Monday, November 13, 2017

Mukhriz Sudahlah Mamai Disekolahkan Pula Dengan ADUN Pedu


Mukhriz Boboi sudahlah mai Sidang BAJET KEDAH 2018 serupa orang mamai ...disekolahkan pula dengan ADUN Pedu dan turut dibidas gagal melaksanakan program E-Tutor secara menyeluruh kepada pelajar di negeri Kedah, berbanding program Tiusyen Barakah Kedah. 

Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim yang bangkit mencelah perbahasan Mukhriz di Sidang Dun Kedah pagi ini mendakwa program E-Tutor yang menelan belanja yang amat tinggi itu tidak dapat dinikmati oleh pelajar di kawasannya ekoran kegagalan kerajaan pimpinan bekas Menteri Besar itu menyediakan prasarana untuk program tersebut. 

"Saya akui Ayer Hitam anjurkan Program E-Tutor yang menelan belanja yang amat besar ketika itu, namun ia tidak dapat dinikmati para pelajar di Pedu. 

"Lancar program E-Tutor, tapi tak dapat digunakan rakyat? 

"Berbanding Program Tiusyen Barakah anjuran Kerajaan Negeri sekarang, belanjanya lebih kecil dan berhemah, namun semua rakyat dapat menikmati program tersebut. Malah keputusan para pelajar pun bertambah baik berbanding sebelumnya," katanya, membidas Mukhriz yang sebelum itu memperlekeh peruntukan program Barakah yang dikatakan kecil. 

Mukhriz ketika berjawatan Menteri Besar gah melancarkan program E-Tutor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta berbanding program Tiusyen Barakah yang mula diperkenalkan Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas mengambil alih tugas Menteri Besar Kedah. 

Mengulas lanjut, Kama Noriah berkata, program E-Tutor berkenaan bukan saja tidak dapat dimanfaatkan kepada para pelajar, malah juga melibatkan jumlah perbelanjaan melampau yang kurang berkesan. 

"Walau saya Adun Barisan Nasional (BN) ketika itu, saya bantah program itu sejak awal lagi sebab ia menelan belanja yang sangat besar. 

"Bukan saja tidak dapat dilaksanakan di kawasan saya, malah beliau (Mukhriz) selaku Menteri Besar tidak membuat kajian terperinci sama ada boleh dilaksana dengan baik atau berkesan kepada semua," katanya ketika ditemubual Kedahnews.com, di sini hari ini. 

Adun Pedu itu berkata, berbanding program Tiusyen Barakah kini, program tersebut bukan saja melibatkan kos yang kecil, namun jelas dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar dan memberi impak positif kepada golongan pelajar sasaran khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan penting. 

"Memang jauh lebih berkesan. Orang kampung beri respon positif dan anak-anak mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. 

"Ia jelas, bukan gah atau jumlah peruntukan yang besar faktornya, yang penting ialah bagaimana dan keberkesanan program Barakah adalah lebih praktikal dan baik untuk pelajar-pelajar kita," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment