Friday, April 21, 2017

Virus Frust & Forex Scandal Sedang Menghimpit Mahathir

Image result for SKANDAL FOREX DIBUKA SEMUAL

Semalam, Pasukan Petugas Khas mengenai Forex Scandal sudah membuka langkah. Anwar Ibrahim sudah dibawa ke badan penyiasatan untuk menyiasat skandal kehilangan RM44 billion pada zaman Mahathir itu.

Nama nama lain turut disebut bakal dipanggil sebagai saksi. Antaranya adalah Guan Eng, Kit Siang, Mahathir, Daim dan Mohamed Nor Yaakop.

Jika Zuraida dan Azmin gabra hari ini kerana Adam Rosly dicekup, Mahathir pula demam gabra bila kes Forex Scandal ini dibuka semula.

Mahathir yang menjadi “mastermind” bersama Daim pasti sekali tertekan dan dalam ketakutan. Ini kerana apa apa apa yang telah diluahkan oleh Anwar sebagai semasa siasatan “can be a clue" untuk "drill" siasatan semasa Mahathir dan Daim dipanggil nanti.

Maka dalam keadaan sebegini, Mahathir pasti sekali tertekan. Lebih tertekan bila "virus frust" kepada kumpulan elitis 3M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) sedang merebak dalam parti PPBM.

Kapal PPBM di Negeri Sembila terus karam dan tenggelam. "Cikgu Kamarul" keluar terus kerana "frust" bersama sama 821 orang ahli yang lain.


Sebelum ini sudah ramai yang keluar kerana "frust";

1) Baling, 60 orang

2) Rembau, 500 orang

3) Teluk Kemang, 821 orang

4) Pandan, 50 orang

5) Pendang, 50 orang

6) Kerteh, 146 orang

Jumlah yang "frust" sudah 1,627 orang. Khabarnya ramai lagi yang akan buat demikian di Pahang, Perak dan Kedah. Jumlah 1,627 orang ini ramai kerana ianya hampir sama dengan jumlah ahli PPBM di Jerlun dan Langkawi. Dua kawasan yang paling kuat PPBM.

Belum pun dibadai gelombang, kilat pun belum menyambar. Kapal pun belum siap dan belayar. Tiba tiba kapal yang belum siap dan ditambat di tepi pantai ini dah tenggelam dibawa arus.

Parti terkecil dan termuda dalam PH sudah dilanda virus. Semalam, tenggelam juga sebuah parti kawan baik PPBM juga iaitu PBR yang diasas oleh orang kepercayaan Mahathir iaitu Khairuddin dan Ezam.

Mencuri parti orang, tipu alamat pejabat kedai jubin dan daftar nama individu yang tidak wujud. Sudah kantoi berbohong masa daftar parti lagi, belum pun berkempen lagi.

Tatkala PPBM tengah dijangkiti virus "frust" kepada kumpulan elitis ini, datang pula pembongkaran cerita Forex Scandal.


Jumlah Forex Scandal berbeza beza, apakah ada kerja kerja "cover up" pada masa itu. Jumlah kehilangannya amat berbeza dari laporan BNM, dari kenyataan bekas Timbalan Gabenor, Datuk Murad dan juga bekas Gabenor.

Bahkan ia juga berbeza seperti kenyataan Menteri Kewangan pada ketika itu , iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Semua keterangan saksi ini akan merumuskan satu kesimpulan baru tentang kes Forex Scandal. Ini yang buat Mahathir rasa terhimpit dan takut.

Nur Jazlan juga ada menyatakan arwah bapa mentuanya iaitu Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussin sebenarnya menjadi ‘fall guy” dalam isu Forex Scandal ini.

Jazlan mendakwa arwah dipaksa mengaku silap bagi melindungi pihak lain. Ini katanya untuk mengambil “blame” dari pihak yang sebenarnya dalang kepada kehilangan wang negara.


Ramai juga mereka yang berkait dalam hal FOREX ini berkata sebab sebab jumlah tidak sama adalah atas sebab ada wang yang telah dicuri. Sebab sebenar itu ditutup atas nama kerugian.

Selain dari itu , ada juga pihak menyatakan keadilan akan sukar didapati kerana ada juga antara ahli panel itu pernah bekerja dibawah pentadbiran Mahathir. Itu hanyalah satu kekhuatiran semata mata. Apa pun, biar pihak penyiasat rumuskan apakah hasil siasatan nanti.

Apa pun konklusi kepada isu ini, Mahathir sebenarnya amat tertekan. Diharap Mahathir tidak melakukan sesuatu di belakang tabir.

Akhir sekali apa yang dapat kita lihat adalah, Mahathir sendiri sedang dirundung malang.

Mahathir sendiri "frust" dengan hal parti PPBM sekarang. Mahathir tidak kisah pun PPBM hendak lingkup dan gagal sekali pun. Mahathir hanya kisah agenda utamanya sahaja iaitu jadikan Mukhriz sebagai PM tidak gagal. Kalau perlu logo PKR atau DAP, Mahathir akan guna untuk capai matlamatnya itu.

Virus frust yang menyebabkan 1,627 orang sudah keluar PPBM benar benar menghimpit Mahathir. Sebagai seorang doktor, Mahathir sendiri tidak mampu ubati virus frust ini.

1,627 orang, ramai jumlahnya buat PPBM kerana seluruh negeri Kedah pun ada 6,200 orang ahli sahaja. Seluruh Malaysia tidak sampai pun 8,000 orang ahli.

Skandal Forex dan Virus Frust ini benar benar menghimpit Mahathir. Silap silap Kit Siang dan Guan Eng pun ambil kesempatan nanti bila jadi saksi kes Forex.

Diam diam sahaja Mahathir kena dengan dua beranak itu nanti. Itulah sebenarnya yang buat Mahathir rasa begitu takut dan terhimpit sekali.-BERUANG BIRU

Thursday, April 20, 2017

Kelopak Elitis Kuasai PPBM, Macai & Kuli Diterajang Keluar

Image result for ppbm dah berantakan

Pada 9 Ogos 2016, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin selepas mendaftarkan parti serpihan itu dilaporkan berkata - “Matlamat kami adalah kerajaan berintegriti yang bersih dan telus. Tujuannya mewujudkan Malaysia yang adil.”

Itu hanya sekadar kata-kata indah selepas pihak mereka baru sahaja menerima kelulusan ROS. Namun selepas 8 bulan berikutnya, kita sendiri dapat saksikan sedikit demi sedikit dan secara berperingkat para pengasas parti itu mula meninggalkan 'Bunga Raya' berkenaan. Integriti hanya tinggal slogan sahajalah.

Bermula di Baling, kemudian di Rembau, menular ke Pendang, bergolak di Kerteh, bergasak di Pandan dan semalam di Teluk Kemang. Satu persatu kelopak macai dan kuli yang ada dalam parti bunga mulai protes. Mereka merasakan elitis menguasai parti bunga. Menerajang dan menyepak mereka ke tepi bila agihan jawatan mula dibuat. Hanya elitis yang rapat dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz (3M) sahaja layak dikawan.

Mana tidaknya, geng bawahan merasakan ianya bagaikan "di luar bagai madu, di dalam bagai empedu". Kewujudan PPBM hanyalah sekadar mahu menjulang satu agenda peribadi semata-mata iaitu mengangkat Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri (agenda utama Mahathir Mohamad).

Manakala elitis yang lain pula memasang agenda untuk merebut jawatan yang mereka tidak kesampaian peroleh semasa dalam Umno dahulu. Sebab itulah realiti yang berlaku dalam PPBM amat tidak mencerminkan apa yang mereka cuba perjuangkan dan yang mereka cuba canang kepada rakyat. PPBM sekadar sebuah platform untuk memberi tempat kepada golongan elitis untuk berkuasa sahaja.

Lihat sendiri bagaimana para elitis dan geng "penghisap 3M" sahaja yang boleh memegang jawatan tinggi tidak kira di peringkat mana sekali pun. Bagi macai yang kononnya mahu berjuang ini bagaimana? 

Mereka sekadar jadi macai sahajalah. Jawatan apa pun tidak layak kepada mereka. Macai sampai ke tualah. Telan air liur sahajalah mereka. Hirup kuah sahajalah. Geng elitis kenyang makan daging dan isi. Akhirnya kita dapat lihat golongan bertaraf 'macai' dan kuli yang tidak mahu iktiraf golongan elitis ini sedikit demi sedikit akan diterajang keluar secara halus dari parti. Bagi 'macai' dan kuli yang menyokong pula akan dipergunakan bulat-bulat agar agenda peribadi Mahathir tercapai.

Semalam "cikgu Kamarul" sudah keluar dari parti bunga. Semalam juga dia diserang kononnya isterinya diugut dan sebagainya. Itulah sahaja yang geng elitis boleh tuduh bila sepak keluar Cikgu Kamarul.

Hanya kelopak elitis kekal dalam bunga. Lain lain kelopak yang bertaraf macai, orang bawahan dan kuli perlahan lahan akan diterajang keluar dari parti bunga.

Mahathir tidak peduli pun apa hendak jadi pada mereka. Mahathir hanya kisah satu benda sahaja, iaitu jadikan anaknya sebagai PM.

Untuk capai matlamat itu Mahathir sudah sanggup kawan dengan DAP dan sanggup kawan dengan peliwat bernama Anwar. Apalah sangat kalau hanya macai dan kuli yang keluar parti. Mahathir tidak pandang pun, Mahathir hanya buka mata pada elitis sahaja. - BeruangBiru

Wednesday, April 19, 2017

BUNGA TERKULAI LAYU..


1. Di Tanjung Bendahara mereka cuba menyuap RM200 setiap keahlian baru namun sambutan tidak seberapa.

2. Di Pendang, pimpinan sedia adanya adalah pencuri isteri orang lalu usai edah melangsungkan nikah di Siam.

3. Di Alor Setar, kerja mereka tidak lebih sekadar menjadi parasit dengan huru harakan keharmonian penduduk beberapa buah kampung termasuk di Seberang Perak.

4. Di Kuala Kedah sendiri sentimen cuba diapi apikan dengan kerjasama PAN dan beberapa kerat keteloi oportunis namun impaknya tidak menyeluruh.

5. Di Baling dan Sik ianya ibarat hidup segan mati tak bertanda sementera di Sungai Petani hadirnya Bunga ibarat syok sendiri tanpa mampu menggamit kumbang untuk dekatinya. 6. Hatta di Jerlun dengan berbekalkan sedikit dedak ianya hanya mampu menarik cebisan apa yang dikatakan kelompok bang long dan ayahanda..itupun mereka hanya menunggu masa, jika dedak tidak bersambungan maka Bunga disana hilanglah serinya.

7. Jelas penubuhannya atas dasar kecewa. Ahlinya terdiri dari mereka yang sarat masalah peribadi dan tatkala dalam UMNO dulu spesis inilah yang jadi punca kacau bilau dalam parti.

8. Alhamdulilah pembersihan secara dalaman berlaku dengan izin Allah.

9. UMNO bukan sahaja lebih segar, kental malah semangatnya meningkat kali ganda.

10. Kini satu persatu tenaga penggerak Bunga keluar meninggalkan parti. Sehingga hari ini belum pasti dibenatangkan apakah tujuan dan dasar perjuangan parti ini.

