Thursday, March 16, 2017

Mahathir Mahu Tiru BN, Bukan Tiru DAP, Apa Sudah Jadi?'

Hasil carian imej untuk MAHATHIR ppbm dan dap dan bn

Sebagai pemimpin parti, biasanya mereka akan merencanakan strategi tersendiri untuk menang pada pilihan raya.

Bukannya cara meniru bulat-bulat gaya parti lain lebih-lebih lagi parti yang dulu disertainya tetapi kini dibenci, sebenci bencinya.

Itulah gaya Mahathir yang mahu Pakatan Harapan pembangkang, DAP, PKR dan PAN meniru gaya Barisan Nasional (BN) jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, pakatan pembangkang mesti mengikut cara BN jika mahu menang kerana BN ada kekuatan sebagai satu gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada ketika terdapat perbezaan pendapat.

Menurutnya, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

"Kalau mereka (BN) cantum diri mereka dalam satu gabungan dan bertindak bersama dengan satu matlamat, barulah boleh mencapai kejayaan. Inilah rahsia parti Perikatan dan kemudian BN.

"Rahsianya, mereka mempunyai 13 buah parti tetapi mereka tidak ada perpecahan di kalangan mereka dalam satu usaha untuk memenangi pilihan raya. Mungkin ada perbezaan pendapat antara MCA dengan (Yayasan) NAAM, MIC dengan PPP atau lain-lain, tetapi semua itu diketepikan," katanya.

Adakah Mahathir berasakan bahawa parti pembangkang tidak tahu akan perkara itu? Jelas sekali pembangkang sudah arif berkenaan perkara itu tetapi mereka enggan bersatu sebagai satu gabungan kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.

Berpakat hanya sekadar untuk menang sahaja. Lepas menang masing masing ada agenda masing masing.

DAP sudah tentu jadi parti teras dalam Pakatan Harapan. Parti terbesar itu tidak hanya berpuas hati dengan jawatan TPM, sebab itu Kit Siang pernah kata apa salahnya kalau bercita cita menjadi PM.

Mahathir pula ada cita citanya sendiri iaitu inginkan anaknya menjadi PM. Jangan dilupakan Anwar. Kalau Anwar keluar, Anwar juga mahu jadi PM.


Kelam kabut jadinya Pakatan Harapan ini. Sebab itulah mereka tidak mahu buat satu pakatan yang jelas secara perlembagaan dan logo.

Supaya senang bercerai dan berpisah bila mahu melaksanakan agenda peribadi masing masing.

Hancur negara kalau jadi begitu. Janji entah ke mana, yang penting bagi mereka hanyalah merampas kuasa.


Jika ada wakil mereka yang menang lebih banyak kerusi, mereka boleh berkuasa dengan menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri.

Mahathir tahu semua ini tetapi apa boleh buat, demi cita cita peribadi dan kepentingan kroni, Mahathir sanggup buat apa sahaja.

Mahathir menuduh ahli BN dan UMNO sudah tidak mempercayai pemimpin serta gabungan itu bergolak menentang Najib.

Kontradiksnya dalam kenyataan itu Mahathir menyatakan tiada perpecahan dalam BN dan ikatan sesama parti komponen adalah amat kuat.

Maknanya Mahathir tahu BN masih kuat dan bertambah kuat untuk hadapi PRU14. Oleh kerana itulah Mahathir langsung tidak berani turun ganggu masa PRK Tanjung Datu, sebab tahu BN akan menang.

Kenapa Mahathir tidak mahu tiru cara DAP? Apakah Mahathir tidak mahu iktiraf Kit Siang sebagai pemimpin parti politik paling lama di dunia? Sejak 1966 sampai sekarang, sudah tentu strategi DAP lebih baik.

Kit Siang berjaya kekal selama 51 tahun. Anaknya berjaya jadi Ketua Menteri dua penggal. Pencapaian Kit Siang itu jauh lebih baik dari Mahathir. Mengapa Mahathir tidak mahu tiru?

Meniru cara BN adalah satu strategi yang amat memalukan sama sekali. Pakatan pembangkang tidak akan boleh menjadi satu pakatan pun.

Hendak bermesyuarat satu meja pun mereka gagal apatah lagi hendak buat satu logo dan perlembagaan.

Calon Perdana Menteri pun sampai "pecah kepala" mereka fikir nama yang sesuai.

Tidak ada satu nama lagi untuk siapa calon PM Pakatan Harapan. Itu dah jadi bukti mereka tidak berpakat pun sebenarnya.- BeruangBiru@BB


Tuesday, March 14, 2017

Parti Bunga Gempaq Keling Riuh Sekampung..


1. Bukan rahsia lagi pergolakan sedang panas berlaku di 6 Bahagian parti Bunga di Kedah.

2. Asasnya kerana kelompok yang menyebelahi Mukhriz dan kelompok Muhyiddin. Keduanya kerana persaingan kunun mahu menjadi calon.

3. Padahal agihan kerusi antara Bunga dan parti pembangkang lain di Kedah masih belum dimuktmadkan.

6. Dari analisis yang dibuat paling banyak kerusi DUN yang kemungkinan diserahkan pada Bunga hanyalah 5 dan kerusi Parlimen pula 3.

7. Hairan jika pun menang 5 kerusi DUN dan diandaikan pakatan pembangkang menang di Kedah adakah jawatan MB akan diserahkan pada parti yang kuasai kerusi yang sedikit.

8. Lantaran itulah Bunga tidak lebih dari sekadar sebuah parti yang hanya wujud tak lebih untuk menjadi talian hayat orang tertentu.

9. Bila disoal aktivis partinya mereka sendiri keliru dan tidak jelas halatuju..sebahagian kecil yang lain pulak hanya ikut ikutan kerana diberi sedikit imbuhan.

9. Ramai pula yang kini sudah punyai pemikiran kedua untuk kembali pada UMNO namun agak malu malu berbuat demikian.

10. Hakikatnya UMNO beruntung.Dengan adanya parti Bunga telah membuka laluan pada golongan oportunis, kaki kacau, kaki gaduh, kakai pau dan kaki sabotaj yang selama ini bersarang dalam UMNO dan kini gerombolan paku pakis ini berpaut pada Bunga.

11. Menjadi anai anai yang sedang merobek dari dalam.mengambil sisa nikmat apa yang ada sambil setiap hari menggali lubang yang akhirnya membawa runtuh pada rumah parti Bunga.

12. Dengan lafaz syukur UMNO meraikannya kerana pembersihan parti secara semulajadi telah berlangsung dengan harmoni.

Salam takziah Parti Bunga..

Mahathir Cipta Kebusukan Dalam Tempoh 22 Tahun Menjadi Perdana Menteri - Roketkini

Hasil carian imej untuk mahathir dan lim kit siang

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang “autoritarian”.

Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan ‘komunis’ yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.

Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang ‘komunis’ bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.

Jika saya seorang ‘komunis’, maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.

Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang “autoritarian” dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.

Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam. Beliau ketika itu teruk diserang lupa – perkara yang tidak lagi berulang setelah itu.

Menurut Mahathir, saya mahu Guan Eng menggantikan saya.

Apakah beliau merujuk kepada langkah Guan Eng mengikuti jejak langkah saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); seterusnya ‘menamatkan pengajian’ dengan mengisi Penjara Kajang selama 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; hilang hak sivil, termasuk hak mengundi dan ikut serta dalam pilihanraya sebagai calon selama lima tahun kerana mempertahankan hak-hak seorang gadis berusia 15 tahun dari Melaka?

Atau yang Mahathir maksudkan adalah langkah Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Perlukah saya ingatkan Mahathir bahawa saya tidak pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang?

Atau beliau memaksudkan langkah Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP? Izinkan saya mengingatkan Mahathir bahawa saya berhenti menjadi Setiausaha Agung DAP pada tahun 1999 dan Guan Eng menjadi Setiausaha Agung pada tahun 2004.

Selain itu, Mahathir mungkin perlu diingatkan juga bahawa beliau bertanggungjawab atas penangkapan besar-besaran tanpa bicara di bawah ISA menerusi Operasi Lalang, pada Oktober 1987; bahawa beliau secara bersendirian telah memusnahkan kebebasan, kemandirian, dan profesionalisme jabatan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihanraya, agensi pencegahan rasuah dan perkhidmatan awam?

Apakah Mahathir juga perlu diingatkan bahawa di bawah pentadbirannya rasuah mula merebak di peringkat tinggi politik di Malaysia dan begitu juga salah-guna kuasa oleh pihak berkuasa?

Setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejutkan dengan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghumbannya ke penjara buat kali ketiga pada hari Selasa, 10 Februari, Mahathir telah mencatat di blognya, memetik Hamlet, mengisytiharkan bahawa “something is rotten in Malaysia.”

Ya, ada benda sedang membusuk di Malaysia – seperti yang terlihat pada terhumbannya seorang patriot seperti Anwar Ibrahim ke penjara buat kali ketiga walaupun telah mengabadikan 47 tahun daripada usianya untuk memperjuangkan keadilan, kebebasan, maruah manusia dan perpaduan negara.

Jika Malaysia ditanya siapa pemimpin politik tertinggi di masa lalu dan sekarang yang sepatutnya menghabiskan masa selama lima tahun dalam penjara, orang akan menyebut nama-nama lain, bukan nama Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan adanya kebusukan di Malaysia, busuk dari reput yang bermula dalam tempoh 22 tahun Mahathir berkuasa, dan dimulakan oleh Mahathir sendiri!

Hari ini, Mahathir bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi bukan kerana beliau hendak menghilangkan kebusukan, atau untuk memulihkan kebebasan dan integriti kehakiman dan kedaulatan undang-undang; untuk mengakhiri campurtangan ke atas kebebasan dan profesionalisme institusi negara seperti perkhidmatan awam, polis, suruhanjaya pilihanraya atau agensi anti rasuah; membasmi rasuah yang bermaharajalela; atau memulihkan etika dan kejujuran dalam kehidupan awam; atau memulihkan sistem pendidikan; atau mengembalikan daya saing ekonomi Malaysia.

Mahathir mahu menjatuhkan Najib bukan untuk menghilangkan kebusukan yang dimulakan oleh Mahahtir sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri, untuk agenda peribadi beliau sendiri. – Roketkini.com

Boboi FC: artikel ini pada tahun 2015. Bukan sahaja pada tahun 2015 Kit Siang dok menyalak menyalahkan Mahathir, lebih dari 20 tahun. Malah Kit Siang secara konsisten mendesak kerajaan lakukan siasatan terhadap skandal terbesar negara dan dunia - Skandal FOREX Bank Negara.

