Wednesday, September 27, 2017

Lembu PKR Sudah Terlupa Kah Dendam Mereka Terhadap Mahathir?

Image result for reformasi anwar terhadap mahathir dulu

Pejuang Reformasin PKR sudah terlupa kah apa yang Mahathir pernah buat pada ketua Lembu mereka.. segala penghinaan dan yang dikata kejam dan memalukan itu sudah lembu2 pkr lupa..
Dibawah tertera antara yang Mahathir dah kata pada ketua lembu umum PKR .. adakah lembu2 PKR yang sememangnya bencikan Mahathir sejak dulu sudah lupa dengan kisah2 Reformasi mereka.. perjuangan membela ketua mereka.. ni antara berita2 yang telah mengatakan mahathir menghina Ketua lembu PKR..

ARKIB : 02/05/2013
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130502/px_39/Anwar-penipu-besar---Dr-Mahathir#ixzz4ttoQswvP 

Anwar penipu besar - Dr. Mahathir kata lah dulu.. sekarang dengan Mahathir sekali jadi penipu besar dan juga penyangak kepada DAP.


Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali melihat Datuk Zulkifli Noordin (kiri) ketika diperkenalkan sebagai calon BN Parlimen Shah Alam pada Program Amanat Negarawan di Seksyen 6, Shah Alam, malam tadi. Turut hadir calon BN DUN Batu Tiga, Ahmad Nawawi M. Zin (tiga dari kanan). - BERNAMA

SHAH ALAM 1 Mei 2013 - Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab menerima kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam UMNO sehingga membolehkan pemimpin parti pembangkang itu mendaki ke jawatan Timbalan Perdana Menteri menyifatkannya sebagai seorang penipu besar.

Bekas Perdana Menteri berkata, orang seperti Anwar ternyata mementingkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup memburuk-burukkan parti yang pernah mengangkatnya sehingga menjadi pemimpin nombor dua dalam parti dan negara.

''Dia penipu besar kerana berjaya tipu saya. Saya tidak mudah ditipu tetapi Anwar adalah manusia yang pandai. Kata hendak masuk UMNO, saya tengok dia warak, boleh jadi imam dan baca khutbah dan ada janggut sedikit.

''Saya hairan dia cukup warak nampak mirip keIslaman tentu pilih Pas bukan UMNO tetapi minta masuk UMNO, eloklah bagi imej baik kepada parti," katanya ketika berceramah dalam program Amanat Negarawan Tun Dr. Mahathir Bersama Rakyat Shah Alam di Seksyen 6 di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; calon BN Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin dan calon BN DUN Kota Anggerik, Mohd. Yusof Din serta para pemimpin parti komponen.

Dr. Mahathir berkata, selepas menyertai UMNO, Anwar terus menunjukkan gerakannya untuk menduduki hirarki lebih tinggi dalam parti apabila mengambil keputusan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO melawan Datuk Suhaimi Kamaruddin.

''Anwar menang cukuplah, tetapi dia sekali lagi hendak bertanding jadi Naib Presiden, saya kata Ketua Pemuda pun sudah setaraf dengan Naib Presiden tetapi tidak dia hendak Naib Presiden tulen dan dia menang.

''Lepas itu mahu jadi Timbalan Presiden sedangkan Tun Ghafar Baba masih ada tetapi dia hendak lawan juga. Ghafar masa itu popular tetapi apabila Anwar bertanding hampir semua bahagian tidak beri pencalonan dan akhirnya dia tarik, maka Anwar menjadi Timbalan Presiden," katanya.

Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mengakui pada mulanya memang beliau hendak meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar tetapi membatalkan hasrat tersebut apabila mengetahui tentang masalah moral pemimpin tersebut.

''Pada 1998 saya sudah hendak meletak jawatan tetapi nasib baik. Saya beritahu kawan-kawan orang macam ini tidak boleh jadi Perdana Menteri. Kalau jadi Perdana Menteri ada bilik seorang, kadang-kadang ada orang masuk, ada orang muda, wanita dan yang lelaki comel juga masuk," katanya.

Katanya, beliau juga sudah ada pengalaman disingkir daripada parti pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra tetapi masih terus setia dengan parti.