11. Borang keahlian yang gah dihamburkan kononya laris bagai goreng pisang hakikatnya jumlah dikembalikan dan yang terisi menjadi ahli hingga kini takut benar untuk diistiharkan.

12. Bunga kian digasak hebat dengan kronisme dan pakatan dalaman. Pelahap kuasa dan jawatan. Struktur yang kurang jelas menunjukkan Penasihat dan Timbalan Presiden lebih berkuasa dan membuat keputusan tanpa merujuk pada Presiden.

13. Bunga bukan sekadar menjadi parti penumpang dalam pakatan malah kehadirannya dalam kancah politik negara ibarat kapal layar yang usang dan bocor sana sini tapi nakhoda dan kelasinya gah menyatakan Kami akan belayar merentasi lautan luas.

14. Benarlah Bunga bukan sahaja kian layu malah bila ia gugur dan menyemakkan pandangan dan bertaburan dijalanraya pasti akan disapu pekerja E Idaman untuk akhirnya ditongsampahkan..

Catatan Boboi FC.

Boboi Memang Mat Blurrrr Setelah Disahkan Secara Rasmi


MUKHRIZ TERASMI SELAKU MAT BLUUR: SEPINTAS LALU SIDANG DUN KEDAH.

1. 82 SOALAN bertulis, 95 soalan mulut dikemukakan dengan hanya 1 soalan berkaitan air ditanya itupun Mukhriz Mat Bluur boleh merungut dlm IG NYA kenapa persoalan penting berkaitan air khususnya persediaan menjelang Ramadhan tidak disentuh kerajaan negeri kali ini.

2. Inilah spesis bodoh dan bebal. Ego sombong.Jika soalan tak dikemukakan bagaimana mungkin jawapan mahu diberikan.

3. Dan apabila diteliti soalan yang dikemukakan Mukhriz jelas 2 perkara. Pertama soalan bersift meroyan yang menyentuh dasar utama yang memerlukan tindakan dan iltizam pelaksanaanya oleh seorang MB.

4. Nyata apabila Bashah berupaya melaksankan tugasnya lebih baik berbanding Mukhriz maka timbul keluh kesah dihatinya dan mulalah meracau bertanyakan soalan bluur.

5. Demikian juga soalan beliau banyak dikutip dari fb, tepi jalan tanpa sandaran kajian kukuh atau dari sumber yang jelas. Apa signifikan soalan beliau rasional kerajaan negeri merobohkan Stdium Darul Aman.

6. Adakah stadium dirobohkan? Bila dikeluarkan kenyataan rasmi yang menzahirkan stadium akan dirobohkan.Keputusan EXCO bilangan ke berapa yang meluluskan perobohan?. Jawapannya tidak wujud langsung jawapan bagi soalan tilikan bersifat bluur yang ditanya itu.

7. Apa sekadar yang ada ialah cadangan draf pembangunan struktur MBAS 2017-2035 yang mencadangkan tapak stadium sedia ada dipindahkan ke tapak lebih sesuai selaras dengan kepesatan urbnisasi dan sebagai keperluan jangka panjang.

8. Demikian juga bluur dan kelirunya beliau berhubung litar lumba. Dengan kos 30 juta litar lumba ini memang bertaraf antarabangsa dan sesuai serta boleh digunakan untuk perlumbaan F3. Namun tumpuan lebih kepada penganjuran cup prix kerana ia sesuai dengan konsep litar lumba rakyat untuk gilap potensi pelumba biasa dari kalangan marhein. Itu tujuan pembinaan litar ini. Bukannya seperti Sepang yang digahkan. Menjadi penganjur bertaraf global dengan wang rakyat dihabiskan setahun 400 juta namun tiada seorangpun kelibat pemandu dari Malaysia.

9. Demikianlah Mukhriz. Sikap bluur dan meroyannya makin teruk setelah hilang jawatan MB. Bertepatan gelaran diberikan Mahfuz Bean @ Biadap pada Mukhriz dengan gelaran Mat Bluur. Jika Mukhriz kian Bluur maka hari ini tanggal 10 April pula Mahfuz menambah stu lagi gelaran dirinya dengan cuba mensarkas dan badutkan kemuliaan sidang DUN KEDAH.

10. Apabila Bluur digabungjalin bersama Sarkas maka lengkaplah satu ikatan kelompok BADUT BERGENTAYANGAN. Fokus tiada arah tujuan.

11. Maka hiduplah mereka dalam ilusi berterusan..ada ataupun tiada tidak membawa sebarang keuntungan. Melainkan merasa diri bak merak kayangan..tapi hakikatnya adalah gagak pemakan bangkai...

Catatan Mat Bluur FC.

Wednesday, April 12, 2017

HISTORY OF MAHATHIR S/O ISKANDAR KUTTY @ MAHATHIR BIN MOHAMED



 Facts about Mahathir that you need to know

- Tun Dr Mahathir bin Mohamed’s real name is Mahathir s/o Iskandar Kutty. He was born Mahathir s/o Iskandar Kutty and named Mahathir s/o Iskandar Kutty @Mahathir Mohamed.

- Dr Mahathir was born on December 20, 1925, in Alor Star, the capital of the northern state of Kedah.

- Dr Mahathir started life NOT as a Malay but a Malayali – (Karala Couchin) the people of Kerala in south INDIA, where his father (Iskandar Kutty) came from.





Kerala, India Homeland of Dr. Mahathir's fore-fathers

-  His father (Iskandar Kutty) was a school teacher of Indian origin, specifically Malayalee (Mamak) (people who speak Malayalam, not to be confused with Malay)

-  His father (Iskandar Kutty) (a Mamak) migrated from the southern state of Kerala, India, while his mother (Wan Tampawan) a Kedah-born, was a Malay.

- . Despite being only half Malay and having acknowledged his Indian heritage, Dr Mahathir generally considers himself to be Malay, and is known for the use of fiery rhetoric designed to invoke feelings of Malay nationalism, i.e. the term Ketuanan Melayu, or “Malay Supremacy/Lordship.

-  At university in Singapore, Dr Mahathir was listed as an INDIAN.

-  Dr Mahathir had kept hidden his little secret – that he is an Indian Muslim (Mamak).

- Dr Mahathir has been quick to promote himself as the embodiment of “Asian” identity and values, with diatribes against the west, usually couched in racial terms. Yet, despite his trumpeting of Asian identity, Dr Mahathir appears ASHAMED to admit his Indian heritage.

- ‘In his new book, A New Deal for Asia, he writes about his father in such a way as to imply that he was a Malay dedicated to the improvement of his fellow Malays rather than the hard-working Indian immigrant and government servant that he was. No mention of Dr Mahathir’s Indian Muslim background ever appears in the media. The subject is taboo.’ -Philip Bowring

- Dr Mahathir is the fourth Prime Minister of Malaysia, which he held for 22 years. From 16 July 1981 – 31 October 2003

- Dr Mahathir is Malaysia and Asia’s longest serving Prime Minister.

- Dr Mahathir’s political involvement is filled with events and significance where he started being active in 1945. He joined the Umno in 1946.


- Dr Mahathir was first elected into the Parliament in the 1964 general elections via the Kota Setar Selatan seat with more than 60% majority votes. The following elections (1969) saw him losing the seat by 989 votes after declaring that he did not need to win through Chinese votes.

- Following the race riots of 13 May 1969, Dr Mahathir wrote a letter, (which was widely distributed) to the then Prime Minister Tunku Abdul Rahman, criticizing the manner in which Tunku Abdul Rahman had handled the country’s administration favoring the ethnic Chinese. For doing that, he was expelled from Umno.

- Some of the more controversial happenings under Dr Mahathir‘s leadership include removing of the veto power and the Royal immunity from prosecution. Before he took on this action, passing of any bill of law required royal consent but with what he took on, royal assent is considered legal after a 30 days period.

- Dr Mahathir was also known to be responsible for the removal of Tun Salleh Abas, the Lord President of the Supreme Court together with 3 other Supreme Court Justices prior to the investigation of misconduct hearing of Umno, the party that he is also the president.


- Dr Mahathir announced his resignation from UMNO on 19 May 2008 & 29 Febuary 2016.


Note:


“MAMAK” a term (derived from a TAMIL word meaning UNCLE) used in Malaysia to describe the Tamil Muslim community (Wikipedia) but Mahathir not a mamak because his Karala Couchin?!!!

Monday, April 3, 2017

PPBM, Bermaksud Parti Penuh BerMasalah


Selamatkan "parti sendiri dulu”, itu yang paling sesuai untuk diamal dan diusahakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

PPBM yang diketuai oleh Mahathir dan Muhyiddin mengembara ke seluruh Malaysia dalam kempen memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib dengan tema “Selamatkan Malaysia”. 

Malangnya parti mereka sendiri yang harus diselamatkan terlebih dahulu. Ketua Armada mereka iaitu Syed Saddiq, telah pun menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran ke Universiti Oxford.

Semua orang menyangka ia hanyalah kehendak peribadi seorang individu untuk masa depannya.

Namun apabila disiasat dan diselidik ianya ada kaitan dengan beberapa hal dalaman parti PPBM yang tidak molek. Boleh dikatakan ada pergolakan dan Ketua Armada melihat tiada masa depan dengan parti yang ditubuhkan secara mengejut ini.

Syed Saddiq mahu selamatkan dirinya dari parti bermasalah. Ainina awal awal sudah "selamat" kerana isu salam empat kali. Kemudian desas desus tersebar, kononnya Muhyiddin mahu membuat U-Turn mahu keluar dari PPBM. Desas desus ini masih di peringkat khabar angin sahaja.

Walaupun begitu , orang kanan dan yang rapat dengan Muhyiddin ada juga menyampaikan kisah bagaimana Muhyiddin berang dengan tindak tanduk Mahathir sebagai Pengerusi. Mahathir telah bersikap terlebih sudu dari kuah.

Sepatutnya Mahathir , jika telalu ghairah membuat kenyataan bagi pihak PPBM , seharusnya dia melantik dirinya sendiri menjadi Presiden dan bukannya Pengerusi.Keadaan ini mengakibatkan Muhyiddin tidak di pandang oleh sesiapa pun dari kalangan komponen Pakatan Harapan walaupun bergelar Presiden kerana mereka mengetahui Mahathir adalah orang yang “call the shot” dalam PPBM bukannya Muhyiddin.

Ini mengesahkan tabiat Mahathir yang sudah diketahui , iaitu suka menggunakan orang lain untuk tujuan politiknya. Dalam konteks ini, Mahathir mempergunakan Muhyiddin untuk membina struktur parti , iaitu kerja taraf “barua”. Setelah wujud struktur, Mahathir dan anaknya Mukhriz hanya perlu bertenggek sahaja kepada hasil kerja Muhyiddin.

Cukup masa , Muhyiddin pun akan diterajangnya keluar. Apa tidaknya 22 tahun UMNO memberi kemewahan , kuasa, kekayaan pun Mahathir tidak kenang budi. Apakah Mahathir mahu kenang budi Muhyiddin? Terkini , Timbalan Presiden GKCM iaitu Mohd Zin Mustapa telah memberi kenyataan tidak menyokong kepimpinan Tertinggi PPBM.

