Tuesday, March 28, 2017

Mahathir Dan Mukhriz Hanya Sampah Dimata Pembangkang Sebenarnya....


Belum pun sah bersama, Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) sudah berbalah dengan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) berhubung nama khas yang akan digunakan oleh pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mahu nama khas Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat yang menyerupai Barisan Nasional (BN) selepas PPBM sah menyertai pakatan pembangkang.

Cadangan itu bagaimanapun dibantah oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), manakala DAP yang berhasrat mempergunakan PPBM untuk mendapat undi kaum Melayu hanya berdiam diri.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan, nama Pakatan Harapan perlu dikekalkan walaupun selepas PPBM menyertai pakatan pembangkang bagi mengekalkan agenda reformasi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya anjurkan untuk dikekalkan Pakatan Harapan sebagai pakatan pembangkang yang ada sejarahnya, kekuatan dan jati diri sejak Reformasi.

“Jangan lupa pakatan pembangkang menang kerana fokus kepada isu-isu rakyat yang konsisten sehingga UMNO hilang sokongan dan tertubuhnya PPBM. Muafakatlah atas dasar prinsip keadilan, kebenaran dan pembelaan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengerusi PAN, Mohamad Sabu semalam turut menegaskan nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar kepada nama lain.

Muhyiddin dua hari lalu mencadangkan supaya nama Pakatan Harapan ditukar kepada Barisan Rakyat agar ia menjadi sebuah gabungan berteraskan kepimpinan Melayu.

Syed Ibrahim dalam pada itu menegaskan, Pakatan Harapan tidak akan mengikuti langkah perjuangan UMNO iaitu memperjuangkan kepentingan kaum Melayu kerana Pakatan Harapan untuk setiap kaum.

“Seperti mana Pakatan Rakyat, ia tidak didasarkan atas pakatan perkauman seperti mana BN. Ia diasaskan atas prinsip-prinsip bersama dan sejagat. Inilah legasi Anwar,” tegasnya.

Bliau turut mengingatkan anggota parti Pakatan Harapan lain tentang ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Dr, Wan Azizah Wan bahawa kesepakatan politik Pakatan Harapan merupakan salah satu daripada agenda reformasi yang diperkenalkan suaminya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan partinya akan menyertai Pakatan Harapan dan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima PPBM.

No comments:

Post a Comment