''Anwar konon setia hendak masuk UMNO tetapi sebenarnya penipu besar, dia tubuh parti Keadilan. Ini orang tidak ada kesetiaan, apabila disingkir, lawan balik orang yang berikan dia tempat. Ramai ahli UMNO disingkir tidak khianat kepada UMNO, mereka terus sokong," katanya.

Dr. Mahathir turut mengkritik pendirian Anwar yang mempertahankan keselamatan Israel kerana dengan berbuat demikian bermakna pemimpin pembangkang itu menyokong tindakan rejim Zionis membunuh umat Islam Palestin.

Lembu2 PKR sudah lupa kerana mereka juga tergolong didalam kemunafikan dan rela di perlembukan oleh mahathir yang telah berjaya membodohkan anwar serta menjatuhkan maruah anwar.. sendiri fikir lah wahai lembu2 pkr semua..

 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130502/px_39/Anwar-penipu-besar---Dr-Mahathir#ixzz4ttoQswvP 

Tuesday, September 26, 2017

Kerja Gila Mahathir Lakukan Sewaktu Dia Jadi PM "Tak Tahu" 22 Tahun...


Tanya Balik Mahathir > Kenapa Rakus Menyiksa Rakyat?.

Sebelum 1992, industri menjana elektrik adalah monopoli awam. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara (LLN):
merupakan satu entiti yang berjaya dan menguntungkan dengan kemampuan menurunkan tariff kepada pengguna.

Pada 1 Sept 1990, LLN dikorporatkan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan milik penuh oleh Kementerian Kewangan.

29 September 1992, satu power blackout 48 jam berlaku di seluruh Semenanjung Malaysia. Selepas kejadian ini, maka bermulalah sejarah penswastaan industri menjana kuasa elektrik. Persoalan: adakah keadaan blackout diwujudkan untuk menjustifikasikan penswastaan?

Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dengan tujuan:
1. Mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran
2. Membaiki kecekapan dan produktiviti
3. Membantu dalam pertumbuhan ekonomi

20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga2 tujuan ini. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya.

Rasional penswastaan TNB tidak masuk akal kerana ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.


Pemberian lesen menjana kuasa kepada syarikat2 kroni.
Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi2 kerajaan lain seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.

Aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran LESEN menjana kuasa lektrik kepada syarikat2 swasta (independent power producers atau IPP) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.

Lesen IPP diberi dalam 3 fasa, dari 1993 ke 1995 (IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006 (IPP Generasi Ketiga).

Pada tahun 1995, terdapat 5 IPP generasi pertama membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60% berbanding dengan 40% oleh TNB.

5 IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat adalah:

1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
3. Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan*
4. Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan
5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong
***kini dibeli oleh 1MDB

Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.

Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tiada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.

Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada 5 IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai 5 itu.

Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.
PPA – kontrak merompak wang TNB.

PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA). Perjanjian PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.

Di bawah PPA, ada 2 jenis bayaran yang perlu dibuat oleh TNB kepada IPP:
1. Bayaran ‘Take or Pay’
TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga unit yang dipersetujui dalam PPA, atau
2. Tetap BAYAR untuk kuantiti tersebut walaupun TNB tidak memerlukannya.

Isu2 berkaitan adalah:
1. Harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. TNB boleh menjana tenaga dengan hsrga 8 sen tetapi terpaksa membeli dari IPP dengan harga 23 sen
2. Bayaran untuk kapasiti dan tenaga
i) Bayaran kapasiti
Ini adalah bayaran tetap yang dibuat kepada IPP. Masalah yang timbul adalah kapasiti berlebihan yang ditetapkan adalah 40% iaitu 2 kali lebih dari kapasiti berlebihan yang diperlukan! Oleh itu TNB terpaksa membayar 2 kali ganda daripada apa yang perlu dibayar kepada IPP.

ii) bayaran untuk tenaga
Merupakan bayaran untuk turun naik kos operasi dan kos bahan bakar yang digunakan dalam penjanaan.

IPP adalah penerima subsidi gas paling banyak daripada Petronas. Tetapi ia membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi daripada harga TNB. Ini bermakna IPP mendapat keuntungan besar daripada subsidi gas. Untung terjamin untuk IPP sementara risiko ditanggung oleh TNB.

