Thursday, November 30, 2017

AGM Letak Tepi Buat INTERNSHIP Cari Lembu Tukang Fitnah Dulu.


Mesyuarat AGM Parti letak tepi jer dulu... yang penting buat INTERN Parti Peribumi Bersatu Malaysia dulu lagi penting sebab nak tunjuk gah pada semua bahawa Parti PPBM ni gempak dianggotai anak muda yang rela jadi lembu lah konon-kononnya.. skrip cerita seperti ni dah lama dah basi. Kita tahu yang hadir nanti pun bukan siapa pun. Ahli PKR isi borang PPBM. Ahli PPBM sendiri pun isi borang PPBM. Selebihnya hanya hantu-hantu raya sahaja lah.

Yang betulnya Parti ciptaan Mahathir ni dah kelongkang. Hari-hari Mahathir menipu sampai tersipu malu kerana Mesyuarat AGM Parti pun masih tergantung dengan yang hadir sekitar 12 ekor lembu sahaja... selebihnya mungkin menggunakan sistem aplikasi Whatsapp kot... Nak tutup kemaluan terpaksa lah cari Lembu-lembu baru yang boleh diasuh untuk menyebarkan kisah-kisah dongeng Mahathir dan Mukhriz... Lain tahun lah baru buat AGM....


Bila dah terdesak buat pula INTERN dengan pelbagai janji manis ditabur demi mahu menarik minat mana-mana yang terdesak nak dedak.. syarat-syarat yang diletakkan tu pun dah tahu apa tujuan nya. tentang kelebihan pula nampak sangat lah ada yang akan di lembu macaikan. Elau Internship tu mana dia korek bagi kita serba maklum sambil melatih menjadi tukang sebar fitnah Mahathir dan Mukhriz. Yang terakhir tu mmg lawak badigol la... bila dah jadi lembu macai berpeluang menjadi sebahagian dari sejarah "DI LEMBUKAN OLEH MAHATHIR & MUKHRIZ"....

Kalau ingin memperkatakan tentang nasib Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini, kadang kala memang agak menyedihkan. Tidak kurang juga timbul rasa lucu apabila mendengar cita-cita besar PPBM yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia dari segala bentuk tuduhan rasuah dan sebagainya. Namun, bila melihat cara pengurusan parti itu sendiri, memang cukup menyedihkan

Manakan tidak, disaat hampir kesemua parti politik di Malaysia hari ini telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka, PPBM masih terkial-kial mencari jalan untuk mengadakan AGM mereka yang pertama sejak ditubuhkan pada Oktober tahun lalu.


Dari ARMADA PPBM sudah bertukar pula kepada PEMUDA PPBM .. lepas ni nak bertukar kepada apa pula? Ternyata mereka-mereka yang terpengaruh dengan agenda Mahathir semakin lama semakin bercelaru. Ketua ARMADA Syed Saddiq Paladium hanya jadi alat kawalan jauh Mahathir sahaja. Tidak ada apa pun yang boleh dibanggakan langsung hanya sembang semata.

Agak menghairankan sebenarnya melihat PPBM ini kerana tunggak utama parti ini adalah terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman dalam politik. Kecuali seorang dua sahajalah yang dikategorikan sebagai masih berhingus, daripada Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden mahupun Setiausaha Agung mereka, kesemuanya berpengalaman luas dalam politik kepartian.

Namun begitu, PPBM nampaknya mungkin akan menemui titik sinar baru untuk mencukupkan ahli mesyuarat agung mereka dalam masa terdekat. Menerusi entri yang dimuat naik di dalam laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, mereka berkongsi satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Dateline yang mendakwa, lebih 10 ribu ahli UMNO sudah menyertai PPBM.

Daripada angka ini, majoritinya adalah golongan belia UMNO terutamanya di negeri Pulau Pinang. Dakwa artikel ini lagi, mereka cukup yakin dengan kekuatan yang ada di dalam PPBM dan memang berhasrat untuk menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Melihat angka ini, memang cukup ramai yang berminat dan menyertai PPBM. Malah, dari angka ini rasanya, Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden parti tidak mempunyai masalah untuk mengadakan AGM PPBM yang pertama. Panggil sahaja mereka untuk hadir ke AGM PPBM di mana sahaja ianya diadakan, pasti ia mencukupi buat PPBM memenuhi syarat yang dikehendaki oleh RoS.


