Thursday, December 29, 2016

Bapa Batu Api Lebih Gemar Menyalak Dari Berfikir ..




Mahathir semakin terdesak sehingga melempar fitnah menuduh YAB Dato Seri Najib Razak disetiap ceramah yang beliau hadiri. Selagi Hajat beliau tidak dipenuhi selagi itulah Mahathir berterusan seperti orang yang kehilangan kewarasan akal dan sampai bila kah Mahathir akan terus mencipta fitnah yang memakan diri.

Mahathir didalam satu ceramahnya di Taman Wira, Mergong, Alor Star mendesak Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak mengeluarkan saman malu kepada dirinya dan Pakatan jika benar tidak bersalah mencuri duit rakyat.

Mahathir juga turut menyatakan kesediaannya untuk menjawab di mahkamah berhubung tuduhannya kepada Najib dan juga sedia membuktikan segala yang ditohmahkannya terhadap Perdana Menteri itu selama ini.

Persoalannya sekarang, mengapa Mahathir mahu tunggu Najib menyaman beliau? Mengapa Mahathir tidak mengeluarkan segala bukti yang kononnya dia ada untuk menunjukkan Najib bersalah?

Semua ini menunjukkan Mahathir sememangnya mahu rakyat mengalihkan tumpuan kepada dirinya sahaja. Jika Perdana Menteri mengeluarkan saman kepadanya, maka Mahathir akan mendapat publisti yang sememangnya diperlukan untuk menaikkan anak lelakinya didalam politik.

Mahathir tahu, jika beliau masuk kedalam mahkamah untuk berdepan dengan saman malu dari Najib, bukan saja rakyat Malaysia yang memberikan fokus kepada beliau, tetapi masyarakat luar negara juga akan memerhati dengan penuh minat.

Selain itu, media-media dalam dan luar negara juga pastinya akan memberikan liputan secara besar-besaran kepada beliau dan juga pembangkang. Dan pada masa itulah Mahathir dan gerombolan Pakatan akan menghasut serta memburukkan negara pada dunia luar. Inilah tujuan sebenar Mahathir mencabar Perdana Menteri agar menyaman dirinya.

Jika Mahathir mengatakan Najib bersalah kerana tidak berani mengeluarkan saman terhadap beliau, maka Mahathir juga bersalah didalam banyak skandal didalam negara semasa 22 tahun pemerintahannya dahulu.

Hampir RM100 billion wang didakwa hilang dan diselewengkan semasa pemerintahan Mahathir, dilaporkan oleh seorang wartawan Australia bernama Barry Wain. Menariknya, Mahathir tidak pernah sekalipun menyaman wartawan dan juga penulis buku 'Malaysian Maverick' tersebut.

Rakyat tentunya masih ingat tentang skandal Forex yang kerugian sebanyak RM30 billion semasa awal tahun 90an.., Skandal Perwaja Steel yang kerugian RM10 billion, Skandal Bank Bumi yang dilaporkan sebanyak RM10 billion dan juga beberapa skandal lain membabitkan Petronas semasa zaman Mahathir memerintah.

Ini semua didedahkan tanpa ada sebarang saman pun dikeluarkan oleh Mahathir terhadap pihak yang mendedahkan segala skandal-skandal tersebut. Jika mengikut kenyataan Mahathir sekarang ini, sudah tentunya beliau bersalah kerana takut untuk menyaman pihak yang memfitnahnya.

Oleh yang demikian, Mahathir tahu bahawa seorang pemimpin besar negara tak akan melayan fitnah murahan dari binatang politik di tepi jalan. Sebab itulah dia berani mencabar Najib supaya mengambil tindakan kerana ianya mustahil untuk berlaku.

Sikap Mahathir kini tak ubah seperti anjing yang menyalak di dalam pagar sendiri sambil menjelirkan lidah pada orang yang lalu lalang. Dia tahu orang tak akan berani menyalak balik padanya kerana mereka-mereka itu bukan seekor anjing yang suka menyalak! Mahathir sudah sampai tarikh Luput!!!

#TeamMatiKatak

Tuesday, December 13, 2016

MAHATHIR RELA MENJADI SAMPAH BUSUK ASALKAN BOBOI JADI PM.

20161124-mahathir-pakatan-1

Pepatah Inggeris ada menyebut “desperate situation requires desperate action” dan itulah yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini.Dalam keadaan terdesak, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan hasratnya.

Siapa akan menyangka, daripada seorang yang dahulunya sangat dihormati dan disanjung tinggi, kini jatuh ke lembah hina sebegini rupa.Ketika memerintah dahulu, Tun Mahathir sering memperlekehkan dan memandang rendah dengan PAS. Namun dengan kehendak Allah, apa jua yang dibuang oleh PAS, kini dikutip oleh beliau.

Lihat sahaja Mat Sabu. DAP dan Anwar Ibrahim mengetahui bahawa Mat Sabu adalah bahan sisa buangan PAS.Sampah PAS itu (Mat Sabu) kini disayang dan dikutip oleh Mahathir. Tun Mahathir jadikan Mat Sabu sebagai rakan kongsi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan DAP , namun kini menjauhi DAP sejauh-jauhnya.

Ketika bertahaluf siyasi dengan DAP oleh pemimpin PAS terdahulu, alasan yang diberikan oleh `pemimpin’ itu adalah “umpama menaiki kenderaan orang kafir untuk menuju ke Mekah”.Namun apabila `pemimpin’ itu sudah tiada, kepimpinan baru PAS enggan menyambung tahaluf siyasi dengan puak kafir ini kerana mendapati diri mereka dibuli dan dipergunakan.

Selain itu Tun Mahathir juga terpaksa duduk sebaris dengan orang yang pernah menggelar dirinya sebagai `bapak penyamun’ iaitu Mat Sabu, yang diketahui selama ini sebagai `keldai’ DAP.Dan selepas tewas pada pemilihan PAS, Mat Sabu bersama beberapa yang lain, yang tidak dapat menerima kekalahan berkenaan telah membuka parti baru iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Fungsi PAN adalah mencuri undi PAS selain digunakan oleh DAP untuk menghalang apa-apa yang baik untuk dilaksanakan oleh orang Islam. Bukan itu sahaja, apa yang menariknya ialah tahap `desperado’ Tun Mahathir yang menyaksikan beliau kini umpama badut politik yang masih terhegeh-hegeh mencari platform politik, meskipun sudah lanjut usia.

Nyatalah di sini, apa sahaja yang dibuang oleh parti PAS, sama ada DAP, Mat Sabu atau ahli PAN, ia akan dikutip oleh Tun Mahathir umpama lori mengutip sampah. 4 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen DAP. 11 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen PAN. Sudah dua kali Sabtu, Mahathir hadir ke konvensyen. Bila Mahathir dan parti bunga hendak buat konvensyen parti sendiri?

Mahathir tidak mampu buat konvensyen parti bunga. Dewan tidak akan penuh kalau dibuat. Jalan senang sekarang adalah dengan mengutip sampah yang dibuang parti lain dan bekerjasama dengan mereka. Kumpulan geng recyle ini tidak akan pergi jauh. Matlamat mereka akan tersasar. Hanya satu yang mereka berjaya buat iaitu memecah belahkan Melayu dan orang Islam.

Bukan sahaja sampah parti lain yang sedang dikutip Mahathir, kini Mahathir kutip balik sampah yang beliau sendiri pernah buang ke lokap iaitu Anwar Ibrahim untuk dijadikan rakan kongsi politik. Desperate sungguh Mahathir.

Monday, December 12, 2016

Mahathir Semakin Kacau Bilau Mencuci Tahi Yang Bertabur




Amat malang bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana landasan yang dipilihnya untuk terus mengejar impian peribadinya adalah platform yang pernah dikotori dan diharamkannya sewaktu 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, iaitu DAP.

Beliau memilih DAP, iaitu parti yang dianggapnya jijik dan diberikan pelbagai gelaran hingga Mahathir menyifatkan sesiapa yang menyokong DAP adalah pengkhianat dan petualang bangsa.

Malah sepanjang pemerintahannya, DAP menjadi satu stigma sebagai parti jijik, kotor dan berniat jahat. Beliau juga menanam di dalam kepala orang Melayu dan ahli UMNO khususnya, bahawa DAP adalah agen anasir luar untuk melaksanakan “regime change” daripada kepimpinan Melayu Islam.

Namun kini, DAP menjadi tempat beliau berlindung dan selepas menyarung jersi DAP, tugas utama Mahathir adalah cuba mensucikan segala kejijikan yang dilemparkannya kepada DAP selama berpuluh tahun lalu.

Tindakannya sama seperti ketika Mahathir secara konsisten memburukkan Anwar Ibrahim dengan menyatakan bahawa Anwar itu kotor orangnya dan buruk perangainya.

Mahathir mengajar kita bahawa Anwar akan rembat sesiapa sahaja lelaki mahu pun perempuan sama ada di depan atau belakang jika ada kesempatan.

“Saya sendiri menemubual mangsanya” kata Mahathir dalam satu temuramah yang divideokan, demi mahu menegaskan betapa buruknya perangai Anwar.

Kini apabila Mahathir mahu menyeru orang Melayu serta orang Cina untuk menyokong DAP, Mahathir menghadapi halangan bukan dari orang lain, tetapi dari penanaman minda yang disemaikan kepada penyokongnya dahulu.

Demi mahu menggunakan DAP untuk agenda peribadinya, maka beliau terhegeh-hegeh pula mahu orang Melayu dan orang Cina supaya menukar selera, seperti yang dilakukannya kini.

Jika Mahathir sendiri perlukan berpuluh-puluh tahun untuk mendapat hidayah kononnya beliau tersilap pandang dan diberi maklumat salah berkenaan DAP, apakah beliau mengharapkan orang Melayu dan Cina menukar sokongan kepada DAP dalam masa satu atau dua bulan?

Sebenar beliau tersilap perkiraan dan terlalu “under estimate” akal serta minda orang lain. Mahathir menyangka orang akan sentiasa mengikut apa yang dilakukannya.

Mahathir terlupa semua kejayaan yang ada bukan disebabkan kehebatan dirinya, sebaliknya adalah hasil daripada parti UMNO. Jika tanpa kuasa UMNO, sebiji batang besi KLCC pun tidak mampu Mahathir dirikan.

Namun seperti biasa, Mahathir menyalahkan orang lain, bukan diri sendiri. Beliau salahkan UMNO, MCA dan MIC. Mahathir terlupa sehebat-habat dirinya, beliau tidak memiliki nilai murni iaitu kesetiaan.

Walau pun ahli UMNO kebanyakannya insan biasa tiada bernama dan tidak terkenal, tidak seperti Mahathir yang dikenali seantero dunia, namun ahli UMNO memiliki ciri-ciri murni berkenaan iaitu kesetiaan.

Ketika dalam UMNO, Mahathir hanya dapat memuaskan nafsu politik dan kekayaan untuk kroni terpilih sahaja. Kini Mahathir cuba sedaya upaya mencuci najis yang ditaburnya itu bukan kerana beliau setia kepada DAP, tetapi demi mahu mencapai matlamat peribadinya.

Itulah dilema yag terpaksa dihadapi Mahathir, beliau mendapat kesusahan hasil kerjanya sendiri dulu dan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan penghalang beliau sebaliknya zaman lampau Mahathir kini menghantuinya.