Kesan penswastaan industri tenaga – TNB, rakyat dan negara
1. Meningkatkan beban hutang kerajaan melalui subsidi gas yang diberi kepada IPP dan TNB sehingga hari ini
2. Menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran berbillion2 ringgit kepada IPP. 20 tahun sejak IPP diberikan lesen, status kewangan, prestasi dan imej TNB turun. Pada tahun 2011, keuntungan bersih turun TNB dari RM3.2 billion pada tahun 2010 ke RM499.5 juta dan dividen akhir tahun untuk tahun kewangan 2010/2011 tidak dapat dibayar. Tetapi pada masa yang sama, IPP mendapat keuntungan yang lumayan melalui satu kontrak yang terbaik di dunia.
3. Mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.
4. Tidak meningkatkan kecekapan penjana kuasa. Menurut institut bebas Refsa (Research for Social Advancement), kos menjana elektrik oleh IPP di Malaysia 80% lebih tinggi daripada penjana di Singapura
5. Selepas 20 tahun IPP dan TNB masih bergantung kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang murah dan hijau dengan menggunakan wang keuntungan IPP.

Akibatnya
Peranan TNB telah dikorbankan supaya IPP boleh terus mendapat untung lumayan.
- Pada masa DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, keputusan kerajaan untuk membeli semula aset2 menjana tenaga adalah satu langkah penyelamat ekonomi masa depan memandangkan model penswastaannya telah gagal.

Tetapi ini tidak cukup, dan tindakan2 berikut dicadangkan:
1. Hentikan kontrak PPA dengan serta merta dan kenakan bayaran ganti rugi.
2. Miliknegarakan industri penjanaan elektrik.
3. Berbillion2 ringgit bayaran kepada IPP boleh dijimatkan. Gunakan wang yang dijimatkan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif hijau
4. Ambil tindakan undang2 terhadap Tun Dr Mahathir dan EPU kerana pecah amanah dengan tindakan jenayah mereka mewujudkan PPA yang merugikan kerajaan dan rakyat.

Rujukan:
1. Annual Report TNB 2011
2. The High Cost of Private Monopolies, CAP
3. The IPP Investment Experience in Malaysia, Jeff Rector
4. Dec 2010, Malaysiakini article by SM Idris
5. TNB History
6. REFSA (Research for Social Advancement) , June 2011
7. Lim Guan Eng’s letter June 2006 to TNB CEO
8. Viewpoints, pg 3, StarBizWeek, 4/2/12
9. Finance Twitter
10. Artikel-artikel dr Malaysian Insider, Malaysiakini
11. Temuduga Starbiz, The Star, 6 June 2006.


***Sebab itulah Madey saban masa sabotaj 1MDB dan sanggup fitnah Najib dipersada dunia!!!!

Friday, September 22, 2017

Hadiah SAMPAH Dari Mahathir Buat Hamizura Osman Dan Lembu PPBM

Image result for hamizura osman dan mahathir


Bila si SAMPAH PPBM bernama Hamizura Osman ni dah biol..  akibat di Sampahkan mahathir.. beliau nak bercakap pun dah tak tentu arah.. sekejap sana sekejap sini.. mula2 penubuhan ppbm punyalah berdegar sana sini.. sekarang apa sudah jadi... kena SAMPAH plak dengan Mahathir..




Tun Mahathir dalam ucapan nya di Bukit Merah Lake Town Perak tadi menyatakan semua yang keluar dari PPBM adalah sampah.


MENYAMAKAN MEREKA YANG KELUAR PPBM SEBAGAI SAMPAH - Mahathir Kutty

Tun Mahathir dalam ucapan nya menyatakan
"Kita ....sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar.
"Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih".

Menurut kata Hamizura Osman Janda PPBM - Saya antara yang keluar parti PPBM. Mungkin salah seorang yang Tun Mahathir menganggap sampah itu adalah saya.

Saya terima gelaran sampah itu dengan hati yang terbuka. Kerana apa saja yang Tun M cakap biasa nya betul dan semua orang kena terima kerana Tun M dah memerintah selama 22 tahun.

Segala pengalaman dan kenangan selama 3 tahun akan saya kenang selama lama nya.


Banyak suka duka yang saya lalui sepanjang berjuang bersama Tun M sehinggalah akhir nya saya digelar sampah kerana meninggal kan parti.

Saya doa kan semoga PPBM terus maju jaya dan menjadi sebuah parti yang memperjuangkan nasib Bangsa Melayu . < Ayat Hamizura Osman Janda PPBM menceritakan bahawa dia ni sekarang telah biol akibat menjadi pelacor politik kepada mahathir.. Hamizura Osman ni hanyalah anjing kurap yang tidak ada hala tu...sekian.

