Saturday, January 6, 2018

Boboi Boleh Naik Pangkat 2 kali Sebab PPBM Guna Sistem Koboi

Image result for Kamarulazman Habibur Rahman dan mukhriz mahathir

Ternyata Parti PPBM menggunakan sistem koboi didalam struktur pemilihan siapa ketua siap kuli belahak.. Mahathir dan Mukhriz gunakan kuasa penipu mereka membodohkan semua didalam PPBM.. 

Hairan dan pelik itulah yang sewajarnya dipertikaikan kenapa secara tiba-tiba Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali aktif dalam politik dan sekali gus mengkritik golongan meninggalkan parti tersebut.

Pendedahan terbaru yang dibuat bekas penaja PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman turut mendakwa, belum pun habis Perhimpunan Agung Tahunan dijalankan, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz tiba-tiba naik pangkat begitu sahaja.

Bekas menteri besar Kedah itu khabarnya telah diangkat oleh ‘tangan ghaib’ untuk merampas jawatan tinggi dalam parti sebanyak dua kali dengan cara amat misteri sehingga menimbulkan banyak persoalan cepumas menarik.

“Bagaimana ‘anak emas’ ini boleh cepat mendapat kenaikan jawatan tanpa sebarang pemilihan parti dijalankan, ganjil, daripada bendahari tiba-tiba jadi sebagai naib persiden dan kemudian pula kepada timbalan presiden?

“Ini menjawab persoalan mengapa Mahathir bergiat semula dalam aru politik perdana dan mengkritik kami yang meninggalkan PPBM kerana kecewa dengan gejala tidak demokratik itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas dengan lebih lanjut Kamarulazman menjelaskan bahawa Mahathir, 92, juga sekali lagi mengambil peluang dalam ucapannya untuk menggelarkan taraf golongan yang meninggalkan PPBM sebagai sampah.

“Mengapa beliau begitu berminat dengan ‘kewujudan’ kami? Pasti ada sesuatu bahaya yang kami bawa terhadap PBM dan anaknya Mukhriz, nampaknya beliau bersungguh-sungguh ingin bunuh karakter dan kredibiliti kami,” ujarnya lagi.

Menurutnya, tindakan itu juga adalah sebagai langkah Mahathir untuk menutup mulut dalam menyatakan pandangan bahawa Mukhriz tiada apa yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin politik berkebolehan.

Jelasnya, Mahathir tidak perlu berpura-pura dengan matlamat sebenar perjuangannya dalam PPBM sehingga tergamak menghasut ahli parti untuk melihat mereka yang keluar parti tersebut sebagai sampah!

“Apakah sebenarnya jawatan Mukhriz dalam PPBM? Sungguh memalukan, ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Saya masih ingat lagi jawatan sebenar Mukhriz ketika mesyuarat penaja Bersatu dijalankan pada 2016 lepas.

“Mukhriz hanya dilantik sebagai bendahari dan saya ialah setiausaha. Saya masih ingat lagi bagaimana berlaku ‘perubahan’ ketika saya serah dokumen pendaftaran PPBM kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Saya sendiri menyerahkan senarai jawatankuasa PPBM di pejabat ROS di Putrajaya dengan nama Mukhriz cuma sebagai bendahari parti, seperti apa yang diputuskan oleh mesyuarat penaja,” dakwa Kamarulazman lagi.

Namun, beliau tergamam apabila pegawai ROS yang bertanggungjawab dalam proses pendaftaran rasmi parti tersebut kemudian bertanya kepada dirinya mengenai kewujudan dua senarai jawatankuasa PPBM berbeza.

Kemudian kata Kamarulazman, dalam mesyuarat luar biasa yang tidak diiktiraf oleh ROS, Mukhriz sekali lagi dinaikkan pangkat kepada jawatan timbalan presiden.

No comments:

Post a Comment