Monday, March 13, 2017

Lembu Siber Boboi Nganga Bila Presiden Parti Bunga Positif Kearah RUU355

Hasil carian imej untuk Muhyidin dan ruu355
*Parti Bunga Positif Ke Arah Sokong RUU355*

Parti dalam pakatan pembangkang nampaknya akan berdepan konflik lagi apabila Presiden Parti Bunga, Muhyiddin Yassin dikatakan mahu menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan ke atas Akta 355 melibatkan Mahkamah Syariah yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat.

Sokongan Muhyiddin itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Muhyiddin dalam satu mesyuarat bersama PAS menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU355.

“Sebenarnya perkara kita bincang dan dia (Muhyiddin) secara prinsipnya bersetuju dengan RUU 355, tidak ada apa-apa masalah. Dalam perbincangan mesyuarat kami, kita sudah ada dan bicarakan isu ini.

“Apa-apa isu yang berbangkit di Dewan Rakyat, dia tidak ada masalah untuk sokong,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam dan dialog politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa malam tadi.

Kenyataan Tuan Ibrahim ini sudah dicurigai oleh DAP yang mendakwa ia hanya direka-reka oleh beliau dan Muhyiddin sebenarnya tidak menyokong RUU355 kerana bekerjasama dalam Pakatan Harapan bersama DAP, PKR dan PAN.

Muhyiddin pun masih diam. Tidak berani cakap apa apa lagi mengenai RUU355. Agaknya Muhyiddin takut benar dengan DAP hingga takut untuk melukakan hati kawannya itu (DAP).

Apa pendirian DAP sekarang berkaitan usul RUU355 ?  Lim Kit Siang diminta menyatakan apa pandangan DAP bila parti bunga yang dipimpin oleh sekutu baiknya sekarang iaitu Mahathir mahu sokong RUU355?

Ketika PPBM dan DAP dilihat sepakat menentang Barisan Nasional (BN) dalam isu isu lain, rupanya rupanya dalam isu RUU355, parti bunga bersama dengan PAS.

Tidak bermesyuarat pun dengan DAP terlebih dahulu sebelum buat keputusan. Inilah pakatan kartun. Mereka buat keputusan yang bukan berpakat pun.

Mahathir mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan ini?

Mahathir pernah mempersoalkan niat PAS buat himpunan RUU355 di Padang Merbok. Mahathir kata himpunan itu tidak ikhlas. Yang ikhlas pada Mahathir hanya himpunan BERSIH sahaja.

Kini Muhyiddin mahu sokong RUU355, ianya jelas sekali bertentangan dengan pendirian Mahathir mengenai RUU355. "Boboi" pula tidak berani kata apa apa mengenai RUU355.

Kit Siang dan DAP nampaknya akan "all out" tentang dan lawan RUU355. Tetapi parti bunga pula tidak mahu bersama DAP lawan RUU355.

Inilah konflik yang bakal membelenggu Pakatan Harapan, DAP boleh gaduh dengan PAS mengenai RUU355. Tidak mustahil DAP juga akan gaduh dengan parti bunga mengenai RUU355.

Difahamkan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman juga menyokong RUU 355.

DAP sekarang ini masih menuntut Muhyiddin sendiri memberikan penjelasan berkaitan kenyataan Tuan Ibrahim itu adakah itu pendirian beliau atau pendirian PPBM sendiri menyokong pindaan berkenaan.

Inilah sebabnya ahli ahli DAP sudah jadi tidak percaya pada DAP. Mereka keluar parti bila terlalu muak dan benci melihat wayang wayang opera Kit Siang ini.

Di depan bukan main nampak baik dengan Mahathir, tetapi di belakang agenda mereka berlainan. Isu RUU355 ini sudah cukup memperlihatkan bagaimana Mahathir dan Kit Siang bermain opera di depan rakyat.- BeruangBiru@BB


Saturday, March 11, 2017

KEBANGSAWANAN BOBOI DAN PERBELANJAWAN LOKLAQ ...


Hasil carian imej untuk kenapa mukhriz kalah

Zaman Boboi memerintah dulu..Boboi telah melantik 21 orang Pegawai Khas. Kos untuk membayar gaji kepada Pegawai2 Khas yg dilantik Boboi adalah sebanyak RM2.1 juta. Tercatit dalam hansard DUN masa disoal Adun Derga dari DAP.

Zaman DS Diraja Ahmad Bashah memerintah pula. Beliau memperkenalkan Sumbangan BARAKAH yg menelan belanja sebanyak RM2 juta di mana sumbangan tersebut diberikan kepada 43 ribu buah keluarga dari seluruh negeri Kedah tanpa mengira ideologi politik.

Nampak dak? Boboi perabih wang rakyat RM2.1 juta setahun untuk bayar pegawai2 khas yg terdiri drp kawan2nya yg dibawa masuk drp luar Kedah seperti Pecal Peeja,Anaskin,Azreen dan lain2 lagi hanya untuk menjaga beliau bukan jaga negeri..manakala DS Diraja Ahmad Bashah pula gunakan RM2 juta untuk beri sumbangan barangan kepada 43 ribu buah keluarga di seluruh negeri Kedah.

Pembaziran dan style kebangsawanan apakah yg Boboi lakukan di Kedah. Belanjawan Negeri 3 tahun berturut turut defisit 25% mencanak naik. Antara yg terlebih belanja pejabat dia sendiri. Mai Dato Bashah bajet negeri defisit turun 5%. Siapa yang lebih tera urus bajet dan perbelanjaan mengurus negeri.

Nampak dak? Zaman Boboi tak naik macam mana. Pi Jepun guna duit rakyat bawa ramai ramai sekadar selfie.. pelaburan elek. Pi London tengok anak guna duit negeri. Pi melancong bawa body guard dan pegawai khas atas nama pelaburan tau tau elek habuk pun tarak. 

Ni satu lagi... Pi England lagi bawa pegawai KFA jenama kroni kunun nak tengok kelab Cardif City milik jutawan Malaysia guna duit negeri jugak. Cuba tanya.. Berapa org dah pemain Kedah yg dia bawa dan adjust latih di Cardif City atau yang berjaya main di BPL?. Ini semua poyo. Kebangsawanan dan pembaziran yang Boboi lakukan bersifat serata rata. 

SAPA DIA BANGSATWAN YG MEMBAZIR WANG RAKYAT? 

SAPA DIA HERO RAKYAT KEDAH YG SEBENAR?



Pena : Ketua Pengarang A.P.I

Lembu2 Siber Boboi Berani Ker Nak Nafikan Tuan Mereka Gagal.


Mukhriz Mahathir tidak sebagus yang diperkatakan macai2nya. Mukhriz hanya bersandar pada aura mereput Mahathir untuk menentukan nyawa politik kelaut beliau. Admin lampirkan sekali catatan sepanjang kegagalan Mukhriz sebagai MB atas dasar ehsan.

1. Di antara pet projek yang diusahakan semasa Mukhriz menjadi MB Kedah ialah usaha melobi pelabur dari China untuk bangunkan projek Terminal Ikan Bersepadu di Kuala Kedah.

2. Projek berimpak tinggi ini melibatkan tapak konsesi seluas 500 ekar.

3. Jangkaan populasi pekerja ialah seramai 20 ribu menjelang 2025.

4. Apabila Bashah mengambilalih kepimpinan Kedah, segala kerjasama diberikan kepada syarikat dari China ini termasuk kelulusan merancang dan sebagainya.

5. Pihak UPEN dan Majlis Mesyuarat Kerajaaj Negeri juga komited dengan menyediakan segala kerjasama yang diperlukan.

6. Namun projek yang dulunya dicanangkan Mukhriz membawa impak lebih RM5Bilion, namun setelah pelbagai kelulusan diberi dan syarikat pelabur berkenaan diminta membayar comitmen fee sebagai jaminan projek..Syarikat dimaksudkan terus menyepi.

7. Isunya disini pada peringkat awal sepertimana bapaknya apa nama, Mukhriz sama sekali membuat keputusan secara one man show.

8. Kajian kebolehlaksanaan projek tidak pernah diarahkan untuk dibuat BPEN sepertimana biasa.

9. Kertas cadangan untuk kelulusan dasar dalam Exco seakan didiamkan.

10.Bukti ada hanky panky dlm urustadbirnya.

11.Perkara yang sama berlaku dalam isu anugerah dan ambilan tanah RC SS yang menjadi kontroversi di Jalan Pegawai di Sungai Petani.

12. MUKHRIZ selaku MB ketika itu apabila dimajukan projek komersial terlibat oleh pemaju terus mengeluarkan arahan agar PKNKmembuat permohonan pengambilan tanah dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda.

13. Sekali lagi kaedah apa nama tidak melibatkan BPEN untuk membuat kajian impak dan kebolehlaksanaan projek tersebut.

14. Lebih malang cadangan projek berkenaan juga tidak pernah dibawa berbincang dalam EXCO untuk kelulusan.

15.Segalanya mengikut dasar ikut suka, one man show dan penggunaan elemen diktator.

16. Benarlah kemana tumpahnya dalca kalau tidak ke Nasi Kandar.

17. Nyata, pentadbiran Mukhriz eranya bukan sahaja tidak kompeten. Memaparkan aspek bluur yg jelas selain bodoh sombong akan tetapi sebahagian besarnya hampir membawa kerosakan kepada Bumi Kedah Darul Aman.

18. Lega kini, elemen beliau sudah tiada meskipun kini beliau kuat mengigau untuk kembali ke mercu kuasa.


Hasil carian imej untuk mukhriz berangan

Catatan :
Man Cendoiii
Hujung bendang

Friday, March 10, 2017

Lembu Siber Boboi Sudah Terdesak Kah Nak Pertahankan Kemungkaran Boboi!!!

Image may contain: 2 people, close-up
Adakah rakyat kedah terutamanya anak2 muda masih terpengaruh lagi dengan janji dan sembang palsu DS Mukhriz Boboi yabg tenyata bijak berjanji dan menggunakan peluang dari aura berkarat bapanya Tun Mahathir bapak segala penyamun. Selama 3 tahun memegang jawatan MB Kedah apa saja yang telah DS Mukhriz Boboi dah buat di negeri Kedah.. Janji .. Janji.. sajalah.. Sampai Kiamat pun belum tentu janji2 yang di janji tu di tunaikan...

