Thursday, November 30, 2017

AGM Letak Tepi Buat INTERNSHIP Cari Lembu Tukang Fitnah Dulu.


Mesyuarat AGM Parti letak tepi jer dulu... yang penting buat INTERN Parti Peribumi Bersatu Malaysia dulu lagi penting sebab nak tunjuk gah pada semua bahawa Parti PPBM ni gempak dianggotai anak muda yang rela jadi lembu lah konon-kononnya.. skrip cerita seperti ni dah lama dah basi. Kita tahu yang hadir nanti pun bukan siapa pun. Ahli PKR isi borang PPBM. Ahli PPBM sendiri pun isi borang PPBM. Selebihnya hanya hantu-hantu raya sahaja lah.

Yang betulnya Parti ciptaan Mahathir ni dah kelongkang. Hari-hari Mahathir menipu sampai tersipu malu kerana Mesyuarat AGM Parti pun masih tergantung dengan yang hadir sekitar 12 ekor lembu sahaja... selebihnya mungkin menggunakan sistem aplikasi Whatsapp kot... Nak tutup kemaluan terpaksa lah cari Lembu-lembu baru yang boleh diasuh untuk menyebarkan kisah-kisah dongeng Mahathir dan Mukhriz... Lain tahun lah baru buat AGM....


Bila dah terdesak buat pula INTERN dengan pelbagai janji manis ditabur demi mahu menarik minat mana-mana yang terdesak nak dedak.. syarat-syarat yang diletakkan tu pun dah tahu apa tujuan nya. tentang kelebihan pula nampak sangat lah ada yang akan di lembu macaikan. Elau Internship tu mana dia korek bagi kita serba maklum sambil melatih menjadi tukang sebar fitnah Mahathir dan Mukhriz. Yang terakhir tu mmg lawak badigol la... bila dah jadi lembu macai berpeluang menjadi sebahagian dari sejarah "DI LEMBUKAN OLEH MAHATHIR & MUKHRIZ"....

Kalau ingin memperkatakan tentang nasib Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini, kadang kala memang agak menyedihkan. Tidak kurang juga timbul rasa lucu apabila mendengar cita-cita besar PPBM yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia dari segala bentuk tuduhan rasuah dan sebagainya. Namun, bila melihat cara pengurusan parti itu sendiri, memang cukup menyedihkan

Manakan tidak, disaat hampir kesemua parti politik di Malaysia hari ini telah selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka, PPBM masih terkial-kial mencari jalan untuk mengadakan AGM mereka yang pertama sejak ditubuhkan pada Oktober tahun lalu.


Dari ARMADA PPBM sudah bertukar pula kepada PEMUDA PPBM .. lepas ni nak bertukar kepada apa pula? Ternyata mereka-mereka yang terpengaruh dengan agenda Mahathir semakin lama semakin bercelaru. Ketua ARMADA Syed Saddiq Paladium hanya jadi alat kawalan jauh Mahathir sahaja. Tidak ada apa pun yang boleh dibanggakan langsung hanya sembang semata.

Agak menghairankan sebenarnya melihat PPBM ini kerana tunggak utama parti ini adalah terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman dalam politik. Kecuali seorang dua sahajalah yang dikategorikan sebagai masih berhingus, daripada Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden mahupun Setiausaha Agung mereka, kesemuanya berpengalaman luas dalam politik kepartian.

Namun begitu, PPBM nampaknya mungkin akan menemui titik sinar baru untuk mencukupkan ahli mesyuarat agung mereka dalam masa terdekat. Menerusi entri yang dimuat naik di dalam laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, mereka berkongsi satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Dateline yang mendakwa, lebih 10 ribu ahli UMNO sudah menyertai PPBM.

Daripada angka ini, majoritinya adalah golongan belia UMNO terutamanya di negeri Pulau Pinang. Dakwa artikel ini lagi, mereka cukup yakin dengan kekuatan yang ada di dalam PPBM dan memang berhasrat untuk menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Melihat angka ini, memang cukup ramai yang berminat dan menyertai PPBM. Malah, dari angka ini rasanya, Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden parti tidak mempunyai masalah untuk mengadakan AGM PPBM yang pertama. Panggil sahaja mereka untuk hadir ke AGM PPBM di mana sahaja ianya diadakan, pasti ia mencukupi buat PPBM memenuhi syarat yang dikehendaki oleh RoS.


Malah rasanya, jumlah ini sudah mampu menampung kekosongan kira-kira 8 ribu ahli dan beberapa puluh cawangan dan bahagian PPBM yang telah ditutup akibat ahlinya yang bertindak meninggalkan PPBM. Lebih dari itu, PPBM rasanya sudah mampu mendabik dada bahawa mereka mempunyai keahlian yang cukup ramai untuk menidakkan sebarang peluang PAN untuk bermegah mempunyai ahli parti yang ramai.

Terdapat sedikit kemusykilan yang mungkin boleh dijawab oleh mereka yang kononnya baru menyertai PPBM. Adakah mereka benar-benar yakin, jangka hayat PPBM akan mampu bertahan sehingga PRU ke 14 nanti? Tidakkah mereka tahu bahawa Muhyiddin sendiri hampir mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah kerana tidak mungkin akan dapat mengadakan AGM mereka sebelum PRU 14?

Selepas ni apa lagi pula Mahathir dan Mukhriz nak membongak Lembu-lembu Parti Peribumi Bersatu Malaysia... sampai bila kita pun tak tahu.. yang nyata Parti SAMPAH PPBM sudah tidak kemana.. hanya menunggu masa berkubur sebelum PRU14.....

- Man Luncai Simpang Kuala Kedah

No comments:

Post a Comment