Perdana Menteri melalui Deklarasi Selamatkan Malaysia malah sibuk bermeting dengan DAP dan pembangkang serta melaksanakan peranan berkesan selaku REKRUT DAP... usaha keras tu nak jadi Peee yeeeM...

Pengikut dan penjilat beliau pasti terpana sejak semalam... menghayati style dan kaedah tidur BOBOI yg cukup lena. Mana taknya, tidak berapa lama dulu mereka jugak yang menyebarkan gambar kononnya Menteri Besar Kedah, DS Ahmad Bashah tidur. Allah bayar tunai bukan?

Boboi kaki lena ... lepas lena mula merapu pasal 1MDB.. itu lah Boboi mmg kuat merapu...


Friday, October 4, 2013

Beranikah Mahathir Menafikan Segala Skandal Terpalit ...

Hasil carian imej untuk mahathir dan skandal

Skandal Era Mahathir Tidak Pernah Disiasat Oleh Pihak Ketiga

Siapa boleh buktikan wang “bailout” kepada syarikat Perwaja benar benar telah diberi kepada Perwaja? Apakah ianya telah digunakan seperti di pohon oleh Perwaja?

Pernahkah syarikat Perwaja disiasat seperti PAC menyiasat wang 1MDB? Jawapannya tidak. Tiada siapa pun yang tahu.

RM9 billion ke semua jumlah yang terhapus di era tiket wayang berharga RM1.20 dan nasi lemak bernilai 0.50 sen.

Ketika Syarikat Proton baru baru ini memohon wang kerajaan sejumlah RM1.5 billion , ia telah dipohon dengan “paper work” dan proposal yang menyatakan sebab apa jumlah itu dipohon dan akan digunakan untuk apa lengkap dengan butirannya, lalu ia pun di luluskan.

Terjadikah perkara sebegitu semasa era Mahathir?


Dan untuk makluman, kononnya untuk membayar “vendor”. Setelah jual kereta masih mahu wang bantuan untuk membayar “vendor”.

Siapakah yang bijaksana duduk di tampuk pengurusan Proton sebagai “diktator’? Semua orang tahu jawapannya.

Kegagalan mutlak, tetapi tidak dianggap jenayah seperti 1MDB kerana tiada siapa mahu jatuhkan siapa ketika itu. Walaupun sudah hampir 30 tahun Proton wujud , tidak mengapa , kerana Proton memberi pekerjaan sebagai alasannya.

Hasil carian imej untuk mahathir dan skandal perwaja

Dalam erti kata lain, Najib Razak pun boleh buka lagi 10 kilang kereta dan kesemuanya rugi tetapi tidak mengapa kerana memberi peluang pekerjaan.

Namun , sebelum jumlah RM1.5 billion diberi , sejumlah RM13 billion dianggarkan telah pun diberi sebagai bantuan, namun PROTON masih lagi memerlukan suntikan sehingga hari ini.

Maka dengan suntikan dana dan juga jualan kereta tentu kita ingin tahu hasil jual kereta yang sudah cecah jutaan unit, kemanakah perginya kesemua wang itu?

Persoalannya, pernahkah disiasat apa yang dibuat dengan wang suntikan yang diberi sebelum ini?

Jawapannya, tidak pernah disiasat oleh pihak ketiga.






Pada isu terkini iaitu pendedahan CIA berkenaan skandal mega wang BMF pada tahun 1983. Di mana Tun Mahathir terlibat sebagai kapasiti Perdana Menteri, Tun Mahathir telah menjawab dengan menyatakan “i was not responsible for BMF’s “missing millions” The Star, 6 Mac 2015

Dengan mudah seorang Perdana Menteri lepas tangan bila terjadinya skandal.

Masuk akalkah ketika negara tidak semewah seperti hari ini dan segumpal wang besar beralih ke tangan pihak lain tanpa pengetahuan Perdana Menteri ?



Jika mengikut rekod Bank Negara, jumlah yang hilang sejumlah RM10 billion itu lebih besar nilainya dengan rizab bersih Bank Negara pada tahun 1983 iaitu pada hanya RM9.5 billion.