GKCM yang dikenali sebagai salah satu pihak yang terawal mengambil pendirian berlawan dengan Datuk Seri Najib kini mula menyesali pendirian menyokong PPBM.

Menyebut “banyak kepincangan dalam PPBM” sebagai salah satu sebab penarikan sokongan GKCM terhadap parti yang amat baru ini, jelas menunjukkan betapa PPBM sebuah parti “kapal hendak karam”. Umum harus tahu PPBM tertubuh atas sebab “tidak sengaja” kerana Mahathir tidak menjangkakan Najib berani membuang tiga orang ternama dan berpengaruh secara sekaligus.

Kalau tidak dibuang, Mahathir mahu gunakan tiga orang ini untuk merosakkan UMNO.

Maka atas sebab itu wujudlah Pelan B , iaitu kesinambungan untuk sambung nyawa politik Muhyiddin dan anaknya Mukhirz, maka satu platform baru harus diadakan, maka tertubuhlah PPBM.

Parti PPBM yang baru setahun jagung bak kata “dakwat belum kering” sudah banyak masalahnya tersendiri. Perebutan kawasan , pertindihan dua puak dalam satu bahagian , perlantikan Ketua Bahagian cara payung terjun dan lain lain kini seolah menjadi bisul menunggu nanahnya pecah sahaja.

Bagi parti yang belum cukup umur , ini adalah petanda ia akan hancur sebelum apa apa pun.

Selain ada masalah yang akan menyebabkan PPBM dalam “self destruction”, PPBM juga menjadi masalah kepada komponen lain dalam Pakatan Harapan. Kehadhiran Mahathir yang mahu “hijack” Pakatan Harapan menyebabkan ramai pihak dari kalangan komponen tidak senang hati.

Berlakulah perpecahan dalam DAP dan PKR. Puak DAP dan PKR juga tidak puas hati dengan PPBM. Mereka dididik membenci UMNO dan Mahathir , kini mereka diajar untuk berlaku songsang pula dengan terpaksa menerimanya ke dalam dakapan mereka.

Pada asalnya PPBM tidak ada dalam perancangan untuk ditubuhkan Mahathir. Ini kerana kepentingan Mahathir hanyalah hal peribadi, harta dan kuasa.

Untuk urusan harta itu sahaja yang memerlukan kuasa. Itulah sebabnya Mahathir mahukan kuasa. Terlalu obses pada kuasa. Pada perkiraan Mahathir, kuasa boleh didapatinya melalui kerjasama peribadinya dengan DAP. Itulah caranya. Sebab itu Mahathir sudah berkira kira mahu memberi anaknya bertanding di kawasan selamat DAP.

Paling penting untuk Mahathir adalah Mukhriz mesti berjaya menjadi ahli Parlimen, lalu selepas itu dengan dananya yang banyak , maka kerja jual beli dan negotiasi boleh lah dilakukan.

Namun apabila Muhyiddin dan mereka yang lain mengesyorkan penubuhan PPBM , maka Mahathir terpaksa berlakonlah menyetujuinya untuk tidak terlihat pentingkan diri sendiri.

Kini dengan tercetusnya sebaran media oleh Timbalan Presiden GKCM berkenaan kisah dalaman PPBM , nyata sekali dan jelas sekali lah PPBM adalah sebuah parti yang bermasalah.

Selain tidak mendapat sokongan masyarakat dengan keahlian paling sedikit, ia juga miliki masalah lebih besar dari parti komponen PH yang lain. Apa yang bermula dengan tidak elok akan berakhir dengan tidak elok juga.

PPBM wujud kerana penipuan alasan dan matlamat oleh Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mengambil kesempatan dari kedudukan dan namanya, Mahathir dengan tipu muslihat serta fitnahnya berjaya membuat rakyat mempercayainya, tetapi tidak selama lamanya rakyat akan terus tertipu.

Kerja jahat sentiasa tidak mendapat keredhaan Allah, ada sahaja “setback” yang dihadapi oleh Mahathir pada setiap perkara yang dia lakukan.

Kini, Malaysia masih dalam keadaan selamat di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, yang tidak selamat adalah parti PPBM. Mereka dilanda pelbagai masalah sekarang. Penuh dengan orang yang berskandal, elitis pencen yang kecewa dan kroni sendiri. Rakyat biasa sukar tembus hirarki tertinggi dalam PPBM.

Sila selamatkan parti sendiri dahulu sebelum mahu selamatkan Malaysia.-BeruangBiru

Tuesday, March 28, 2017

Antara Kejayaan Mahathir Selama 22 Tahun Sebagai PM Terhebat Kata Macai Bunga..

Hasil carian imej untuk lorrain osman death

Misteri kehilangan wang bumiputra 52 billion ~ Skandal BMF Lorrain Esme Osman Bawa Rahsia Mahathir Hingga Ke Kubur.

Di mata dunia, bekas pengerusi Bumiputera Malaysia Finance Lorrain Esme Osman, yang meninggal dunia dalam buangan di London pada hari Isnin lalu adalah pegawai bank yang tidak diketahui sehingga salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Lorrain, 79 dan berbangsa Serani dari Pulau Pinang dan bekas penganut Kristian, akhirnya membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran untuk sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian sehingga ia runtuh seperti rumah kad daun terup.


Ingatkah anda kepada bank UMBC? "Untuk Melayu, Bukan Cina". Ia juga ada kaitan dengan skandal BMF yang dalangnya adalah Mahathir sendiri hingga juruaudit BBMB, Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong pada 1983. Sehingga sekarang RM 2.5billion adalah satu jumlah yang besar untuk dicuri dan diambil keluar dari negara ini tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan. Sistem kewangan Malaysia membuat ini hampir mustahil, dan lebih cenderungnya, tawaran seperti ini dilakukan bagi pihak pemimpin paling atas,Perdana menteri. Ia adalah refleksi sedih kerana hampir 30 tahun, dan Lorrain akhirnya meninggal dunia, roda rasuah masih sibuk berputar di Malaysia. Sistem ini tidak pernah berubah tetapi sebaliknya berkembang secara mendadak dengan lebih buruk. Yang paling jelas ialah skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak dan menjangkaui tiga negara, Malaysia-Perancis-Mongolia.


Skandal pembunuhan juruaudit BBMB (kini CIMB), Jalil Ibrahim (kanan) di Hong Kong juga ada kaitannya dengan Mahathir Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berada di hujung penerimaan dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat patut bangun sekarang dan menangani musuh nombor satu, rasuah dengan tindakan yang keras. Roda masa benar-benar tidak menunggu siapa, seperti yang telah dibuktikan dalam kes Lorrain. Jejak yang menuju terus kepada PM Apabila mayat Jalil ditemui, satu-satunya yang mengaitkan beliau dengan Malaysia adalah duit syiling yang terperangkap di dalam lapisan seluarnya. Beliau tidak mempunyai dompet atau apa-apa jenis pengenalan pada dirinya tetapi rakan sekerjanya telah melaporkan dia hilang 24 jam lebih awal. Polis Hong Kong terjumpa diari peribadi Jalil dan beberapa surat yang mendedahkan bahawa beliau telah terjumpa sesuatu cara penyelewengan yang besar di BMF. Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong bertanya Lorrain: "Kamu telah berjuang selama ini untuk manfaat orang lain. Bukankah masa untuk melakukan sesuatu untuk faedah kamu sendiri? " Oleh itu, perjanjian ini dimeterai. Kerana Lorrain tidak akan mengaku salah dengan rasuah dan sudah tentu tidak mengaku kepada semua 43 caj, pendakwa Hong Kong mencadangkan satu caj kecuaian kewangan, yang akhirnya diterima Lorrain. Lorrain, yang telah melarikan diri ke London pada tahun 1983 untuk mengelak daripada diekstradisikan ke Hong Kong, menghabiskan masa dua bulan di Penjara Stanley di tanah jajahan mahkota British sebelum dibebaskan. Beliau sebenarnya telah menghabiskan enam bulan di Pusat Tahanan Lai Chi Kok sementara menunggu perbicaraan, dan empat bulan lagi untuk pengampunan. ICAC telah mengemukakan lebih 30,000 halaman keterangan terhadap Lorrain kepada Mahkamah Tinggi British, Mahkamah Rayuan dan akhirnya kepada House of Lords. Kes Carrian adalah kes jenayah yang paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong, merangkumi lebih daripada 17 tahun dan pada kos HK $ 210 juta dan dengan lebih 4 juta halaman pameran. Pengakuan bersalah Lorrain menutup fail kes yang telah lama berjalan. Beliau terus menuntut tidak bersalah apabila beliau dibebaskan dan mengetepikan Jalil namun mengakui, bahawa "terdapat kekurangan penyeliaan dan pengawasan di BMF" di bawah pemerhatiannya. Beliau tidak pernah kembali ke Malaysia di mana syak wasangka bahawa dia telah melindungi pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam skandal kewangan BMF. Jejak itu dipercayai, menuju terus kepada Perdana Menteri, yang ketika itu Mahathir Mohamad. Pengeluaran wang George Tan, difahamkan, hanya saluran untuk membawa wang keluar daripada BMF. Tiada bukti pernah ditunjukkan di mana-mana bahawa pinjaman besar-besaran yang diambil dari BMF adalah sepenuhnya bagi tujuan menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kejatuhan pasaran hartanah Hong Kong disalahkan apabila pinjaman tersebut tidak tercapai.


Antara Dec 6, 1985 apabila beliau ditangkap di rumah Londonnya atas waran ekstradisi sementara dari Hong Kong sehingga beliau dipenjara selama dua bulan pada tahun 1993, Lorrain berjuang dengan pertempuran undang undang lama dan mahal selama 90 bulan dari Penjara Brixton untuk kekal di London. Beliau pergi ke pejabat Kementerian Dalam Negeri dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah. Beliau melancarkan permohonan habeas corpus dan beberapa ulasan kehakiman, merayu kepada House of Lords beberapa kali dan dimasukkan ke dalam beberapa permohonan ikat jamin. Sementara itu, orang ramai yang kehilangan semua harapan untuk melihat pesalah-pesalah lain di belakang gerigi besi, Lorrain,Tan dan ahli perniagaan kecil Mak Fook Than yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan Jalil - dan tiga pengarah BMF yang lain. Kenyataan panjang lebar Mak yang sepanjang 24 muka surat tentang perjalanan "perniagaan menteri" ke Hong Kong hilang semasa perbicaraan. Semasa disoal siasat oleh polis Hong Kong, Mak mendakwa bahawa dia ke Hong Kong atas perintah seorang Menteri Kanan Malaysia untuk mengutip "wang" dari seorang warganegara Malaysia yang menetap di Hong Kong. Beliau menafikan berkata demikian selepas kehilangan kenyataan 24 muka surat itu. Lorrain dalam satu wawancara awam di London membayangkan kemungkinan bahawa Jalil diugut oleh Mak "yang mahu lebih". Itu sama seperti mengatakan bahawa pemeras ugut mahu angsa yang bertelurkan emas itu mati. Malah, penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Jalil mendedahkan bahawa Lorrain "bercuti" di Hong Kong pada masa yang sama bahawa juruaudit BMF bertemu ajalnya yang mengerikan. Satu lagi teori kegemaran yang diapungkan oleh Lorrain di khalayak ramai bahawa "seseorang mahu memalukan Kerajaan Malaysia" dan berfikir bahawa satu cara akan dilakukan ialah membunuh Jalil. Beliau pernah dilaporkan sebagai berkata dia mengesyaki seorang diplomat Rusia yang ditangkap kerana mengintip di Malaysia dan dihantar pulang. Tetapi di peringkat itu, seseorang itu boleh dimaafkan kerana menyangka dakwaan Lorrain bahawa Ku Klux Klan, Mafia, Mossad dan CIA semuanya adalah suspek dalam pembunuhan Jalil. Tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang telah membiayai buangannya di London dan segala ujian yang mahal dan rayuan mahkamah adalah satu lagi misteri yang mungkin hanya beberapa pemimpin kanan teratas dalam kerajaan Malaysia dengan maklumat istimewa sahaja yang akan tahu. Misteri bersambung...nantikan episod seterusnya







Mahathir Dan Mukhriz Hanya Sampah Dimata Pembangkang Sebenarnya....


