Monday, January 29, 2018

“Saya Tertipu Dengan Perjuangan Mahathir, Muhyiddin Dan Mukhriz” - Anina Saaduddin

Image result for ANINA MARAH MAHATHIR MUKHRIZ MUHYIDDIN

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ainina Saaduddin mendedahkan beliau merasa tertipu dengan perjuangan yang dibawa oleh Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir yang kononnya untuk menyelamatkan UMNO dengan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Hakikatnya jelas beliau, apabila agenda perjuangan itu mula bertukar kepada agenda politik peribadi Dr Mahathir untuk meneruskan legasi kuasanya menerusi anaknya Mukhriz Mahathir, apabila dia membuat keputusan untuk menubuhkan PPBM.


Menurut Ainina, keputusan Dr Mahathir untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi menentang UMNO membuatkan beliau mula merasa curiga memandangkan ianya sudah lari daripada matlamat asalnya iaitu untuk menyelamatkan UMNO.

“Di awal penglibatan saya bersama Dr Mahathir, beliau memberitahu kepada saya perjuangan beliau adalah untuk menyelamatkan UMNO dengan mendesak Datuk Seri Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO.

“Namun apabila beliau membuat keputusan untuk menubuhkan PPBM, saya mula tertanya-tanya mengapa perlu ada sebuah parti baru kerana matlamat asal hanyalah untuk mendesak Datuk Seri Najib meletakkan jawatan untuk menyelamatkan UMNO.

“Saya bertanya kepada Dr Mahathir mengapa kita perlu ada parti baru untuk orang Melayu. Kata Dr Mahathir, kita perlu menubuhkan parti baru kerana kita tidak ada platform untuk bercakap. Saya bertanya lagi kepadanya, perjuangan awalnya adalah untuk meminta Datuk Seri Najib letak jawatan untuk memperkuatkan parti, tetapi kenapa hari ini kita perlu menubuhkan parti baru untuk menjatuhkan UMNO?

“Dan jawapan Dr Mahathir kepada saya, ini adalah kerana UMNO menurut beliau telah rosak daripada akar ke pucuk. Jadi perlu ada satu parti baru, untuk menggantikan UMNO yang mana jelas ianya telah bercanggah dengan perjuangan asal yang dikatakan oleh beliau, Tan Sri Muhyiddin dan juga Mukhriz Mahathir di awal-awal dulu, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menjadi panel dalam diskusi program Perjuangan 4All anjuran Jabatan Penerangan UMNO Malaysia di Seri Pasific Sabtu lalu.

Tambah beliau, matlamat dan agenda peribadi Dr Mahathir semakin jelas apabila pembentukan bahagian-bahagian PPBM di seluruh negara telah diserahkan bulat-bulat kepada anaknya, Mukhriz Mahathir.

“Apabila PPBM telah ditubuhkan, maka saya mula nampak pergolakan kepimpinan yang amat dahsyat di dalam PPBM. Ini juga menyebabkan keahlian PPBM tidak mampu melebihi 100 ribu ahli ekoran arus pergolakan kepimpinan yang amat deras berlaku di dalam parti tersebut.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diberikan jawatan sebagai Presiden PPBM kelihatan bagai tidak berfungsi apabila Mukhriz yang dilantik menjadi pengerusi pembentukan bahagian PPBM telah mengatur orang-orangnya di peringkat bahagian dan akar umbi di seluruh negara.

“Apabila Mukhirz mula menyusun orang-orangnya di peringkat bahagian di seluruh negara, maka saya mula tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dilakukan oleh beliau? Jadi apabila saya kaji, maka saya mula nampak bahawa perjuangan ini bukanlah perjuangan demi rakyat, tetapi ianya lebih kepada perjuangan politik peribadi untuk meneruskan legasi kuasa Dr Mahathir menerusi anaknya”, jelas Anina.

Katanya lagi, jika benar Dr Mahathir berkata perjuangan yang dilakukan oleh beliau, Tan Sri Muhyiddin dan juga Mukhriz Mahathir adalah tulus ikhlas untuk rakyat, maka cara dan kaedah pentadbiran parti juga mesti betul.

“Apabila saya dipecat daripada jawatan Ketua Srikandi hanya melalui whatsapp grup, saya sudah nampak dengan jelas bahawasanya perjuangan ini sudah tidak betul dan saya perlu meninggalkan perjuangan yang sia-sia ini.

