Monday, November 13, 2017

MUKHRIZ SI MAT JENIN


Apakah persamaan Mukriz Mahathir dan Mat Jenin. Kedua-duanya kuat berangan. Tapi malang buat Mat Jenin riwayatnya tidak panjang untuk meneruskan angan-angan dia. Sebaliknya Mukhriz pula masih berkesemoatan sehingga kini menjaja angan-angan beliau.

Jikalau Mat Jenin berangan ia hanya untuk kepentingan dirinya sahaja. Tapi angan Mukhriz memperjudikan nasib lebih dua juta rakyat Kedah.

Selama tiga tahun menjadi Menteri Besar, hari ini Mukhriz membuat pengakuan mengemparkan bahawa bajet yang beliau bentangkan untuk tahun 2014, 2015 dan 2016 hanya angan-angan beliau.

Alahai sungguh malang rakyat Kedah dapat Menteri Besar yang bentangkan bajet angan-angan. Kalau bajet boleh dilaksanakan nasib baiklah rakyat Kedah kalau tak boleh nak laksana apa nak buat kan itu hanya khayalan sahaja.

Berbeza dengan pimpinan Ahmad Bashah Md Hanipah yang bersungguh-sunguh melaksanakan apa yang dijanjikan dalam belanjawan pertama beliau iaitu belanjawan untuk tahun 2017 yang dibentangkan hujung tahun lepas. Hampir semua yang digariskan dalam belanjawan itu terlaksana.

Begitu juga belanjawan untuk 2018 ia dibentangkan kelmarin untuk dilaksanakan, bukan satu pembentangan khayalan.

Tahulah kita sekarang kenapa Mukhriz ditendang keluar dari Kedah. Ramai dah sedar bahawa beliau hanya tahu berangan tapi tak buat apa-apa. Nasib baik dia tak lama jadi MB kedah.

Rugilah negara jikalau ada pemimpin kuat berangan dan sentiasa mamai serta merapu...

No comments:

Post a Comment