Belum pun sah bersama, Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) sudah berbalah dengan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) berhubung nama khas yang akan digunakan oleh pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mahu nama khas Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat yang menyerupai Barisan Nasional (BN) selepas PPBM sah menyertai pakatan pembangkang.

Cadangan itu bagaimanapun dibantah oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), manakala DAP yang berhasrat mempergunakan PPBM untuk mendapat undi kaum Melayu hanya berdiam diri.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan, nama Pakatan Harapan perlu dikekalkan walaupun selepas PPBM menyertai pakatan pembangkang bagi mengekalkan agenda reformasi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya anjurkan untuk dikekalkan Pakatan Harapan sebagai pakatan pembangkang yang ada sejarahnya, kekuatan dan jati diri sejak Reformasi.

“Jangan lupa pakatan pembangkang menang kerana fokus kepada isu-isu rakyat yang konsisten sehingga UMNO hilang sokongan dan tertubuhnya PPBM. Muafakatlah atas dasar prinsip keadilan, kebenaran dan pembelaan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengerusi PAN, Mohamad Sabu semalam turut menegaskan nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar kepada nama lain.

Muhyiddin dua hari lalu mencadangkan supaya nama Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat agar ia menjadi sebuah gabungan berteraskan kepimpinan Melayu.

Syed Ibrahim dalam pada itu menegaskan, Pakatan Harapan tidak akan mengikuti langkah perjuangan UMNO iaitu memperjuangkan kepentingan kaum Melayu kerana Pakatan Harapan untuk setiap kaum.

“Seperti mana Pakatan Rakyat, ia tidak didasarkan atas pakatan perkauman seperti mana BN. Ia diasaskan atas prinsip-prinsip bersama dan sejagat. Inilah legasi Anwar,” tegasnya.

Bliau turut mengingatkan anggota parti Pakatan Harapan lain tentang ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Dr, Wan Azizah Wan bahawa kesepakatan politik Pakatan Harapan merupakan salah satu daripada agenda reformasi yang diperkenalkan suaminya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan partinya akan menyertai Pakatan Harapan dan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima PPBM.

Sunday, March 26, 2017

MAHATHIR MAHU APA SEBENARNYA ... SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA?




1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah. Semua orang tahu...

2. Ini belum lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham serta kontrak berbilion carigali dari Petronas. Agaknya, berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu...

3. Berbilion juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya dulu dikatakan pernah di'bail-out' berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan hubungan Anwar dan Mahathir semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu...


4. 22 tahun atas nama penswastaan, hanya beberapa syarikat terpilih untuk melaksanakan projek besar berskala mega. YTL, Berjaya Group, Kumpulan Bukhary, Binariang, Ting Pek Khing, UEM. Inilah kroni-kapitalisme. Di era itu belum ada media sosial yang boleh menghebohkan agenda pakatan menfaraidkan segala harta negara. Namun ia bukan lagi rahsia di zaman ini. Ia 'open secret' yang diketahui umum!

5. 1MDB muncul. Semua syarikat gergasi 'peliharaan' Tun M itu seakan diam menyepi. Monopoli yang dikuasai selama ini seolah dipecahkan. Harta negara kini dialirkan untuk nikmat semua usahawan, bukan hanya kepada dua tiga kerat suku sakat yang kononnya dianggap pakar dalam segala.

6. Lantas bila BR1M diagihkan, Tun M mendakwa ia adalah 'dedak' dari Najib untuk rakyat. Walhal ianya adalah jaringan keselamatan sosial, bantuan langsung yang masuk ke dalam isi rumah rakyat yang memerlukan. Tapi 'dedak' yang beliau tabur pada syarikat kroni-kroninya itu tidak pula beliau sebut dipentas.


7. Walau sedikit agihannya, namun meluas. Di anggar seramai 7.2 rjuta orang penerima paling tidak merasa, mendapat nikmat yang diberi sama rata. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu pening kepala memikirkan soal kos anak sekolah di awal tahun.

8. Segala perancangan Tun M menemui jalan buntu. Usaha politik 'dinasti', mengkayakan kroni dan menjaga kepentingan keluarga tersekat apabila Najib punyai pendekatan serta gaya pimpinan tersendiri yang lebih holistik.


9. Tapi 1MDB pula dijadikan sasaran. Hasrat menaikkan Muhyiddin sebagai 'transit' PM terbantut bagi membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Menteri Perdana selanjutnya.

10. Muhyiddin kerana ketidaksetiaannya menjadi 'api dalam sekam' dan bagai 'gunting dalam lipatan', kemudian disingkirkan, maka terputuslah 'talian hayat' Tun M dalam kabinet yang memalapkan impian peribadi.

11. Agenda besar untuk menobatkan Mukhriz ke arus perdana kepimpinan melalui jalan halus bermula 2013. Namun dengan takdir Allah, jawatan Naib Presiden yang ditandingi gagal dimenangi ketika itu.

12. Pada 2004, tatkala Pak Lah mengemudi PRU ke-11, segala percaturan calon di Kedah dikemudi Mahathir sendiri. Sekali lagi pada 2008, Tun M menggunakan alasan BN tewas di 5 negeri sebagai justifikasi untuk Pak Lah berundur. Meski dalam masa yang sama Pak Lah diasak agar Mukhriz dilantik ke jawatan kabinet, walhal Khairy menantunya yang lebih menang bergaya dan berada di puncak jawatan Ketua Pemuda tidak pula diberi laluan.

13. PRU 2013, Tun M menggunakan formula yang sama. Najib diasak agar Mukhriz dilantik kejawatan MB. Sungguh pun ketika itu 'Jeneral Perang' adalah Ahmad Bashah, namun atas dasar akur dan patuh pada pucuk pimpinan, beliau sekali lagi redha atas ketentuan Allah.

14. Tapi setelah 3 tahun tempoh diberi, Mukhriz lebih gemar bersantai dan bersenang lenang dengan sikap politik glamour dan kendiri 'selfie'nya. Entah kurang jelas, agenda pembangunan ekonomi, peluang untuk anak muda mahupun misi segar yang boleh meletakkan Kedah setanding dengan negeri lain bagaikan kabur dari pandangan.

15. Benarlah kata-kata hikmah, kebijaksanaan, kepimpinan dan iman tidak boleh diwarisi. Ianya perlu digilap, dilatih dan tidak mudah datang dengan sendiri.

16. Tatkala gerak kerja UMNO Kedah juga lembap, sebaliknya segala harta dan hasil mahsul anak syarikat negeri dikatakan puas diagih sesama pegawai Mukhriz yang 21 orang jumlahnya. Walhal, ramai antara mereka ini tidak pernah pun berbuat apa jasa pada Kedah, telahan lagi banyak yang datang dari luar. Tapi Mukhriz terus mendabik dada, kononnya dia 'berjaya' di Kedah.

17. Sehingga kini, tiada apa legasi yang boleh dibanggakan. Tidak setara sama sekali dengan kepimpinan Osman Aroff, apatah lagi Syed Razak malah jauh lebih rendah prestasinya berbanding jasa arwah Ustaz Azizan.


18. Lantas apabila Mukhriz digantikan, dan Ahmad Bashah mengangkat sumpah selaku MB tanggal 4 Februari Mukhriz kelihatan seperti orang "gila talak". Bara dendam di dada Mahathir pula kelihatan kian parah.

19. Maka bermulalah gerakan 'Selamatkan Malaysia' acuan nafsu politik mereka. Deklarasi Mahathir-Kit Sang diuar-uarkan, kononnya tanda solidariti menentang kepimpinan 'zalim' lagi 'menindas'.

20. Walhal, 22 tahun segala akta diperalatkan demi legasi kuasa. Musuh-musuh politiknya ditalqin dan dikapan satu persatu, walau berpotensi. Anak-anak 'diktator' itu kaya-raya, mungkin 'berkat' menggunakan alamat niaga menggunakan kepala surat Seri Perdana.



21. Kini mereka melolong dan menjerit 'Selamatkan Malaysia'? Siapa yang mahu mereka 'selamatkan' sebenarnya? Keluarga mereka? Syarikat kroni? Dinasti politik? Atau Malaysia yang kian hari terus makmur, stabil dan berdaya saing.

22. Di saat orang sedang memperkukuh agenda ekonomi dan memulihkan imej negara, mereka bersekongkol dengan pembangkang dan media asing durjana memperlekehkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Itukah yang dinamakan sebagai 'Selamatkan Malaysia'?

23. Kata dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya Mahathir dan anak-anaknya yang lebih.. Sudahlah..Dah Lama Daaaah...!!!

Friday, March 24, 2017

Zaid Ibrahim Buat Pertandingan Esei Untuk Tutup Malu Besar Mahathir

Hasil carian imej untuk mahathir , zaid ibrahim dan DAP

2 hari lepas, Mahathir dihina dan dimalukan oleh Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP. Apa tidaknya, cadangan untuk membuat logo Pakatan Harapan oleh Mahathir ditolak mentah mentah oleh DAP.

Mana Mahathir hendak letak muka? DAP yang buat keputusan, Mahathir hanyalah mentimun sahaja. Kesipuan tidak terhingga itu turut terjadi bila pada hari yang sama (22 Mac), Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq membuat keputusan mahu sambung belajar ke luar negara berbanding berpolitik bersama Mahathir.

Lebih parah lagi bila debat yang dicadangkan Nazri telah ditolak dengan alasan yang bukan bukan oleh Mahathir. Berdolak dalih itu dan ini untuk elak bersemuka dengan Nazri. Tiga kesipuan besar ini telah membuatkan muka Mahathir penuh dengan kehitaman arang arang memalukan.

Apa caranya untuk tutup malu ini? Pertama, Lim Guan Eng yang sepatutnya sibuk turun naik mahkamah menjawab isu skandal banglo pada hujung bulan ini tampil jadi pelakon tambahan. Bila kes ditangguh, Guan Eng cuba tambah nasi isu debat dengan mencabar Rahman Dahlan untuk debat.

