Thursday, November 16, 2017

BOBOI TERUS BERKHAYAL ....


Nota buat Mukhriz Boboi dan Askar-askar Upahan PPBM. Jangan sembang terlajak sangat yer.. penyudahnya terpelusuk masuk longkang... Baca baik-baik selepas itu sila hadamkan perlahan-lahan kedalam akal tu... Jangan gundah gulana dengan Bajet yang dibentangkan Ahmad Bashah.

November 2016 Ahmad Bashah bentang Bajet 2017, tatkala tiba 2017, 27 program dan dasar bermanfaat untuk rakyat berjaya dilaksana.

Antaranya Tusiyen Barakah, Skim Iman, Barakah insan, skim khairat, tambahan pelaburan di KHTP, implementasi KRC dan KSTP. 

Berjaya menyiapkan Loji Rawatan Air Sungai Santap dengan kos RM60 juta menyuraikan isu bekalan pada 70 ribu penduduk. Selain KDNK harga semasa yang mencanak naik,peningkatan agihan skim Barakah sehingga RM4.3 juta dan meraikan golongan akar umbi yang berjasa dengan sumbangan berjumlah RM4.8 juta. 

Bersekali dengan insentif ini ialah penyediaan kelengkapan sekolah kepada 10 ribu murid pada awal 2017. 11 buah pondok disantuni selain 1.7 juta ringgit disalurkan untuk pelajar SEKOLAH AGAMA RAKYAT. Maahad Tahfiz Sains Kulim turut mula beroperasi dengan kos RM16 juta

Sebelum Aidilfitri 2017 juga sejumlah RM7 juta diberikan sebagai bayaran khas Aidilfitri kepada 7 ribu kakitangan awam negeri. Melebihi dari apa yang diberikan kerajaan pusat. 

Dan peruntukkan Bajet 2017 juga cukup untuk biaya gaji kakitangan awam negeri sehingga Disember 2017. 

Lantas tanggal 12 November 2017 yang lalu bila Ahmad Bashah bentangkan Bajet Kedah 2018 dengan lebih banyak pakej menarik yang inklusif demi memujuk hatinya yang lara dan masih meroyan hilang jawatan MB, maka Mukhriz dengan sikap bluur dan egonya terus melabel Bajet 2018 sebagai bajet khayalan. 

Hakikatnya Mukhriz yang terus khayal dengan merasakan dia masih di singgahsana jawatan. Jawatan yang gagal disempurnakannya bila diberi ruang dan kesempatan. Khayalan Mukhriz makin lama makin terserlah jua kebodohan beliau.. jumpa lagi selepas ini..

No comments:

Post a Comment