Thursday, September 7, 2017

Mahathir Semakin Kacau Bilau Bila Anwar Dipanggil Beri Keterangan SKANDAL RCI FOREX



Mahathir Mohamad khabarnya bergegas ke Putrajaya untuk mendegar sendiri apa Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap mengenai Skandal RCI Forex.

Ini bermakna Tun Mahathir sudah tidak percaya lagi pada laporan orang lain mengenai apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex.

Tun Mahathir sanggup hadir dan duduk di kerusi orang awam untuk dengar dengan telinganya sendiri.

Semalam, Tun Mahathir baru sahaja buat hal dengan Anwar bila berkata surat Anwar dari penjara mengundang masalah.

Tun Mahathir kata sudah ada noktah mengenai hubungan PAS dan Pakatan Harapan.

“Kami akan letakkan tanda noktah untuk rundingan itu. Saya harap kita boleh buat begitu,” kata Tun Mahathir semalam.

Dilaporkan oleh sumber dalaman, Anwar tidak berpuashati dengan kenyataan yang diberikan Tun Mahathir itu.

Seolah olah Tun Mahathir sudah menguasai PKR pula dalam urusan dalaman mereka.

Anwar memang rasa tercabar dan terganggu emosinya dengan ayat-ayat Mahathir itu.

Silap-silap Anwar “u turn” pula hari ini, bantai Tun Mahathir.

Hari ini, memang benarlah jantung Tun Mahathir berlari sederas kudanya.

Risau dan gabra menanti apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex yang rugi sampai RM32 billion.

Kenyataan Zeti semalam yang mengesahkan kehilangan wang puluhan billion itu amat meresahkan Tun Mahathir.

Apa pula komen Anwar mengenai kenyataan Murad? Sebenarnya Anwar mengetahui hal kehilangan wang ini, namun disembunyikan untuk selamatkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan.

Tun Mahathir pernah memujuk Anwar dengan cuba tandatangan kempen mahu bebaskan Anwar.

Tun Mahathir cuba pujuk Anwar dengan cara bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar dengan The Guardian UK.

Tun Mahathir cuba cari Anwar sampai di mahkamah sebanyak dua kali untuk berbaik semula dengan Anwar.

Namun bila ditanya mengenai hal Anwar sebagai peliwat, Mahathir masih pertahankan kenyataannya yang lama dahulu.

Mengenai hal liwat, Tun Mahathir belum minta maaf pada Anwar.

Hari ini, Tun Mahathir bergegas ke Istana Kehakiman Putrajaya untuk dengar sendiri apa yang Anwar cakap.

Apakah hari ini Anwar pula akan conteng arang ke muka Tun Mahathir atau Tun Mahathir akan meratap dan merayu agar Anwar selamatkannya.

Tun Mahathir sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri dari skandal perbankan terbesar di dunia yang berlaku pada zamannya itu.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Tidak dapat nafikan, Tun Mahathir sememangnya pemimpin, mantan Perdana Menteri Malaysia, yang benar2 berjiwa besar

      Delete