Sekarang DS Mukhriz Boboi mengarahkan askar2 lembu siber beliau menyerang kepimpinan DS Diraja Ahmad Bashah yg ternyata banyak merubah ekonomi negeri kedah dan membantu rakyat kedah disepanjang satu tahun memegang jawatan sebagai MB Kedah. Pelbagai bentuk rekaan fitnah melampau dilontarkan.. ternyatalah pihak boboi semakin sakit teruk akal berfikir secara normal.


Ramai rakyat Kedah yg tak tau kisah sebenar kenapa Litar 1Kedah ini menjadi lambat. Malah ramai yang terpercaya setelah terpedaya dgn fitnah drp puak2 pemakan dedak bulanan Mukhris menyalahkan PM DS Najib yg sengaja tak bagi peruntukan akibat duit Malaysia dah habis nak bangkrap. Anehnya ramai yg hadam fitnah ni bulat2 tanpa sedikit pun rasa utk mencari info yg sebenar.

Litar 1Kedah ini merupakan salah satu drp 7 permintaan yg dibuat oleh anak muda Kedah ketika DS Najib turun ke program 20k Anak Muda Kedah Bersama PM di Stadium Sultan Abdul Halim,Suka Menanti pada tahun sebelum PRU13 lepas. DS Najib ketika berucap merasmikan program tersebut telah menyatakan persetujuan terhadap permintaan untuk pembinaan Litar 1Kedah dan beberapa permohonan yg lain. Atas sebab itu Litar 1Kedah menjadi salah satu janji dalam manifesto BN Kedah pada PRU13 yg lepas.


Ketika itu DS Najib dimaklumkan yg Litar tersebut sekadar litar untuk kegunaan anak2 muda Kedah yg minat dalam sukan permotoran dan bagi me mengelakkan mereka drp terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalanan. Jadi Litar tersebut adalah Litar Rakyat utk rakyat Kedah bukannya litar bertaraf antarabangsa seperti di Sepang. Sebab itu DS Najib meluluskan permohonan drp anak muda Kedah yg disampaikan oleh Presiden MBN Kedah ketika itu Ku Iskandar.

Malangnya..selepas BN berjaya menang dan Mukhris diangkat jadi MB (atas permintaan bapaknya sendiri), tiba2 Mukhris ubah perancangan untuk Litar 1Kedah itu. Drp asalnya sebuah litar rakyat utk kegunaan anak muda Kedah telah bertukar menjadi litar antarabangsa seperti di Sepang. Malah Mukhris sudah pun pandai2 pi bagi kat syarikat yg dijaga oleh abgnya secara direct nego utk projek Litar 1Kedah itu. Kos yg dipohon oleh Mukhris kepada Kerajaan Persekutuan utk bina Litar 1Kedah itu adalah RM8O juta. Satu jumlah yg sangat besar. Lebih teruk lagi adalah kos utk penyelenggaran litar tersebut adalah sebanyak RM22 juta setiap tahun yg sudah pasti akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Jadi..dari tahun 2013 hingga 2016 Mukhris dok main tarik tali dengan projek Litar 1Kedah ini. Inilah yg menjadi PUNCA sebenar kenapa pembinaan Litar 1Kedah ini tertangguh lama! Mintak nak buat Rumah Mesra Rakyat pastu bila dah setuju terus tukaq nak buat rumah banglo mahligai..pastu kontraktor bina rumah bagi kat abg sendiri. Nampakkkkkk???


Allah Maha Besar!!! Apabila Mukhris letak jawatan (bukan kena buang) drp jawatan MB setelah semua ADUN2 BN,EXCO2,Ketua2 Bahagian UMNO dalam Kedah hilang kepercayan kepada kepimpinan Mukhris dalam mengemudi negeri Kedah dan UMNO Kedah..dan digantikan dengan DS Diraja Ahmad Bashah..byk perkara yg gagal diselesai oleh Mukhris berjaya diselesaikan oleh DS Diraja Ahmad Bashah. Contohnya..seperti Litar 1Kedah inilah. Akhirnya Litar 1Kedah menjadi kenyataan apabila Kerajan Persekutuan meluluskan RM30 juta bagi pembinaan Litar 1Kedah ini di Sungai Petani. Perkara ini diumum sendiri oleh DS Najib malah DS Najib sendiri diminta datang merasmikan majlis pecah tanah oleh DS Diraja Ahmad Bashah yg dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Inilah yg membuatkan Mukhris dan pemakan2 dedaknya meraung marah dan kecewa kerana tidak menyangka yg DS Diraja Ahmad Bashah yg sebelum ini mereka hina sebagai Mat Lena berkelulusan SRP mampu menyelesaikan isu Litar 1Kedah untuk anak muda Kedah ini dalam masa tak sampai setahun menjadi MB Kedah. Sebab itu pada mulanya penjilat Mukhris Mie Daim dalam satu ceramah parti Bunga berkata pengumuman bina Litar 1Kedah itu sebagai bohong. Lepas kata bohong pemakan2 dedak Mukhris kata sebenarnya Mukhris yg buat semua itu dan peruntukan rm30 juta tu pun hasil duit pampasan tanah oleh syarikat St Regis yg mai bina hotel di Langkawi.

Nampak dak betapa tertekannya Mukhris dan pemakan2 dedaknya dlm isu Litar 1Kedah ini. Mula depa kata bohong pastu depa mengaku semua tu depa yg buat. Hakikat yg HARUS rakyat Kedah tahu..selama 3 tahun Mukhris jadi MB..tak pernah sekali blueprint litar,proses pengambilan tanah dibentangkan kepada rakyat. Kini bila Litar 1Kedah sudah hampir pasti jadi kenyataan baru nak mengaku kata dia dah buat. Kalau betul Mukhris dah buat semua ini..dlm masa 3 tahun jadi MB sudah tentu Litar 1Kedah itu sudah siap atau hampir siap pembinaannya. Akhirnya Mat Lena yg berkelulusan SRP la yg berjaya sekolahkan Mukhris anak mantan PM paling berkuasa selama 22 tahun tentang bagaimana mahu menjadi seorang pentadbir yg mampu selesaikan masalah rakyat. Nampakkkk???

Apa yg pasti..DS Diraja Ahmad Bashah bukan saja akan diingati sebagai orang yg berjaya merealisasikan pembinaan Litar 1Kedah untuk anak muda Kedah tapi DS Diraja Ahmad Bashah juga akan diingati sebagai hero yg berjaya menyelamatkan RM50 juta wang rakyat drp masuk ke kocek konsyaitan kroni pihak tertentu..malah DS Diraja Ahmad Bashah juga berjaya menyelamatkan RM22 juta setahun wang rakyat Kedah drp dibazirkan oleh org yang tak pernah mengenal erti kesusasahan rakyat marhaen seperti kita semua. Tabik spring buat Tok Bashah! Salute selamanya dan 2 ibu jari ke atas kepada Hero Rakyat Kedah yg sebenar!!!

"BILA BASHAH MEMERINTAH BOBOI MULA MELATAH"

Pena : Ketua Penerangan A.P.I

#Litar1Kedah
#BashahMemerintah
#BoboiMelatah
#HeroRakyatKedah

Wednesday, March 8, 2017

Mahathir Sibukkan Tanah Forest City, Yang Tanah Langkawi Dia Dah Gadai.....




Agak melucukan bila seorang atok tua mudah lupa mamak karala mahathir tunjuk tanah kubur dan persoal kenapa boleh jadi hak milik kekal hahaha... mungkin tengah survey mau dia ditanam di mana kut.... hehehe... rasanya cukup-cukuplah mahathir kau nak main sentimen forest city... menyalak bising sebab kroni dan taikun cina bising harga hartanah di JB jatuh sebab nanti permintaan rumah lebih sedikit berbanding rumah yang berlambak banyak untuk dibeli sebab prjek forest city... cuba fikir... bukan bagus ke untuk rakyat... dapat mereka beli rumah harga lebih rendah... kenapa nak jaga dan pentingkan kroni dan pemaju dulu berbanding kepentingan rakyat... sudah nyanyok ka...


Sibuk kacau rumah orang di JOHOR tapi tanah tergadai dan dimiliki cina singapore depan batang hidung tak nampak... apa kes ni mamak karala tanah resort di Datai dan Andaman yang asalnya tanah rizab Melayu kini jatuh ke tangan cina Singapura... Masa resort ini dibangunkan oleh Landmark Berhad kepunyaan kroni Mahathir, sudah diketahui ianya tanah rizab Melayu. Tapi di "adjust" juga kan... sebab kroni...
Kini tuan punya proksi atau kroni Mahathir sudah jual Landmark pada kumpulan cina dari Singapore yang Mahathir benci... bila mau tebus tanah rizab melayu ni... sudahlah mahathir bersepah kalau nak korek... banyak lagi yang akan didedahkan.... sebelum terlewat better bertaubat... kata karpal singh heheheh....

Tanah Langkawi yang tergadai kepada Cina Singapore apa kisah yer Mahathir ....


MADU BUNGA YANG HILANG MANISNYA..

Hasil carian imej untuk mukhriz yg terpana

1. Sempat meneliti beberapa siri ceramah Parti Bunga di Kedah..Selain rombongan penceramah yang datang dengan 4 atau 5 buah kereta..pendengar lain ialah anak muda sekolah yang tunggang basikal tengah malam dan beberapa kerat yg entah diupah dari mana.

2. Melihat ucapan dari orang yang dikatakan tokoh dari Bunga sekalipun apa yang dilontarkan seperti budak budak yang tidak puas hati kerana bola atau mainannya baru saja hilang.

3. Kerana tak banyak kejayaan..bukti pembangunan yang dilaksanakan di era Timbalan Presiden Bunga menjadi MB Kedah dulu maka tak dapatlah nak dijadikan testimoni kepada khalayak sebagai bahan bukti.

4. Lantas isu yang dikupas berpusing pusing seperti isu kos sara hidup, GST dan sebagainya.

5. Padahal khalayak yang datang sudah sarat pemahaman mereka dengan semu isu terlibat. Mereka hakikatnya datang untuk mendengar apa solusi jika parti bunga ada untuk atasi situaso sekarang.
Adakah penyelesaian yang lebih baik?. Apa tawaran dan dasar yang hendak diperkenalkan jika Bunga mentadbir Kedah?