Mahathir hari ini sebenarnya sedang bertarung dengan Mahathir pada zaman lampau. Dalam perkataan mudah apabila senang Mahathir akan mencari kroninya tetapi tatkala dalam kesusahan, beliau akan beralih mencari rakyat.- BeruangBiru

#TeamMatiKatak

Takdan Pun BOBOI Jadi Perdana Menteri .. Madey Mula Meroyan Serang Istana.


Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri, bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal, bak kata Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego' yang kuat.

``Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu.

Dan kini ternyata kata-kata Perdana Menteri itu betul apabila Mahathir lebih agresif menyerang pihak Istana Negara pula ketika anaknya belum pun menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa pihak Istana sudah menjadi alat politik Barisan Nasional (BN) dan Najib ekoran undangan untuknya menghadiri Istiadat Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara, esok, ditarik balik.

Inilah sifat 'super ego' yang dikatakan itu. Mahthir mahu sentiasa dilihat sebagai pemenang dalam apa jua isu termasuklah dalam soal jemputan sehingga sanggup menyerang pihak Istana Negara.

Mahathir tidak mengira siapapun lawannya sebaliknya beliau akan terus menyerang termasuk dengan kata-kata sinis dan jelek.

Sedangkan dalam isu pembatalan undangan itu, sebarang urusan termasuk soal undangan ataupun menarik balik surat terbabit adalah hak pihak Istana Negara.

Begitu juga dengan urusan pemberian pingat, di mana menjadi hak Raja-raja sama ada mahu mengurniakan pingat atau menariknya.

Ia bukan kali pertama beliau membuat komen berbaur sindiran malah sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Yang di-Pertuan Agong menjadi tahanan dalam rumah selepas gagal mendapat perkenan untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan bagi menuntut Najib meletakkan jawatan.

Bagaimanapun Deklarasi Mahathir itu tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Boboi dan Madey dah mcm biawak kongkang .. - TeamMatiKatak

Tuesday, December 6, 2016

ALKISAH SEBUAH CERITA MENGENAI SI PENYONGLAP CUBA AJAK KITA LUPAKAN...




Kisah songlap duit rakyat cara sistematik.

Projek Kroni Tun Mahathir: Penyelewengan RM3.8 Billion DANA Rakyat Melalui Penyenaraian Saham TimeDotcom Di BSKL!!!

■ Penyenaraian TimeDotcom di Bursa Saham Kuala Lumpur merupakan satu skima yang dicipta oleh Tun Daim dan Tun Mahathir bagi mengabui mata rakyat dalam usaha mengaut keuntungan peribadi.

■ TimeDotcom adalah anak syarikat Time Engineering, iaitu syarikat awam tersenarai dari Kumpulan Renong, yang dikawal-selia oleh TS Halim Saad. Semasa TimeDotcom hendak disenaraikan penganalisa2 saham berpendapat bahawa harga satu saham TimeDotcom sepatutnya berharga antara RM2.00 - RM2.40 sesaham atau lebih rendah lagi. Walaubagaimanapun harga tersebut tidak dapat memenuhi kalkulatif Tun Daim dan Tun Mahathir.

■ RENONG merupakan milik TS Halim yang merupakan proksi aset korporat UMNO atau syarikat 'trustee' UMNO. Bermula dari prospektif inilah lahirnya titik tolak masalah IPO TimeDotcom iaitu hubungan antara kepentingan politik dengan alam perniagaan korporat. Atas faktor ini juga Time Engineering perlu menyenaraikan TimeDotcom bagi menguruskan krisis hutang Kumpulan RENONG.

■ Time Engineering, RENONG dan TS Halim semuanya berada dalam tekanan hutang yang berat, dan menghadapi masalah membayar hutang2 bank.

■ Pada 17hb Mac 1999 Asian Wall Street Journal melaporkan TS Halim Saad telah diarah oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir supaya membeli National Steel Company (NSC) di Filipina.

■ Tun Mahathir berhasrat supaya RENONG dapat mengembangkan aktivitinya ke seberang laut, dan mempelbagaikan kepentingan. TS Halim juga bercadang untuk membawa masuk NSC ke dalam RENONG, tetapi tidak kesampaian kerana tanggungan hutang RENONG dan diburukkan lagi oleh krisis kewangan.

■ Oleh itu, pengambilalihan tersebut dilakukan secara berselindung. Ianya dibuat melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong iaitu Hottick Investment Incorporation.

■ Untuk mengambil NSC, Hottick telah memperolehi pinjaman tanpa cagaran daripada 1. Malayan Banking dan 2. Bank Bumiputra (milik kerajaan) serta 3. RHB Bank dan 4. Bank of Commerce.

■ Hutang RENONG dilihat semakin meningkat dan tidak mungkin dapat diselamatkan dengan cara biasa. Oleh itu, konspirasi licik Tun Mahathir melihat kepada idea perlaksanaan penggabungan Bank of Commerce dengan Bank Bumiputra. Secara tak langsung, RENONG mendapat kepentingan yang besar pula dalam perbankan baru yang diperbesarkan. Ini menimbulkan tandatanya tentang kemungkinan berlaku penyelewengan dalam perbankan yang digabungkan.

■ Sementara itu pinjaman Hottick berjumlah RM3.09 bilion telah diambilalih oleh DANAHARTA sebuah agensi milik kerajaan Malaysia. Ianya merupakan satu proses BAILOUT hutang2 TS Halim Saad dari 4 buah bank tersebut.

■ Pemegang utama saham TimeDotcom termasuklah Time Engineering dan beberapa institusi adalah yang mempunyai kaitan dengan kerajaan seperti KWSP, Khazanah Nasional, Danaharta dan dana pencen. Penanggung2 (underwriters) IPO diberi jaminan bahawa semua ekuiti TimeDotcom yang tak dilanggan akan diambil oleh institusi2 kerajaan. Maka inilah sebab utama mengapa peristiwa korporat itu dilihat sebagai suatu proses bailout!.

■ IPO TimeDotcom adalah satu daripada elemen kunci dalam skim penstrukturan semula hutang Time Engineering dan TimeDotcom, yang melibatkan pinjaman berjumlah RM5.37 bilion.

■ Di BSKL, hanya 25% sahaja daripada ekuiti tersebut yang dilanggan sewaktu IPO. Harga tawaran sebanyak RM3.30 sesaham juga menjadi faktor kurang mendapat sambutan. 25% yang terjual itu pun terdiri dari mereka yang terpaksa membelinya seperti kontraktor2 yang tak dibayar oleh TimeDotcom tetapi dibayar melalui tawaran saham yang akan disenaraikan dan sebagainya. Yang benar2 dijual hanya lebih kurang 6% sahaja.

■ Maka satu skima yang cukup luar biasa terpaksa dilakukan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim tanpa disedari oleh rakyat. Bagaimana caranya?.

■ Apabila saham TimeDotcom hendak disenaraikan mereka meletakkan harga RM3.30 seunit saham. Harga ini memang terlalu tinggi dan tidak mungkin pelabur yang berfikiran waras akan membelinya. Misi luar biasa 'Underwriter Bank' terpaksa dicipta. 'Underwriter Bank' ini dikepalai oleh Commerce International Merchant Bank (bank yang dikuasai oleh kumpulan RENONG).

■ Tun Daim tak mahu bank yang beliau kuasai ini rugi apabila tidak ada pelabur membeli saham TimeDotcom. Oleh itu Tun Daim dan Tun Mahathir mengarahkan TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD memberi jaminan atau guaranti kepada "Underwriter Bank' untuk memaksa kedua2 institusi kewangan rakyat ini membeli saham TimeDotcom apabila tiada permintaan dari pelabur.

■ Seperti yang dijangkakan memang saham TimeDotcom merudum di pasaran saham. Hanya kurang 6% saham TimeDotcom yang benar2 dijual. Maka secara tidak langsung kaedah yang dilaksanajan oleh Tun Daim dan Tun Mahathir dilihat sebagai satu proses BAIL OUT korporat!.

■ Siapa yang akan membeli saham2 ini?.

Jawapan: Tidak lain dan tidak bukan ialah TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD. Harga yang dibeli adalah dengan kadar tinggi yang tak masok akal dan tidak mungkin akan dibeli oleh pelabur yang berfikiran waras.

■ TS Halim Saad bersama Tun Daim dan Tun Mahathir mendapat bayaran penjualan saham mereka dari 'Underwriter Bank'. 'Underwriter Bank' pula mendapat jaminan pembelian saham dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB.

■ Maka melalui skima ini TS Halim Saad tak perlu risau samada saham TimeDotcom ada pembeli atau tidak. Yang tetap pasti beliau akan mendapat bayaran dari harga yang diletakkan dan bukan ditentukan oleh pasaran. 'Underwriter Bank' pula tak perlu bimbang kerana mereka terjamin ada pembeli sekiranya saham TimeDotcom tidak dilanggan oleh orang awam. Maka yang terbeban ialah Tabong Wang Rakyat iaitu TABONG AMANAH PENCEN dan PNB.

■ Tun Daim dan Tun Mahathir sekali lagi berjaya mengabui mata rakyat dalam skima nekad mereka melalui Penyenaraian TimeDotcom di BSKL. Mereka berjaya menjarah duit rakyat dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB melalui proksinya TS Halim Saad, seorang korporat bumiputera.

■ Hasil yang mereka perolehi lebih kurang RM2.8 billion. RM1.0 billion dari Khazanah Holding yang membeli saham TimeDotcom lebih awal lagi sebelum disenaraikan dan RM1.8 billion dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB apabila membuat pembelian ketika saham merudum seawal TimeDotcom disenaraikan di BSKL. Begitulah luar biasanya bekas Menteri Kewangan Tun Daim dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir memikirkan keuntungan mereka.

Friday, November 25, 2016

SIAPA BOLEH LUPA? MACAI MAHATHIR BARU LAHIR APA TAHU..

71445157725_950x600

Jika ditanya orang gila, apakah dia gila? Jawapan yang akan diberi sudah tentu tidak lain tidak bukan kamulah yang gila.

Jika ditanya kepada orang yang berak diatas jalan sudah pasti tidak ada pengakuan dibuat, begitulah juga mantan perdana menteri Malaysia yang kini bukan main lagi menghentam perdana menteri Datuk Seri Najib kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai.

Mengkritik Najib sesedap mungkin dengan dibantu oleh beberapa kereta kebal buruk,Mahathir terlupa semasa beliau masih sebagai perdana menteri banyak sejarah hitam berlaku antaranya peristiwa Memali dan juga kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.

Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Mahathir.

Berlakunya peristiwa berdarah Memali juga menjadikan anak beranak Ibrahim Libya dan keturunanya juga keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional terutamanya Umno. Yang menjadi kambing hitam adalah Musa Hitam kononnya Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Musa Hitam sendiri dan tak berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara. Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih.

Musa Hitam mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu Najib jawab masalah berkaitan 1MDB, Mahathir juga perlu jawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang menyiasat skandal BMF. Arwah ditembak mati dan dalam poket beliau mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.

Tun Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah. Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin Maidin. .

Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.

RM 2.5billion pada waktu itu jumlahnya amat besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.

Semasa skandal 2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia, rata-rata mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.

Rakyat takut berkata-kata dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah menuduh kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan 1MDB. Beliau membuat tuduhan kepada Najib dengan tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara.

Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri Najib bagi mengambarkan peribadi Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.

Dikala Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau sendiri pilih untuk memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika Najib begitu teruk maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.

Biarpun 1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, 2011 sebanyak 544 juta, 2012 sebanyak 44 juta, 2013 sebanyak 778 juta dan hanya rugi sekali sejak ditubuhkan iaitu pada 2014 sebanyak 665 juta.

Namun keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana Najib perdana menteri yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir akhir ini banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni beliau. Bayangkan jika Mahathir masih perdana menteri sudah pasti kembang hidung para kuncu-kuncunya mempertahankan beliau.

Ramai para pembenci Najib mintak diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB, Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan,sebaliknya masih menunggu siasatan daripada audit forensik. Biarlah pihak Audit menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka kepada Parlimen terlebih dahulu. Najib bukan Mahathir yang akan mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.

Tengku Razaleigh yang pernah menjadi mangsa Mahatir kini berubah menjadi sahabat untuk mengkritik Najib. Tengku Razaleigh pernah dikaitkan dengan skandal BMF dan dituduh sebagai penyamun ditengah tengah masyarakat, tapi Tengku Razaleigh bersumpah demi Allah beliau tidak terlibat dengan BMF . Bolehkah Mahathir memberi tahu siapa sebenarnya terlibat dalam skandal BMF? yang melibatkan seorang juruaudit dibunuh.

Mahathir merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan masih lagi percaya bahawa, dengan mengguna pakai model ekonomi berasaskan mega, Malaysia bukan sahaja boleh menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi juga akan menjadi negara yang kukuh setanding dengan negara-negara Barat dari segi ekonomi dan politik.

Malahan Bank Negara di bawah pentadbiran Mahathir, telah terlibat dalam aktiviti spekulasi global sulit seawal tahun 1980-an untuk menguji pasaran.
Pada tahun 1992, kadar pertukaran wang satu pound sterling British telah ditetapkan di bawah Mekanisme Kadar Pertukaran Eropah (ERM).
Berbeza pula dengan krisis ekonomi Asia 1997-1998 yang teruk, mata wang Asia jatuh. Namun Pound sterling British tidak akan jatuh walaupun krisis ekonomi British merudum.

Seorang ahli politik yang tamak tidak akan lepaskan peluang yang baik ni. Mahathir telah mengarahkan Bank Negara untuk membuat spekulasi mengenai pound sterling British. Apabila kebenaran terbongkar pada 16 Sept, 1992 British pun keluar dari ERM akibat tak tahan dengan tekanan ekonomi dan pasaran terhadap pound yang dinilai terlalu tinggi, British tidak mengapungkan mata wang pound sebaliknya secara rasmi menurunkan nilai mata wangnya dan menyebabkan kejatuhan mata wang pound.

Kerugian yang dialami Bank Negara tidak pernah didedahkan. Mahathir telah rugi kira-kira AS $ 4 bilion. Pada tahun 1993 pula, Bank Negara sekali lagi mengalami kerugian sebanyak AS $ 2.2 bilion untuk aktiviti menspekulasikan matawang. Jumlah kerugian Malaysia pada masa ini berjumlah AS $ 6.2 bilion bersamaan dengan RM15.5 bilion (berdasarkan kadar pertukaran wang pada tahun 1992. September AS $ 1 = RM2.5).
Walau bagaimanapun, angka sebenar kerugian Bank Negara tidak pernah didedahkan. Sebaliknya, bank pusat apabila ia diletakkan di bawah penelitian untuk aktiviti yang meragukan, memberikan data yang bercanggah dan mengelirukan, ianya sukar untuk pembangkang untuk mengetahui apa yang berlaku. Bank Negara telah menyalahgunakan rizab luar negara yang bertujuan untuk membiayai import, menstabilkan wang ringgit dan membayar hutang luar negara.

Mahathir orang yang kuat berjudi telah diam-diam melibatkan Bank Negara dan menggunakan rizab asing untuk perkara yang tidak beretika dan dilarang. Apa yang lebih serius adalah dia telah memperjudikan berbilion-bilion wang negara dengan aktiviti spekulasi global yang berisiko tinggi.

Seorang lelaki yang pandai menabur pembohongan dan andaian yang tidak masuk akal mengenai kerajaan, 1MDB dan juga Malaysia tanpa bukti yang kukuh. Mahathir, seorang yang dihormati sesuatu masa dahulu kini dirinya telah dilihat sebagai seorang yang nyanyuk.

Dengan tuduhan yang tak berkonsisten dan bercanggah setiap kali 1MDB keluar dari mulutnya mengenai RM 42 billion yang hilang, itu hanyalah fiksyen yang bermain di mindanya. Pinjaman Syarikat sebenarnya adalah sebahagian operasi perniagaan yang biasa dipraktikkan dan Mahathir sendiri sepatutnya arif mengenai perkara ini. Semasa Mahathir menjadi PM dia menepikan isu akauntabiliti dan menjelaskan bahawa pinjaman yang diberikan oleh Bank Bumiputra Finance (BMF) kepada Kumpulan Carrian dan 2 syarikat Hong Kong adalah sah kerana syarikat-syarikat tersebut adalah “amat terkemuka”.

Mahathir mungkin terlupa kerana umurnya, semasa dia PM negara ini Malaysia nyaris kekurangan wang akibat beberapa kes penipuan kewangan yang melibatkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan KWSP. Salah satu skandal terbesar yang pernah dilakukan oleh Mahathir dalam sejarah dunia perbankan ialah urusan BMF yang mengakibatkan Malaysia kehilangan AS $ 800 juta. Pinjaman lain yang berjumlah AS $ 163 juta telah dibuat oleh syarikat di Hong Kong. Ini adalah kerugian di awal tahun 80-an dan kerugian ini jika dinyatakan dalam nilai pasaran hari ini akan menjadi lebih daripada jumlah yang dikenakan 30 tahun yang lalu.

Mahathir lupa akan pepatah Inggeris: Kamu boleh menipu seseorarig dalam semua masa. Kamu boleh menipu semua orang dalam suatu masa. Tapi kamu tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa.

Dia lupa zaman kuku besinya telah tamat. Dia tidak sedar bahawa akhbar di zaman sekarang lebih bebas. Ahli-ahli politik pembangkang tidak lagi dirantai. Adakah Mahathir lupa?

Mahathir mungkin terlupa kisah lamanya ketika mengatakan Najib terlalu tunduk kepada Singapura dan Amerika. Setiap kali Mahathir ulang pekara sama pasti ada yang memberi tepukan, jadi tidak hairanlah jika bersin pun ada yang sorak asalkan dari Mahathir.

Tidak kesemua rakyat pada masa Mahathir menjadi PM tahu kisah di sebalik pertemuan beliau dengan presiden Amerika George Bush pada masa itu. Media sosial tidak berkembang seperti sekarang malah internet juga tidak wujud di kampung-kampung.

Kisah Mahathir bersalaman degan Bush pada 2002 rakyat desa hanya tahu melalui penceramah politik bukan pro BN, sedangkan hal itu bukan pekara rahsia,namun keterbatasan maklumat tidak semua rakyat tahu. Mahathir menggunakan pelobi bernama Jack Abramoff. Abramoff adalah yahudi Orthodox dan penyokong kuat Isreal.

Abramoff telah mengatur perjumpaan itu melalui penasihat George Bush iaitu Karl Rove dan akhirnya Mahathir mendapat peluang bertemu Bush pada Mei 2002 dan pertemuan itu diadakan di ''Ovel office'', White House.

Ketika itu heboh rakyat bercerita dengan berbagai persepsi tetapi tidak sehebat sekarang hanya berputar dan hilang dalam sekelip mata kerana medium media sosial belum pun sehebat sekarang. Pada Februari 2006, Mahathir mendedahkan dia membayar $1.2 million kepada pelobi Israel di USA bagi tujuan bertemu Bush. Bukan kah duit yang dibayar tu juga duit rakyat?

Namun rakyat dibayangi bahawa Mahathir adalah pemimpin utama anti Israel dan seolah-olah dia juga musuh Bush yang suka membuli pemimpin negara Islam dan Dunia Ketiga. Mahathir telah menyelar Bush, USA, dan Israel di pentas dan forum antarabangsa. Ketika itu rakyat begitu bangga dengannya malah melihat beliau adalah satu-satunya pemimpin beragama Islam yang berani membela pemimpin-pemimpin yang dibuli oleh ketua polis dunia bernama Bush.

Mahathir lupa yang rakyat masih ingat beliau membenarkan pasukan kriket Israel datang menyertai pertandingan di Malaysia. Rakyat menuntut supaya menolak kehadiran pasukan Israel. Mahathir hanya pekakkan telinganya. Akhbar pula tidak membuat liputan sebagaimana berita-berita lain. Mahathir cuba menyorok berita itu dari rakyat.

Tidak puas hati dengan kedegilan Mahathir sekumpulan rakyat yang diketuai PAS telah berdemostrasi. Oleh kerana ISA adalah taring pembanteras semasa Mahathir sebagai PM, beberapa pemimpin aktivis PAS ditangkap.

Berkait dengan demonstrasi bantah pasukan kriket Israel, bapa saudara Hishamudin Rais bernama Jalaludin turut ditahan. Walaupun Mahathir merayu melutut sehingga menggunakan pelobi untuk bertemu presiden Amerika, sesedap mulut pula dia mengatakan Najib tunduk pada Singapura dan negara yang dia pernah guna pelobi untuk bertemu presidennya.

Ungkapan "Melayu Mudah Lupa" sebenarnya sudah lama bertampal di atas batang hidungnya sendiri.

Ex Boipren Marina
Joki Kuda Sg Besi


Thursday, November 24, 2016

Yasmin Holding Kroni Utama Mahathir Menyamun PROTON


Melingkopnya Proton yang saban tahun cuba di" Bailout Mahathir akhirnya terdedah satu demi satu. Dikala disuruh semua rakyat berbangga dengan jenama kereta buatan Malaysia, Mahathir mempunyai rancangan mengaup segala keuntungan sehingga terencat perjalanan perniagaan Proton yang hanya atas nama Gah tetapi disebaliknya tak ubah seperti Projek Gajah Putih yang merugikan rakyat yang terpaksa menanggung segala Kerugian dengan "BailOut".

Dah Semua Kroni Mahathir membolot projek menjadi Vendor kepada Proton seperti Yasmin Holding yang kita serba maklum apa hubungan pemilik syarikat dengan Mahathir...

Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4hb April 1980. Pengasas Yasmin Tan Sri Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar memulakan penubuhan syarikat di Alor Star Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.

Pada tahun 1983 apabila projek KERETA NASIONAL dimulakan, Tan Sri Dato’ Paduka Rahmat melihat peluang dan potensinya pada bidang vendor anti-karat (rust-proofing). Lalu beliau menubuhkan syarikat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai syarikat pembekal tunggal kepada PROTON di dalam ‘anti-rust dan rust-proofing‘.

Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat di bawah payung Kumpulan Yasmin merupakan syarikat yang pertama dipilih sebagai rakan kongsi PROTON HOLDINGS sejak tahun 1985. Pengasas dan pemilik Yasmin Group adalah Rahmat Abu Bakar merupakan menantu Puan Rafiah Mohamad, kakak sulung Tun Dr. Mahathir.

Selain daripada Rahmat Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda iaitu Kias bin Rahmat.

Kias bin Rahmat adalah orang ke-2 di dalam PROTON ketika PROTON di bawah HICOM dan ketika PROTON baru nak bermula. Beliau merupakan pengurus kilang dan dianggap sebagai salah seorang eksekutif pengasas PROTON.

Kias kemudian diangkat menjadi orang nombor 2 dalam PROTON sebagai Pengarah Eksekutif tetapi meletakkan jawatan pada tahun 2006 ketika Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ke-5. Beliau kemudiannya menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga sebagai Timbalan Pengerusi.

Masihkah hendak dinafikan yang Yasmin Group telah mendapat manfaat besar dari bapa saudaranya, Tun Mahathir?

Ketika netizen propembangkang ‘bising’ konon antara punca Proton gagal di pasaran tempatan kerana tidak dibantu kerajaan, mungkin banyak cerita menarik cuba disorok mereka sendiri.

Rupa-rupanya selama ini banyak perkara rahsia ditutup penyokong totok Mahathir Mohamad sehingga mengakibatkan pengeluar kereta tempatan itu gagal bersaing waima dengan Perodua yang dianggap syarikat kerdil!

Antara paling menarik apabila beberapa kroni beliau berjya membolot habis segala projek vendor Proton lantas menyebabkan harga kereta tersebut tidak kompetitif selain komponen dibekalkan bermasalah dari segi kualiti.

Keuntungan syarikat ini jauh lebih besar daripada PROTON yang boleh dikatakan hampir setiap tahun mencatatkan kerugian berjumlah ratusan juta ringgit? Sedangkan syarikat pembekal tunggal anti-karat pula mencatat keuntungan ratusan juta ringgit? Hairankan?

Jom kita singkap segala rahsia di sebalik tabir cerita kegagalan Proton yang pernah jadi bahan jenaka banyak pihak sebelum diselamatkan kerajaan tahun lalu menerusi suntikan dana khas.

Salah satu syarikat konsesi TOL iaitu SKVE Holdings Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan operasi Lebuhraya South Klang Valley. Syarikat TOL berkenaan dimiliki oleh TS Rahmat Abu Bakar sebagai Pengerusi Eksekutif. 2 anak TS Rahmat juga dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat berkenaan.

1. Tan Sri Rahmat Abu Bakar – Executive Chairman
2. Mohamad Nahiz Tan Sri Rahmat – Director
3. Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat – Director

Siapa pula TS Rahmat dengan Tun Mahathir? Orang Kedah panggil anak menakan, orang Kuala Lumpur panggil anak saudara. Untuk ingatan semua, TS Rahmat merupakan ‘founder’ kepada Yasmin Group yang sentiasa saja kembangkan sayap perniagaan sewaktu Tun masih memegang jawatan nombor satu negara!

Pada tahun 2007 sebagai pemain utama di PROTON, syarikat Jurumuda telah melancarkan fasiliti anti-karat BOT (build-operate-transfer) di kilang Proton Automobil. Ianya sebagai asas jaminan monopoli kerja untuk PROTON selama mana PROTON wujud.

17hb September 2008, Bernama melaporkan Petronas Dagangan Bhd (PDB) membayar RM16.24 juta untuk 80% pegangan dalam Lub Dagangan Sdn Bhd. Ianya syarikat usaha sama yang membabitkan:

1. Petronas Dagangan Berhad (PDB)
2. Natpet (M) Sdn Bhd
3. YASMIN JURUMUDA SDN BHD

Mereka menjalankan peniagaan pemasaran dan pengedaran produk minyak pelincir PDB di Malaysia. Beneficial Yasmin Group sentiasa melimpah selagi Tun Mahathir wujud di mana-mana posisi.

Pada tahun 2010 melalui catatan laporan korporat, keuntungan syarikat konglomerat Yasmin Group adalah sebanyak RM228 juta (US$ 71 juta)!

Berapa lama Tun Mahathir mahu berlakon dengan sembunyikan perkara ini dari rakyat marhein?

Persoalan: Berapakah nilai keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat YASMIN GROUP sepanjang syarikat tersebut dianugerahkan kontrak sebagai pembekal tunggal PROTON sehingga kini? Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal?

Siapakah mencetuskan idea membawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai PROTON SAGA? Dan pada masa yang sama model ini dilarang keras penjualannya di Malaysia bagi melindungi PROTON Saga pada tahun 1985? Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh kroni-kroni Tun Mahathir?

PROTON telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain itu mereka juga sentiasa memantau kerajaan supaya terus mengamalkan dasar perlindungan jenama PROTON terus hidup selama 30 tahun lagi dan lagi!

Banyak persoalan-persoalan yang belum lagi terjawab di sebalik industri automotif nasional yang dipelopori oleh PROTON! Adakah cadangan kenaikan harga kereta PROTON berpunca dari kepentingan kroni-kroni menerusi syarikat-syarikat vendor yang perlu dijaga tanpa melibatkan kerugian atau keuntungan mereka dipotong?

Mengapa sikap dan amalan dasar-dasar melindungi kepentingan kroni menjadi faktor penyebab harga kereta PROTON terpaksa dinaikkan? Sedangkan pada masa yang sama, syarikat-syarikat kroni seperti Yasmin Jurumuda terus mengaut keuntungan dengan jaminan perniagaan yang dilindungi kerajaan Malaysia?

Persoalan: Siapakah yang berada di dalam syarikat-syarikat vendor Bumiputera yang dikatakan telah banyak dibantu oleh PROTON selama ini? Adakah syarikat-syarikat tersebut bebas kroni? ATAU adakah syarikat-syarikat tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Apakah isi kandungan perjanjian untuk vendor-vendor berkenaan terutama sekali yang membabitkan Yasmin Jurumuda?


Projek Kroni Mahathir: Vendor Proton Yasmin Group Kepunyaan Anak Saudara!

■ Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4 April 1980. Pengasasnya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar memulakan syarikat itu di Alor Setar Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.

■ Pada 1983 apabila projek kereta nasional dimulakan, Rahmat melihat peluang potensi bidang vendor antikarat (rust-proofing) dan menubuhkan Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai pembekal tunggal ‘rust-proofing!.

■ Syarikat di bawah payung Kumpulan Yasmin merupakan pertama dipilih sebagai rakan kongsi Proton sejak 1985. Pengasas dan pemilik Yasmin Group sebenarnya merupakan menantu Rafiah Mohamad, kakak sulung Mahathir.

■ Selain Rahmat, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda iaitu Kias Rahmat, orang ke-2 dalam Proton ketika di bawah HICOM. Beliau merupakan pengurus kilang dan dianggap salah seorang eksekutif pengasas Proton.

■ Kias kemudian diangkat menjadi orang nombor 2 dalam Proton sebagai Pengarah Eksekutif tetapi kemudian meletak jawatan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-5.

(Nota: Beliau menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga Timbalan Pengerusi.  Masihkah hendak nafi yang Yasmin Group telah mendapat manfaat besar dari bapa saudaranya sendiri, Mahathir?)

■ Laba syarikat ini jauh lebih besar daripada Proton yang dikatakan hampir setiap tahun catat kerugian berjumlah ratusan juta ringgit? Walhal syarikat pembekal tunggal antikarat pula untung ratusan juta ringgit? Hairankan!

■ Pada 2007 sebagai pemain utama Proton, Jurumuda melancarkan fasiliti antikarat BOT (build-operate-transfer) di kilang Proton Automobil sebagai asas jaminan monopoli kerja untuk kereta Proton selama mana Proton wujud.

■ Salah satu syarikat konsesi tol iaitu SKVE Holdings Sdn Bhd, menguruskan Lebuhraya South Klang Valley dimiliki Rahmat sebagai Pengerusi Eksekutif. Dua anaknya, Mohamad Nahiz dan Mohamad Nuhairi dilantik jadi pengarah.

■ Siapa pula Rahmat dengan Mahathir? Orang Kedah panggil anak menakan, orang KL sebut anak saudara. Untuk makluman, Rahmat merupakan ‘pengasas’ Yasmin Group yang sentiasa mengembangkan sayap perniagaannya.

■ Ia berlaku pesat sewaktu Mahathir masih memegang jawatan No.1 negara!  Pada 17 September 2008, Petronas Dagangan Bhd. (PDB) dilaporkan membayar RM16.24 juta untuk 80% pegangan dalam Lub Dagangan Sdn. Bhd.

■ Bernama menyatakan ia syarikat usaha sama membabitkan PDB sendiri selain Natpet (M) Sdn. Bhd. dan Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. menjalankan peniagaan pemasaran dan pengedaran produk minyak pelincir di Malaysia.

■ Beneficial Yasmin Group  sentiasa melimpah selagi Mahathir wujud di mana-mana posisi.
- Pada 2010 melalui catatan laporan korporat rasmi, keuntungan syarikat konglomerat Yasmin Group adalah sebanyak RM228 juta!

■ Berapa lama Mahathir mahu berlakon dengan sorok perkara ini daripada rakyat marhaen? Berapakah nilai laba diperoleh Yasmin Group sepanjang dianugerahkan kontrak sebagai pembekal tunggal Proton sehingga kini?

■ Bagaimana pula dengan syarikat vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal ketika zaman Mahathir memerintah selama 22 tahun itu?.

■ Siapakah cetus idea bawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai Proton Saga? Dan pada masa sama model Jepun ini dilarang keras penjualannya di Malaysia bagi melindungi Proton sejak 1985?

■ Berapa pula keuntungan yang telah diperoleh oleh kroni Mahathir? Proton telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain itu sentiasa memantau kerajaan supaya terus mengamalkan dasar perlindungan jenama Proton.

■ Bayangkan kerajaan wajib bantu Proton terus hidup selama 30 tahun lagi dan lagi! Banyak persoalan yang belum lagi terjawab di sebalik industri automotif nasional yang dipelopori oleh Proton menerusi model sulungnya, Saga!

■ Adakah cadangan kenaikan harga kereta Proton selama ini berpunca daripada kepentingan kroni Mahathir menerusi syarikat vendor yang perlu dijaga tanpa melibatkan kerugian atau keuntungan mereka perlu dipotong?

■ Mengapa sikap amalan dasar perlindungan kepentingan kroni menjadi faktor harga kereta Proton terpaksa naik? Walhal pada masa sama, syarikat kroni terus kaut laba dengan jaminan perniagaan yang dilindungi kerajaan!

■ Persoalan: Siapakah yang berada di dalam syarikat vendor Bumiputera tersebut yang dikatakan konon telah banyak dibantu oleh Proton selama ini? Adakah syarikat tersebut bebas kroni atau pengaruh Mahathir sendiri?

■ Adakah syarikat tersebut mempunyai kaitan diantara satu sama lain? Apakah isi kandungan perjanjian untuk vendor berkenaan terutama sekali yang membabitkan pihak Yasmin dan Jurumuda?

Ada lagi... tunggu tau, kita bagi panas dari bucu hingga ke bijik mata anak beranak serta kaum kerabat kroni - kroni yang mengaup segala hak rakyat sambil bermuka-muka membela rakyat konon-kononnya la... bye!

- Man Jokie ex boipren Marina
  Kelab Lumba Kuda, Sg Besi.