Malah rasanya, jumlah ini sudah mampu menampung kekosongan kira-kira 8 ribu ahli dan beberapa puluh cawangan dan bahagian PPBM yang telah ditutup akibat ahlinya yang bertindak meninggalkan PPBM. Lebih dari itu, PPBM rasanya sudah mampu mendabik dada bahawa mereka mempunyai keahlian yang cukup ramai untuk menidakkan sebarang peluang PAN untuk bermegah mempunyai ahli parti yang ramai.

Terdapat sedikit kemusykilan yang mungkin boleh dijawab oleh mereka yang kononnya baru menyertai PPBM. Adakah mereka benar-benar yakin, jangka hayat PPBM akan mampu bertahan sehingga PRU ke 14 nanti? Tidakkah mereka tahu bahawa Muhyiddin sendiri hampir mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah kerana tidak mungkin akan dapat mengadakan AGM mereka sebelum PRU 14?

Selepas ni apa lagi pula Mahathir dan Mukhriz nak membongak Lembu-lembu Parti Peribumi Bersatu Malaysia... sampai bila kita pun tak tahu.. yang nyata Parti SAMPAH PPBM sudah tidak kemana.. hanya menunggu masa berkubur sebelum PRU14.....

- Man Luncai Simpang Kuala Kedah

Saturday, November 25, 2017

Saddiq Paladium Kecut Kerandut Kata 358 Aduan Tu Hanya Wayang



Bekas Penyelaras PPBM Parlimen Kluang, Arjuna Putra Ali menegaskan sebanyak 358 aduan berhubung kegagalan pucuk kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mematuhi ketetapan parti telah dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Kenyataan ini sekaligus menidakkan penafian dibuat Ketua Bahagian PPBM Ledang, Mohd. Solehan Badri kononnya tidak ada isu aduan daripada lapan bahagian PPBM Johor terhadap pucuk kepemimpinan parti.

Arjuna malah memberitahu, Ahli Jawatankuasa Bahagian PPBM Ledang, Zaharuddin Mat Isa yang sebelum ini merupakan Setiausaha Bahagian itu sendiri telah menandatangani aduan rasmi ke RoS termasuklah isu berkaitan ketua penaja proksi.

“Bagaimana beliau ingin menafikan sedangkan Zaharuddin sendiri yang menghubungi kami untuk ambil beliau di plaza tol Tangkak dan terus bergegas ke Putrajaya.
“Di sini jelas, tindakan Mohd. Solehan hanya ingin mengalihkan tumpuan terhadap kemelut yang melanda PPBM dan Pakatan Harapan diketuai DAP,” katanya.
Pada 1 November lalu, Arjuna Putra bersama beberapa kepemimpinan PPBM Johor mengemukakan aduan kepada RoS berhubung kegagalan pucuk pimpinan PPBM mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.

Kesemua lapan Bahagian PPBM negeri Johor yang mengemukakan aduan itu adalah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Semberong.

Mengulas lanjut, Arjuna Putra menjelaskan, berdasarkan perlembagaan rasmi parti, setiap bahagian perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam tempoh 60 hari dan mesyuarat cawangan dalam masa 14 hari sebelum persidangan agung pusat dapat dijalankan.

Berikutan itu, beliau secara sinis mempersoalkan bila tarikh persidangan agung parti dapat dijalankan sekiranya semua 159 bahagian (seperti didakwa) perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

Tuesday, November 21, 2017

PPBM Parti Sampah Yang Telah Menjahanamkan Pakatan Harapan


Masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan mula menjadi duri dalam daging kepada gabungan pembangkang.

Ia berikutan kegagalan parti itu mematuhi perlembagaannya, menyebabkan permohonan pembangkang mendaftarkan Pakatan Harapan, tidak diluluskan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, berkata masalah PPBM yang berpunca akibat kegagalan mematuhi perlembagaan parti, kini mengheret gabungan pembangkang ke dalam krisis dan bakal menjejaskan prestasi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, katanya, pembangkang perlu menyingkirkan PPBM daripada gabungan mereka jika mahu melihat hasrat menjadikan Pakatan Harapan sebagai gabungan parti yang sah, menjadi realiti.

Konflik dan masalah yang membelenggu PPBM menyebabkan parti itu menjadi duri dalam daging pada Pakatan Harapan.

Duri itu perlu dicabut, atau ia akan memberi kesan yang panjang pada pembangkang.

