Wednesday, January 10, 2018

EPISOD PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN: MUKHRIZ BOBOI PALING UNTUNG.


Mukhriz Boboi kini saling tak ubah seperti " Cencaru Makan Petang" kira seperti mengantuk disorong bantal. Kalau betul la kan... Kalau sebaliknya Boboi kira sekapal macam Muhyidin jugak la melopong terus melopong...

Semua sedia maklum la yang Pakatan Harapan telah menamakan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka menang pilhan raya umum ke14 nanti.

Disebalik perjanjian berkenaan siapakah yang paling beruntung. Bukan Tun Dr Mahathir, bukan Dr Wan Azizah dan sudah pasti bukan Anwar Ibrahim.

Yang paling untung tentulah Mukhriz Mahathir.

Segala episod yang berlaku ini Dr Mahathir atur supaya akhirnya Mukhriz jadi Perdana Menteri

Ok, katakan Pakatan Harapan menang, Dr Mahathir dan Wan Azizah pegang sekejab jawatan PM dan TPM sehingga Anwar keluar penjara dan bertanding pilihan raya kecil.

Kemudian Anwar menang pilhan raya kecil dan jadi Perdana Menteri, tetapi kenapa Pakatan Harapan tidak namakan siapa gandingan Anwar selaku TPM.

Disinilah Dr Mahathir mainkan peranan swbagai broker kuasa. Beliau akan tetapkan syarat Mukhriz dilantik sebagai TPM sebelum Dr Mahathir menyerahkan jawatan PM.

Mengambil kira umur Anwar, mungkin dia hanya jadi PM satu penggal dan peluang cerah buat Mukhriz naik jadi PM.

Tanpa bersusah payah Mukhriz jadi PM yang semua jalan telah dibina daddy, seperti mana beliau naik jadi MB Kedah tanpa perlu berusah payah.

Untung jadi Mukhriz anak kepada Penyamun!

No comments:

Post a Comment