Wednesday, January 10, 2018

PAS Kedah Anggap PAN Hanya Parti Macai Kurap DAP

Image result for sanusi pAS KEDAH VS MAHFUZ

Pertembungan antara PAS dan PAN akan menjadi kenyataan. Kemarahan dipihak PAS semakin terserlah setelah ramai ahli-ahli PAS meninggalkan parti menyertai parti AMANAH@PAN. Tidak cukup dengan itu Adun PAS Anak Bukit pula bertindak berpaling tadah menyertai parti bunga PPBM sebagai kuli batak kepada Mukhriz. Adakah PAS mahu kecundang kali ini? Apakah PAS mahu dibodoh2kan PAN di PRU 14 nanti? PAS harus bertindak dan masuk bertanding diseluruh Parlimen dan DUN di Malaysia pada PRU14. Musuh PAS sebenar adalah Pakatan Harapan bukannya BN.

Parti Amanah Negara (PAN) yang dianggap sebagai serpihan PAS perlu mengakui bahawa mereka tidak mempunyai pengaruh yang cukup kuat untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ini terbukti apabila PAN diberikan kuota kerusi paling sedikit melalui pengagihan dibuat pakatan pembangkang, sekali gus mencerminkan DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri tidak yakin dengan kekuatan parti itu.

"PAN tiada kekuatan, tiada pengaruh dan tiada pengikut. Atas sebab itu mereka tidak dihormati oleh kawan, apatah lagi lawan. Pengaruh dan kekuatan mereka tertinggal dalam PAS.

"Melalui pengagihan kerusi (pakatan pembangkang) DAP dan PKR jelas mendominasi. PAN sendiri ditubuhkan oleh kerja keras DAP dan PKR yang pecahkan PAS, lalu menghasilkan PAN, jadi tidak peliklah apabila mereka dapat kerusi paling sikit.

"Boleh nampak siapa tauke dan siapa pekerja..siapa kuli percuma. PAN bukan berkoban, depa khianat," katanya mengulas pengumuman pengagihan kerusi Parlimen untuk ditandingi pembangkang di Semenanjung.

Pengagihan itu menyaksikan PPBM bertanding di 52 kerusi, diikuti PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).

No comments:

Post a Comment