PPBM tidak ada pilihan selain perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sebelum PRU, namun saya fikir masa tidak memihak pada mereka dan ini akan memberi implikasi besar kepada mereka dan pembangkang lain," katanya.

Beliau menganggap masa depan PPBM malap. Beliau mengulas kegagalan PPBM mengadakan AGM selepas lebih setahun didaftarkan iaitu pada 8 September 2016, susulan gagal menyelesaikan masalah dalaman khususnya membabitkan penstrukturan cawangan dan bahagiannya.

Mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Masalah PPBM itu antara punca pendaftaran Pakatan Harapan sebagai satu gabungan tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Satu lagi punca ialah kegagalan DAP menghantar senarai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu selepas bermesyuarat baru-baru ini.

Jeniri berkata, masalah PPBM tidak seharusnya berlaku memandangkan parti itu dipimpin individu berpengalaman dalam politik, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ini menggambarkan kemampuan pemimpin. Bagaimana sebuah parti yang gagal menyelesaikan perkara asas ini, dapat diberikan harapan untuk menguruskan negara," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata kegagalan PPBM menyelesaikan penyusunan organisasi bahagian dan cawangan, berpunca daripada strategi penubuhan parti itu yang kini memakan diri.

PPBM gunakan struktur seperti UMNO, tetapi ini strategi tidak tepat. Mereka gagal kerana faktor perpecahan dalam parti dan kurangnya sokongan akar umbi sehingga gagal laksanakan AGM.

Mereka banyak bergantung pada ahli UMNO yang lompat parti. Mungkin mereka anggap pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin boleh tarik ahli tetapi sebaliknya berlaku.

Perpecahan dalam pula disebabkan ahli yang menyertai PPBM bukan kerana perjuangan parti, tetapi mahukan platform untuk bertanding sebagai calon, menyebabkan akar umbi berpecah dan bahagian bubar dan ahli keluar parti seperti di Perak," katanya.

Mohd Azizuddin berkata, mengikut amalan kebiasaan ROS, parti politik atau pertubuhan yang gagal mengadakan AGM dalam tempoh setahun akan dibubarkan, namun masa depan PPBM bergantung pada rayuan dan budi bicara menteri.

Ketika ini sukar bagi Pakatan Harapan didaftarkan, melainkan PPBM dikeluarkan daripada komponennya. Mereka boleh jadi parti mesra Pakatan Harapan," katanya.

Friday, November 17, 2017

Terima Kasih Mukhriz Kerana Jadi Bahan Jenaka


Terima kasih Mukhriz dan Jasa mu hanya didendang Lembu2 suruhan...

Mukhriz bin Mahathir
Terima Kasih Banyak yea
Kerana menjadi MB tiga tahun
Rakyat Kedah sudah mengenali kemampuan anda

Mukhriz Anak Mahathir
Terima kasih banyak yea
Menjadi pembangkang selama dua tahun
Juga kemampuan anda tak tera mana

Mukhriz
Terima kasih banyak yea
Kerana mengakui anda berkhayal
Semasa merancang hendak buat lapangan terbang Kulim, buat litar lumba,

Mukhriz
Terima kasih banyak yea
Semoga mulai tahun hadapan
Anda tidak lagi menjadi wakil rakyat
Anda sememangnya tidak layak mewakili rakyat
Anda hanya layak mewakili diri anda dan keluarga anda sahaja

Mukhriz
Terima kasih banyak yea
Walaupun anda tidak tahu berterima kasih
Kepada mereka yang telah menyokong sehingga dapat jadi MB ihsan sampai lupa diri... mengaku pula pencetus pala bana wak lu...

Mukhriz anak Kutty
Terima kasih yea
Kerana anda blur
Aku pun buat puisi blur nie

Sekian
Dari YB Blur

Thursday, November 16, 2017

Penyudahnya Boboi Kutty Akui Gagal Selesai Struktur Cawangan Hantu Raya


Akhirrnya Mukhriz Boboi mengaku menemui kegagalan menyelesaikan isu berkaitan struktur organisasi akar umbi khususnya di peringkat cawangan menjadi antara punca Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti.

Perkara itu diakui Timbalan Presidenn parti bunga Tongkoiiii Mukhriz Boboi yang turut mengesahkan kegagalan menyelesaikan isu berkenaan turut meletakkan Parti Tongkoiii PPBM dalam situasi keliru untuk menentukan siapa yang layak menghadiri AGM terbabit.