6. Malang isu isu itu tidak dirungkai. Puncanya jelas.Aktivis Bunga di Kedah adalah kelompok aktivis yang sebenarnya sudah hilang aura dan bisa. Kawan rakan lebih mengenali mereka sebagai golongan yang dulunya semasa dalam UMNO adalah trouble maker.Kaki songlap dan makan keliling serata rata.

7. Syukur..kini mehnah dan sampah sarap itu sedang menghuni sarang dan tong taik Bunga.

8.Mereka sedang menjadi anai anai..oportunis dan mereputkan Bunga dari dalam. Makanya kerja BN menjadi bertambah ringan

8. Dan bunga bunga ini ibarat bunga plastik. Kembang mereka bukan genuine..Sampai masa bila kaler bunga plastik tadi pudar serta tidak menyerikan lagi rumah ianya akan dikutip lalu dibuang di tong kitar semula.

9. Nyatalah kehadiran bunga tak lebih dari ibarat lalat hijau yang sedang cuba mencubit makanan atas meja..Halau dan gunakan alat pengibas lalat maka beredarlah ia..

Boboi FC.

Tuesday, March 7, 2017

Manipulasi Dan Persepsi Mainan Lembu Siber Berbayar Boboi...

Imej yang berkaitan

MANIPULASI MUKHRIZ TERSERLAH.

1.Troopers hingusan MUkhriz Boboi yg dulunya bersembunyi balik tiang dan mencuri berita secara pandang dengar kebelakangan ini memuatnaik infografik akan pencapaiannya semasa menjadi MB Kedah dahulu.

2. Walhal hakikat sebenarnya apa yang dibuat hanyalah angan kosong semata mata. Tak perlu pergi jauh..sepanjang 3 tahun termasuk dlm ucapan bajet beliau bercakap soal nak dirikan Litar Lumba..Namun apabila tidak lagi menjadi MB lakaran asas litar dan rekabentuk litar tidak pernah kelihatan.Padahal menyatakan dari awal mendapat khidmat rundingan SIC dan syarikat dari Jepun.

3. Lebih malang..pengambilan tanah untuk tapak litar juga tidak pernah dibuat walhal dia sedia maklum proses pengambilan memakan masa. Namun tak boleh salahkan dia. ANAK manja yang bluur menganggap semua tanah di Kedah bapak dia yang punya sepertimana mudahnya .Mahadey melupuskan tanah strategik di Langkawi kepada kroni dan rakan taulannya sepanjang 22 tahun menjadi PM.

4. Lebih malang..projek komersial pecah tanah atas tanah milik Majlis Agama dan Yayasan Islam kunun untuk pembangunan semula Masjid Dakwah kini juga terbengkalai. Bila disemak, Mukhriz melakukan upacara pecah tanah tanpa terlebih dahulu memohon kebenaran merancang dari Majlis Bandaraya. Kini hanya kepingan zink sebagai dinding yg melindungi tapak kosong berkenaan di Jalan Kolam Air. Satu lagi bukti bluurnya pentadbiran anak seorang negarawan.

5. Kita tak payah pergi jauh..sekadar meminta senaraikan program dilaksana hasil getusan idea dari pejabat MB yang diketuainya dulu..Kesimpulan yang boleh dibuat tidak ada.

6. Program kursus kahwin percuma anak muda yang diuarkan adalah program JAIK. Pakej baby kit atau Insentif Kelahiran anak ianya adalah program JKM yang sudahpun dilaksana diperingkat nasional beliau hanya menyerahkannya sahaja.

7. Insentif pengurusan pondok yang dikatakan dimulakannya juga adalah satu pembohongan. Ikut rekod bendahari negeri ianya mula disumbangkang pada semua pondok di Kedah mulai 17 April 2016..selepas beliau tidak lagi menjadi MB.

8. Inilah sikap munafik seorang pemimpin bernama Mukhriz Mahathir..Beliau  boleh berlakon bersolat jam 12 tengahari dengan diikuti makmum yang merupakan cai troopers hingusannya kemudian diambil gambar dan diviralkan. Solat apakah jam 12 tengahari itu.?

9. Adakah dhuha gajah atau solat jamak Zohor per se? Agama sendiri sanggup dimanipulasikan..Tidak hairan kenaoa ahli keluarganya seperti Marina menyokong kuat LGBT dan pejuang atheis.

10. Kini gerakan terbarunya pula mengadakan rundingan sulit bersama pimpinan PAS Kedah dengan sejumlah wang dijanjikan bagi biaya kempen pilihanraya ke 14.

11. Di waktu yang lain berbaiah secara bersungguh dengan pimpinan Amanah, DAP dan PKR Kedah dengan gesaan supaya memusnahkan kekuatan PAS by hook or by crook.

12. Etika dasar pecah perintah amalan yang diwarisi dari bapaknya dahulu. Barangkali dia berfikir dia bijak padahal tindak tanduknya yang suka memanipulasi sudah dapat dihidu.

13. Kedah akan menjadi pusara terakhirnya dimana karier politik beliau dan ayahnya akan dipaku kerandakan..

Boboi FC.

Sunday, March 5, 2017

Lembu Siber Mukhriz Tahu Ker Tidak....?


Yang kemuka soalan dari depa taraf macai tak cukup makan..maka padanlah level kuli sebelah sini yang jawab. Ni soalan balas pada BOboi yang kunun beramanah, berintegriti dan adil.

1. Dikatakan sepanjang menjadi MB, wang gaji tak pernah diambil dan semua didermakan 12 buah pondok di Kedah. Walhal semakan dengan pejabat pondok tiada sesen pun didermakan Mukhriz sepanjang jadi MB. Soalannya kenapaa perlu berbohong?.

Soalan No.2. Benar atau tidak Mukhriz mengarahkan MBI sekadar membayar premium RM1 ribu sehektar bagi konsesi balak seluas 3 ribu hektar yang diterima MBI?

3. Kenapa premium begitu rendah dibayar?

4. Benar atau tidak konsesi berkenaan kemudiannya dijual antara 7-9 ribu ringgit sehektar dan hasil berkenaan tidak dimasukkan dalam. Akaun MBI?.

5. Kemana wang itu lesap?.    

6. Benar atau tidak Mukhriz menjual tanah state 100 hektar di Kulim pada seorang taukeh Cina tempatan tanpa perlu membayar premium?.

7. Kenapa urusniaga jualan tanah kerajaan pada tokeh yg sama di tanah sebelah Hotel Samila turut tidak dikenakan bayaran premium seperti syarat asalnya?.          

8. Apakah ada transaksi under table yang dilakukan Mukhriz ?.Sehingga kerajaan negeri hilang hasil dan pendapatan.                  

Cukup 8 soalan mudah dahulu.

Catatan Boboi Fc

Angan Mukhriz Yang Ternyata Gagal...


3 tahun jadi MB gagal..kini mahu gagalkan pula agenda pembangunan yang kian rancak di Kedah.

3 tahun gagal kotakan pembinaan Litar Lumba anak muda..kini tatkala majlis pecah tanah dan bina sedang diusaha..dia mahu gagalkan litar berkenaan.

3 tahun gagal kemudi Hijau Kuning mendakap kejuaraan piala Prestij Piala Malaysia..kini setelah kejayaan demi kejayaan dicetak..dia mula menghasut anak muda peminum ketum tegar untuk politikkan padang bola..

3 tahun dia gagal yakinkan pelabur dan bangun aspirasi rakyat Kedah..kini dengan sekadar tak sampai 5 kerusi DUN yang bakal ditandingi..beliau bercita cita besar...
Lojiknya tidak ada..pemenang (itupun jika menang) kerusi yang sedikit diberi laluan pimpin parti  yang menang kerusi yang banyak..

MUKHRIZ SEORANG YANG GAGAL!!.

Catatan Boboi FC..

SELFIE MUKHRIZ TAK UNTUNGKAN ANAK MUDA


1. Dari sudut kerja public relations, selfie atau wefie dengan anak muda boleh membawa keseronokan pada mereka..Apatah lagi jika selfie bersama pemimpin idola.

2. Namun hidup tidak akan terisi jika selfie menjadi KPInya. Anak muda perlu disediakan masa depan yang jelas.

3. Mereka dahagakan peluang niaga, perkembangan karier, lonjakan potensi dengan didokong dasar negeri.

4. Beberapa bulan yang lalu satu hasil.kajian dikeluarkan oleh sekumpulan penyelidik dari IPTA utara berhubung persepsi anak muda terhadap Mukhriz Mahathir.

5. Kaedah digunakan survey. Sampling berfokus digunakan dengan data dari JTK, JBS dan HEP 4 buah IPTA di negeri Utara. Seramai 12 ribu responden digunakan berusia 25-35 tahun yang kesemuanya adalah anak Kedah

6. Hasil dapatan mendapati 79% responden mengakui Mukhriz hanya popular dari segi personaliti tapi rekod kerja gagal dibukti.

7. 83.6% responden pula menyatakan mereka tidak mendapat apa apa faedah yang jelas sepanjang Mukhriz menjadi MB (2013-2016).

8.Kajian empirikal sebegini meskipun boleh disoal balas namun mendedahkan satu hakikat bahawa selama ini Mukhriz hanya menggunakan imej dan tampilan palsu.

9. Keutamaanya hanyalah populariti peribadi menerusi seni perhubungan awam yang disusun dengan strategik.

10. Namun  pengisian manfaat pada anak muda di Kedah adalah jauh panggang dari api.

11. Ironinya anak muda di Kedah tidaklah mendapat atau beroleh apa apa peluang dan ruang sepertimana diuar uarkan sebelumnya

12. Inilah bezanya antara pemimpin populis dan pemimpin praktis. Era kini, dibawah pimpinan Ahmad Bashah, skim IMAN diadakan. Kedah First, Insentif Pelajar Cemerlang, Sukarelawan Barakah Kedah turut diwujudkan.

13. SUKDA untuk athlit muda dihidupkan. ADAB dibentuk selaku laluan pemain muda mengasan bakat. Persatuan Belia Daerah dan Persatuan Mahasiswa anak Kedah seluruh IPTA dibantu.

14. Job fair diada disana sini.Jumlah penerima biasiswa pelajaran anak Kedah ditambah.

15. Kursus kahwin percuma untuk belia 21 tahun ke atas yang akan berkahwin buat kali pertama disemarak disetiap daerah.

16. Tahun 2016 sahaja dari 272 usahawan kecil dan IKS, 90 orang darinya adalah anak muda berusia 28-33 tahun diberi geran dan dana niaga berjumlah RM1.3 juta.