Sama juga dengan Mukhriz, tiba tiba sahaja hendak berdebat pula dengan bekas pegawai khasnya dahulu. Guan Eng dan Mukhriz sengaja buka topik bab debat untuk tutup cerita Mahathir tidak mahu debat dengan Nazri. Mereka "mislead" dan "divert" topik sebenar agar publik berbicara bab debat mereka.

Nampak sangatlah Mahathir begitu "desperate" mencipta suasana yang lain untuk kambus penglihatan rakyat pada topik yang sebenar, debatnya dengan Nazri. Ada satu lagi watak yang juga dijadikan pelakon "extra" iaitu Zaid Ibrahim.

Dahulu semasa di PRK Hulu Selangor, Mahathir pernah kutuk Zaid Ibrahim ini. Mahathir kata “Jadi saya nak nasihatlah, orang pakatan, orang PKR ni, tak usahlah pilih orang yang macam ini, dia pun tak tentu kedudukan dia macam mana.“Nanti kalau dia mabuk dia buat apa pun kita tak tahu. Dia tak main judi, tapi simpan kuda lumba, kuda lumba ini buat apa? Saya ada kuda banyak tapi saya tak main judi, ada 30 ekor kuda saya bela di Langkawi.

“Saya punya hobi naik kuda dengan dia simpan kuda berlainan, kuda lumba ini untuk judi,” Mstar, Jumaat 23 Apr, 2010

Mahathir gelar Zaid Ibrahim ini sebagai mabuk, main judi, main kuda dan juga pernah digelar sebagai katak. Semalam, Zaid Ibrahim hendak anjur satu pertandingan esei tentang "Najib Razak as the worst PM this country ever had". Zaid mahu beri RM10,000 pada pemenang esei ini.

Zaid yang baru masuk DAP ini terpaksa buat gimik sebegitu untuk tarik perhatian dan tumpuan ramai. Lebih baik Zaid buat esei menjawab balik tuduhan tuduhan Mahathir terhadapnya selama ini. Banyak tuduhan Mahathir itu. Berkajang kertas kalau dikarang.

Sebagai ahli baru DAP, Zaid eloklah menulis esei tentang perjalanan politik 51 tahun Kit Siang. Diktator politik paling lama di dunia. Oh ya, satu hal lagi. Dari mana sumber duit RM10,000 yang hendak dihadiahkan ini?

Duit judi? Duit lumba kuda? Apakah Zaid berada dalam keadaan mabuk ketika membuat pengumuman pertandingan esei itu? Inilah "next step" yang diambil oleh Mahathir untuk tutup lubang lubang kesipuannya dalam minggu ini.

"Divert" isu dan jadikan Zaid Ibrahim sebagai "punch bag" untuk larikan sementara isu isu dalaman Pakatan Harapan berkaitan logo, kes Syed Saddiq merajuk dan keengganan Mahathir berdebat dengan Nazri.

Yang bodohnya Zaid Ibrahim, menjadi kuda politik Mahathir untuk tutup malu besarnya.-BeruangBiru

Thursday, March 16, 2017

Parti Bunga Mahu Logo Baru Kerana Lambang Bunga Tak Laku

Hasil carian imej untuk MAHATHIR MAHU LOGO PAKATAN

Bagi  sebuah parti yang wujud kerana terpaksa dan tidak pernah dirancang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sememangnya sukar untuk menjual dirinya kepada rakyat Malaysia.

Pada jangkaan pengasasnya, Mahathir dan Muhyiddin mereka akan dapat “exodus” dari ahli UMNO dengan jumlah yang ramai, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Ahli UMNO enggan dikudakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Presiden sendiri. Orang UMNO pilih parti dan bukannya individu.

PPBM sebenarnya adalah parti yang lahir akibat tersepit ketiadaan ruang atau platform bagi individu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

Mahathir tidak menjangkakan Dato Seri Najib berani melucutkan jawatan dua orang tersebut dan menyingkirkan mereka.

 Mereka bertiga telah “underestimate” keberanian Najib. Cubaan jatuhkan Najib  di parlimen menerusi undi tidak percaya gagal. Cubaan jatuhkan menerusi Perhimpunan Agung UMNO pun gagal.

Serangan terhadap 1MDB gagal. Serangan terhadap BR1M dan jemaah haji 1MDB tidak mabrur pun gagal. Yang berjaya adalah penubuhan parti baru iaitu PPBM.

Semuanya demi menutup malu dan mencari platform baru. Tertubuhlah parti bunga.

Pada asalnya Mahathir tidak seghairah untuk membuka parti baru kerana jauh dalam dirinya dia hanya mahu menyelamatkan anak dia sendiri sahaja.

Mahathir percaya itu boleh dilakukan dengan berkompromi dengan DAP atau anak didiknya Azmin dari PKR untuk satu kerusi selamat buat Mukhriz.

Asalkan Mukhriz dapat jadi ahli Parlimen supaya boleh dibida anaknya itu jadi calon Perdana Menteri.

Maka kompromi untuk Mukhriz jadi Perdana Menteri boleh dilakukan dengan membeli sesiapa yang menghalang dengan menggunakan dana berbillion dalam simpanan proksinya.

Ainina pun kena cantas dan tanam kerana cuba ganggu kerusi selamat Mukhriz di Langkawi. Tengoklah bagaimana Ainina dimalukan dan dibuang dari parti bunga.

Walaupun parti bunga sudah wujud lebih 6 bulan, mereka masih malu untuk umumkan jumah keahlian mereka yang sebenar.

Ketua Armada jaguh debat mereka Syed Saddiq sudah berjanji semenjak tahun lalu lagi untuk umumkan jumlah ahli. Kenapa susah sangat hendak umum jumlah ahli?

Ini berkemungkinan kerana jumah ahlinya amat sedikit dan memalukan jika diumumkan.

Hanya berani umum jawatan Ketua Bahagian parti bunga sahaja. Itu pun ada bahagian yang tidak lengkap. Hanya ketua sahaja, di mana AJK AJK nya?

Nampak sangatlah logo parti bunga ini tidak berapa laris di peringkat akar umbi. Ramai yang tidak mahu menyokong. Yang ikut hanyalah pengikut totok sahaja bukan "followers" akar umbi.

Mengapa parti bunga yang ada satu kerusi mahu berlagak jadi kapten kapal sudah boleh difahami.

Kerana parti mereka tidak laku. Tidak dapat sambutan. Tidak ramai ahli. Jadi untuk tunjuk kata mereka kuat terpaksalah berlagak jadi kapten mengarah itu dan ini.

Parti bunga sendiri sudah merasai logo parti mereka secara sendirian tidak laku. Oleh kerana itu, mereka mahu buat satu logo secara bersama.

Maka atas sebab itulah jika semua komponen menggunakan satu lambang dan logo, maka parti yang tidak laku seperti PPBM boleh menyelitkan diri bersama sama ahli PKR dan DAP atau PAN ketika pilihanraya.

Maka dengan itu kelihatanlah gah dan ramainya mereka. Padahal mereka menumpang ahli DAP, PKR dan PAN untuk kelihatan ramai.

Dalam setiap ceramah itulah situasi sebenarnya. Jika disaring balik, berapa kerat sahaja ahli parti bunga yang ada, yang ramainya ahli DAP, PKR dan PAN.

Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat sebelum ini sudah beberapa pilihanraya tidak bermasalah menggunakan logo sendiri di kawasan yang mereka tandingi.

Hanya bila ada parti bunga sahaja mereka terpaksa menaikkan isu menggunakan  logo dan lambang yang seragam dan sama.

Inilah padahnya, apabila pada awalnya begitu taksub dan kuat berangan, maka mereka sangka rakyat amat suka dan percaya kepada pemimpin mereka iaitu Mahathir.

Kemudian setelah berlalu satu pilihanraya negeri dan beberapa PRK, barulah geng bunga sedar. Yang bertambah hanyalah kebencian rakyat terhadap Mahathir dan simpati pada Najib.

Sokongan pada Mahathir mulai terhakis. Rakyat mulai meluat melihat serangan serangan Mahathir yang nampak keterlaluan pada Najib.

Realitinya, parti bunga hanya satu kerusi, parti kecil, tidak laku.

Hanya PPBM yang kelihatan bersungguh sungguh mahu logo dan lambang yang sama. Parti lain tidak kelam kabut pun.

DAP dan PKR rasanya lebih selesa dengan lambang mereka. Mustahil mereka akan korbankan lambang mereka semata mata untuk memuaskan hati Mahathir.

Cadangan satu logo dan lambang yang sama ini tidak akan ke mana mana. Hanya akan tinggal sebagai cadangan sahaja.

Sama seperti siapa calon PM, logo dan lambang ini juga akan buat pembangkang pecah kepala memikirkannya.-BeruangBiru@BB

Mahathir Mahu Tiru BN, Bukan Tiru DAP, Apa Sudah Jadi?'

Hasil carian imej untuk MAHATHIR ppbm dan dap dan bn

Sebagai pemimpin parti, biasanya mereka akan merencanakan strategi tersendiri untuk menang pada pilihan raya.

Bukannya cara meniru bulat-bulat gaya parti lain lebih-lebih lagi parti yang dulu disertainya tetapi kini dibenci, sebenci bencinya.

Itulah gaya Mahathir yang mahu Pakatan Harapan pembangkang, DAP, PKR dan PAN meniru gaya Barisan Nasional (BN) jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, pakatan pembangkang mesti mengikut cara BN jika mahu menang kerana BN ada kekuatan sebagai satu gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada ketika terdapat perbezaan pendapat.

Menurutnya, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

"Kalau mereka (BN) cantum diri mereka dalam satu gabungan dan bertindak bersama dengan satu matlamat, barulah boleh mencapai kejayaan. Inilah rahsia parti Perikatan dan kemudian BN.

"Rahsianya, mereka mempunyai 13 buah parti tetapi mereka tidak ada perpecahan di kalangan mereka dalam satu usaha untuk memenangi pilihan raya. Mungkin ada perbezaan pendapat antara MCA dengan (Yayasan) NAAM, MIC dengan PPP atau lain-lain, tetapi semua itu diketepikan," katanya.

Adakah Mahathir berasakan bahawa parti pembangkang tidak tahu akan perkara itu? Jelas sekali pembangkang sudah arif berkenaan perkara itu tetapi mereka enggan bersatu sebagai satu gabungan kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.

Berpakat hanya sekadar untuk menang sahaja. Lepas menang masing masing ada agenda masing masing.

DAP sudah tentu jadi parti teras dalam Pakatan Harapan. Parti terbesar itu tidak hanya berpuas hati dengan jawatan TPM, sebab itu Kit Siang pernah kata apa salahnya kalau bercita cita menjadi PM.

Mahathir pula ada cita citanya sendiri iaitu inginkan anaknya menjadi PM. Jangan dilupakan Anwar. Kalau Anwar keluar, Anwar juga mahu jadi PM.


Kelam kabut jadinya Pakatan Harapan ini. Sebab itulah mereka tidak mahu buat satu pakatan yang jelas secara perlembagaan dan logo.

Supaya senang bercerai dan berpisah bila mahu melaksanakan agenda peribadi masing masing.

Hancur negara kalau jadi begitu. Janji entah ke mana, yang penting bagi mereka hanyalah merampas kuasa.