Thursday, September 21, 2017

Keahlian Parti Binatang PPBM Hanya Sekitar 80K sahaja - Aninen Janda PPBM

Image result for mahathir muhyiddin mukhriz

Ada betulnya apa yang dikata aninen janda ppbm yang ahli lembu keldai dan doggie ppbm sekitar 80k seluruh malaysia... kerana kebanyakan penyalak penyalak dalam media sosial pun dikenal pasti dilakukan oleh orang-orang yang sama.. yang didunia luar pun terpaksa mengimport dari laur jika ppbm mahu menganjurkan majlis melalak.. kredibiliti parti binatang ni sudah lama kelongkang.. seperti doggie menyalak bukit .. sendiri berdegar sendiri syok.. 

Sikap pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sebelum ini dilihat berdolak-dalik apabila ditanya media berhubung jumlah sebenar keahlian parti itu terbongkarnya juga akhirnya.

Bekas pengasas bersama parti itu, Anina Saaduddin, dalam satu kenyataan kepada media baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah keahlian terkini yang diterima beliau hanyalah sekitar 80 ribu hingga 90 ribu ahli sahaja.

"Jumlah keahlian tidak bertambah, tapi berterus-terusan menyingkir pemimpin itu, menyingkir pemimpin ini, cantas orang sana, cantas orang sini, catur sana, catur sini.

"Dari jumlah yang terbaru saya dapat adalah 80 ribu hingga 90 ribu orang sahaja jumlah ahli PPBM," katanya mendedahkan "rahsia" sebenar jumlah keahlian parti serpihan UMNO yang dikatakan "gah mendapat sambutan hangat" itu.


Anina sebelum itu turut mendedahkan perkembangan pengaruh keahlian PPBM yang dikatakan "stagnant" atau tidak berkembang sebagaimana yang dicanang selama ini.

Bekas pengasas PPBM itu baru-baru ini mengumumkan diri keluar parti selepas tidak tahan diperlakukan seperti "anjing dan keldai" dalam satu sidang media khas, sebelum Datuk Hamidah Osman mengikut jejak langkahnya hingga sanggup melepaskan jawatan Naib Presiden parti.

Para penyokong dan aktivis parti itu juga sebelum ini kecoh mewar-warkan di media sosial mendakwa jumlah keahlian parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu kononnya telah mencecah lebih sejuta ahli.

Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan parti itu enggan mendedahkan jumlah sebenar keahlian PPBM kepada media dan dilihat sengaja menimbulkan teka-teki di kalangan rakyat di negara ini.

Difahamkan bahawa jumlah keahlian dua parti terbesar Melayu beragama Islam yang "diserang" bertubi-tubi dan cuba dijatuhkan PPBM iaitu UMNO dan PAS masing-masing kini telah mencecah kira-kira 3 juta ahli dan 1.3 juta ahli di seluruh negara.

Namun begitu, PPBM difahamkan yakin dapat merampas kuasa tampuk pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dengan bantuan rakan sekutunya, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR.

Wednesday, September 20, 2017

Mahathir Kutty Hanya Tahu Jaja 1MDB, Forex Rugi RM32 Billion Tidak Tahu

Mahathir si Mamak Padukang jika hal orang lain semua dia tahu belaka walaupun cerita tu tidak wujud pun dan sengaja beliau wujudkan.. jika hal yang berkaitan dengan beliau yang memang sahih beliau lakukan ... belaiau akan cuba berdalih seribu macam jenis alasan dengan perkataan " TAK TAHU & DAH LUPA" ... adakah mahathir memang sudah tidak waras yang dierti katakan sudah nyanyok dan sudah tidak berdaya untuk berfikir...

Dalam Sinar Harian 21 Julai 2017, Mahathir mengakui bahawa dia mengetahui tentang laporan 1MDB. “Saya tahu. Saya memang tahu,” kata Mahathir. Bukan setakat tahu sahaja, Mahathir menjelaskan bahawa dalam kepimpinan PPBM, dia dan pemimpin lain telah membincangkan mengenai laporan dibangkitkan tersebut berulang kali.