Monday, November 21, 2016

BERSIH HURU HARA 5.0 - MAHATHIR MAKIN SASAU UNTUK JADIKAN MUKHRIZ SEBAGAI PM


AMARAN: Artikel ini sangat provokatif dan membangkitkan rasa mual serta bosan. JANGAN baca sekiranya anda adalah Melayu yang mudah lupa.

BERSIH sekali lagi gagal menumpukan mobilisasi rakyat untuk berjuang melawan kezaliman.

19 November 2016 telah menyaksikan buat kali kedua seorang bekas ahli politik tua turun ke jalanan menyertai demonstrasi aman di Kuala Lumpur. Tun Dr Mahatir, yang satu masa dahulu pernah mengecam keras para peserta demonstran, kini telah berpusing 360 darjah dengan menyokong BERSIH 5 serta telah meng'hijack' BERSIH 5 pada saat-saat akhir dengan hadir bersama Tan Sri Muhyidin dan Yb Mukhriz untuk berceramah di atas pacuan empat roda yang dipandu orang-orangnya.

Tun M yang pada awalnya telah terbang ke Sudan, namun di saat-saat akhir kembali ke Kuala Lumpur dengan penerbangan peribadinya bagi menyertai perhimpunan BERSIH 5. Sekitar jam 3 petang, Tun M dilihat telah tiba di perkarangan jalan utama di hadapan KLCC bersama rombongannya. Tun yang turut hadir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah, telah dijemput naik ke atas pacuan empat roda dan berceramah dihadapan rakyat yang hadir di satu sudut lain - dimana satu sudut lagi adalah pentas utama BERSIH 5 yang dianjurkan oleh Maria Chin dan Datuk Ambiga.

Saya yang ketika itu berada di tengah-tengah traffic light antara Jalan P Ramlee dan Jalan Ampang, sedang duduk berehat seketika sambil memerhati kawasan sekeliling. Terdapat satu kumpulan baju hitam dari kalangan anak muda yang saya percaya mereka adalah anak-anak baiah Ayah Cik Tun yang menyokong BERSIH 5 dan bertentangan dengan anak-anak baiah Pak Long Gun yang menyokong Merah 2.0 yang ketika ini telahpun bersurai dari Padang Merbok.

Sekumpulan anak muda ini kelihatan bergegas menuju ke pacuan empat roda tersebut setelah ketibaan Tun M di lokasi. Mereka bertindak selaku pengawal keselamatan di situ dan mendapat arahan daripada abang mereka yang berada di atas pacuan empat roda tadi. Saya perhatikan, satu persatu anggota polis meninggalkan kawasan Jalan P Ramlee dan Jln Ampang setelah ketibaan Tun M di situ.

Hanya beberapa ketika, pihak polis telah menangkap seorang lelaki berusia lingkungan awal 40-an yang telah merakam perhimpunan dengan menggunakan Drone kawalan jauh. Tangkapan dibuat berdekatan dengan NZ KLCC. Pihak Polis kemudiannya membawa saspek ke IPD Kuala Lumpur di Jln Hang Tuah dan hampir semua anggota beruniform telah pergi meninggalkan lokasi akhir BERSIH 5 berhimpun. Saya percaya yang tinggal hanya SB yang masih berada dalam kalangan orang awam.

Secara simboliknya, pihak polis yang satu masa dahulu sangat patuh dan kuat mempertahankan Tun, kini telah bertindak pergi meninggalkan lokasi apabila melihat kehadiran Tun. Saya percaya ini adalah perang saraf dari dalam kerajaan Malaysia dalam usaha melemahkan gerakan Tun dan saya percaya Tun pasti perasan dan sedar keadaan ini. Lebih memalukan apabila orang-orang yang mengawal kenderaan Tun adalah anak muda yang mungkin langsung tidak tahu apa yang terjadi pada Memali dan peristiwa tahun 98-99 serta di Jalan Kebun.

Tun M ketika dalam ceramah keduanya setelah pacuan empat rodanya berpindah lokasi ke Jln Ampang dan berada hampir dengan pentas utama BERSIH 5 telah berkata, "Saya tak pernah tengok perhimpunan yang ramai macam ini dan ini kali pertama saya lihat perhimpunan paling ramai di Malaysia." (lebih kurang seperti ini).

Sesungguhnya dengan jelas lagi nyata, ALLAH SWT telah menunjukkan kepada kita, bahawa apa yang Tun sendiri sering katakan dengan perkataan "Melayu mudah lupa" telah memakan dirinya sendiri. Tun lupa pada tahun 1998 hingga awal 2000, ketika itulah siri perhimpunan awam terbesar yang pernah dicatatkan. Rentetan dari perhimpunan inilah rakyat Malaysia diajar tentang erti keganasan polis dan 'tiada kebebasan bersuara' ketika itu.

Tun M dalam ceramahnya sekali lagi menyelar kezaliman kepimpinan Dato Seri Najib bilamana beliau menyebutkan tentang penyelewengan wang 1MDB dan juga dakwaan DOJ terhadap 1MO. Namun Tun M telah lupa kezalimannya sendiri yang mana paling utama pada peristiwa Memali, penangkapan Anwar Ibrahim, penangkapan aktivis rakyat yang dibelasah dan dipukul teruk dibawah arahan Rahim Noor, serta pelbagai lagi penyelewengan wang negara yang disembunyikan antara lain termasuk Skandal Forex 90-an, Skandal Maminco, Skandal Perwaja Steel, Skandal BMF dan Skandal Sapura Kenchana. Semua nilai skandal ini jauh lebih besar berbanding 2.6 billion Skandal 1MDB.

Menyalahkan DS Najib dalam Skandal 1MDB tidak menjaikan Tun M bersih daripada skandal lamanya bahkan rakyat yang tahu dan ingat akan kembali berfikir siapakah sebenarnya 'MAHAFIRAUN' yang pernah dilaungkan pada tahun 1999 dahulu.

"Bagai menjilat ludah berkaha", inilah perumpamaan paling tepat untuk ditujukan kepada Tun M. Beliau bukanlah seorang negarawan yang wajar dihormati melainkan sangat wajar bagi kita semua mempersolakan segala kezaliman, penipuan dan juga skandal yang pernah beliau lakukan sewaktu hayat pemerintahannya. Saya tetap duduk bersama hadirin lain sepanjang BERSIH 5 sehingga hujan menyuraikan keadaan kerana ingin mendengar sendiri dari mulut para penceramah, kalau-kalau ada mana-mana pemimpin yang berani bertanya dan menyuarakannya pada ketika itu.

Namun, sayang beribu sayang, TIADA! Hanya saya lihat dan dengar, Lim Kit Siang seorang sahaja yang antara berani menyebutkan dalam frasa yang sangat jelas, "Tun sudah 92, saya baru 75, Tun TAK MUNGKIN akan jadi Perdana Menteri lagi, tapi saya pun tak mahu jadi Perdana Menteri. Yang kita mahu adalah untuk masa depan anak cucu kita".

Hanya ini sahaja frasa yang boleh dikira directly 'insulting' ke atas Tun M bilamana disebutkan bahawa Tun M tak mungkin akan kembali menjadi PM dan hanya anak cucu merekalah yang perlu difikirkan nasib mereka. Dan jelas, kedua-dua mereka ini sememangnya hanya memikirkan nasib keluarga dan anak-anak masing-masing. Tun dengan jelas mahu meletakkan Mukhriz sebagai bakal calon Perdana Menteri namun gagal kerana telahpun kehilangan kuasa di Kedah. Akan tetapi, Lim Kit Siang masih mempunyai anaknya yang masih kekal menjai CM di Penang, iaitu Lim Guan Eng.

Satu lagi pukulan padu terhadap Tun M bahawa beliau TIDAK akan berjaya memenangi hati rakyat yang pernah melalui era kekejamannya pada tahun 98 dahulu. Hanya Melayu-melayu yang 'mudah lupa' sahajalah yang akan mengangkatnya sebagai negarawan dan mampu mengubah nasib Malaysia. Percayalah, kita di dalam negara sekarang ini sedang ketandusan pemimpin yang adil, telus lagi jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Nurul Izzah sendiri sudah hilang taring di atas pentas kerana tiada lagi lantang menyuarakan tentang kebebasan ayahnya, sedangkan satu ketika dahulu, Nurul Izzahlah yang paling kuat melawan rejin Tun M bersama-sama sebaris dengan ibunya, Datuk Seri Wan Azizah, Yb Tian Chua, N Gobalakrishnan, Ezam Md Noor dan Azmin Ali. Namun, kini nama-nama tersebut sedang selesa dalam jawatan masing-masing bahkan ada yang sudah membuat u-turn dan melupakan kawan lamanya. Azmin sendiri, dilihat lebih kehadapan dalam cubaannya mempertahankan jawatannya dengan kuasa yang ada, kerana itulah wujudnya istilah 'kartel' terhadap kepimpinan KeAdilan di Selangor.

Sekitar jam 6 petang lebih kurang, orang awam mula bersurai apabila hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur. Hujan renyai bertukar sedikit lebat sekitar sejam dan berhenti lebih kurang jam 7 petang. Saya mengambil Grab dan menuju ke Kampung Baru sebelum pulang ke teratak saya...

Kesimpulan penting yang dapat saya buat berdasarkan BERSIH 5.

1. Himpunan Merah gagal menghalang BERSIH 5 sehingga tamat. Hanya sekitar waktu pagi sahaja Merah berjaya merempuh Kuning di Jalan Tar sebelum diarahkan pindah ke Padang Merbok oleh pihak Polis.

2. Himpunan BERSIH kali ini melihatkan wajah-wajah baharu muncul lebih ramai dan wajah-wajah lama sudah semakin berkurangan. Jika ada pun, mereka hanya duduk dicelah-celah rakyat antara lain seperti Ust Badrul Amin yang dulu giat berkempen melawan Tun M sewaktu Reformasi 98.

3. Himpunan BERSIH kali ini masih lagi melihatkan dominasi kaum Cina berbanding Melayu dan India. Orang-orang Melayu yang hadir kebanyakannya generasi baharu yang tidak kenal pun perjuangan Reformasi 98. Mereka dilihat lebih gemar ber'selfie' dan beraksi ala-ala 'hipster' yang kononnya turun berjuang. Tidak kurang juga kaum Cina yang sangat giat merakam segala aksi selfie mereka.

4. Himpunan BERSIH 5 tiada lain telah menjadi pentas ceramah para ahli politik yang gagal dan hilang kuasa (sebahagian) dan mahu merayu rakyat kembali menyokong mereka. BERSIH 5 telah berjaya di'hijack' dengan jayanya oleh Tun M yang mahu menjadi hero disaat-saat akhir.

5. Saya yakin dan percaya, sekiranya BERSIH 6 dianjurkan, maka sambutan akan berkurangan dan rakyat akan tetap dengan keadaan biasa sebelumnya dan UMNO-BN akan terus menang pada PRU-14 nanti.

6. Tiada provokasi yang berjaya ditimbulkan maka ini telah menidakkan revolusi dalam negara. Kita akan terus kekal begini selagi orang-orang tua kutuk itu masih tidak mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada mangsa kezaliman mereka dahulu.

7. Rakyat Malaysia sememangnya lemah dan tiada lagi tenaga untuk berjuang mengubah nasib negara ini. Perjuangan turun ke jalanan menghendaki kita untuk melakukan revolusi, bukannya selfie.