Besar nilainya itu. Jumlah wang yang dianggar hilang sebab skandal BMF lebih besar nilainya pada rizab Bank Negara. Mengapa Mahathir membisu dan lepas tangan?

Itu kata Tun Mahathir, tambah lagi ada laporan menyatakan siasatan pernah dibuat, namun sedalam mana ia disiasat dan dari sudut mana disiasat boleh dipersoalkan.

Kita boleh lihat betapa kes besar melibatkan wang rakyat beralih ke tangan pihak bukan “bumiputera” dari bank milik bumiputera.

Pihak menyiasat hanya menghantar seorang sahaja auditor dan kemudian auditor iti dibunuh, seolah olah mahu menutup kes.


Inilah bau bau najis di zaman Tun Mahathir memerintah.

Belum lagi isu Forex loss di anggarkan RM30 billion pada tahun 1992 dan 1993. Benarkah Forex Loss? Atau paper loss? Atau sebenarnya tiada “loss”?

Rizab Bank Negara pada 1993 adalah sejumlah RM47 billion. Nilai Forex Loss adalah sejumlah RM30 billion atau 63% dari jumlah rizab negara. Ini satu jumlah yang besar.


Pernahkah disiasat “Loss” nya itu? Atau sandiwara sahaja kerana wang itu telah dialihkan.

Kita boleh andaikan pelbagai bagai kerana ia belum pernah disiasat.

Kita boleh 1MDB kan semua kes dan skandal kewangan di zaman Tun.

Rakyat boleh juga tukarkan isu kesilapan perniagaan kepada jenayah perniagaan dan penyelewengan.

Ia bergantung kepada siapa yang “busuk” hati untuk melakukannya.

Ketika MAS dibeli semula dalam keadaan uzur , miskin dan daif dari Tajuddin Ramli, ia dibeli dengan harga “bodoh” iaitu RM8 sesaham , sedang kan harga saham MAS cuma RM3 sahaja.


Image result for kapal  mas lama

Siapalah yang bodoh yang menganjurkan MAS diserahkan kepada individu, dan si bodoh mana yang arah beli semula setelah MAS dipunahkan?

Beli semula atas nama "National Interest” menggunakan wang rakyat, apa kejadahnya? Ketika menyerah kepada kroni atas nama apa? “crony interest”?

Mahukah Najib Razak buka kes ini dan "classiffed" kan ia kes jenayah dan bukan kes kesilapan perniagaan?

Untuk makluman, kes 1MDB hanyalah kes perniagaan biasa, dan jika ada silap ia hanya keputusan silap perniagaan sahaja.


Tetapi akibat ada orang busuk hati mahu jatuhkan Perdana Menteri , maka ia dijadikan seolah olah kes jenayah.

Kini , terdedah kesemuanya kisah lampau, di mana tindakan bodoh dan keputusan bodoh telah di buat di zaman “rakyat bisu”.




Hasil carian imej untuk mahathir dan skandal perwaja

Dan peliknya , kesemua kes dan skandal di era Tun Mahathir belum pernah ada siasatan menyeluruh dan terperinci.

Dan paling menjadi persoalan, adakah dengan menjatuhkan semua Perdana Menteri dengan kadar satu penggal adalah untuk menyelamatkan tengkuk sendiri kerana ketakutan hal hal sebegini akan timbul semula.

Maka perlu sangat untuk segera naikkan zuriat supaya berasa selamat dari hal ini semua dengan menggunakan kuasa Perdana Menteri.

Nampaknya titik titik hitam sudah boleh dicantumkan untuk nenjadikan ia satu garisan.

Tuesday, October 16, 2012

Skandal Pembelian Besi Buruk Skyhawk 1985 Siapa Yang Kaya? ... Adakah Dia...




Besi Buruk Untuk Jaga Ruang Angkasa Negara dizaman Mahathir...?