Beliau juga mengakui Parti Tongkoiiii PPBM mengguna pakai model sama seperti UMNO dalam struktur parti, namun berharap PPBM selaku parti baharu diberi kelonggaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dari segi pematuhan perlembagaan.

"Kita guna model UMNO sebenarnya, ( pandai plak ngaku pun ) di mana kita tubuh parti peringkat nasional dan bahagian, manakala di cawangan kita guna istilah PDM (Pusat Daerah Mengundi). "Di peringkat nasional dah daftar dan proses di ROS kita kena daftar di bahagian pula...selepas satu-satu bahagian dah tubuh, maka kita kena maklum pada ROS siapa jawatankuasa dalam bahagian.

"Kalau kita buat AGM di peringkat bahagian siapa perwakilan sebab dalam UMNO perwakilannya di pilih oleh cawangan, sedangkan kita belum daftar lagi cawangan.

"Kalau ROS kata tak perlu (pemilihan peringkat cawangan) sebab itu hanya sekadar proses, kita akan teruskan AGM di peringkat bahagian dengan perwakilan ahli jawatankuasa bahagian sahaja," katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Boboi berkata demikian mengulas kemungkinan PPBM tidak boleh menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekiranya gagal mengadakan AGM dalam tempoh ditetapkan. Tak bertanding pun lagi elok... hahaha

Mukhriz Boboi berkata, PPBM kini menunggu nombor pendaftaran bagi penubuhan peringkat cawangan daripada ROS dengan 155 bahagian daripada 165 kawasan Parlimen sudah didaftarkan.

Beliau berkata isu berkenaan sudah dirujuk kepada ROS dan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, dimaklumkan tiga jam bersama ROS untuk menjawab persoalan dibangkitkan.

"Saya yakin  99 peratus tak ada masalah, tetapi isu mengenai yang nak dibangkitkan ROS berkenaan cawangan dah ada berapa, saya tak pasti lagi. nak pasti minum ketum dulu la dulu yer.. hahaha

"Parti Bunga Tongkoiiii PPBM ketika ini menunggu keputusan ROS sama ada perlu menganjurkan AGM di peringkat cawangan terlebih dahulu sebelum disusuli peringkat bahagian," << Tak payah tunggu pun takpa,.. Parti pun hya untuk jaga anak beranak madey kutty saja.. hahaha

BOBOI TERUS BERKHAYAL ....


Nota buat Mukhriz Boboi dan Askar-askar Upahan PPBM. Jangan sembang terlajak sangat yer.. penyudahnya terpelusuk masuk longkang... Baca baik-baik selepas itu sila hadamkan perlahan-lahan kedalam akal tu... Jangan gundah gulana dengan Bajet yang dibentangkan Ahmad Bashah.

November 2016 Ahmad Bashah bentang Bajet 2017, tatkala tiba 2017, 27 program dan dasar bermanfaat untuk rakyat berjaya dilaksana.

Antaranya Tusiyen Barakah, Skim Iman, Barakah insan, skim khairat, tambahan pelaburan di KHTP, implementasi KRC dan KSTP. 

Berjaya menyiapkan Loji Rawatan Air Sungai Santap dengan kos RM60 juta menyuraikan isu bekalan pada 70 ribu penduduk. Selain KDNK harga semasa yang mencanak naik,peningkatan agihan skim Barakah sehingga RM4.3 juta dan meraikan golongan akar umbi yang berjasa dengan sumbangan berjumlah RM4.8 juta. 

Bersekali dengan insentif ini ialah penyediaan kelengkapan sekolah kepada 10 ribu murid pada awal 2017. 11 buah pondok disantuni selain 1.7 juta ringgit disalurkan untuk pelajar SEKOLAH AGAMA RAKYAT. Maahad Tahfiz Sains Kulim turut mula beroperasi dengan kos RM16 juta

Sebelum Aidilfitri 2017 juga sejumlah RM7 juta diberikan sebagai bayaran khas Aidilfitri kepada 7 ribu kakitangan awam negeri. Melebihi dari apa yang diberikan kerajaan pusat. 

Dan peruntukkan Bajet 2017 juga cukup untuk biaya gaji kakitangan awam negeri sehingga Disember 2017. 