Masa tidak menjadi Perdana Menteri, boleh pula tahu tentang laporan 1MDB. Masa berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, boleh pula mengakui tidak tahu pada kerugian urusniaga forex yang mencecah sampai RM32 billion niainya. Ini sesuatu yang amat pelik sekali.

Boleh mesyuarat banyak kali pasal 1MDB, tetapi masa rugi sampai RM32 billion kenapa tidak mesyuarat sungguh sungguh pada masa itu? Strategi tidak tahu yang digunakan oleh Mahathir untuk melepaskan diri. Anwar sebelum ini guna strategi salahkan Nor Yackop untuk cuci tangannya.

Daim Zainuddin, yang menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1984 hingga Mac 1991 dan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad. Kedua duanya berkata ‘tidak tahu” bila ditanya tentang angka kerugian urusniaga Forex yang mencecah nilai RM32 billion ketika dipanggil menjadi saksi RCI Forex semalam.

Persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ialah agak pelik sebagai Menteri, Daim tidak tahu. Apatah lagi, Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mohd Sidek kata, Daim bukan sahaja tidak tahu malah tidak ambil peduli mengenainya.

Beruang Biru sudah menulis sebelum ini tentang pengetahuan Mahathir. Pada 24 Ogos 2017, Astro Awani melaporkan Mahathir menyatakan negara tahu di mana wang pergi yang dilabur ketika beliau menerajui pentadbiran negara.

"Dalam perniagaan ada kala untung, ada kala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana, kata Mahathir. Habis itu yang hilang sampai RM32 billion itu pergi ke mana? Kenapa sekarang Mahathir kata tidak tahu? Tidak boleh diterima kenyataan Mahathir ini.

Bukan setahun rugi. 6 tahun rugi, setahun sahaja untung pada tahun 1990 sebanyak RM2.47 billion. Tahun 1988,1989, 1991,1992,1993 dan 1994 semuanya rugi. Keseluruhannya rugi sejumlah RM34.547 billion. Angka ini disahkan oleh Bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf. Baca pautan ini :

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/rm32-billion-sah-hilang-di-bawah-hidung.html#.WcCQnsZx3IU

Kerugian berlaku pada tahun 1988 hingga 1994, bermakna dalam tempoh tiga tahun hingga 1991, Daim tidak tahu menahu kerugian yang berlaku akibat urusniaga forex. Pelik bagi seorang Menteri Kewangan untuk tidak tahu apa yang sedang berlaku di Bank Negara.

Perkara berkaitan 1MDB hanya melalui laporan Sarawak Report (SR), Mahathir sudah tahu serba serbi. Sanggup jumpa Claire Brown di London lagi pasal 1MDB. Tiba-tiba sahaja, Mahathir sebut 1MDB hilang RM42 bilion entah dari mana angka itu datang.

Geng geng macai bunga bermati matian bertahankan Mahathir sebagai benar benar tidak tahu tentang urusniaga forex kerana Mahathir katanya tidak pernah masuk dalam bilik urusniaga itu.

Agak menarik dalam kes liwat bekas Timbalannya, Anwar Ibrahim. Mahathir tahu Anwar dilancap dan melakukan perbuatan terkutuk biarpun tidak berada dalam bilik berlakunya kejadian liwat itu. Namun Mahathir tahu serba serbi.

Tapi, dalam bab kerugian BNM, Mahathir tidak tahu menahu sampai BNM berniaga dalam FOREX pun Mahathir tidak tahu.

Kata Mahathir, Anwar hanya beritahu kepadanya kerugian yang ada ialah sekitar RM5 bilion. Ketika itu, Mahathir enggan menggunakan budi bicaranya sendiri mengambil tahu apakah benar kerugian seperti itu yang berlaku atau ada angka yang cuba disorokkan pihak tertentu.

Ini bukan kali pertama Mahathir gunakan strategi “tidak tahu” ini. Baru baru ini dalam isu kapal selam Scorpene, Mahathir menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang pembelian kapal tersebut, padahal proses pembelian dilakukan ketika zamannya.

Namun dalam isu 1MDB, bukan main lagi Mahathir mengetahui semua perkara. Siap suruh Peguam Negara bersumpah lagi menjunjung Al Quran dengan disaksikan beberapa imam. Mahathir kata Peguam Negara berbohong tentang laporan 1MDB.

“Ini bermakna Apandi berbohong dan Allah SWT tahu Apandi bohong” kata Mahathir menuduh Peguam Negara berbohong dalam Malaysiakini, 19 Julai 2017.