Jika ada wakil mereka yang menang lebih banyak kerusi, mereka boleh berkuasa dengan menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri.

Mahathir tahu semua ini tetapi apa boleh buat, demi cita cita peribadi dan kepentingan kroni, Mahathir sanggup buat apa sahaja.

Mahathir menuduh ahli BN dan UMNO sudah tidak mempercayai pemimpin serta gabungan itu bergolak menentang Najib.

Kontradiksnya dalam kenyataan itu Mahathir menyatakan tiada perpecahan dalam BN dan ikatan sesama parti komponen adalah amat kuat.

Maknanya Mahathir tahu BN masih kuat dan bertambah kuat untuk hadapi PRU14. Oleh kerana itulah Mahathir langsung tidak berani turun ganggu masa PRK Tanjung Datu, sebab tahu BN akan menang.

Kenapa Mahathir tidak mahu tiru cara DAP? Apakah Mahathir tidak mahu iktiraf Kit Siang sebagai pemimpin parti politik paling lama di dunia? Sejak 1966 sampai sekarang, sudah tentu strategi DAP lebih baik.

Kit Siang berjaya kekal selama 51 tahun. Anaknya berjaya jadi Ketua Menteri dua penggal. Pencapaian Kit Siang itu jauh lebih baik dari Mahathir. Mengapa Mahathir tidak mahu tiru?

Meniru cara BN adalah satu strategi yang amat memalukan sama sekali. Pakatan pembangkang tidak akan boleh menjadi satu pakatan pun.

Hendak bermesyuarat satu meja pun mereka gagal apatah lagi hendak buat satu logo dan perlembagaan.

Calon Perdana Menteri pun sampai "pecah kepala" mereka fikir nama yang sesuai.

Tidak ada satu nama lagi untuk siapa calon PM Pakatan Harapan. Itu dah jadi bukti mereka tidak berpakat pun sebenarnya.- BeruangBiru@BB


Tuesday, March 14, 2017

Parti Bunga Gempaq Keling Riuh Sekampung..


1. Bukan rahsia lagi pergolakan sedang panas berlaku di 6 Bahagian parti Bunga di Kedah.

2. Asasnya kerana kelompok yang menyebelahi Mukhriz dan kelompok Muhyiddin. Keduanya kerana persaingan kunun mahu menjadi calon.

3. Padahal agihan kerusi antara Bunga dan parti pembangkang lain di Kedah masih belum dimuktmadkan.

6. Dari analisis yang dibuat paling banyak kerusi DUN yang kemungkinan diserahkan pada Bunga hanyalah 5 dan kerusi Parlimen pula 3.

7. Hairan jika pun menang 5 kerusi DUN dan diandaikan pakatan pembangkang menang di Kedah adakah jawatan MB akan diserahkan pada parti yang kuasai kerusi yang sedikit.

8. Lantaran itulah Bunga tidak lebih dari sekadar sebuah parti yang hanya wujud tak lebih untuk menjadi talian hayat orang tertentu.

9. Bila disoal aktivis partinya mereka sendiri keliru dan tidak jelas halatuju..sebahagian kecil yang lain pulak hanya ikut ikutan kerana diberi sedikit imbuhan.

9. Ramai pula yang kini sudah punyai pemikiran kedua untuk kembali pada UMNO namun agak malu malu berbuat demikian.

10. Hakikatnya UMNO beruntung.Dengan adanya parti Bunga telah membuka laluan pada golongan oportunis, kaki kacau, kaki gaduh, kakai pau dan kaki sabotaj yang selama ini bersarang dalam UMNO dan kini gerombolan paku pakis ini berpaut pada Bunga.

11. Menjadi anai anai yang sedang merobek dari dalam.mengambil sisa nikmat apa yang ada sambil setiap hari menggali lubang yang akhirnya membawa runtuh pada rumah parti Bunga.

12. Dengan lafaz syukur UMNO meraikannya kerana pembersihan parti secara semulajadi telah berlangsung dengan harmoni.

Salam takziah Parti Bunga..

Mahathir Cipta Kebusukan Dalam Tempoh 22 Tahun Menjadi Perdana Menteri - Roketkini

Hasil carian imej untuk mahathir dan lim kit siang

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang “autoritarian”.

Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan ‘komunis’ yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.

Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang ‘komunis’ bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.

Jika saya seorang ‘komunis’, maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.

Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang “autoritarian” dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.

Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam. Beliau ketika itu teruk diserang lupa – perkara yang tidak lagi berulang setelah itu.

Menurut Mahathir, saya mahu Guan Eng menggantikan saya.

Apakah beliau merujuk kepada langkah Guan Eng mengikuti jejak langkah saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); seterusnya ‘menamatkan pengajian’ dengan mengisi Penjara Kajang selama 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; hilang hak sivil, termasuk hak mengundi dan ikut serta dalam pilihanraya sebagai calon selama lima tahun kerana mempertahankan hak-hak seorang gadis berusia 15 tahun dari Melaka?

Atau yang Mahathir maksudkan adalah langkah Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Perlukah saya ingatkan Mahathir bahawa saya tidak pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang?

Atau beliau memaksudkan langkah Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP? Izinkan saya mengingatkan Mahathir bahawa saya berhenti menjadi Setiausaha Agung DAP pada tahun 1999 dan Guan Eng menjadi Setiausaha Agung pada tahun 2004.

Selain itu, Mahathir mungkin perlu diingatkan juga bahawa beliau bertanggungjawab atas penangkapan besar-besaran tanpa bicara di bawah ISA menerusi Operasi Lalang, pada Oktober 1987; bahawa beliau secara bersendirian telah memusnahkan kebebasan, kemandirian, dan profesionalisme jabatan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihanraya, agensi pencegahan rasuah dan perkhidmatan awam?

Apakah Mahathir juga perlu diingatkan bahawa di bawah pentadbirannya rasuah mula merebak di peringkat tinggi politik di Malaysia dan begitu juga salah-guna kuasa oleh pihak berkuasa?

Setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejutkan dengan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghumbannya ke penjara buat kali ketiga pada hari Selasa, 10 Februari, Mahathir telah mencatat di blognya, memetik Hamlet, mengisytiharkan bahawa “something is rotten in Malaysia.”

Ya, ada benda sedang membusuk di Malaysia – seperti yang terlihat pada terhumbannya seorang patriot seperti Anwar Ibrahim ke penjara buat kali ketiga walaupun telah mengabadikan 47 tahun daripada usianya untuk memperjuangkan keadilan, kebebasan, maruah manusia dan perpaduan negara.

Jika Malaysia ditanya siapa pemimpin politik tertinggi di masa lalu dan sekarang yang sepatutnya menghabiskan masa selama lima tahun dalam penjara, orang akan menyebut nama-nama lain, bukan nama Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan adanya kebusukan di Malaysia, busuk dari reput yang bermula dalam tempoh 22 tahun Mahathir berkuasa, dan dimulakan oleh Mahathir sendiri!

Hari ini, Mahathir bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi bukan kerana beliau hendak menghilangkan kebusukan, atau untuk memulihkan kebebasan dan integriti kehakiman dan kedaulatan undang-undang; untuk mengakhiri campurtangan ke atas kebebasan dan profesionalisme institusi negara seperti perkhidmatan awam, polis, suruhanjaya pilihanraya atau agensi anti rasuah; membasmi rasuah yang bermaharajalela; atau memulihkan etika dan kejujuran dalam kehidupan awam; atau memulihkan sistem pendidikan; atau mengembalikan daya saing ekonomi Malaysia.

Mahathir mahu menjatuhkan Najib bukan untuk menghilangkan kebusukan yang dimulakan oleh Mahahtir sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri, untuk agenda peribadi beliau sendiri. – Roketkini.com

Boboi FC: artikel ini pada tahun 2015. Bukan sahaja pada tahun 2015 Kit Siang dok menyalak menyalahkan Mahathir, lebih dari 20 tahun. Malah Kit Siang secara konsisten mendesak kerajaan lakukan siasatan terhadap skandal terbesar negara dan dunia - Skandal FOREX Bank Negara.

Monday, March 13, 2017

Lembu Siber Boboi Nganga Bila Presiden Parti Bunga Positif Kearah RUU355

Hasil carian imej untuk Muhyidin dan ruu355
*Parti Bunga Positif Ke Arah Sokong RUU355*

Parti dalam pakatan pembangkang nampaknya akan berdepan konflik lagi apabila Presiden Parti Bunga, Muhyiddin Yassin dikatakan mahu menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan ke atas Akta 355 melibatkan Mahkamah Syariah yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat.

Sokongan Muhyiddin itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Muhyiddin dalam satu mesyuarat bersama PAS menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU355.

“Sebenarnya perkara kita bincang dan dia (Muhyiddin) secara prinsipnya bersetuju dengan RUU 355, tidak ada apa-apa masalah. Dalam perbincangan mesyuarat kami, kita sudah ada dan bicarakan isu ini.

“Apa-apa isu yang berbangkit di Dewan Rakyat, dia tidak ada masalah untuk sokong,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam dan dialog politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa malam tadi.

Kenyataan Tuan Ibrahim ini sudah dicurigai oleh DAP yang mendakwa ia hanya direka-reka oleh beliau dan Muhyiddin sebenarnya tidak menyokong RUU355 kerana bekerjasama dalam Pakatan Harapan bersama DAP, PKR dan PAN.

Muhyiddin pun masih diam. Tidak berani cakap apa apa lagi mengenai RUU355. Agaknya Muhyiddin takut benar dengan DAP hingga takut untuk melukakan hati kawannya itu (DAP).

Apa pendirian DAP sekarang berkaitan usul RUU355 ?  Lim Kit Siang diminta menyatakan apa pandangan DAP bila parti bunga yang dipimpin oleh sekutu baiknya sekarang iaitu Mahathir mahu sokong RUU355?

Ketika PPBM dan DAP dilihat sepakat menentang Barisan Nasional (BN) dalam isu isu lain, rupanya rupanya dalam isu RUU355, parti bunga bersama dengan PAS.

Tidak bermesyuarat pun dengan DAP terlebih dahulu sebelum buat keputusan. Inilah pakatan kartun. Mereka buat keputusan yang bukan berpakat pun.

Mahathir mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan ini?

Mahathir pernah mempersoalkan niat PAS buat himpunan RUU355 di Padang Merbok. Mahathir kata himpunan itu tidak ikhlas. Yang ikhlas pada Mahathir hanya himpunan BERSIH sahaja.

Kini Muhyiddin mahu sokong RUU355, ianya jelas sekali bertentangan dengan pendirian Mahathir mengenai RUU355. "Boboi" pula tidak berani kata apa apa mengenai RUU355.

Kit Siang dan DAP nampaknya akan "all out" tentang dan lawan RUU355. Tetapi parti bunga pula tidak mahu bersama DAP lawan RUU355.

Inilah konflik yang bakal membelenggu Pakatan Harapan, DAP boleh gaduh dengan PAS mengenai RUU355. Tidak mustahil DAP juga akan gaduh dengan parti bunga mengenai RUU355.

Difahamkan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman juga menyokong RUU 355.

DAP sekarang ini masih menuntut Muhyiddin sendiri memberikan penjelasan berkaitan kenyataan Tuan Ibrahim itu adakah itu pendirian beliau atau pendirian PPBM sendiri menyokong pindaan berkenaan.