“Apabila saya meninggalkan parti PPBM, maka bertalu-talu saya difitnah kononnya saya sudah diberi dedak berjuta-juta, sedangkan ia hanyalah fitnah semata-mata. Apa yang saya lakukan hari ini, dengan mendedahkan segala penyelewengan dan agenda politik peribadi Dr Mahathir yang dilakukan dalam PPBM adalah semata-mata untuk memperbetulkan kesilapan saya kepada rakyat di negara ini dengan menyokong perjuangan palsu yang dibawa oleh Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan juga Mukhriz Mahathir.

“Jika sebuah partiyang baru setahun jagung seperti PPBM sudah mempunyai satu cara tadbir urus parti yang teruk, pemalsuan dokumen, fitnah yang berleluasa, ini merupakan satu gambaran yang jelas kepada saya tidak perlu menyesal untuk meninggalkan perjuangan Dr Mahathir Mohamad dalam PPBM ini,” tegasnya .- MediaUMNO

Monday, January 15, 2018

Kau Dah Gila Babi Ker Boboi!!! Ikut Serta Jadi Balaci DAP Menghina Orang Islam


Mukhriz boboi sekarang seperti sudah tedesak nak berkuasa apabila dengan rela hati menyertai pemimpin kafir lahanat DAP mencerca ibadah umrah PM Najib Razak. Apa agama kau sebenarnya Boboi? Jika kau seorang yang beragama islam tidak mungkin kau sanggup berkata seperti itu.

Sebetulnya memang kau sudah tergolong didalam golongan manusia munafik dan fasiq.
Isu perjuangan anti-rasuah dan melabelkan pemimpin-pemimpin utama kerajaan sebagai pengamal rasuah serta penyalahguna kuasa, bukanlah isu baru. Ia bukanlah isu yang baru timbul pada zaman Najib Abdul Razak. Malahan ia jauh lebih hebat pada zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan pelbagai pendedahan terutama sekali membabitkan anak-anaknya termasuklah Mukhriz Mahathir.

Malahan Mukhriz Boboi sendiri meninggalkan terlalu banyak isu di Kedah selepas dia digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah. Banyak yang akan terlondeh bila menjelangnya PRU14 nanti Boboi! kau tunggu sajalah segala tahi2 yang kau sudah buat selama kau dikedah ni.. keturunan penyamun tetap penyamun..

MBI sebagai contoh, 'kehilangan' banyak wang walaupun pada zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah era PAS, meninggalkan sejumlah wang tunai yang cukup besar di dalam syarikat berkenan. Rezab tunai Kerajaan Negeri Kedah juga mengalami penyusutan ketara pada tiga tahun Mukhriz memegang jawatan Menteri Besar Kedah. Selain itu beberapa isu termasuklah pembalakan di Bukit Enggang turut mewarnai pentadbiran Mukhriz sekaligus mutu pentadbiran serta indeks rasuah dan salahguna kuasa pada zamannya turut dipertikaikan.

Sampai ke hari ini, Mukhriz Boboi terus mendiamkan diri berhubung ratusan syarikat yang berada di bawah tangannya. Malah cerita tentang syarikatnya yang memperolehi tender dan pembekalan cara mudah menggunakan kuasa bapanya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri menerusi tunjuk terus beberapa minggu sebelum bapanya meletakkan jawatan.

Mukhriz menyertai gerombolan pemimpin biadap DAP mencerca ibadah ziarah yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak dan keluarganya di Makkah dan Madinah. Pada ketika pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming melabelkan ibadah ziarah Najib sekeluarga sebagai 'bercuti ke Makkah menggunakan wang rakyat', Mukhriz muncul dengan ulasan yang lebih canggih.

Dalam laporan Malaysian Insight, Mukhriz Boboi dilaporkan berkata, Najib berpura-pura warak dan melakukan ibadah untuk tujuan politik, sedangkan pada masa yang sama, melakukan rasuah tahap mega. (RUJUK SINI)


Sebagai seorang Islam, Mukhriz Boboi sepatutnya tidak mempertikaikan ibadah sesiapa pun, walaupun musuh politiknya kecuali menunjukkan dia sudah terlalu terdesak untuk menang bersabung.