Teruskan menyoroti wayang politik yang semakin hari akan membosankan kita semua. Wujudkan suasana bosan sehingga semua orang tidak lagi peduli dengan hari pengundian pilihan raya. Kita semua berhak menjadi orang tidak peduli kerana nilai undi kita sangatlah mahal.

Biar siapapun yang akan kalian pilih pada PRU-14 nanti, percayalah TIADA perubahan besar akan berlaku. Kita akan tetap sama seperti sekarang. Kerana kita ketiadaan pemimpin yang layak mengganti...

Sesungguhnya, Tun M bukanlah seorang negarawan yang layak dihormati bahkan layak dilupai atas jasanya, sama seperti beliau cuba melupakan kezalimannya.

Sekian.

Friday, November 11, 2016

PPBM Berisiko Dibatal Pendaftaran Jika Terus Guna Nama 'Bersatu'



Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) umpama REBAN AYAM USANG NAK ROBOH tapi berkompang satu dunia dengan gah ke langit. 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diberi amaran bahawa pendaftarannya boleh dibatalkan jika parti itu terus menggunakan perkataan 'Bersatu' dalam mana-mana program dan aktivitinya.

Dalam surat bertarikh 8 November, Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi amaran kepada parti itu bahawa tindakan tegas termasuk pembatalan pendaftaran boleh diambil jika PPBM terus berbuat demikian.

Pendaftar Nawawi Mat dalam surat itu berkata, parti tersebut tidak dibenarkan menggunakan perkataan Bersatu dalam, antara lain, ceramah serta penerbitan poster dan 'bunting'nya.Nawawi berkata, parti itu bertanggungjawab untuk mengikut kehendak di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi sebelum ini berkata, RoS tidak membenarkan parti itu dikenali atau menggunakan singkatan 'Bersatu' kerana terdapat enam lagi organisasi dan parti politik lain yang berdaftar mempunyai perkataan Bersatu dalam nama mereka. 

Jika dibatalkan pendaftaran PPBM bermakna apa sudah jadi dengan segala kompang2 ahli2 mereka dan hala tuju selepas ini kita akan saksikan lah ... bermulalah episod kembali dgn muka tak malu dan jadilah seperti kera dan biawak2 sarkis.. 

Selamat Tinggal Mahathir dan Mukhriz serta Muhyidin .. Parti Bunga Tongkoiiii tinggal dlm bingkai gambar sajalah... keh keh keh.

Monday, November 7, 2016

DAH BERAPA JUTA AHLI HANTU RAYA PARTI BUNGA PPBM TU SYED BANANA SADDIQ




Pada 4 Oktober lalu juara debat merangkap ayam kokok Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman telah membuat kenyataan bahawa dia akan mengumumkan jumlah keahlian parti Pribumi dalam masa 2 minggu lagi (dari tarikh berkenaan).

Kebetulan portal Malaysiakini melaporkan pengesahan pengumuman itu akan dibuat pada hari Selasa. Termasuk esok (Selasa), sudah berapa Selasa kita lalui tanpa mendapat khabar berita berkenaan jumlah keahlian Pribumi.

Sebaliknya, Syed Sadiq yang masih belum mengumumkan keahlian Pribumi itu masih sempat pergi ke Geneva untuk menjadi ahli panel jemputan dan menjadi jurucakap pihak mana entah untuk bercerita berkenaan korupsi di Malaysia.

Tidak pasti, apa yang diceritakan pada pentas dunia berkenaan oleh orang muda, yang masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman serta pengetahuannya yang amat terhad.

Mungkin dia hanya mampu bercerita dari sudut persepsi sahaja memandangkan umur politiknya yang amat sedikit.

Mungkin juga, dia dipilih ke persidangan itu kerana Syed Saddiq tidak mempunyai pengalaman melihat bagaimana korupsi berlaku ketika zaman pemerintahan idolanya dulu.

Jadi apa-apa perkara yang diketahuinya mengenai korupsi hanyalah dari “favorable” kepada pihak mana yang disokongnya.

Selain itu, ketika kita sedang menunggu pengumuman mengenai keahlian Pribumi, tiba-tiba Syed Saddiq yang baru pulang dari luar negara, sempat menulis surat terbuka kepada Sultan Johor berhubung titah baginda mengenai demonstrasi.

Lain yang kita tunggu, lain yang kita dapat. Mungkin Syed Saddiq tidak dididik dengan cara yang betul untuk menegur Uli Amri kerana kepakarannya terhad kepada berdebat sahaja dan bukan berkenaan adat.

Agaknya Khairy Jamaluddin tidak khilaf ketika menulis di tweetnya bahawa Syed Saddiq hanya #emptycans atau tin Kosong. Kenapa agaknya begitu sukar untuk Parti Pribumi mengumumkan jumlah keahliannya?

Adakah kerana jumlah yang digembar-gembur tidak dapat dicapai? Atau kerana perang dalaman telah mengakibatkan jumlah keahlian sudah bertukar disebabkan ramai yang menarik diri seperti yang terjadi di Terengganu?

Mungkin juga kerana jumlah awal yang diuar-uarkan itu termasuk ahli PERKASA yang dikira sebagai jumlah borong dan pukal tetapi kebanyakan dari mereka enggan mencium DAP?

Kita boleh lihat bagaimana PERKASA sudah diperkosa dengan penukaran kiblat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Umum mengetahui PERKASA adalah pencium Tun Mahathir lalu apabila bekas Perdana Menteri itu menukar kiblatnya, maka ramai ahli PERKASA yang turut tersepit.

Mereka berdiam diri seolah-olah PERKASA sudah dibubarkan kerana Tun Mahathir hari ini bukanlah sama dengan Tun Mahathir yang PERKASA banggakan satu waktu dulu.

Apa pun janji harus ditepati, bukannya `dicapati'. Jika sudah berjanji, maka silalah tepati walaupun sudah terlambat. Jangan tunjukkan kepada ramai bahawa Pribumi sudah mainkan rakyat sebelum bertanding dan miliki kuasa.

Sila umumkan jumlah keahlian seperti dijanjikan, jika tidak mampu, sila mohon maaf kepada rakyat yang dijanjikan. Berapa lagi Selasa kita perlu tunggu.-Beruang Biru




Saturday, November 5, 2016

SOKONG BERSIH 5.0, DIMANA MORAL MAHATHIR? MACAI MAHATHIR SILA JAWAB...






Moral bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipersoal apabila beliau menyokong dan pernah terlibat secara langsung dengan siri perhimpunan haram Bersih walaupun penganjurnya dikaitkan dengan George Soros.

Ketika menjadi Perdana Menteri, Soros merupakan individu paling dibenci Dr. Mahathir sehingga beliau menggelar hartawan Amerika Syarikat itu sebagai penyangak mata wang.

Dr. Mahathir turut ‘mendidik’ rakyat Malaysia supaya membenci Soros kerana cuba menjatuhkan kerajaan ketika itu.

Hari ni Soros, kalau benar, dikatakan memberi bantuan kepada Bersih manakala Mahathir pula bersama Bersih berarak di atas jalan raya mengatakan inilah cara terbaik menumbangkan kerajaan.

Dari segi moral, bagaimana kita boleh membuka negara kita kepada Soros. Dia mengajar kita Soros itu adalah orang paling tidak baik, Soros pula beri sumbangan kepada Bersih untuk tumbangkan kerajaan dan Mahathir pula boleh sokong.

MAHATHIR: LUPAKAN SOROS, BERI TUMPUAN KEPADA NAJIB



Dakwaan jutawan George Soros terlibat dengan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 adalah sebahagian daripada percubaan membatalkan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau meletakkan lebih keutamaan kepada protes yang dirancang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukannya berkenaan sumber dana Bersih serta berasa sangsi mengenai sama ada Soros memberi sumbangan itu.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga membidas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Yunos yang berkata, Dr Mahathir perlu menunjukkan bukti dakwaan terhadap Najib.

“Saya menunjukkan begitu banyak bukti,” katanya. “Kini giliran saya untuk bertanya Jamal, di mana beliau mendapat wang? Adakah beliau membayar cukai atau tidak?”

Minggu lalu, dokumen yang bocor menunjukkan Open Society Foundations (OSF) milik Soros menyediakan dana kepada beberapa organisasi tempatan sebagai sebahagian daripada program untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

“Ini tidak boleh disahkan dan hanya tuduhan. Tambahan pula, saya rasa ini adalah modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan tersebut,” kata Dr Mahathir sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Pemimpin Bersih, Maria Chin Abdullah berkata kumpulan itu menerima geran sekali sebanyak kira-kira RM70,000 daripada OSF antara 2010 dan 2011.

Awal minggu ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa siasatan dilancarkan berhubung dakwaan Soros membiayai Bersih, Merdeka Centre dan Malaysiakini.

Thursday, November 3, 2016

INILAH PARTI BUNGA TONGKOIIII PPBM... BEREBUTLAH JAWATAN TIDAK KEMANA.




IBARAT rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Ini kisah pelik dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang semalam begitu bangga umum senarai lengkap para pemimpin utamanya.

Malangnya belum pun cukup sehari, sudah ada suara-suara sinis dari dalam parti berkenaan sendiri yang ‘bising’ mempertikaikan kewajaran nama individu itu dan ini untuk memegang beberapa jawatan besar dalam PPBM!

Alkisah seorang penyokong kuat Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar mempersoalkan keputusan pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden parti itu.

Selain mempertikaikan isu pemilihan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, beliau malahan ‘kecoh’ mempersoalkan pelantikan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai kepimpinan parti tersebut.

“Sejak bila pula mereka ini pernah berjuang melawan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)? Apabila rumah (parti ini) sudah siap, mereka senang sahaja masuk menjadi ahli baharu dan terus mendapat jawatan yang besar.

“Adakah mereka ada rekod tentang Najib?” soalnya kepada portal propembangkangMalaysiakini. Zaeinal berkata seperti beberapa pemimpin PPBM, beliau mahu tahu sama ada Abdul Rashid ada keberanian untuk berjuang.

“Adakah si Abdul Rashid ini ada jiwa politik berbanding kami yang sanggup pergi masuk ‘hutan belantara’ dan berjuang menegakkan bangsa, agama dan negara?” tanya beliau lagi yang dipetik oleh portal AgendaDaily.

Zaeinal mendakwa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lebih layak menjadi Naib Presiden PPBM berbanding dengan bekas bos SPR itu sendiri yang sekadar merupakan aktivis badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pribumi Perkasa.

Katanya, kebanyakan muka baharu dilantik itu, selama ini hanya ‘bisu’ ketika pemimpin lain gigih berjuang bermati-matian menentang pentadbiran Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

“Mereka yang baharu dilantik dan tiba-tiba kemudian pegang jawatan tertinggi ini, saya tidak nampak keikhlasan dan pendirian dalam melawan Najib, kita tidak hendak ‘lalang’ yang tidak ada pendirian untuk menjadi pemimpin.



“Kita mahu betul-betul ikhlas, kita tidak tahu sejauh mana pendirian mereka sebab tidak pernah tunjuk keberanian menentang Najib, mereka hanya ‘tumpang’ ambil kesempatan atas kejayaan penubuhan PPBM,” kata Zaeinal.

Pengumuman ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM pada Rabu dilihat banyak pihak sebagai satu usaha menaikkan kembali kedudukan anak Mahathir sendiri, Datuk Seri Mukhriz apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Malangnya ramai melihat pengumuman tersebut sebagai mengandungi banyak nama yang dianggap kitar semula, sudah pencen, ataupun langsung tidak dikenali, sekali gus mencetuskan persoalan misteri siapakah mereka itu?

Namun begitu, Muhyiddin turut mengukuhkan kedudukan dengan ‘letak’ orang kepercayaannya di posisi strategik iaitu Setiausaha yang disandang Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh dan Bendahari, Datuk Mohd. Salleh Bajuri.

Selain itu abang Muhyiddin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin turut dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa PPBM. Mengulas lanjut, Zaeinal menegaskan sepatutnya Khairuddin dilantik untuk mengisi salah seorang daripada Naib Presiden.

“Khairuddin salah seorang individu selayaknya dilantik untuk jawatan tertinggi PPBM tetapi sekarang disandang pula oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Datuk Abdul Rashid Asari dan Datuk Hamidah Osman.

“Saya berjuang daripada mula bersama Khairuddin menentang Najib. Kita lalui pelbagai cabaran, pelbagai ugutan, ancaman dan sebagainya, malah sanggup berkorban nyawa, keselamatan, ‘periuk nasi’ pun kita korbankan.

“Adakah mereka itu berani buat macam itu? Adakah mereka berani buat laporan polis, tidur dalam lokap seperti Khairuddin? Mereka semua bisu!” tegas Zaeinal yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today semalam.

Justeru, barisan pemimpin PPBM yang tidak pernah berjuang diingatkan supaya tidak membelakangkan Mahathir dalam membuat keputusan kerana kekuatan parti terletak pada aura beliau. – Agensi/Mynewshub.cc



























MAHATHIR KUTTY HANYA MACAIKAN MUHYIDIN NIKA UNTUK JADIKAN MUKHRIZ BLUR PRESIDEN PARTI BUNGA




Muhyiddin Hanya Presiden Transit Sahaja.

Belum berperang sudah tewas, mungkin itu ungkapan terbaik untuk Parti Pribumi.

Jika ada ahli mereka yang berkata , “usah menyibuk hal parti kami” , maka katakan pada mereka dalam politik hal bertanya harga dandan rambut dan cincin pun orang boleh politikkan, inikan pula hal parti politik.

Semalam telah tersebar luas nama nama mereka yang akan dijerut lehernya oleh DAP melalui jawatan Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Parti Pribumi.

Mulai saat dilantik mereka tidak lagi boleh mengutuk DAP kerana mahukan belas kasihan dan sokongan komponen, tetapi walaupun mereka melayu , mereka akan serang habis habisan parti Melayu UMNO. Itu lah nama perjuangan mereka.

Parti Pribumi yang diwujudkan kerana “terpaksa” dan sememang dari awal tiada dalam agenda Tun Mahathir sudah bergelora dan kucar kacir sebelum pun menghadapi gelombang besar.


Apabila “lackey” Mahathir Khairudin mengugut untuk mendedahkan sesuatu apabila tiba waktu, maka nampak jelas di dalamnya sudah pun berbau busuk.

Namun, seperti dijangkakan , Tun Mahathir sememangnya tidak akan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Presiden kekal parti Pribumi yang betul betul berfungsi kerana dari awal pun rencana Mahathir hanya mahukan Mukhriz , dan Muhyiddin hanya pelengkap kepada agenda Tun Mahathir.

Tun Mahathir mahu Muhyiddin memainkan peranan Presiden Transit sahaja yang akan umum dan memberi laluan kepada Mukhriz kemudian nanti.

Jika tidak melakukan dengan sukarela , maka akan dilaksana kan “by force”.

Sehingga hari ini, Parti Pribumi masih gagal memberi tahu jumlah keahlian mereka.

Mereka berjanji untuk memberi tahu jumlah keahlian mereka melalui Syed Saddiq pada 4 Oktober lalu. Pada tarikh itu Syed Saddiq berjanji akan mendedahkan jumlah keahlian dalam masa 2 minggu lagi. ( sudah hampir 1 bulan dari tarikh berjanji)

Syed Saddiq sudah pun pulang dari Geneva menghadiri forum memburukkan negara berkenaan korupsi, dan jumlah keahlian tiada dalam agenda Syed Saddiq dalam masa terdekat ini.

Kita boleh membuat andaian bahawa ada masalah mendapatkan ahli untuk Pribumi.

Dikhabarkan ada pemberontakan dari ahli PERKASA yang enggan menjadi barua kepada DAP yang mengakibatkan sebahagian dari mereka enggan menjadi ahli Parti Pribumi , yang ternyata sujud kepada DAP.

Selebih itu, sudah ramai menjadi ahli kepada parti picisan lain seperti PKR dan PAN sebelum ini, maka Parti junior seperti Pribumi sukar untuk mendapat keahlian.

Muhyiddin harus muhasabah diri, sampai bilakah dia harus menjadi Pak turut kepada Tun Mahathir.

Muhyiddin juga harus hentikan dari menjaja isu lapuk 1MDB untuk meraih populariti.

Sampai bilakah Parti pribumi dan Muhyiddin mahu hidup atas isu lapuk?

Satu waktu dulu Chandra Muzaffar keluar dari PKR atas sebab tidak setuju bahawa PKR sentiasa selamanya berfaktorkan “Anwar”.

PKR, pada pendapat Chandra harus “champion” kan hal ehwal rakyat dan mesti menjadi parti bertaraf “Nasional” dan bukan parti yang berpaksi hal “anwar” semata mata, dan akhirnya Chandra pilih jalan keluar dari PKR.

Begitu juga dengan parti Pribumi dan Muhyiddin Yassin, jika mahu masuk ke “main stream” harus ada agenda rakyat dan bukan agenda cerita bahan lapuk “1MDB” selama lamanya.

Rakyat mahu tahu juga hala tuju Parti Pribumi dan bukan mahu tahu kisah 1MDB siang malam.

Tapi, apa pun, satu perkara amat jelas , sedangkan Muhyiddin harus bekerja keras dan bertungkus lumus untuk membentuk struktur Pribumi , timbalannya bertenang sahaja , kerana dia tahu apabila tiba waktu nya, dia akan ambil alih dan Muhyiddin akan diserang dari pelbagai sudut oleh “lackey” ayah nya jika enggan berundur.

Muhyiddin , nyata sekali hanya lah Presiden Transit sahaja, itu selayaknya. Bila kalah PRU14, parti bunga pun akan tutuplah sekali. - Beruang Biru




Friday, October 28, 2016

PPBM Parti Orang Kecewa, Baru Melangkah Sudah Mula Mahu Tersungkur - Nawawi




Parti orang kecewa, disertai orang-orang yang kecewa sudah pasti akhirnya juga akan kecewa, demikian kesimpulan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkenaan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengumumkan keluar dari Parti Pribumi BersatuMalaysia (PBPM) semalam.

Menurut beliau bukanlah sesuatu yang pelik kemelut melanda parti yang belum berusia ‘setahun jagung’ itu kerana parti berkenaan disertai oleh mereka-mereka yang kecewa di dalam perjuangan selain masing-masing mempunyai hasrat serta agenda yang tersimpan rapi di dalam diri masing-masing.

“Tidak mustahil tindakan Khairuddin itu akan turut disertai oleh ahli dan mereka yang lain kerana sesebuah parti yang lahir mestilah mempunyai asas serta perjuangan yang ikhlas dan bukannya ditubuhkan atas sebab kecewa dan sebagainya kerana akhirnya hari ini kita dapat melihat natijahnya.

“Belum pun masuk gelanggang sebenar dalam pilihan raya parti berkenaan telah pun dilanda pelbagai ribut… Mereka kononnya hendak selamatkan Malaysia malangnya parti sendiri pun belum pasti selamat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dilaporkan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, seorang penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah untuk membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuh masa untuk menghadapi kes-kes mahkamahnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nawawi seterusnya menegaskan bagaimanakah parti berkenaan mahu menguruskan soal kepentingan dan kebajikan rakyat sedangkan diri sendiri pun belum terurus selain dihimpit masalah kepimpinan sesama mereka.

Katanya hari ini mungkin apa yang berlaku itu adalah peringkat awal dan seterusnya kelak mungkin akan terus bertambah yang akhirnya apa yang diwar-warkan kepada rakyat adalah sekadar umpan politik demi kepentingan mereka semata-mata.

“Awal-awal dah nampak berkecamuk, kelam kelibut. Inilah terjadi jika sesuatu perjuangan berlandaskan emosi, dendam dan kecewa akhirnya tidak akan ke mana. Apakah rakyat boleh bergantung harap dengan parti sedemikian rupa?” soalnya.

Wednesday, October 26, 2016

Watak Warak Mukhriz Kutty Hanya Sandiwara



Bagaikan Filem Dirancang pula yer...  sehari selepas DOJ kemukakan saman. Kebetulan atau terancang? Jawapannya ada pada anak beranak kutty.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Bertungkus Lumus Meningkatkan Dana Kekayaan Peribadi Dan Kepentingan Dalam Saham Syarikat Opcom Holding Berhad. Sementara Rakyat Di Ajak Turun Ke Jalanan!!!.

• Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB. Sabitan kesalahan boleh membawa kepada hukuman pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI).

• Bursa Saham telah mengumumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd dengan penambahan 29% saham kepentingan.

• Walaupun Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik Telekom Malaysia (TM) semasa ayahnya Tun Mahathir Perdana Menteri  lagi tak mungkin menjadi miskin.

• Pada tahun 2009 ketika Datuk Seri Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu DS Mukhriz  menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Dato Mokhzani Mahathir.

• Pada Mac 2015 selepas Datuk Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkan di dalam portal mereka.

• Media melaporkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri DS Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

• Opcom Holding Berhad dan Datuk Seri Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik DS Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika ayahnya Tun Mahathir  sebagai PM Malaysia. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme.

• Opcom pada tahun 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta 'secara rundingan terus' (Direct Nego) diberikan oleh Telekom Malaysia dan kelulusan Kementerian Kewangan. Di mana Tun Mahathir pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik Telekom Malaysia sehingga ke hari ini. Sila rujuk surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2003.

(S/K.KEW/PK/M/504/000000/110/89/SJ.14) dan Surat dari Telekom Malaysia Berhad (bil 18/PA(ST)7120/5/2003)
Bertarikh 15 September 2003.

• Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd (TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4 billion. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom Holding Bhd  apabila dalam tahun 2015 Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah RM282.24 juta ekoran dari surat sokongan MOF yang masih ada.

• Kroni Tun Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Dato Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Datuk Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

• Sudah tiba masanya Kerajaan membuat keputusan ADIL walau pun sukar untuk MEMBATALKAN monopoli Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan.

• Berilah peluang kepada pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Tun Mahathir.  Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

Renungan: Apa lagi Tun Mahathir mahu?  Majalah Forbes meletakkan kedudukan Dato Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

 • Jangan lupa tanya kepada MP Pokok Sena Haji Mahfoz Omar berapa % share Opcom Holding dia dapat dari Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai kerjasama yang sebelum ni semua tahu Mahfoz hari2 membalon salah laku Datuk Seri Mukhriz.. secara tiba-tiba Mahfoz berubah menjadi pendukung tegar Datuk Seri Mukhriz.. seperti membalas jasa pula lagaknya..  jawab jgn tak jawab yer ...