17. Pelajar pondok dan Maahad Tahfiz seluruh Kedah diupaya dan dibantu menerusi skim khas kerana bagi Ahmad Bashah mereka inilah katalis generasi Ibaddurahman.

18. Dan paling signifikan tentulah kejayaan pimpinan kini mengusahakan pembinaan Litar Lumba Rakyat yang selama 3 tahun lalu Mukhriz bermain tarik tali dan gagal membinanya.

19. Hanya kerana mahukan pembinaan litar tersebut dengan nilai RM80  mengikut kemahuannya dengan diserah konsultasi projek selain yuran selenggara sejumlah RM22 juta kepada syarikat milik abangnya.

20. Mukhriz hakikatnya menipu anak muda Kedah dengan tampilan imej palsu ciptaanya. Dia gagal menyediakan peluang, merangsang minat dan membuka laluan pada anak muda di Kedah. Dan hakikatya Mukhriz sendiri dengan usia mencecah 53 tahun bukan lagi dalam kategori kelompok muda.

21. Namun dia berpura pura memahami aspirasi anak muda padahal hakikatnya tidak sama sekali.

Catatan Boboi FC.

Saturday, March 4, 2017

Khianat Mukhriz Terkubur di Darul Aman...


1. Game Kedah vs Melaka 4 Mac kehadiran penyokong lebih 25 ribu.

2. Padat Stadium dengan momentum kemenangan diteruskan. KINI hijau kuning di pesada Liga setelah awal musim takhta Piala Sumbangsih digengam.

3. Edisi 2016 Piala Malaysia dijulang dan tidak mustahil dengan komitmen sekarang baki 2 Piala yakni Piala FA dan Piala Malaysia versi 2017 boleh diraih.

4. Nun dibalik scoreboard stadium anak muda bersorak riang. DI tempat duduk berbumbung sudah heboh dibicarakan perlunya Stadium baru.

5. Kelab penyokong Kedah ( Kepak) dan rangkaian penyokong lain cukup gembira kerana sukan bola.dapat menyatukan semua..

6. Jatidiri Keda mekar menyala nyala.

7. Majoriti penonton seawal usia 2 tahun hinggalah 65 tahun bersatu hati.

8. Ramai yang sudah menerima inilah kesungguhan tindakan Presiden KFA bekerja keras mencari dana RM30 juta setahun demi kelangsungan pasukan.

10. Jurulatih..pengurus dan pemain melakar peranan tersendiri. Kata kuncinya muafakat..enjoy the game dan tidak mengecewakan harapan peminat.

11. Barangkali yang kian kecewa adalah Mukhriz dan konconya. DOA dan hasrat serta tipu daya mereka untuk melihat tim Lang Merah gagal tidak kesampaian.

12. Rencana jahat mereka dulunya di awal 2016 dengan mengupah budak budak mabuk ketum dan yang ada rekod jenayah melakukan kerja boo pada Presiden KFA kini sudah tidak berbekas.

13. Cubaan terbaru dalam.game menentang Melaka ialah mengupah setiap seorant budak yang masih bersekolah dengan kadar RM30 dengan sebungkus ketum.

14. Sekadar untuk mengangkat bendera Bunga.

15. Namun kibaran bendera ditenggelamai oleh sorakan 25 ribu penyokong setia.

16. Dalam sejarah bola sepak Kedah sejak cetusan kebangkitan diserlahkan oleh arwah Ahmad Basri dan Cikgu Kassim Saad..inilah kali pertama Darul Aman cuba dipolitikkan.

17. Siri hasutan bengap yang direncana oleh Mukhriz tatkala beliau menjadi Presiden KFA.

18. Keistimewaan tiket percuma beliau hanya berikan pada kelompok tertentu.

19. Wang KFA diseleweng sekadar memuas hatinya.

20. Konconya yang tidak tahu menahu tentang bola diberi jawatan dlm KFA dengan imbuhan lumayan.

21.Pernah di eranya.. 3 bulan gaji pemain tidak berbayar..lalu dirompak hasil balak negeri atas alasan mahu membayar haji meski sudah diikrar dalam pentadbirannya balak dihentikan dan tidak lagi menjadi hasil utama negeri.

22. Itulah munafik dan hipokritnya Mukhriz..Kini aura ciptaanya dan kekotoran hati jahatnya berkubur di Darul Aman...Jadi sejarah hitam yang dikenang zaman berzaman dan diingati sebagai mantan MB yang cuba mempolitikkan padang bola. Seperti kata Mahfuz Omar..Mukhriz layak digelar Mat Bluur..

Catatan Boboi FC.

Boboi Yang Warak Dan Suci....


1. Soalan tambahan tuan speaker. Kemana hilangnya 500 ribu dari akaun Bidara yang dipengerusikan bini Mukhriz semasa dia jadi MB?

 2. Belanja program Ya Hanana dalam perbelanjaan resit berjumlah RM1.2 juta untuk satu malam.Kenapa Mukhriz mendesak SADA dan PKNK serta Yayasan Islam membayar sehingga RM2 juta?. Kemana baki RM800 ribu duit rakyat itu pergi.

3. Berapa Biaya program kursus kepimpinan transformasi bersama Dr Aginijar dari ESQ 165 yang diadakan banyak siri Mentalon?.

4. Difahamkan siri kursus hanya berjumlah RM1 juta kenapa dibuat tuntutan oleh Mukhriz dan MBI sehingga RM3 juta dengan guna biaya wang Yayasan Islam?.

Macai Boboi jgn Pengsan tau.. banyak lagi.

Boboi Fc News.

Litar Lumba Rakyat : Igauan Buruk Buat Boboi


1. Makin dekat hari pecah tanah dan kerja pembimaan Litar Lumba Rakyat di SP jiwa Boboi kian resah.

2. Apa tidaknya sepanjang 2013 hinggalah awal 2016 Boboi bermain tarik tali dengan helahnya supaya projek tersebut sepertimana biasa amalan bapanya diserah secara direct nego pada abangnya. Rm80 juta nilai
nya wang rakyat harus difaraid.

3. Kemudian biaya selenggara tahunan RM22 juta akan dipaksakan Kerajaan Negeri membiayainya dengan hanya satu event antarabangsa sekali setahun.Kunun atas nama prestij dan recognization dunia.

4. Tiba tiba dengan penuh berhemah Ahmad Bashah memuktamadkan agar cukuplah  sebuah litar simple dengan sasaran menyelesai isu mat rempit. Selain pelbagai acara berataraf nasional dan serantau dianjur.

5. Dengan perbadanan Stadium menerusi entiti pengurusan muka baru diberi peluang menjana pendapatan dan selaku penganjur acara. Projek pembinaan pula diselia oleh JKR yang sudah tersohor kemampuannya dan bukan diserah pada konsetan yang selama.ini membuat untung atas angin.

6. Maka melopong dan meraunglah syaitan syaitan penghasut kerana seama 3 tahun Mukhriz hanya gah menjanjikan Litar Lumba dalam ucapan Bajet 2014, 2015 dan 2016 dengan harapan palsunya mengaburi impian anak muda.

7. Walhal kebenaran merancang, proses pengambilan tanah, blueprint perancangan, agenda tindakan berkenaan Litar Lumba berkenaan tidak pernah pun dibentangkan.

8. Kini bila semuanya sudah tersedia..Persiapan diatur untuk melaksana..Mukhriz dan jenteranya seperti polong dirasuk dan bergentayangan mempertikai itu dan ini.

9. Mereka mendoakan agar ianya tidak menjadi realiti namun seperti pesan seorang Pegawai Tinggi KCS yang terlibat dengan perancangan projek Litar sedari awal..." Biarlah depa meratib sampai letih. Sasaran kita..pecah tanah.
Bina kemudian layoq tang muka depa".
Salam Litar Lumba..

Coretan Boboi FC..

Friday, March 3, 2017

Aura MM (Boboi) Membawa Keciwa


1.Ismail Base Puchong dan arwah Zul Boroi antara petugas 'setia' MM di awal kemunculan Boboi melalui arena politik. Setelah MM beroleh laluan istimewa rakan rakan setia ini ditinggalkan terkapa kapa tanpa sepatah ucapan terima kasih.

2.  Aura MM kian kelam bila tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu dengan budak lurus dan orang kampung yg namanya Zul Beras..

3. Sekali lagi bersandar pada aura..MM mencuba nasib dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia. Tapi tewas, dengan KJ menjadi pilihan.

4. Namun dengan naungan istimewa,yang kalah diberi jawatan Timbalan Menteri MITI dan yang menang pula menjadi pengangur terhornat.

5. PRU 2008 kehadiran MM di Langkawi di tolak, beralih ke Kubang Pasu juga ditolak kerana sikap arrogantnya.

6. Maka Tun Mahadey merayu pada Man Tok Pin dengan Tan Sri Rahmat Yasmin Holdings pula membuat tipu daya dengan janji RM4 juta agar Man Tok Pin MP Jerlun sebelumnya memberi laluan.

7. Dengan hati terpaksa rela, bukan sekadar laluan diberi malah Man Tok Pin ikut serta menjadi wakil calon, berkempen habis habisan..bersinting lengan dari pida ke pida hingga ke Padang Sera..lalu Mukhriz pun menang...Lalu gahlah senaterio Malaya lunun kerana 'aura'.

8. Selepas menang, selama 5 tahun kiriman sms ucapan terima kasih dari MM atau sekeping kad raya pun sehingga ke hari ini belum pernah diterima Man Tok Pin.

10. Sementara saguhati RM4 juta yang dijanji pula lesap entah kemana.

11. Itukah yang dikata aura MM?. Itu adalah manipulasi..dan kencing mamak warung kopi..roti bakar telur meleleh.

12. Benarlah sepertimana kata Morad Senapi  Pida 7, Air Hitam..." kami anak muda.di Pida ingatkan masa Mukriz jadi Timbalan Menteri MITI paling koman dia boleh bawa masuk pelaburan kilang ikan sardin atau kilang apa apa. Pakat pakat boleh kerja. Pasai katanya aura. Tapi jangan kata kilang IKS.. bola sepak raga nak boleh dengan jersey bola pun ibarat tunggu bulan jatuh keriba.".