Soal sama ada ibadah Najib diterima atau tidak, itu bukanlah urusan manusia. Apatah lagi oleh orang-orang seperti Mukhriz Boboi atau mana-mana anak dan keluarga Mahathir yang kaya raya dengan wang, keringat serta susah payah rakyat Malaysia. Ini kerana pada ketika anak-anak Mahathir bermegah dengan perolehan kontrak bernilai ratusan juta daripada kerajaan menerusi campurtangan bapa mereka, rakyat Malaysisa terpaksa berkorban dengan nilai matawang yang jatuh teruk dan rezab negara yang hampir kering pada penghujung 1990-an.

Tidak selayaknya orang seperti Mukhriz Boboi yang diketahui hidup mewah hasil daripada campurtangan bapanya, bercakap soal rasuah. Seharusnya dia selesaikan dahulu isu Opcom yang baru-baru ini dilaporkan dia telah menjual sebahagian sahamnya sekaligus memberikan pulangan yang sangat lumayan kepadanya tanpa menjejaskan pegangannya ke atas syarikat monopoli itu.

Wednesday, January 10, 2018

EPISOD PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN: MUKHRIZ BOBOI PALING UNTUNG.


Mukhriz Boboi kini saling tak ubah seperti " Cencaru Makan Petang" kira seperti mengantuk disorong bantal. Kalau betul la kan... Kalau sebaliknya Boboi kira sekapal macam Muhyidin jugak la melopong terus melopong...

Semua sedia maklum la yang Pakatan Harapan telah menamakan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka menang pilhan raya umum ke14 nanti.

Disebalik perjanjian berkenaan siapakah yang paling beruntung. Bukan Tun Dr Mahathir, bukan Dr Wan Azizah dan sudah pasti bukan Anwar Ibrahim.

Yang paling untung tentulah Mukhriz Mahathir.

Segala episod yang berlaku ini Dr Mahathir atur supaya akhirnya Mukhriz jadi Perdana Menteri

Ok, katakan Pakatan Harapan menang, Dr Mahathir dan Wan Azizah pegang sekejab jawatan PM dan TPM sehingga Anwar keluar penjara dan bertanding pilihan raya kecil.

Kemudian Anwar menang pilhan raya kecil dan jadi Perdana Menteri, tetapi kenapa Pakatan Harapan tidak namakan siapa gandingan Anwar selaku TPM.

Disinilah Dr Mahathir mainkan peranan swbagai broker kuasa. Beliau akan tetapkan syarat Mukhriz dilantik sebagai TPM sebelum Dr Mahathir menyerahkan jawatan PM.

Mengambil kira umur Anwar, mungkin dia hanya jadi PM satu penggal dan peluang cerah buat Mukhriz naik jadi PM.

Tanpa bersusah payah Mukhriz jadi PM yang semua jalan telah dibina daddy, seperti mana beliau naik jadi MB Kedah tanpa perlu berusah payah.

Untung jadi Mukhriz anak kepada Penyamun!

PAS Kedah Anggap PAN Hanya Parti Macai Kurap DAP

Image result for sanusi pAS KEDAH VS MAHFUZ

Pertembungan antara PAS dan PAN akan menjadi kenyataan. Kemarahan dipihak PAS semakin terserlah setelah ramai ahli-ahli PAS meninggalkan parti menyertai parti AMANAH@PAN. Tidak cukup dengan itu Adun PAS Anak Bukit pula bertindak berpaling tadah menyertai parti bunga PPBM sebagai kuli batak kepada Mukhriz. Adakah PAS mahu kecundang kali ini? Apakah PAS mahu dibodoh2kan PAN di PRU 14 nanti? PAS harus bertindak dan masuk bertanding diseluruh Parlimen dan DUN di Malaysia pada PRU14. Musuh PAS sebenar adalah Pakatan Harapan bukannya BN.

Parti Amanah Negara (PAN) yang dianggap sebagai serpihan PAS perlu mengakui bahawa mereka tidak mempunyai pengaruh yang cukup kuat untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ini terbukti apabila PAN diberikan kuota kerusi paling sedikit melalui pengagihan dibuat pakatan pembangkang, sekali gus mencerminkan DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri tidak yakin dengan kekuatan parti itu.

"PAN tiada kekuatan, tiada pengaruh dan tiada pengikut. Atas sebab itu mereka tidak dihormati oleh kawan, apatah lagi lawan. Pengaruh dan kekuatan mereka tertinggal dalam PAS.