Inilah sebabnya ahli ahli DAP sudah jadi tidak percaya pada DAP. Mereka keluar parti bila terlalu muak dan benci melihat wayang wayang opera Kit Siang ini.

Di depan bukan main nampak baik dengan Mahathir, tetapi di belakang agenda mereka berlainan. Isu RUU355 ini sudah cukup memperlihatkan bagaimana Mahathir dan Kit Siang bermain opera di depan rakyat.- BeruangBiru@BB


Saturday, March 11, 2017

KEBANGSAWANAN BOBOI DAN PERBELANJAWAN LOKLAQ ...


Hasil carian imej untuk kenapa mukhriz kalah

Zaman Boboi memerintah dulu..Boboi telah melantik 21 orang Pegawai Khas. Kos untuk membayar gaji kepada Pegawai2 Khas yg dilantik Boboi adalah sebanyak RM2.1 juta. Tercatit dalam hansard DUN masa disoal Adun Derga dari DAP.

Zaman DS Diraja Ahmad Bashah memerintah pula. Beliau memperkenalkan Sumbangan BARAKAH yg menelan belanja sebanyak RM2 juta di mana sumbangan tersebut diberikan kepada 43 ribu buah keluarga dari seluruh negeri Kedah tanpa mengira ideologi politik.

Nampak dak? Boboi perabih wang rakyat RM2.1 juta setahun untuk bayar pegawai2 khas yg terdiri drp kawan2nya yg dibawa masuk drp luar Kedah seperti Pecal Peeja,Anaskin,Azreen dan lain2 lagi hanya untuk menjaga beliau bukan jaga negeri..manakala DS Diraja Ahmad Bashah pula gunakan RM2 juta untuk beri sumbangan barangan kepada 43 ribu buah keluarga di seluruh negeri Kedah.

Pembaziran dan style kebangsawanan apakah yg Boboi lakukan di Kedah. Belanjawan Negeri 3 tahun berturut turut defisit 25% mencanak naik. Antara yg terlebih belanja pejabat dia sendiri. Mai Dato Bashah bajet negeri defisit turun 5%. Siapa yang lebih tera urus bajet dan perbelanjaan mengurus negeri.

Nampak dak? Zaman Boboi tak naik macam mana. Pi Jepun guna duit rakyat bawa ramai ramai sekadar selfie.. pelaburan elek. Pi London tengok anak guna duit negeri. Pi melancong bawa body guard dan pegawai khas atas nama pelaburan tau tau elek habuk pun tarak. 

Ni satu lagi... Pi England lagi bawa pegawai KFA jenama kroni kunun nak tengok kelab Cardif City milik jutawan Malaysia guna duit negeri jugak. Cuba tanya.. Berapa org dah pemain Kedah yg dia bawa dan adjust latih di Cardif City atau yang berjaya main di BPL?. Ini semua poyo. Kebangsawanan dan pembaziran yang Boboi lakukan bersifat serata rata. 

SAPA DIA BANGSATWAN YG MEMBAZIR WANG RAKYAT? 

SAPA DIA HERO RAKYAT KEDAH YG SEBENAR?



Pena : Ketua Pengarang A.P.I

Lembu2 Siber Boboi Berani Ker Nak Nafikan Tuan Mereka Gagal.


Mukhriz Mahathir tidak sebagus yang diperkatakan macai2nya. Mukhriz hanya bersandar pada aura mereput Mahathir untuk menentukan nyawa politik kelaut beliau. Admin lampirkan sekali catatan sepanjang kegagalan Mukhriz sebagai MB atas dasar ehsan.

1. Di antara pet projek yang diusahakan semasa Mukhriz menjadi MB Kedah ialah usaha melobi pelabur dari China untuk bangunkan projek Terminal Ikan Bersepadu di Kuala Kedah.

2. Projek berimpak tinggi ini melibatkan tapak konsesi seluas 500 ekar.

3. Jangkaan populasi pekerja ialah seramai 20 ribu menjelang 2025.

4. Apabila Bashah mengambilalih kepimpinan Kedah, segala kerjasama diberikan kepada syarikat dari China ini termasuk kelulusan merancang dan sebagainya.

5. Pihak UPEN dan Majlis Mesyuarat Kerajaaj Negeri juga komited dengan menyediakan segala kerjasama yang diperlukan.

6. Namun projek yang dulunya dicanangkan Mukhriz membawa impak lebih RM5Bilion, namun setelah pelbagai kelulusan diberi dan syarikat pelabur berkenaan diminta membayar comitmen fee sebagai jaminan projek..Syarikat dimaksudkan terus menyepi.

7. Isunya disini pada peringkat awal sepertimana bapaknya apa nama, Mukhriz sama sekali membuat keputusan secara one man show.

8. Kajian kebolehlaksanaan projek tidak pernah diarahkan untuk dibuat BPEN sepertimana biasa.

9. Kertas cadangan untuk kelulusan dasar dalam Exco seakan didiamkan.

10.Bukti ada hanky panky dlm urustadbirnya.

11.Perkara yang sama berlaku dalam isu anugerah dan ambilan tanah RC SS yang menjadi kontroversi di Jalan Pegawai di Sungai Petani.

12. MUKHRIZ selaku MB ketika itu apabila dimajukan projek komersial terlibat oleh pemaju terus mengeluarkan arahan agar PKNKmembuat permohonan pengambilan tanah dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda.

13. Sekali lagi kaedah apa nama tidak melibatkan BPEN untuk membuat kajian impak dan kebolehlaksanaan projek tersebut.

14. Lebih malang cadangan projek berkenaan juga tidak pernah dibawa berbincang dalam EXCO untuk kelulusan.

15.Segalanya mengikut dasar ikut suka, one man show dan penggunaan elemen diktator.

16. Benarlah kemana tumpahnya dalca kalau tidak ke Nasi Kandar.

17. Nyata, pentadbiran Mukhriz eranya bukan sahaja tidak kompeten. Memaparkan aspek bluur yg jelas selain bodoh sombong akan tetapi sebahagian besarnya hampir membawa kerosakan kepada Bumi Kedah Darul Aman.

18. Lega kini, elemen beliau sudah tiada meskipun kini beliau kuat mengigau untuk kembali ke mercu kuasa.


Hasil carian imej untuk mukhriz berangan

Catatan :
Man Cendoiii
Hujung bendang

Friday, March 10, 2017

Lembu Siber Boboi Sudah Terdesak Kah Nak Pertahankan Kemungkaran Boboi!!!

Image may contain: 2 people, close-up
Adakah rakyat kedah terutamanya anak2 muda masih terpengaruh lagi dengan janji dan sembang palsu DS Mukhriz Boboi yabg tenyata bijak berjanji dan menggunakan peluang dari aura berkarat bapanya Tun Mahathir bapak segala penyamun. Selama 3 tahun memegang jawatan MB Kedah apa saja yang telah DS Mukhriz Boboi dah buat di negeri Kedah.. Janji .. Janji.. sajalah.. Sampai Kiamat pun belum tentu janji2 yang di janji tu di tunaikan...

Sekarang DS Mukhriz Boboi mengarahkan askar2 lembu siber beliau menyerang kepimpinan DS Diraja Ahmad Bashah yg ternyata banyak merubah ekonomi negeri kedah dan membantu rakyat kedah disepanjang satu tahun memegang jawatan sebagai MB Kedah. Pelbagai bentuk rekaan fitnah melampau dilontarkan.. ternyatalah pihak boboi semakin sakit teruk akal berfikir secara normal.


Ramai rakyat Kedah yg tak tau kisah sebenar kenapa Litar 1Kedah ini menjadi lambat. Malah ramai yang terpercaya setelah terpedaya dgn fitnah drp puak2 pemakan dedak bulanan Mukhris menyalahkan PM DS Najib yg sengaja tak bagi peruntukan akibat duit Malaysia dah habis nak bangkrap. Anehnya ramai yg hadam fitnah ni bulat2 tanpa sedikit pun rasa utk mencari info yg sebenar.

Litar 1Kedah ini merupakan salah satu drp 7 permintaan yg dibuat oleh anak muda Kedah ketika DS Najib turun ke program 20k Anak Muda Kedah Bersama PM di Stadium Sultan Abdul Halim,Suka Menanti pada tahun sebelum PRU13 lepas. DS Najib ketika berucap merasmikan program tersebut telah menyatakan persetujuan terhadap permintaan untuk pembinaan Litar 1Kedah dan beberapa permohonan yg lain. Atas sebab itu Litar 1Kedah menjadi salah satu janji dalam manifesto BN Kedah pada PRU13 yg lepas.


Ketika itu DS Najib dimaklumkan yg Litar tersebut sekadar litar untuk kegunaan anak2 muda Kedah yg minat dalam sukan permotoran dan bagi me mengelakkan mereka drp terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalanan. Jadi Litar tersebut adalah Litar Rakyat utk rakyat Kedah bukannya litar bertaraf antarabangsa seperti di Sepang. Sebab itu DS Najib meluluskan permohonan drp anak muda Kedah yg disampaikan oleh Presiden MBN Kedah ketika itu Ku Iskandar.

Malangnya..selepas BN berjaya menang dan Mukhris diangkat jadi MB (atas permintaan bapaknya sendiri), tiba2 Mukhris ubah perancangan untuk Litar 1Kedah itu. Drp asalnya sebuah litar rakyat utk kegunaan anak muda Kedah telah bertukar menjadi litar antarabangsa seperti di Sepang. Malah Mukhris sudah pun pandai2 pi bagi kat syarikat yg dijaga oleh abgnya secara direct nego utk projek Litar 1Kedah itu. Kos yg dipohon oleh Mukhris kepada Kerajaan Persekutuan utk bina Litar 1Kedah itu adalah RM8O juta. Satu jumlah yg sangat besar. Lebih teruk lagi adalah kos utk penyelenggaran litar tersebut adalah sebanyak RM22 juta setiap tahun yg sudah pasti akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Jadi..dari tahun 2013 hingga 2016 Mukhris dok main tarik tali dengan projek Litar 1Kedah ini. Inilah yg menjadi PUNCA sebenar kenapa pembinaan Litar 1Kedah ini tertangguh lama! Mintak nak buat Rumah Mesra Rakyat pastu bila dah setuju terus tukaq nak buat rumah banglo mahligai..pastu kontraktor bina rumah bagi kat abg sendiri. Nampakkkkkk???