13. Latip bin Man dari pekan Ayaq Hitam pula berseloroh.." 5 tahun Ahli Parlimen, ni nak masuk 5 tahun jadi ADUN, kiamat rasanya kalau kami yg dok kerja bantu dia ada ingatan habuan keringat kami..Kalau dia huluq walau sebatang rokok John sekalipun conform saya akan pramekan rokok tu buat kenangan".

14. Itulah panahan Aura Auta Mukhriz Mahathir.

Boboi FC.
3 Mac 2017

Wednesday, February 15, 2017

Bila Kerjasama Yang Sememangnya Tiada Hala Tuju ... Tunggu Punah Sajalah.

Hasil carian imej untuk mahathir dan lim kit siang

Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP... Lim Kit Siang mula berbulu setelah 3 kerusi dan 1 meja DAP di Melaka keluar parti akibat tidak berpuas hati dgn kerjasama 2 mahalingkop..

Semakin hari DAP semakin bergolak, bak kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa krisis dalaman parti itu umpama bom jangka yang menanti masa untuk meledak.

Sebelum pemimpin diktator DAP membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah ada rasa tidak puas hati antara pemimpin dalam DAP, terutama mereka yang bertanding untuk jawatan CEC.

Ia seumpama retak menanti belah. Sebaik sahaja kepimpinan DAP yang tidak pernah membuat keputusan secara rundingan bersama ahli yang lain itu mengamalkan sistam ala ala Korea Utara untuk berbaik dengan Tun Mahathir, maka terjadilah apa yang diumpamakan “the straw that broke the camel back”.

Masalah yang sudah banyak berkumpul di dalam DAP menunggu masa untuk roboh dan Tun Mahathir menjadi penyebabnya. Kita mungkin melihat hanya empat individu DAP dari Melaka telah memulakan tindakan keluar parti, namun sebenarnya ramai lagi menunggu masa untuk bertindak sedemikian.

Sebenarnya bukan sahaja DAP, tetapi ramai juga dari PKR hampa dengan tindakan berbaik dengan Tun Mahathir.

Asas penubuhan PKR adalah untuk menentang Tun Mahathir dan apabila Azmin Ali berbaik dengan Tun Mahathir maka gerakan untuk menumbangkan Azmin Ali semakin kuat .

Dalam masa yang sama didapati kedua puak baik Pribumi mahupun DAP mengutamakan legasi keluarga masing masing.

Tun Mahathir dengan agenda mahu menjadikan anaknya Perdana Menteri manakala Lim Kit Siang pula mahu selamatkan anaknya jika Pakatan Harapan berkuasa.

Sehingga kini kerjasama atau pun tahaluf Siyasi antara Pribumi dan DAP adalah menguntungkan Tun Mahathir, bukannya DAP.

Tun Mahathir yang dilihat tewas dari segala sudut untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, seolah olah mendapat talian hayat apabila mengikat hubungan dengan DAP.

Sementara DAP pula, peluang menjatuhkan parti Melayu Islam UMNO semakin cerah dengan kemasukan Tun Mahathir ke dalam kelompok mereka. Boleh dikatakan masing masing mahu pergunakan satu sama lain terlebih dahulu untuk mendapat kuasa dan kemudian barulah mereka akan buat keputusan untuk tindakan seterusnya, sama ada menyisihkan atau melakar hubungan baru.

Menurut beberapa sumber dalaman DAP, pertelagahan akibat menerima Tun Mahathir sangat kuat diperkatakan, walaupun Kit Siang beralasan hanya mahu “perguna” bekas Perdana Menteri itu, namun ada antara kepimpinan DAP tidak mempercayai Tun Mahathir kerana sebaik sahaja mendapat apa yang dikehendakinya, beliau akan kembali kepada dirinya yang asal.

Mereka berpendapat setakat ini Tun Mahathir hanya berlakon sahaja kerana sedang mengejar matlamatnya dan akan kembali membuat U-Turn serta berkompromi dengan pihak yang dimusuhinya.

Namun di sebaliknya, Kit Siang juga bersikap yang sama kerana sebaik sahaja UMNO tumbang, DAP atau lebih tepat, keluarga Lim akan mencari jalan untuk mengenepikan Tun Mahathir.

Betullah maknanya bahawa kedua pihak ini adalah “strange bedfellow’ dan juga sesuai hubungan mereka sekadar dianggap sebagai “marriage of convenience”.

Selepas masing masing mendapat apa yang dikehendaki mereka akan cari jalan membunuh satu sama lain. Ahli-ahli DAP yang menentang keluarga Lim tetap menganggap Tun Mahathir adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Atas sebab yang sama juga Tun Mahathir berlakon mahukan PAS dan pura pura memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan. Ia bagi menunjukkan beliau membuat tawaran kepada PAS, sedangkan jauh di sudut hatinya beliau tidak mahu mahu PAS dalam Pakatan Harapan.

Mahathir bersikap begini kerana susah payah dan tipu helah untuk “eliminate” calon potensi bagi menjadi Perdana Menteri akan gagal jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan.

Setelah berjaya menyisihkan Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin, ia menjadi sia sia jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan kerana tentu sekali PAS mahukan presiden mereka, Abdul Hadi Awang menjadi calon Perdana Menteri.

Faktor Tun Mahathir hanyalah faktor terakhir di mana faktor-faktor lain seperti marah kepada keluarga Lim kerana mengamalkan sistem dinasti dan juga amalan kronisma serta campur tangan dalam pemilihan CEC di mana hanya mereka yang sebulu dengan Kit Siang dan Guan Eng sahaja dipastikan menang.

Selain itu kemarahan akibat cakap tidak serupa bikin dimana jika pihak lain yang baru sahaja disyaki dan diandaikan rasuah sudah disuruh letak jawatan tetapi Lim Guan Eng yang telah dihadapkan ke mahkamah masih boleh pegang jawatan dan meluluskan banyak perkara sebelum masuk penjara.

Apa pun dalam kemelut ini, yang pasti penyokong pembangkang juga dari jenis hipokrit kerana mereka membenci rasuah jika pihak lain yang melakukan tetapi jika di kalangan mereka, lansung mereka tidak kisah.

Akhir sekali apa yang menarik, kemana sahaja Tun Mahathir pergi jelas terlihat “trail of destruction” yang terjadi akibat kehadirannya.

Tahaluf Siyasi yang dibuat oleh DAP bersama Tun Mahathir nampaknya adalah satu mala petaka dan bala untuk DAP. Bagaimanakah parti DAP bersama Tun Mahathir mahu selamatkan Malaysia jika dalaman DAP akan bertambah bergolak sementara Tun Mahathir sendiri terkontang kanting meminta sedekah kerusi dari komponen yang sama.-Beruang Biru

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PPBM Punca Masalah Dalaman DAP Meruncing - Pemuda UMNO Kedah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggap merupakan punca sebenar berlakunya ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin DAP sehingga menyebabkan berlaku pepecahan dan masalah dalaman parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, DAP kini menerima padah apabila empat wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan beliau optimis mendakwa tindakan tersebut dibuat adalah gara-gara kerjasama parti itu dengan PPBM.

"Perkara ini menyerlahkan lagi apabila empat wakil rakyat DAP Melaka mengumumkan keluar parti.

"Itu juga menunjukkan bahawa DAP sendiri mempunyai masalah dalaman akibat kerjasama mereka dengan PPBM," kata Shaiful Hazizy mengulas mengenai perkembangan terkini parti yang mengetuai Pakatan Harapan itu.

Beliau berkata, DAP ketika mengetuai Pakatan Rakyat dahulu masih mampu mengawal PKR dan PAS supaya mengikut telunjuknya, namun parti pimpinan Lim Kit Siang dilihat kucar-kacir serta terpalit masalah dalaman yang meruncing setelah bekerjasama erat dengan PPBM.

Malah katanya, ekoran kerjasama DAP - PPBM itu, ramai pemimpin DAP yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Kit Siang dan Guan Eng.

Justeru itu, Shaiful Hazizy menyarankan DAP supaya segera menghindarkan diri dari PPBM dan tidak lagi bekerjasama dengan parti tersebut sekiranya berhasrat untuk memadam masalah dalaman yang melanda parti itu.

"Nasihat saya kepada DAP supaya letakkanlah PPBM di tepi sebelum ia menjadi punca kepada perpecahan dalam DAP," katanya.

Thursday, February 2, 2017

Blok Ketiga Pembangkang Akan Hancur Angkara PPBM


Hasil carian imej untuk ppbm dan rakan

PENUBUHAN blok ketiga pembangkang pada 16 Mac 2016 antara PAS dan Ikatan kini retak menanti belah.

Pada tarikh itu, Hadi Awang, Presiden PAS menggengam erat tangan Kadir Sheikh Fadzir, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Malaysia) dalam satu perjanjian politik. Salam politik antara PAS dan Ikatan itu dinamakan "Malaysia Sejahtera" dan digelar blok ketiga oleh mereka.

Blok ketiga politik yang masih belum menghampiri usia setahun itu berkemungkinan besar akan hancur gara-gara berlakunya campurtangan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melalui 'misi memikat PAS' untuk bekerjasama.

Misi berkenaan pada mulanya turut diusahakan oleh DAP yang menguasai Pakatan Harapan, namun selepas PAS 'jual mahal' terhadap ajakan parti 'cauvinis' itu, maka mereka mula berubah fikiran.

Hanya yang tinggal adalah perbincangan untuk bersama dengan pihak PPBM. Ia telah berlangsung pada 1 Februari 2017 lalu di Kuala Lumpur. Kata sepakat yang diperoleh hanyalah cadangan untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal PAS-PPBM. Namun, keputusan itu masih bergantung kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti.



Apa yang pasti, PAS telah meletakkan syarat bahawa tiada sebarang kerjasama dijalin dengan DAP dan PKR andai PPBM ingin bersama-sama mereka. Manakala rakan blok ketiga pembangkang PAS iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) juga mengugut untuk meninggalkan blok itu sekiranya PAS bersubahat dengan Pakatan Harapan dikuasai DAP.

Soalnya sekarang, PPBM pula tidak berdaya untuk berdiri sendiri. Mereka memerlukan 'payungan' dari Pakatan Harapan yang dikuasai DAP untuk menghadapi PRU14 akan datang. Manakala, PAS pula sudah meletakkan 'fatwa' bahawa haram melakukan sebarang kerjasama dengan DAP.