"Melalui pengagihan kerusi (pakatan pembangkang) DAP dan PKR jelas mendominasi. PAN sendiri ditubuhkan oleh kerja keras DAP dan PKR yang pecahkan PAS, lalu menghasilkan PAN, jadi tidak peliklah apabila mereka dapat kerusi paling sikit.

"Boleh nampak siapa tauke dan siapa pekerja..siapa kuli percuma. PAN bukan berkoban, depa khianat," katanya mengulas pengumuman pengagihan kerusi Parlimen untuk ditandingi pembangkang di Semenanjung.

Pengagihan itu menyaksikan PPBM bertanding di 52 kerusi, diikuti PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).

Saturday, January 6, 2018

Boboi Boleh Naik Pangkat 2 kali Sebab PPBM Guna Sistem Koboi

Image result for Kamarulazman Habibur Rahman dan mukhriz mahathir

Ternyata Parti PPBM menggunakan sistem koboi didalam struktur pemilihan siapa ketua siap kuli belahak.. Mahathir dan Mukhriz gunakan kuasa penipu mereka membodohkan semua didalam PPBM.. 

Hairan dan pelik itulah yang sewajarnya dipertikaikan kenapa secara tiba-tiba Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali aktif dalam politik dan sekali gus mengkritik golongan meninggalkan parti tersebut.

Pendedahan terbaru yang dibuat bekas penaja PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman turut mendakwa, belum pun habis Perhimpunan Agung Tahunan dijalankan, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz tiba-tiba naik pangkat begitu sahaja.

Bekas menteri besar Kedah itu khabarnya telah diangkat oleh ‘tangan ghaib’ untuk merampas jawatan tinggi dalam parti sebanyak dua kali dengan cara amat misteri sehingga menimbulkan banyak persoalan cepumas menarik.

“Bagaimana ‘anak emas’ ini boleh cepat mendapat kenaikan jawatan tanpa sebarang pemilihan parti dijalankan, ganjil, daripada bendahari tiba-tiba jadi sebagai naib persiden dan kemudian pula kepada timbalan presiden?

“Ini menjawab persoalan mengapa Mahathir bergiat semula dalam aru politik perdana dan mengkritik kami yang meninggalkan PPBM kerana kecewa dengan gejala tidak demokratik itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas dengan lebih lanjut Kamarulazman menjelaskan bahawa Mahathir, 92, juga sekali lagi mengambil peluang dalam ucapannya untuk menggelarkan taraf golongan yang meninggalkan PPBM sebagai sampah.

“Mengapa beliau begitu berminat dengan ‘kewujudan’ kami? Pasti ada sesuatu bahaya yang kami bawa terhadap PBM dan anaknya Mukhriz, nampaknya beliau bersungguh-sungguh ingin bunuh karakter dan kredibiliti kami,” ujarnya lagi.

Menurutnya, tindakan itu juga adalah sebagai langkah Mahathir untuk menutup mulut dalam menyatakan pandangan bahawa Mukhriz tiada apa yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin politik berkebolehan.

Jelasnya, Mahathir tidak perlu berpura-pura dengan matlamat sebenar perjuangannya dalam PPBM sehingga tergamak menghasut ahli parti untuk melihat mereka yang keluar parti tersebut sebagai sampah!

“Apakah sebenarnya jawatan Mukhriz dalam PPBM? Sungguh memalukan, ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Saya masih ingat lagi jawatan sebenar Mukhriz ketika mesyuarat penaja Bersatu dijalankan pada 2016 lepas.

“Mukhriz hanya dilantik sebagai bendahari dan saya ialah setiausaha. Saya masih ingat lagi bagaimana berlaku ‘perubahan’ ketika saya serah dokumen pendaftaran PPBM kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Saya sendiri menyerahkan senarai jawatankuasa PPBM di pejabat ROS di Putrajaya dengan nama Mukhriz cuma sebagai bendahari parti, seperti apa yang diputuskan oleh mesyuarat penaja,” dakwa Kamarulazman lagi.

Namun, beliau tergamam apabila pegawai ROS yang bertanggungjawab dalam proses pendaftaran rasmi parti tersebut kemudian bertanya kepada dirinya mengenai kewujudan dua senarai jawatankuasa PPBM berbeza.