Lantas tanggal 12 November 2017 yang lalu bila Ahmad Bashah bentangkan Bajet Kedah 2018 dengan lebih banyak pakej menarik yang inklusif demi memujuk hatinya yang lara dan masih meroyan hilang jawatan MB, maka Mukhriz dengan sikap bluur dan egonya terus melabel Bajet 2018 sebagai bajet khayalan. 

Hakikatnya Mukhriz yang terus khayal dengan merasakan dia masih di singgahsana jawatan. Jawatan yang gagal disempurnakannya bila diberi ruang dan kesempatan. Khayalan Mukhriz makin lama makin terserlah jua kebodohan beliau.. jumpa lagi selepas ini..

Wednesday, November 15, 2017

Drama Lakonan Dunia Dari Mukhriz Boboi Kutty


Flashback dulu na.......

Tahun 2015 semasa Mukhriz Mahathir masih MB Kedah telah dibangkitkan nasalah pembalakan di Hutan Simpan Wang Perah dekat Bukit Wang Jitra.

ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar berjuang supaya masalah itu diselesaikan tapi MB tidak nampak ambil tindakan.

Ahmad Zaini dah bagi amaran jikalau dibiarkan pembalakan di situ, penduduk sekitar akan menanggung akibatnya masa depan.

Mukhriz masa itu dengan kuasa Menteri Besar boleh mengambil tindakan supaya penduduk disitu tidak merana kemudian hari. Tapi malangnya beliau tidak peduli.

Kembali kepada hari ini 15 Nomber 2017.

Hari ini banjir lumpur melanda kampung sekitar bukit Wang Perah akibat hujan lebat sejak kelmarin.

Mukhriz yang sudah tidak jadi Menteri Besar turunlah melawat dengan bawa ADUN Kubang Rotan dan Anak Bukit.

Ni nak habaq bagi kat hang Mukhriz. Hang tak malu ka setakat pi bagi sekampit beras dan gula kopi dekat depa yang susah hati kerana banjir.

Awat masa hang jadi MB dulu tak ambil tindakan hentikan pembalakan. Kalau berhenti pembalakan dua tahun lepas tak kan jadi banjir lumpur tu.

Dah jadi banjir lumpur terhegeh hegeh nak pi bagi bantuan. Malu lah weii masa ada kuasa tak buat apa-apa.

Bila dah tak ada kuasa baru nak bangkitkan kes pembalakan disitu. Hampass betul hang Mukhriz Boboi... politik usang hang bawak  kelulu kehilir cari nyawa simpati.. POLITIK KEPALA BAPAK!!

Tuesday, November 14, 2017

HARI - HARI SAYA KENA SEKOLAH


Politik dia ni dah sampai tahap kelongkang jer sekarang. Jawatan Adun tapi berangan macam Ahli Parlimen. Dalam Sidang DUN apa yang dia buat kita pun tak tahu... dia berangan ingat dia kat dewan rakyat... bukan sekali dia merepek tapi sejak dulu lagi dah melalut.

Guna khidmat pegawai khas sampai 20 orang.. tapi sekoq pun tak leh diharap. Yang Pang5 Pondan bacol plak claim dedak tunjuk hebat depan ketua.. almaklum ketua dah mamai kuasa. Percayalah apa saja kata Pang5 kaki klepet.

Dia ni kena sedaq diri... hari2 kena sekolah tak rasa malu ker... ulang kaji la dulu.. main percaya ja pada pegawai khas takat sembang kedai kopi.

Esok kalo kena sekolah lagi pergi mandi ayaq teh bunga la.. Rasanya dia ni memang nak jadi ikon bahan lawak sidang dun kot? Semua yang dia dok bebel tu penyudahnya pusing balik ke dia jugak.. 3 tahun dia jadi Nakhoda apa dia buat?

Udah Bapak pun autakari kuat... anak pun penyambung warisan Autakari juga lah.. agak2 berapa ringgit dia topup budak2 sokong bola tu buat benda lawak yer? Kita tahu dia ada hubungan dengan kaki buat hingaq pasal bola. Tengok cara budak2 biol tu pun kita dah tahu ada semacam jer antara mereka dengan dia ni.

Berak banyak2 la pastu simpan dalam tin.. nanti lama2 tahi tu tetap bau jugak. Mentang2 hidup senang berkat Bapak menabong duit rakyat ke tabong Kepala Bapak. Hidup atas hak rakyat. 

Dengaq citer nak saman pasal gambar anak dia kena siar sana sini.. agak2 dia ni nak pusing cerita ka.... dah anak kau yang letak gambar terbuka kat maya..insta. Kenapa perlu nak melompat padahal sebelum ni takda nak melompat... macam pergi Dubai main Dolphin.

Sebenarnya dia nk nak alih cerita dia kena sekolah.. nak cover lah kan sebab disekolahkan. Yang jadi geli hati.. mula2 kena sekolah dengan ADUN Pedu tu Wanita. Kemudian kena sekolah dengan orang yang dia dok hina dengan pelbagai panggilan seperti Mat Lena. Apa dia rasa lepas kena sekolah.. adakah dia rasa cekelat angin takpun jeruk Pak Ali?...

Boboi oh Boboi.. hari2 kena sekolah.

Monday, November 13, 2017

MUKHRIZ SI MAT JENIN


Apakah persamaan Mukriz Mahathir dan Mat Jenin. Kedua-duanya kuat berangan. Tapi malang buat Mat Jenin riwayatnya tidak panjang untuk meneruskan angan-angan dia. Sebaliknya Mukhriz pula masih berkesemoatan sehingga kini menjaja angan-angan beliau.

Jikalau Mat Jenin berangan ia hanya untuk kepentingan dirinya sahaja. Tapi angan Mukhriz memperjudikan nasib lebih dua juta rakyat Kedah.

Selama tiga tahun menjadi Menteri Besar, hari ini Mukhriz membuat pengakuan mengemparkan bahawa bajet yang beliau bentangkan untuk tahun 2014, 2015 dan 2016 hanya angan-angan beliau.

Alahai sungguh malang rakyat Kedah dapat Menteri Besar yang bentangkan bajet angan-angan. Kalau bajet boleh dilaksanakan nasib baiklah rakyat Kedah kalau tak boleh nak laksana apa nak buat kan itu hanya khayalan sahaja.

Berbeza dengan pimpinan Ahmad Bashah Md Hanipah yang bersungguh-sunguh melaksanakan apa yang dijanjikan dalam belanjawan pertama beliau iaitu belanjawan untuk tahun 2017 yang dibentangkan hujung tahun lepas. Hampir semua yang digariskan dalam belanjawan itu terlaksana.

Begitu juga belanjawan untuk 2018 ia dibentangkan kelmarin untuk dilaksanakan, bukan satu pembentangan khayalan.

Tahulah kita sekarang kenapa Mukhriz ditendang keluar dari Kedah. Ramai dah sedar bahawa beliau hanya tahu berangan tapi tak buat apa-apa. Nasib baik dia tak lama jadi MB kedah.

Rugilah negara jikalau ada pemimpin kuat berangan dan sentiasa mamai serta merapu...

Mukhriz Sudahlah Mamai Disekolahkan Pula Dengan ADUN Pedu


Mukhriz Boboi sudahlah mai Sidang BAJET KEDAH 2018 serupa orang mamai ...disekolahkan pula dengan ADUN Pedu dan turut dibidas gagal melaksanakan program E-Tutor secara menyeluruh kepada pelajar di negeri Kedah, berbanding program Tiusyen Barakah Kedah. 

Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim yang bangkit mencelah perbahasan Mukhriz di Sidang Dun Kedah pagi ini mendakwa program E-Tutor yang menelan belanja yang amat tinggi itu tidak dapat dinikmati oleh pelajar di kawasannya ekoran kegagalan kerajaan pimpinan bekas Menteri Besar itu menyediakan prasarana untuk program tersebut. 

"Saya akui Ayer Hitam anjurkan Program E-Tutor yang menelan belanja yang amat besar ketika itu, namun ia tidak dapat dinikmati para pelajar di Pedu. 

"Lancar program E-Tutor, tapi tak dapat digunakan rakyat? 

"Berbanding Program Tiusyen Barakah anjuran Kerajaan Negeri sekarang, belanjanya lebih kecil dan berhemah, namun semua rakyat dapat menikmati program tersebut. Malah keputusan para pelajar pun bertambah baik berbanding sebelumnya," katanya, membidas Mukhriz yang sebelum itu memperlekeh peruntukan program Barakah yang dikatakan kecil. 

Mukhriz ketika berjawatan Menteri Besar gah melancarkan program E-Tutor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta berbanding program Tiusyen Barakah yang mula diperkenalkan Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas mengambil alih tugas Menteri Besar Kedah. 