Kes A4 Skyhawk ini berlaku pada tahun 1985. Malaysia beli jet terpakai (2nd hand) dari US yakni jet tu dah digunakan semasa perang Vietnam tamat. Berapakah harga sebuah pesawat buruk / scrap Skyhawk?


Tu dia berehat saja kah? dibeli untuk apa tak tau lah wahai mahathir oiiiii...


Pembelian besi buruk oleh Mahathir sekadar untuk di 'parking' di bawah pokok yang terletak Kem Tentera Udara di Kuantan....

Dengan bebalnya.. Perdana Menteri masa tu Mahathir merangkap menteri pertahanan meluluskan pembelian pesawat kondem ni dengan harga USD 1 juta sebuah dan total jumlah ialah 88 buah pesawat yang dah kondem. Jumlah mengikut currency pada masa itu ialah USD 1 juta = RM2.58 juta jika dikira sekarang mahu mencecah 2x ganda.




RM2.58 X 88 buah dah berapa der? lebih dari cukup untuk membina beberapa buah hospital (kos bina hospital secara keseluruhannya,10 wad dan 282 katil menelan belanja RM267 juta).

Bayangkan dengan wang ini.. boleh bina kemudahan Hospital . Dah tentu hari ini.. orang yang nak bersalin di hospital tak perlu kena halau balik sebab kekurangan katil dan tempat!!



Ini dia Skyhawk scrap yang kita beli...ni kapal terbang perang ka besi buruk? Tanya Mahathir...





Duit siapakah yang diguanakan untuk beli pesawat yang rosak dan berstatusLUPUS ni? duit RAKYAT !!!! Kos untuk refurbished with new avionic engines,armanaments semua sekali RM320 juta.

53 dari jumlah 88 buah skyhawk ini tadi di bawa dari Mojave desert. Sebenarnya kapal terbang ini dah obsolete,sebab tu diaorang tamatkan perhidmatan dan buang di padang pasir!!! what the Fak lah Mahathir?

40 daripada 53 dibaik pulih,manakala bakinya 12 lagi di cannibalize yakni scrap bagi tujuan spare part. Satu lagi dijadikan pesawat latihan.

45 buah yang ditinggalkan di gurun California tidak pernah dibawa balik, ia telah diletakkan di bawah pengurusan sebuah syarikat di Amerika. akhirnya syarikat ini bayar bayaran parking untuk beberapa tahun.

Satu masa diantara 2000-2003 RMAF bercadang untuk bawa balik pesawat dan menjualnya.

Pegawai Tudm kita dari Kl telah dihantar untuk ambil balik pesawat itu dengan tujuan untuk jual semula dan mereka telah dihantar ke gurun pasir California. mereka jumpa pesawat pesawat itu malangnya mereka terkejut Tudm bukan lagi pemilik sah pesawat2 itu menurut undang2.tapi rupanya ikot terms bodoh yang diaorang deal tahun 1985 dulu.

Aircraf tu bukan lagi kerajaan punya.. dah jadi hak milik kroni?...So automatik leased... Baki yang dekat padang pasir tu tak pernah dibawa balik ke Malaysia.

Membiarkan managment syarikat sana uruskan dan membayar kos sewaan juga satu pembaziran wang rakyat!!! siapa peduli benda benda ini? Berapa juta kos untuk bayar benda scrap? Tanya sama Mahathir...

Berapa banyak lagi wang Rakyat.. kamu nak samun wahai Mahathir dan kuncu2 penyamun? Akibat tak mampu bawa balik kesemua,so mereka decide nak lelong lagi 35 buah tu.

Tapi tak ada sesiapa yang bodoh nak beli bangkai jet...melainkan Malaysia aja yang nak.. Futhermore,parking fee dari tahun 1985 sampai la tarikh sekarang ini..

Siapa yang tanggung kalau bukan duit rakyat? Bayangkan.. skandal skandal tersembunyi yang di cipta oleh pemimpin penyamun bernama Mahathir yang berbakul bakul..

Mahathir mana nak sorok semua ni.. Hanya ALLAH swt akan membalas segala penipuan yg berlaku.