Kemudian kata Kamarulazman, dalam mesyuarat luar biasa yang tidak diiktiraf oleh ROS, Mukhriz sekali lagi dinaikkan pangkat kepada jawatan timbalan presiden.

Thursday, January 4, 2018

Mahathir Kutty Giler Menyerang Jemaah Mufti Malaysia Pula

Image result for MAHATHIR DAN HAJI HADI

Top Dog Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih berdegil dan terus mempertahankan kritikan jijik beliau terhadap mufti yang konon - nya membisu dalam isu “Amanat Hadi”.

Ini kerana kegagalan para mufti menangkis secara berkesan perbuatan politik Hadi menyebabkan amanat itu telah memesongkan agama orang Islam, katanya.

“Oleh kerana mufti tidak memberi pendapat tentang pengkafiran ini, walaupun sanggup menafikan ajaran sesat Arqam Ashaari, Ayah Pin dan beberapa tokoh lain maka ramai orang Islam percaya dan taksub dengan dakwaan Hadi dan PAS.

“Sehingga ke hari ini mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Hadi. Di Terengganu masih ada orang Islam yang percaya bahawa orang Umno dan orang lain yang tidak menyertai PAS adalah kafir,” katanya dalam satu surat kepada Utusan hari ini.

Bagi kami di #KLChronicle, dakwaan Dr. Mahathir bahawa mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Hadi adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana dalam buku “Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia” terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan sebaliknya.

Ini kerana Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 itu telah membincangkan mengenai isu kafir-mengkafir sesama orang Islam, walaupun bukan secara "direct" merujuk kepada “Amanat Haji Hadi”. Namun perkara ini telah dibincangkan oleh JAKIM.

Keputusan penuh Muzakarah Khas ini, yang dipertegaskan semula di dalam bentuknya yang asal oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Januari 2013, adalah seperti berikut:

1) Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.”

2) Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.”

Oleh yang demikian, tuduhan Dr. Mahathir bahawa jemaah mufti bersikap membisu dalam isu "Amanat Hadi" adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI DAN MERUPAKAN SATU FITNAH JAHAT DARI DR. MAHATHIR.

"Dia Dah Tua..., Biarkankan Dia Insaf Sendiri" - Hadi Awang

Image result for hadi awang dan mahathir

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat untuk memegang semula tampuk kuasa negara ini, semakin hari semakin terdesak hingga sanggup menuduh apa sahaja kepada orang lain.

Hadi berkata, bekas Perdana Menteri kini menjadikan serangan peribadi sebagai taktik politiknya untuk menjatuhkan pemimpin lain.

"Memang melampaulah (melabel kafir dan pengkhianat). Tetapi biarlah dia (Dr. Mahathir) insaf sendirilah. Dia orang tua dah..., kata Abdul Hadi menjawab tuduhan Dr. Mahathir terhadapnya. .

Abdul Hadi juga melihat Dr. Mahathir seperti cukup terdesak, seperti orang yang sudah rapat ke dinding. 

Image result for hadi awang dan mahathir

"Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu. Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri.... Jangan pecahkan kepala sendiri," katanya ketika ditemui selepas pelancaran markas besar PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Pengkalan Berangan Marang, semalam.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melabel Hadi sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Ahli Parlimen Marang bagaimanapun turut menasihatkan Dr Mahathir supaya bertaubat kerana melabel dirinya sebegitu rupa.

"Dia kena duduk sorang-sorang (bersendirian) dan fikirkan semula (apa yang dia cakap). Fikir dan kena banyak membaca. Jangan baca buku perubatan saja, buku Islam pun kena baca.

"Saya biarkan dia insaf sendiri. Mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dan dia saya sudah maafkan. Antara dia dengan tuhan, dia kena bertaubat," katanya.

Dr Mahathir kini seperti tidak dapat mengawal perasaan dirinya dan akan melepaskan geram seperti mana berlaku semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung PPBM minggu lalu dan pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Rabu sempena pelancaran program barunya ‘Policy Talk’semalam.

Terbaharu, Dr. Mahathir juga bersedia junjung Quran untuk bersumpah di masjid bagi membuktikan beliau bukanlah orang yang memecat bekas Ketua Hakim Negara Allahyarham Tun Salleh Abbas pada tahun 1998.

Sebaliknya dakwa Dr. Mahathir, ia adalah atas kehendak Yang di - Pertuan Agung Almarhum Sultan Iskandar.