Kini setelah dipanggil sebagai saksi tentang kerugian RM32 billion, Mahathir kata dia ‘tidak tahu”. Apakah benar Mahathir tidak tahu atau dia berbohong untuk selamatkan tengkuknya sendiri.

Siapa sebenarnya yang berbohong dalam hal ini? Angka rugi RM32 billion ini bukan dibuat buat, angka itu datang daripada laporan bertajuk Accounting Treatment of Losses Arising From Active Reserve Management 1998-1994, bertarikh 18 April 2007 dan disebut juga oleh salah seorang saksi RCI Forex iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Angka hutang 1MDB sampai 42 billion, Mahathir tahu pula. Angka itu kemudian bertukar jadi RM27 billion dan kemudian bertukar lagi. Ini kerana angka hutang 1MDB yang disebut Mahathir itu adalah angka yang dia cipta sendiri untuk buat persepsi.

Amat pelik, seorang Perdana Menteri tidak tahu kerugian yang berlaku sampai RM32 billion. Mahathir selalu kata Melayu mudah lupa. Orang Melayu tidak mudah lupa, yang mudah lupa adalah Mahathir Mamak Padukang.

Parti PPBM Dah Serupa Lanun Dan Perintah Guna Whatsapp Saja - Aninen Janda PPBM

Image result for ANINA BERPERANG DGN PPBM

Sampai panggil lanun dan umpamakan mereka yang ada dalam PPBM seperti anjing, keldai dan lembu, ini sudah gaduh besar.

Sebelum ini mungkin ramai tak mahu percaya bahawa PPBM diurus secara diktator atau kuku besi. Namun pengasasnya sendiri akhirnya telah tampil membuka pekung di dada dengan menceritakan segala-galanya.

Selepas mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pentadbiran 3M iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz dalam PPBM, bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin kini menceritakan perkara yang sebenar.

Beliau merujuk kepada cara ‘kejam’ pemecatan ke atas dirinya daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM dan kemudian digugurkan sebagai ahli MPT dengan ‘menendangnya’ daripada kumpulan WhatsApp MPT PPBM tanpa sebarang notis rasmi.

Kena “remove” dari ‘group WhatsApp’ macam kena buang dari partilah. Itulah cara parti bunga mentadbir partinya. Hanya buat mesyuarat MT dalam ‘group WhatsApp’ sahaja.

Keputusan dibuat di WhatsApp dan kemudian tendang mana mana ahli yang difikirkan tidak sesuai lagi berada dalam MT. Dulu ada mesyuarat tingkap, ini mesyuarat dalam WhatsApp sahaja. Apa kelas mesyuarat MT bincang dalam WhatsApp sahaja?

Ainina mulalah mengungkit. Ainina berkata “pertamanya TSMY menyentuh tentang kononnya saya tidak datang untuk berbincang dengan beliau tentang isu kepimpinan yang saya bangkitkan.

“Seperkara lagi, saya ingin menyarankan supaya TSMY menjawab isu dengan isu yang tepat. Jika TSMY persoalkan tentang locus standi, saya jawab tentang locus standi. Jika TSMY cakap tentang kepimpinan, saya jawab tentang isu kepimpinan. Jadi, saya harap TSMY akan menjawab isu dengan betul.

“Kenapa begitu buruk sekali tadbir urus parti ini. Lebih 40 tahun dalam kabinet dan berpengalaman terkeluar dalam barisan kabinet kerajaan, takkan TSMY tak tahu bagaimana untuk pecat pemimpin parti. Datuk Seri Najib pecat TSMY pun dipanggil berdepan untuk berbincang, ada pemakluman dan ada hitam putihnya.

Jika pecat pemimpin parti seperti lanun yang humban kelasinya ke dalam laut, bagaimana rakyat nak yakin TSMY boleh memimpin negara,” katanya kepada sebuah portal melalui sistem aplikasi WhatsApp. Ainina pun padan muka sama, galak sangat hendak masuk PPBM. Kan sudah kena getah.

Ini bukti kukuh bahawa pemimpin PPBM adalah ‘lanun’ dalam dunia politik tanah air. Bahayanya lanun ini jika dibiarkan berkuasa, mereka akan ‘menyedut’ semua kekayaan hasil bumi dan rakyat jelata untuk kepentingan sendiri sahaja. Lepas habis sebut senang sahaja, mereka akan jawab ‘tidak tahu”.