Mengulas lanjut, Kama Noriah berkata, program E-Tutor berkenaan bukan saja tidak dapat dimanfaatkan kepada para pelajar, malah juga melibatkan jumlah perbelanjaan melampau yang kurang berkesan. 

"Walau saya Adun Barisan Nasional (BN) ketika itu, saya bantah program itu sejak awal lagi sebab ia menelan belanja yang sangat besar. 

"Bukan saja tidak dapat dilaksanakan di kawasan saya, malah beliau (Mukhriz) selaku Menteri Besar tidak membuat kajian terperinci sama ada boleh dilaksana dengan baik atau berkesan kepada semua," katanya ketika ditemubual Kedahnews.com, di sini hari ini. 

Adun Pedu itu berkata, berbanding program Tiusyen Barakah kini, program tersebut bukan saja melibatkan kos yang kecil, namun jelas dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar dan memberi impak positif kepada golongan pelajar sasaran khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan penting. 

"Memang jauh lebih berkesan. Orang kampung beri respon positif dan anak-anak mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. 

"Ia jelas, bukan gah atau jumlah peruntukan yang besar faktornya, yang penting ialah bagaimana dan keberkesanan program Barakah adalah lebih praktikal dan baik untuk pelajar-pelajar kita," tegasnya lagi.

Sunday, November 12, 2017

Mukhriz Boboi Masih Mamai Dalam Sidang DUN


Pada Mukhriz Mahathir segalanya politik walaupun pada saat Dewan Undangan Negeri Kedah sedang membahaskan usul ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Disaat para ADUN melahirkan dukacita Mukhriz bermain sandiwara politik dengan membawa soal pemimpin di cucuk hidung negara luar.

Entah tak faham kepada siapa ayat mukhriz itu ditujukan. Adakah kepada kerajaan Selangor atau kerajaan Penang.

Atau ditujukan kepada bapanya Tun Dr Mahathir.

Come on Mukhriz get real. Jangan mimpi di siang hari lagi.

Seriuslah di saat membahas ucapan takziah.

Mungkin ini salah satu sebab Mukhriz hilang jawatan Menteri Besar sebab beliau tidak faham realiti politik..........

Thursday, November 9, 2017

Hidup Mahathir Masih DiTanggung Kerajaan BN


Siang malam 24 jam walaupun penyakit gila "Kepala Bapak" dok sibuk nak menjatuhkan dan menghentam membabi buta tanpa fakta sahih terhadap PM NajibRazak, Kehidupan Dr. Mahathir masih ditanggung Kerajaan Barisan Nasional. Adakah Macai2 Lembu mahathir tau disebalik melalak siang malam mahathir tu.... Lembu - lembu ni depa kan bodoh.. percaya saja apa yang mahathir dok bohong..

Jadi mantan perdana menteri yang balun kerajaan 24 jam pun masih guna 21 kakitangan yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan yg dia balun dan kutuk hari2.

Antara perkara dalam kehidupan Dr. Mahathir yang ditanggung kerajaan adalah:

- Pengawal peribadi UTK dan segala kos perbelanjaan makan minum walaupun ke luar negara
- Pegawai perubatan dan segala kos perbelanjaan
- Juruiring dan segala kos perbelanjaan
- Penolong pegawai khas dan segala kos perbelanjaan
- Pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana termasuk bil utiliti dan gaji pekerja, elaun dan apa-apa tuntutan
- Kediaman di The Mines Resort City termasuk bil utiliti, gaji pekerja dan elaun
- Pencen bulanan RM22,826.60 serta elaun dan peruntukan khas
- Kenderaan beserta pemandu dan segala kos perbelanjaan



Membazir je duit rakyat sampai 21 orang kena jaga..Gaji 21 orang ni pakai duit kerajaan zimbabwe ke? sekarang mahathir nak pusing kat mana yer.. tak malu kah mahathir atau keturunan kutty ni jenis menyapu hak orang pastu melalak tunjuk bajet suci.. sampai bila mahathir nak berpura-pura bersikap munafik tu yer.. skrg penyakit haprak mahathir dah berpindah kepada anak dia pula si mukhriz boboi pala jendul..politik dah hancur dok bertinggung pula pada sokongan budak-budak sangap yang dok hingaq pasal bola, mukhriz harus malu kerana masih mengharap ayahnya yang dah semakin nyanyok dan merapu.. sudah2 la mahathir kutty dan anaknya mukhris boboi.. dah tak kemana pun laaaa..