Maka tak mustahil proses campurtangan PPBM keatas PAS ini akan menyebabkan blok ketiga politik tersebut akan hancur lebur tanpa menunggu proses PRU14 tiba. Sekiranya PAS masih berdegil untuk bersatu dengan PPBM, manakala parti serpihan Umno itu pula berani untuk meninggalkan DAP, maka berlakulah satu lagi pertembungan blok politik baharu tanah air.

Dari sisi lain, usaha menyatukan PAS dengan parti bunga ini diusahakan oleh saki baki geng "harumanis dan Anwarinas" yang ada dalam PAS. Tuan Ibrahim dan Mahfuz adalah orang yang main peranan ini.

Jika PAS ikut parti bunga, tidak mustahil suatu hari nanti Tuan Ibrahim akan melawan Hadi Awang sebagai Presiden dan Mahfuz lawan di kerusi Timbalan. Mereka berdua sedang rosakkan PAS dari dalam.




Soalnya, beranikah PPBM untuk berpisah dengan DAP dan mampukah PAS untuk meninggalkan rakannya dalam blok ketiga politik ini?

PAS sudah pun khianati IKATAN blok ketiga. Pakat pula dengan PPBM nanti, PAS akan kena khinati balik sama macam yang PAN lakukan pada mereka.

Akhirnya, PAS akan senasib dengan Lebai Malang. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.-Beruang Biru




Sunday, January 29, 2017

Bila CIA Berkokok Hal BMF .. Mahathir Mula Meracau




Mahathir Dakwa CIA "Demonize" Dia, Mahathir "Demonize" Najib Tidak Apa.

Pendedahan skandal BMF oleh Central Intelligence Agency, CIA yang mensabitkan Tun Mahathir , sebenarnya bukan sahaja mengejutkan Tun Mahathir, bahkan ia mengejutkan mereka mereka yang Pro Najib juga.

Siapalah sangka dasar CIA mendedahkan infomasi dan fail mereka ikut SOP yang memastikan file di “declassified” setelah mencecah 25-30 tahun termasuklah skandal BMF.

Pendedahan CIA tidak sama dengan DOJ, yang ramai tahu ia terhasil dari kerja belakang yang dibuat oleh kuncu kuncu Tun Mahathir.

Satu isu mengikut dasar, satu isu lagi kerana di upah.

Jika betul dakwaan Mahathir CIA mahu "demonize" (memburukkan) dirinya, sila pergi ke Amerika Syarikat dan saman CIA. Hantarlah Matthias Chang, Khairuddin dan Husam Musa ke sana.

Kita boleh lihat cara Mahathir melepaskan dirinya dalam isu BMF seperti ular yang tersepit.

Mahathir tidak menjawab isu, tidak memberikan fakta kes, tidak memberikan hujah tangkis dakwaan CIA itu.

Mahathir hanya menyebut CIA mahu memburukkannya, maka tertumpulah orang kepada kerja jahat CIA. Mahathir cuma buat "positive framing" untuk pertahankan dirinya. Ini sebenarnya kifarah.

Mungkin jika disiasat kembali kes BMF ini maka "clue" baru mungkin akan muncul

“Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it” ini ayat yang ditulis oleh Jalil Ibrahim dalam diarinya.

Jalil Ibrahim, orang Melaka berusia 35 tahun, mempunyai empat orang anak didapati terbunuh selepas tidak bersetuju untuk meluluskan pinjaman tambahan USD$4 juta kepada Carrian Group.

Sebelum itu, Jalil Ibrahim telah mengesyaki wang sejumlah USD$2.5 billion yang disalurkan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) kepada Carrian Group mempunyai transaksi yang meragukan.

Mak Foon Than yang dihukum sebagai individu bersalah dalam pembunuhan Jalil
mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan oleh Mak kepada pegawai penyiasat.

Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Lorrain Esme Osman, pegawai tertinggi BMF juga tidak bercakap tentang kes ini. Bermakna ada misteri yang tidak terungkai bila Henry Chin, Mak Foon Than dan Lorrain tidak bercakap hal sebenar tentang kes kematian Jalil dan kehilangan duit USD$2.5 billion BMF.

Sekian lama Mahathir nafi terlibat dalam skandal BMF ini. 6 Mac 2015, Mahathir bercakap dalam Malaysiakini menafikan.
Namun pendedahan laporan CIA menyatakan Mahathir terlibat sama.

Laporan CIA itu mengatakan kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam keadaan bahaya disebabkan skandal rasuah kerana reputasi Bank Bumiputera milik kerajaan tercemar oleh operasi BMF, anak syarikat Carrian Group milik sepenuhnya di Hong Kong, “yang dipertikaikan.”

“Keterangan bukti menunjukkan skandal itu terkait dengan pentadbiran Mahathir. Sebagai bank milik kerajaan, Bank Bumiputera dipantau secara dekat oleh Kementerian Kewangan dan bank pusat dan tidak ada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata laporan CIA itu.

Ketika kes liwat Anwar, bersungguh sungguh Anwar mahu seret Mahathir masuk ke mahkamah. Tetapi dengan pelbagai cara Mahathir mengelak.

Kerana ini, Mahathir menjawab Anwar sengaja mahu menyeret dirinya ke mahkamah untuk kerja “diversion” dari kes liwat kepada kes “konspirasi”.

Pandai pula Mahathir bercakap begitu, namun kini sebaliknya pula yang terjadi. Sudahlah tidak menjawab isu dan skandal BMF, tetapi terus sahaja menuduh CIA mahu “demonize” dirinya.

Maka Mahathir akan beranggapan lupalah orang untuk bertanya pembabitannya dalam skandal BMF.

Selain itu Mahathir juga menyatakan ini semua bermotif politik. Bodoh apakah yang melanda Mahathir?

Sepanjang hayatnya kisah politik sahajalah yang ada.

Mustahillah pendedahan CIA itu bermotif sukan atau berbudaya pula.

Persoalannya , serangan Mahathir kepada isu perniagaan 1MDB bukan bermotif politikkah?

Tujuan akhir serangan 1MDB adalah untuk jatuhkan Najib dan kejayaan politik itu mahu diraikan dengan segelas arak, itu yang didedahkan oleh Xavier Justo.

Inilah Mahathir, dengan jawapan berbelitnya dan juga putar alamnya mengambil kesempatan terhadap orang atas pagar dan tiada berpengetahuan terhadap kisah lampaunya.

Atas sebab sama jugalah agaknya parti Pribumi amat mengalakkan Syed Saddiq sebagai Ketua Armada mencari keahlian baru yang menumpu orang muda dan belia.

Malah dengan bangga Syed Saddiq mengisytiharkan golongan orang muda menjadi 40% komposisi keahlian Parti Pribumi.

Kerana golongan muda ini masih mentah dan jahil tentang skandal skandal Mahathir.

Berbalik kepada jawapan Mahathir untuk melepaskan tengkuknya yang kini semakin terjerut, Mahathir terlupa untuk memberitahu orang ramai bahawa , CIA juga melepaskan 13 juta helaian dokumen lama yang sudah melepasi tempoh simpanan.

Apakah jumlah dilepaskan itu untuk "demonize" orang lain juga? Ya, semua kena termasuklah Fidel Castro, Hugo Chavez, Ronal Reagan dan Muamar Gaddaffi.

Kepada mereka yang tergolong sebagai katak bawah tempurung , senanglah dibahan, tetapi kepada yang sedikit cerdik, mereka akan menyiasat dengan rajin meng "google" sendiri maklumat untuk menambah pengetahuan.

Dengan ini mereka akan tahu, hal hal kepimpinan Cuba , kerajaan Cina juga termasuk dalam dokumen yang sudah sampai tempoh simpanan.

Kepada Mahathir kita ingin bertanya , kerja awak mencipta tuduhan dan dakwaan untuk Claire Brown dan WSJ serta media dunia yang diupah oleh talibarut kamu bukan kerja “demonize” kah?

Mengenakan Datuk Seri Najib dengan menggunakan “rouge media” seluruh dunia bukan kerja “demonizing” kah?

Apa jenis manusiakah Mahathir ini? Apa yang dikenakan kepada orang lain seperti DS Najib tidak mengapa , apa yang kena pada dirinya dikatakan sebagai kerja “demonizing”.

Sebenarnya telah diketahui, kerja mahu mempercepatkan proses mengganti Perdana Menteri adalah atas sebab takut perkara perkara seperti ini akan muncul.

Tambah lagi ramai orang yang pernah dianayai dan dizalimi ini ditakuti akan membalas dendam melalui Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib maka sebelum ini terjadi.

Maka mempercepatkan proses mengantikan Perdana Menteri kepada yang selamat iaitu anak sendiri ada lah yang sepatutnya dia lakukan. Supaya rahsia dan misteri itu ditutup dan tidak timbul kembali untuk diperbincangkan.- Beruang Biru


Thursday, December 29, 2016

Bapa Batu Api Lebih Gemar Menyalak Dari Berfikir ..




Mahathir semakin terdesak sehingga melempar fitnah menuduh YAB Dato Seri Najib Razak disetiap ceramah yang beliau hadiri. Selagi Hajat beliau tidak dipenuhi selagi itulah Mahathir berterusan seperti orang yang kehilangan kewarasan akal dan sampai bila kah Mahathir akan terus mencipta fitnah yang memakan diri.

Mahathir didalam satu ceramahnya di Taman Wira, Mergong, Alor Star mendesak Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak mengeluarkan saman malu kepada dirinya dan Pakatan jika benar tidak bersalah mencuri duit rakyat.

Mahathir juga turut menyatakan kesediaannya untuk menjawab di mahkamah berhubung tuduhannya kepada Najib dan juga sedia membuktikan segala yang ditohmahkannya terhadap Perdana Menteri itu selama ini.

Persoalannya sekarang, mengapa Mahathir mahu tunggu Najib menyaman beliau? Mengapa Mahathir tidak mengeluarkan segala bukti yang kononnya dia ada untuk menunjukkan Najib bersalah?

Semua ini menunjukkan Mahathir sememangnya mahu rakyat mengalihkan tumpuan kepada dirinya sahaja. Jika Perdana Menteri mengeluarkan saman kepadanya, maka Mahathir akan mendapat publisti yang sememangnya diperlukan untuk menaikkan anak lelakinya didalam politik.

Mahathir tahu, jika beliau masuk kedalam mahkamah untuk berdepan dengan saman malu dari Najib, bukan saja rakyat Malaysia yang memberikan fokus kepada beliau, tetapi masyarakat luar negara juga akan memerhati dengan penuh minat.