Jika ada mana-mana pihak yang ingkar dengan arahan mereka (lanun), maka hukuman pancung atau dihumban ke dasar laut akan dikenakan tanpa sedikit pun bicara. Inilah cara PPBM melayan orang yang ada jawatan dalam parti mereka.

Adakah gambaran sebegini yang mahu kita lihat di Putrajaya? Sudah tentu tidak sama sekali, jangan biarkan PPBM dan abang besarnya DAP masuk ke Putrajaya. Sudah pasti apa yang akan DAP buat adalah membuang sejumlah besar kakitangan awam di Putrajaya.

Sejumlah 1.2 juta orang kakitangan awam akan dibuang kata Penang Institute. Ainina ini baru seorang yang kena tendang sebegitu sahaja. Itu mereka baru ada satu kerusi sahaja, belum ada banyak kerusi lagi. Belum ada kuasa lagi. Kalau ada kuasa, habis akan kena buang dengan PPBM dan DAP.

Inilah cara pentadbiran cara lanun yang diamalkan oleh PPBM. Parti yang baru setahun 10 hari diluluskan oleh ROS. Parti yang jumlah ahlinya pun, mereka enggan umumkan berapa ramai.

Parti yang hanya tahu anak pengerusi parti sahaja jadi Perdana Menteri. Perkara lain mereka tidak tahu, tanyalah apa sahaja mereka akan jawab tidak tahu. Yang mereka tahu adalah hendak kejar kuasa dan jadi Perdana Menteri sahaja. Silap silap hilang pula duit di bank, kalau pembangkang diberi kuasa.

Monday, September 18, 2017

Beranikah Mukhriz Dan Muhyidin Menyahut Cabaran Anina Untuk Berdebat


MEREKA cukup 'bangga' ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kini ahli-ahli meninggalkan Dr. Mahathir dan PPBM kerana mendakwa mereka diperkuda dan diberi layanan seperti 'kaldai, lembu dan anjing'.

Hina sungguh ahli-ahli PPBM sedangkan mereka adalah ahli terawal dan turut sama mengasas parti serpihan UMNO itu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jika Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz pemimpin yang dikagumi, kenapa ahli perlu tinggal parti itu semasa parti sedang mencari sokongan?

Bukan seorang dua, tetapi semakin ramai ahli printis parti itu "angkat kaki'' sama ada secara rasmi dan senyap selepas parti itu ditubuhkan.

Ahli PPBM kini sedar kepimpinan parti itu tidak boleh dikritik. Kepimpinan PPBM tidak boleh menerima teguran orang bawahan. Itu juga yang terjadi pada Exco Armada parti itu sebelum ini.

Pemimpin bawahan dan ahli hanya ada dua pilihan, taat kepada pemimpin, ikut cakap ketua atau pun keluar parti.

" Saya digugur keahlian UMNO kerana menyaman Perdana Menteri pun diberi surat.... tetapi PPBM menggugurkan saya sebagai Ketua Srikandi hanya menerusi WhatsApp, '' kata Anina Saadudin pada sidang akhbar semalam.

Anina sebak sebaik sahaja apabila menyatakan untuk tinggalkan PPBM serta merta.

Bagi UMNO, parti yang mempunyai lebih tiga juga ahli amalkan sikap keterbukaan, sedia menerima kritikan dan cadangan ahlinya pada mesyuarat cawangan, bahagian dan semasa membawa usul pada perhimpunan agung.

Malah ahlinya juga mengritik presiden dan diberi peluang untuk memberi tunjuk sebab hingga tempoh tertentu sebelum digantung keahlian, dipecat atau dikekalkan dalam parti. .

Semalam, sempena sambutan ulangtahun Hari Malaysia dua pemimpin wanita yang turut membantu mengasaskan PPBM keluar parti selepas setahun parti itu diwujudkan. .

Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman (ketua penaja) Gopeng) dan bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin (Langkawi) mengumumkan secara rasmi untuk meninggalkan PPBM.

Keputusan dua wanita itu meninggal parti memberi tamparan kepada PPBM dalam persediaan parti itu membuat penampilan pertamavuntuk menghadapi PRU14.