☆ Jumpa lagi naaaaa.. adios amigos

●Bicara Poyo Boboi FC●

Monday, October 24, 2016

MAHATHIR HILANG PUNCA .. BILA RAJA, RAKYAT DAN KUASA ASING MENOLAK SEPENUHNYA




Percubaan Tun Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik secara sah ikut undang undang negara sudah sampai ke penghujungnya.

Setelah ditolak oleh rakyat, ia ditolak oleh Raja Raja Melayu pula dan sebelum itu kehendak Tun Mahathir telah ditolak oleh kuasa asing yang cuba Tun Mahathir dan kuncunya membayar upah dan pengaruhinya.

Mungkin demo Bersih 5 ini dianggap Mahathir sebagai talian hayat terakhirnya untuk menjatuhkan Najib

Ini bermakna, Tun Mahathir sudah lalui “full circle” dalam semua opsyen yang ada, walaupun ia belum pernah dilakukan oleh mana mana individu atau ahli politik yang waras.

Begitulah terdesaknya Tun Mahathir dalam cubaannya mahu merampas kuasa mengikuti pintu belakang.

Maka atas sebab perkara yang sama maka bolehlah dirumuskan ia terlalu jelas bukan lagi kerana “1MDB”.

Bahkan dari awal pun diketahui untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan akur kepada “perintah” nya Tun Mahathir peru ada alasan, dan nampak sangat 1MDB adalah alasannya.

Namun semakin lama DS Najib dan UMNO dapat bertahan , maka semakin terserlah muslihat Tun Mahathir.

Jika pada awal serangan yang dibuat oleh Tun Mahathir boleh dilihat hanya sedikit orang atau pun pihak yang mempertahankan DS Najib, tetapi lama kelamaan ia telah bertukar dan kini boleh dikatakan terlalu sikit pula yang pertahankan Tun Mahathir , dan semakin ramai pula yang mempertahankan DS Najib.

Mungkin atas kesedaran bahawa Tun Mahathir berjuang atas “lame cause” dan terlalu peribadi dan bukan lagi perjuangan untuk rakyat.

Sehingga hari ini Tun Mahathir masih enggan menyatakan bahawa semua yang dilakukan adalah atas agenda mahu anaknya menjadi Perdana Menteri.

Dimana mana majlis atau ceramah , Tun Mahathir tidak pernah menafikan atau mengiyakan niatnya menaikkan anak

nya Mukhriz itulah “perjuangan akan selesai”.

Tetapi tindak tanduk Tun Mahathir menceritakan semuanya.

Ramai juga yang kurang percaya Tun Mahathir mahu ambil kuasa pada PRU14, kerana mempercayai masa terlalu singkat untuk dia menunggu PRU14.

Ada yang mempercayai Tun Mahathir sebagai belut yang licik sedang membuat sesuatu untuk menjatuhkan DS Najib.

Jika dia berjaya maka dia tidak perlu berkongsi syarat dengan DAP , PKR atau PAN kerana dia boleh isytihar dia yang menjatuhkan DS Najib.

Jika menang PRU14 pun belum tentu parti Pribumi akan dapat menang banyak kerusi, kerana bukan sahaja menang kalah dalam bertanding, bahkan belum tentu dapat banyak kerusi untuk meletakkan calon kerana kewujudan PAN dan Parti “senior” yang sedia ada dalam Pakatan Harapan atau pun Barisan Rakyat.

Bermakna banyak “hurdle” yang perlu dilalui jika Tun Mahathir terpaksa ikut jalan “halal”.

Pertama , berebut kerusi sesama komponen, kerana peratus berkuasa akan lebih cerah jika dapat bertanding pada banyak kerusi.

Kemudian nya memenangi kerusi yang berjaya direbut , dan setelah itu semua mengira antara sesama komponen siapa lebih banyak kerusi.

Mustahil Tun Mahathir boleh dapat kehendaknya jika Pribumi bertanding sedikit kerusi dan menang sedikit dari kerusi yang sedikit itu.

Maka, dalam senyap Tun Mahathir sedang membuat sesuatu di belakang tabir, ada pihak kata dia sedang berunding dengan pelbagai pihak untuk mencapai cara “belakang” itu.

Ringkasnya, PRU14, terlalu lama dan penuh ketidaktentuan kepada agenda peribadi Tun Mahathir.

“By hook or by crook” Tun Mahathir akan cari jalan menjatuhkan DS Najib lain dari cara biasa.

Apa pun amat jelas jika kerana “1MDB” Tun Mahathir sudah senyap kerana isu itu telah di siasat, dan kemudian nya 1MDB sudah berjaya melalui proses “rationalisasi” nya.

Rakyat sudah beri “referendum” pada dua PRK dan satu PRN. Itu suara rakyat, dan kemudian Majlis Raja Raja dan YDP Agong juga sudah ketepikan permintaan Mahathir, dan sebelum itu kuasa asing pun enggan masuk campur kerana asbab Mahathir hanya kecil berbanding hubungan antara kerajaan dimana kepentingan besar lebih di utamakan oleh kuasa asing.

Rakyat sudah tolak, Raja pula tidak mahu, kuasa asing pun enggan masuk campur, jalan untuk Mahathir hanyalah undur diri jika ada sedikit saki baki maruah.

Tiada dalam sejarah seorang individu bertaraf “negarawan” jatuh ke lembah terhina. Namun agenda peribadi dan benda yang dikejarnya “amat besar” dan tidak boleh ditinggalkannya.

Mahu tercatit dalam sejarah sebagai apakah Tun Mahathir? Negarawan yang sudah bertukar menjadi “The Bangsat One” ? Itukah yang dimahukan?-Beruang Biru






Sunday, October 23, 2016

Parti Bunga BERSATU Hanya Bertaraf "Parti Majlis Bandar Raya"




Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan mampu mencorak pentadbiran negara terutama melaksana inisiatif memperjuang nasib orang Melayu dan masyarakat keseluruhannya seperti telah dilakukan Umno sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk kerajaan.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana BERSATU yang dipresidenkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.

“Muhyiddin kata parti dia (BERSATU) akan ganti perjuangan Umno, kalau nak ganti Umno berapa kerusi dia dapat bakal bertanding (PRU akan datang) adakah DAP, AMANAH, PKR dan PAS akan beri laluan kepada dia, sudah tentu tidak.

“Kalau (BERSATU) boleh menang paling banyak 50 kerusi (Parlimen) adakah parti ini boleh menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai,” katanya di Melaka malam ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka.

Annuar berkata Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan membela Melayu dan masyarakat negara ini secara keseluruhannya, maka mana mungkin parti yang dibina atas dasar kemarahan beberapa individu tertentu seperti PPBM dapat menggantikan Umno.

Bahkan Umno tidak akan tergugat dengan kewujudan BERSATU, katanya.
Beliau berkata tindakan anggota Umno yang bertindak keluar parti dilihat seperti proses pembersihan dalam parti kerana anggota yang tidak setia dalam perjuangan parti sekiranya dibiarkan akan menjadi duri dalam daging.

“Bagus juga ada parti seperti ini (BERSATU) yang membersihkan, mencuci ahli dalam parti kita, seperti ‘parti majlis bandar raya’,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Annuar berkata politik kebencian yang cuba disemai pembangkang kepada rakyat bagi meraih sokongan politik amat dikesali.

“Tindakan mereka (pembangkang) keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 jelas menunjukkan rasa tidak hormat mereka kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan mengadakan demonstrasi jalanan ini semua jelas menunjukkan mereka menyemai politik kebencian kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata rakyat perlu menolak politik kebencian itu bagi memastikan negara tidak tergadai dan hancur dek kerana mainan politik pembangkang.

Wednesday, October 5, 2016

PRESIDEN BUNGA CELOP MELUTUT DI KAKI ANWAR PULA SELEPAS MAHADEWATARAYA..





Bila manusia berubah akibat mengikut hawa nafsu .... sekarang semuanya telah terhidang.. Presiden Bunga Celop melutut kemas2 selepas Mursidol AM Bunga Celop Mahadewataraya buat aksi yang sama sebelum ni.

Dulu Muhyiddin bukan main lagi kata Anwar Ibrahim kuat tipu rakyat.., kuat menghasut rakyat untuk gugat keamanan negara.., dan Anwar Ibrahim hanya mahu hancurkan ketenteraman rakyat Malaysia. Itu belum kira lagi dengan kenyataan, bahawa Anwar adalah ‘talibarut Israel’ dan juga Anwar ‘ejen yahudi’..

Sekarang ni, boleh pulak Muhyiddin dan parti cap bunga berjumpa Anwar untuk memohon kerjasama politik ye.. Bukan setakat kerjasama sahaja yang Muhyiddin nak, tetapi juga mungkin perlindungan politik daripada serangan dan hentaman daripada UMNO dan juga PAS.

Anwar pula bukannya bodoh untuk terima bulat-bulat Muhyiddin masuk kedalam geng-geng pembangkang.. Anwar mensyaratkan agar Muhyiddin dan parti cap bunga memujuk PAS agar sertai Pakatan Harapan dan tinggalkan kerjasama dengan UMNO. Kalau tak boleh pujuk, maknanya tak ada can lah Muhyiddin nak bergandingan bahu dengan Anwar..

Apa yang kita boleh nampak disini ialah, Muhyiddin bakal dikambing hitamkan oleh Anwar untuk kepentingan politik Pakatan Harapan. Muhyiddin dan parti cap bunga juga bakal dijadikan ‘punching bag’ untuk Pakatan mengelak dari serangan UMNO dan juga PAS.

Malangnya bagi Muhyiddin, boleh dikatakan Anwar melihat parti cap bunga hanyalah sekadar macai terbaru untuk melakukan kerja-kerja kotor didalam kumpulan pembangkang. Sebelum ini kerja-kerja jijik tersebut dilakukan oleh geng-geng Mat Sabu dan juga Parti PAN. Kerjanya ialah memecahbelahkan orang melayu dan merosakkan perpaduan bangsa.

Satu perkara yang jelas disebalik pertemuan Muhyiddin dan Anwar ialah, penubuhan parti cap bunga sebenarnya bukanlah untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu serta memartabatkan agama seperti yang didakwa. Sebaliknya parti berkenaan terbukti hanya berjuang demi kepentingan politik Muhyiddin dan Mahathir, serta kroninya sahaja.

Muhyiddin secara terang-terang bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri, Anwar juga mempunyai matlamat yang sama sejak dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu. Persoalannya sekarang, siapa yang sanggup beralah jika ditakdirkan Allah SWT Pakatan menang di PRU nanti?

Itu belum lagi dikira dengan cita-cita DAP dan juga pembangkang yang lainnya. Pasti ada diantara mereka yang juga mengidamkan kerusi tertinggi negara jika kumpulan mereka menang pertaruhan.

Kalau diikutkan, DAP merupakan parti terkuat didalam Pakatan berbanding Keadilan dan lain-lainnya.. Apakah DAP mahu melepaskan peluang untuk wakil mereka menjadi Perdana Menteri? Ini yang patut difikirkan oleh Muhyiddin sebelum berkerjasama dengan Pakatan.. PAS sudah insaf mengenai hal ini.. Muhyiddin bila lagi? Nak tungguh terbarai semua baru nak insaf agaknya????