Allah Maha Besar!!! Apabila Mukhris letak jawatan (bukan kena buang) drp jawatan MB setelah semua ADUN2 BN,EXCO2,Ketua2 Bahagian UMNO dalam Kedah hilang kepercayan kepada kepimpinan Mukhris dalam mengemudi negeri Kedah dan UMNO Kedah..dan digantikan dengan DS Diraja Ahmad Bashah..byk perkara yg gagal diselesai oleh Mukhris berjaya diselesaikan oleh DS Diraja Ahmad Bashah. Contohnya..seperti Litar 1Kedah inilah. Akhirnya Litar 1Kedah menjadi kenyataan apabila Kerajan Persekutuan meluluskan RM30 juta bagi pembinaan Litar 1Kedah ini di Sungai Petani. Perkara ini diumum sendiri oleh DS Najib malah DS Najib sendiri diminta datang merasmikan majlis pecah tanah oleh DS Diraja Ahmad Bashah yg dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Inilah yg membuatkan Mukhris dan pemakan2 dedaknya meraung marah dan kecewa kerana tidak menyangka yg DS Diraja Ahmad Bashah yg sebelum ini mereka hina sebagai Mat Lena berkelulusan SRP mampu menyelesaikan isu Litar 1Kedah untuk anak muda Kedah ini dalam masa tak sampai setahun menjadi MB Kedah. Sebab itu pada mulanya penjilat Mukhris Mie Daim dalam satu ceramah parti Bunga berkata pengumuman bina Litar 1Kedah itu sebagai bohong. Lepas kata bohong pemakan2 dedak Mukhris kata sebenarnya Mukhris yg buat semua itu dan peruntukan rm30 juta tu pun hasil duit pampasan tanah oleh syarikat St Regis yg mai bina hotel di Langkawi.

Nampak dak betapa tertekannya Mukhris dan pemakan2 dedaknya dlm isu Litar 1Kedah ini. Mula depa kata bohong pastu depa mengaku semua tu depa yg buat. Hakikat yg HARUS rakyat Kedah tahu..selama 3 tahun Mukhris jadi MB..tak pernah sekali blueprint litar,proses pengambilan tanah dibentangkan kepada rakyat. Kini bila Litar 1Kedah sudah hampir pasti jadi kenyataan baru nak mengaku kata dia dah buat. Kalau betul Mukhris dah buat semua ini..dlm masa 3 tahun jadi MB sudah tentu Litar 1Kedah itu sudah siap atau hampir siap pembinaannya. Akhirnya Mat Lena yg berkelulusan SRP la yg berjaya sekolahkan Mukhris anak mantan PM paling berkuasa selama 22 tahun tentang bagaimana mahu menjadi seorang pentadbir yg mampu selesaikan masalah rakyat. Nampakkkk???

Apa yg pasti..DS Diraja Ahmad Bashah bukan saja akan diingati sebagai orang yg berjaya merealisasikan pembinaan Litar 1Kedah untuk anak muda Kedah tapi DS Diraja Ahmad Bashah juga akan diingati sebagai hero yg berjaya menyelamatkan RM50 juta wang rakyat drp masuk ke kocek konsyaitan kroni pihak tertentu..malah DS Diraja Ahmad Bashah juga berjaya menyelamatkan RM22 juta setahun wang rakyat Kedah drp dibazirkan oleh org yang tak pernah mengenal erti kesusasahan rakyat marhaen seperti kita semua. Tabik spring buat Tok Bashah! Salute selamanya dan 2 ibu jari ke atas kepada Hero Rakyat Kedah yg sebenar!!!

"BILA BASHAH MEMERINTAH BOBOI MULA MELATAH"

Pena : Ketua Penerangan A.P.I

#Litar1Kedah
#BashahMemerintah
#BoboiMelatah
#HeroRakyatKedah

Wednesday, March 8, 2017

Mahathir Sibukkan Tanah Forest City, Yang Tanah Langkawi Dia Dah Gadai.....




Agak melucukan bila seorang atok tua mudah lupa mamak karala mahathir tunjuk tanah kubur dan persoal kenapa boleh jadi hak milik kekal hahaha... mungkin tengah survey mau dia ditanam di mana kut.... hehehe... rasanya cukup-cukuplah mahathir kau nak main sentimen forest city... menyalak bising sebab kroni dan taikun cina bising harga hartanah di JB jatuh sebab nanti permintaan rumah lebih sedikit berbanding rumah yang berlambak banyak untuk dibeli sebab prjek forest city... cuba fikir... bukan bagus ke untuk rakyat... dapat mereka beli rumah harga lebih rendah... kenapa nak jaga dan pentingkan kroni dan pemaju dulu berbanding kepentingan rakyat... sudah nyanyok ka...


Sibuk kacau rumah orang di JOHOR tapi tanah tergadai dan dimiliki cina singapore depan batang hidung tak nampak... apa kes ni mamak karala tanah resort di Datai dan Andaman yang asalnya tanah rizab Melayu kini jatuh ke tangan cina Singapura... Masa resort ini dibangunkan oleh Landmark Berhad kepunyaan kroni Mahathir, sudah diketahui ianya tanah rizab Melayu. Tapi di "adjust" juga kan... sebab kroni...
Kini tuan punya proksi atau kroni Mahathir sudah jual Landmark pada kumpulan cina dari Singapore yang Mahathir benci... bila mau tebus tanah rizab melayu ni... sudahlah mahathir bersepah kalau nak korek... banyak lagi yang akan didedahkan.... sebelum terlewat better bertaubat... kata karpal singh heheheh....

Tanah Langkawi yang tergadai kepada Cina Singapore apa kisah yer Mahathir ....


MADU BUNGA YANG HILANG MANISNYA..

Hasil carian imej untuk mukhriz yg terpana

1. Sempat meneliti beberapa siri ceramah Parti Bunga di Kedah..Selain rombongan penceramah yang datang dengan 4 atau 5 buah kereta..pendengar lain ialah anak muda sekolah yang tunggang basikal tengah malam dan beberapa kerat yg entah diupah dari mana.

2. Melihat ucapan dari orang yang dikatakan tokoh dari Bunga sekalipun apa yang dilontarkan seperti budak budak yang tidak puas hati kerana bola atau mainannya baru saja hilang.

3. Kerana tak banyak kejayaan..bukti pembangunan yang dilaksanakan di era Timbalan Presiden Bunga menjadi MB Kedah dulu maka tak dapatlah nak dijadikan testimoni kepada khalayak sebagai bahan bukti.

4. Lantas isu yang dikupas berpusing pusing seperti isu kos sara hidup, GST dan sebagainya.

5. Padahal khalayak yang datang sudah sarat pemahaman mereka dengan semu isu terlibat. Mereka hakikatnya datang untuk mendengar apa solusi jika parti bunga ada untuk atasi situaso sekarang.
Adakah penyelesaian yang lebih baik?. Apa tawaran dan dasar yang hendak diperkenalkan jika Bunga mentadbir Kedah?

6. Malang isu isu itu tidak dirungkai. Puncanya jelas.Aktivis Bunga di Kedah adalah kelompok aktivis yang sebenarnya sudah hilang aura dan bisa. Kawan rakan lebih mengenali mereka sebagai golongan yang dulunya semasa dalam UMNO adalah trouble maker.Kaki songlap dan makan keliling serata rata.

7. Syukur..kini mehnah dan sampah sarap itu sedang menghuni sarang dan tong taik Bunga.

8.Mereka sedang menjadi anai anai..oportunis dan mereputkan Bunga dari dalam. Makanya kerja BN menjadi bertambah ringan

8. Dan bunga bunga ini ibarat bunga plastik. Kembang mereka bukan genuine..Sampai masa bila kaler bunga plastik tadi pudar serta tidak menyerikan lagi rumah ianya akan dikutip lalu dibuang di tong kitar semula.

9. Nyatalah kehadiran bunga tak lebih dari ibarat lalat hijau yang sedang cuba mencubit makanan atas meja..Halau dan gunakan alat pengibas lalat maka beredarlah ia..

Boboi FC.

Tuesday, March 7, 2017

Manipulasi Dan Persepsi Mainan Lembu Siber Berbayar Boboi...

Imej yang berkaitan

MANIPULASI MUKHRIZ TERSERLAH.

1.Troopers hingusan MUkhriz Boboi yg dulunya bersembunyi balik tiang dan mencuri berita secara pandang dengar kebelakangan ini memuatnaik infografik akan pencapaiannya semasa menjadi MB Kedah dahulu.

2. Walhal hakikat sebenarnya apa yang dibuat hanyalah angan kosong semata mata. Tak perlu pergi jauh..sepanjang 3 tahun termasuk dlm ucapan bajet beliau bercakap soal nak dirikan Litar Lumba..Namun apabila tidak lagi menjadi MB lakaran asas litar dan rekabentuk litar tidak pernah kelihatan.Padahal menyatakan dari awal mendapat khidmat rundingan SIC dan syarikat dari Jepun.

3. Lebih malang..pengambilan tanah untuk tapak litar juga tidak pernah dibuat walhal dia sedia maklum proses pengambilan memakan masa. Namun tak boleh salahkan dia. ANAK manja yang bluur menganggap semua tanah di Kedah bapak dia yang punya sepertimana mudahnya .Mahadey melupuskan tanah strategik di Langkawi kepada kroni dan rakan taulannya sepanjang 22 tahun menjadi PM.

4. Lebih malang..projek komersial pecah tanah atas tanah milik Majlis Agama dan Yayasan Islam kunun untuk pembangunan semula Masjid Dakwah kini juga terbengkalai. Bila disemak, Mukhriz melakukan upacara pecah tanah tanpa terlebih dahulu memohon kebenaran merancang dari Majlis Bandaraya. Kini hanya kepingan zink sebagai dinding yg melindungi tapak kosong berkenaan di Jalan Kolam Air. Satu lagi bukti bluurnya pentadbiran anak seorang negarawan.

5. Kita tak payah pergi jauh..sekadar meminta senaraikan program dilaksana hasil getusan idea dari pejabat MB yang diketuainya dulu..Kesimpulan yang boleh dibuat tidak ada.

6. Program kursus kahwin percuma anak muda yang diuarkan adalah program JAIK. Pakej baby kit atau Insentif Kelahiran anak ianya adalah program JKM yang sudahpun dilaksana diperingkat nasional beliau hanya menyerahkannya sahaja.

7. Insentif pengurusan pondok yang dikatakan dimulakannya juga adalah satu pembohongan. Ikut rekod bendahari negeri ianya mula disumbangkang pada semua pondok di Kedah mulai 17 April 2016..selepas beliau tidak lagi menjadi MB.

8. Inilah sikap munafik seorang pemimpin bernama Mukhriz Mahathir..Beliau  boleh berlakon bersolat jam 12 tengahari dengan diikuti makmum yang merupakan cai troopers hingusannya kemudian diambil gambar dan diviralkan. Solat apakah jam 12 tengahari itu.?

9. Adakah dhuha gajah atau solat jamak Zohor per se? Agama sendiri sanggup dimanipulasikan..Tidak hairan kenaoa ahli keluarganya seperti Marina menyokong kuat LGBT dan pejuang atheis.

10. Kini gerakan terbarunya pula mengadakan rundingan sulit bersama pimpinan PAS Kedah dengan sejumlah wang dijanjikan bagi biaya kempen pilihanraya ke 14.

11. Di waktu yang lain berbaiah secara bersungguh dengan pimpinan Amanah, DAP dan PKR Kedah dengan gesaan supaya memusnahkan kekuatan PAS by hook or by crook.

12. Etika dasar pecah perintah amalan yang diwarisi dari bapaknya dahulu. Barangkali dia berfikir dia bijak padahal tindak tanduknya yang suka memanipulasi sudah dapat dihidu.

13. Kedah akan menjadi pusara terakhirnya dimana karier politik beliau dan ayahnya akan dipaku kerandakan..

Boboi FC.