Setiausaha Agung PPBM Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengesahkan Hamidah meletak jawatan sebagai Naib Presiden, Ketua Penaja Gopeng dan berhenti menjadi ahli PPBM berkuatkuasa hari ini.
"PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,"kata Shahruddin.

Sementara itu, Anina lebih awal umum keluar parti dengan mengadakan sidang akhbar .

Menurut beliau keluar parti kerana terlalu kecewa dengan cara pucuk pimpinan menguruskan PPBM dan tidak lagi mendengar suara marhain.

Ini termasuk cara “kejam” beliau dipecat daripada jawatan ketua Srikandi PPBM, kemudian digugurkan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Tertinggi PPBM selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu.

'Perjuangan saya membela agama, bangsa akan diterus menerusi NGO yang akan ditubuhkan.
.
Beliau juga tidak akan menubuhkan parti baharu kerana tidak mahu orang Melayu berpecah lagi kerana terdapat lebih lima buah parti orang Melayu yang berdaftar pada masa ini.

Anina juga di akhir sidang media mencabar Muhyiddin dan Mukhriz untuk berdebat tentang hala tuju dan cara pengurusan PPBM.

Beliau juga menyifatkan cara PPBM menjatuhkan hukumanterhadap ahlinya sama seperti 'menggunakan ISA' (Akta Keselamatan Dalam Negeri) .

April lalu, seorang pengasas PPBM Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan halatuju parti itu.

Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya

Setiausaha Kerja PPBM pusat. dan ketua penaja Teluk Kemang Negeri Sembilan. - Kedahnews.com

Thursday, September 7, 2017

Mahathir Semakin Kacau Bilau Bila Anwar Dipanggil Beri Keterangan SKANDAL RCI FOREX



Mahathir Mohamad khabarnya bergegas ke Putrajaya untuk mendegar sendiri apa Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap mengenai Skandal RCI Forex.

Ini bermakna Tun Mahathir sudah tidak percaya lagi pada laporan orang lain mengenai apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex.

Tun Mahathir sanggup hadir dan duduk di kerusi orang awam untuk dengar dengan telinganya sendiri.

Semalam, Tun Mahathir baru sahaja buat hal dengan Anwar bila berkata surat Anwar dari penjara mengundang masalah.

Tun Mahathir kata sudah ada noktah mengenai hubungan PAS dan Pakatan Harapan.

“Kami akan letakkan tanda noktah untuk rundingan itu. Saya harap kita boleh buat begitu,” kata Tun Mahathir semalam.

Dilaporkan oleh sumber dalaman, Anwar tidak berpuashati dengan kenyataan yang diberikan Tun Mahathir itu.

Seolah olah Tun Mahathir sudah menguasai PKR pula dalam urusan dalaman mereka.

Anwar memang rasa tercabar dan terganggu emosinya dengan ayat-ayat Mahathir itu.

Silap-silap Anwar “u turn” pula hari ini, bantai Tun Mahathir.

Hari ini, memang benarlah jantung Tun Mahathir berlari sederas kudanya.

Risau dan gabra menanti apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex yang rugi sampai RM32 billion.

Kenyataan Zeti semalam yang mengesahkan kehilangan wang puluhan billion itu amat meresahkan Tun Mahathir.

Apa pula komen Anwar mengenai kenyataan Murad? Sebenarnya Anwar mengetahui hal kehilangan wang ini, namun disembunyikan untuk selamatkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan.

Tun Mahathir pernah memujuk Anwar dengan cuba tandatangan kempen mahu bebaskan Anwar.

Tun Mahathir cuba pujuk Anwar dengan cara bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar dengan The Guardian UK.

Tun Mahathir cuba cari Anwar sampai di mahkamah sebanyak dua kali untuk berbaik semula dengan Anwar.

Namun bila ditanya mengenai hal Anwar sebagai peliwat, Mahathir masih pertahankan kenyataannya yang lama dahulu.

Mengenai hal liwat, Tun Mahathir belum minta maaf pada Anwar.

Hari ini, Tun Mahathir bergegas ke Istana Kehakiman Putrajaya untuk dengar sendiri apa yang Anwar cakap.

Apakah hari ini Anwar pula akan conteng arang ke muka Tun Mahathir atau Tun Mahathir akan meratap dan merayu agar Anwar selamatkannya.

Tun Mahathir sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri dari skandal perbankan terbesar di dunia yang berlaku pada zamannya itu.