Selain itu, media-media dalam dan luar negara juga pastinya akan memberikan liputan secara besar-besaran kepada beliau dan juga pembangkang. Dan pada masa itulah Mahathir dan gerombolan Pakatan akan menghasut serta memburukkan negara pada dunia luar. Inilah tujuan sebenar Mahathir mencabar Perdana Menteri agar menyaman dirinya.

Jika Mahathir mengatakan Najib bersalah kerana tidak berani mengeluarkan saman terhadap beliau, maka Mahathir juga bersalah didalam banyak skandal didalam negara semasa 22 tahun pemerintahannya dahulu.

Hampir RM100 billion wang didakwa hilang dan diselewengkan semasa pemerintahan Mahathir, dilaporkan oleh seorang wartawan Australia bernama Barry Wain. Menariknya, Mahathir tidak pernah sekalipun menyaman wartawan dan juga penulis buku 'Malaysian Maverick' tersebut.

Rakyat tentunya masih ingat tentang skandal Forex yang kerugian sebanyak RM30 billion semasa awal tahun 90an.., Skandal Perwaja Steel yang kerugian RM10 billion, Skandal Bank Bumi yang dilaporkan sebanyak RM10 billion dan juga beberapa skandal lain membabitkan Petronas semasa zaman Mahathir memerintah.

Ini semua didedahkan tanpa ada sebarang saman pun dikeluarkan oleh Mahathir terhadap pihak yang mendedahkan segala skandal-skandal tersebut. Jika mengikut kenyataan Mahathir sekarang ini, sudah tentunya beliau bersalah kerana takut untuk menyaman pihak yang memfitnahnya.

Oleh yang demikian, Mahathir tahu bahawa seorang pemimpin besar negara tak akan melayan fitnah murahan dari binatang politik di tepi jalan. Sebab itulah dia berani mencabar Najib supaya mengambil tindakan kerana ianya mustahil untuk berlaku.

Sikap Mahathir kini tak ubah seperti anjing yang menyalak di dalam pagar sendiri sambil menjelirkan lidah pada orang yang lalu lalang. Dia tahu orang tak akan berani menyalak balik padanya kerana mereka-mereka itu bukan seekor anjing yang suka menyalak! Mahathir sudah sampai tarikh Luput!!!

#TeamMatiKatak

Tuesday, December 13, 2016

MAHATHIR RELA MENJADI SAMPAH BUSUK ASALKAN BOBOI JADI PM.

20161124-mahathir-pakatan-1

Pepatah Inggeris ada menyebut “desperate situation requires desperate action” dan itulah yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini.Dalam keadaan terdesak, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan hasratnya.

Siapa akan menyangka, daripada seorang yang dahulunya sangat dihormati dan disanjung tinggi, kini jatuh ke lembah hina sebegini rupa.Ketika memerintah dahulu, Tun Mahathir sering memperlekehkan dan memandang rendah dengan PAS. Namun dengan kehendak Allah, apa jua yang dibuang oleh PAS, kini dikutip oleh beliau.

Lihat sahaja Mat Sabu. DAP dan Anwar Ibrahim mengetahui bahawa Mat Sabu adalah bahan sisa buangan PAS.Sampah PAS itu (Mat Sabu) kini disayang dan dikutip oleh Mahathir. Tun Mahathir jadikan Mat Sabu sebagai rakan kongsi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. PAS pernah bertahaluf siyasi dengan DAP , namun kini menjauhi DAP sejauh-jauhnya.

Ketika bertahaluf siyasi dengan DAP oleh pemimpin PAS terdahulu, alasan yang diberikan oleh `pemimpin’ itu adalah “umpama menaiki kenderaan orang kafir untuk menuju ke Mekah”.Namun apabila `pemimpin’ itu sudah tiada, kepimpinan baru PAS enggan menyambung tahaluf siyasi dengan puak kafir ini kerana mendapati diri mereka dibuli dan dipergunakan.

Selain itu Tun Mahathir juga terpaksa duduk sebaris dengan orang yang pernah menggelar dirinya sebagai `bapak penyamun’ iaitu Mat Sabu, yang diketahui selama ini sebagai `keldai’ DAP.Dan selepas tewas pada pemilihan PAS, Mat Sabu bersama beberapa yang lain, yang tidak dapat menerima kekalahan berkenaan telah membuka parti baru iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Fungsi PAN adalah mencuri undi PAS selain digunakan oleh DAP untuk menghalang apa-apa yang baik untuk dilaksanakan oleh orang Islam. Bukan itu sahaja, apa yang menariknya ialah tahap `desperado’ Tun Mahathir yang menyaksikan beliau kini umpama badut politik yang masih terhegeh-hegeh mencari platform politik, meskipun sudah lanjut usia.

Nyatalah di sini, apa sahaja yang dibuang oleh parti PAS, sama ada DAP, Mat Sabu atau ahli PAN, ia akan dikutip oleh Tun Mahathir umpama lori mengutip sampah. 4 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen DAP. 11 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen PAN. Sudah dua kali Sabtu, Mahathir hadir ke konvensyen. Bila Mahathir dan parti bunga hendak buat konvensyen parti sendiri?

Mahathir tidak mampu buat konvensyen parti bunga. Dewan tidak akan penuh kalau dibuat. Jalan senang sekarang adalah dengan mengutip sampah yang dibuang parti lain dan bekerjasama dengan mereka. Kumpulan geng recyle ini tidak akan pergi jauh. Matlamat mereka akan tersasar. Hanya satu yang mereka berjaya buat iaitu memecah belahkan Melayu dan orang Islam.

Bukan sahaja sampah parti lain yang sedang dikutip Mahathir, kini Mahathir kutip balik sampah yang beliau sendiri pernah buang ke lokap iaitu Anwar Ibrahim untuk dijadikan rakan kongsi politik. Desperate sungguh Mahathir.

Monday, December 12, 2016

Mahathir Semakin Kacau Bilau Mencuci Tahi Yang Bertabur




Amat malang bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana landasan yang dipilihnya untuk terus mengejar impian peribadinya adalah platform yang pernah dikotori dan diharamkannya sewaktu 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, iaitu DAP.

Beliau memilih DAP, iaitu parti yang dianggapnya jijik dan diberikan pelbagai gelaran hingga Mahathir menyifatkan sesiapa yang menyokong DAP adalah pengkhianat dan petualang bangsa.

Malah sepanjang pemerintahannya, DAP menjadi satu stigma sebagai parti jijik, kotor dan berniat jahat. Beliau juga menanam di dalam kepala orang Melayu dan ahli UMNO khususnya, bahawa DAP adalah agen anasir luar untuk melaksanakan “regime change” daripada kepimpinan Melayu Islam.

Namun kini, DAP menjadi tempat beliau berlindung dan selepas menyarung jersi DAP, tugas utama Mahathir adalah cuba mensucikan segala kejijikan yang dilemparkannya kepada DAP selama berpuluh tahun lalu.

Tindakannya sama seperti ketika Mahathir secara konsisten memburukkan Anwar Ibrahim dengan menyatakan bahawa Anwar itu kotor orangnya dan buruk perangainya.

Mahathir mengajar kita bahawa Anwar akan rembat sesiapa sahaja lelaki mahu pun perempuan sama ada di depan atau belakang jika ada kesempatan.

“Saya sendiri menemubual mangsanya” kata Mahathir dalam satu temuramah yang divideokan, demi mahu menegaskan betapa buruknya perangai Anwar.

Kini apabila Mahathir mahu menyeru orang Melayu serta orang Cina untuk menyokong DAP, Mahathir menghadapi halangan bukan dari orang lain, tetapi dari penanaman minda yang disemaikan kepada penyokongnya dahulu.

Demi mahu menggunakan DAP untuk agenda peribadinya, maka beliau terhegeh-hegeh pula mahu orang Melayu dan orang Cina supaya menukar selera, seperti yang dilakukannya kini.

Jika Mahathir sendiri perlukan berpuluh-puluh tahun untuk mendapat hidayah kononnya beliau tersilap pandang dan diberi maklumat salah berkenaan DAP, apakah beliau mengharapkan orang Melayu dan Cina menukar sokongan kepada DAP dalam masa satu atau dua bulan?

Sebenar beliau tersilap perkiraan dan terlalu “under estimate” akal serta minda orang lain. Mahathir menyangka orang akan sentiasa mengikut apa yang dilakukannya.

Mahathir terlupa semua kejayaan yang ada bukan disebabkan kehebatan dirinya, sebaliknya adalah hasil daripada parti UMNO. Jika tanpa kuasa UMNO, sebiji batang besi KLCC pun tidak mampu Mahathir dirikan.

Namun seperti biasa, Mahathir menyalahkan orang lain, bukan diri sendiri. Beliau salahkan UMNO, MCA dan MIC. Mahathir terlupa sehebat-habat dirinya, beliau tidak memiliki nilai murni iaitu kesetiaan.

Walau pun ahli UMNO kebanyakannya insan biasa tiada bernama dan tidak terkenal, tidak seperti Mahathir yang dikenali seantero dunia, namun ahli UMNO memiliki ciri-ciri murni berkenaan iaitu kesetiaan.

Ketika dalam UMNO, Mahathir hanya dapat memuaskan nafsu politik dan kekayaan untuk kroni terpilih sahaja. Kini Mahathir cuba sedaya upaya mencuci najis yang ditaburnya itu bukan kerana beliau setia kepada DAP, tetapi demi mahu mencapai matlamat peribadinya.

Itulah dilema yag terpaksa dihadapi Mahathir, beliau mendapat kesusahan hasil kerjanya sendiri dulu dan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan penghalang beliau sebaliknya zaman lampau Mahathir kini menghantuinya.

Mahathir hari ini sebenarnya sedang bertarung dengan Mahathir pada zaman lampau. Dalam perkataan mudah apabila senang Mahathir akan mencari kroninya tetapi tatkala dalam kesusahan, beliau akan beralih mencari rakyat.- BeruangBiru

#TeamMatiKatak

Takdan Pun BOBOI Jadi Perdana Menteri .. Madey Mula Meroyan Serang Istana.


Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri, bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal, bak kata Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego' yang kuat.

``Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu.

Dan kini ternyata kata-kata Perdana Menteri itu betul apabila Mahathir lebih agresif menyerang pihak Istana Negara pula ketika anaknya belum pun menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa pihak Istana sudah menjadi alat politik Barisan Nasional (BN) dan Najib ekoran undangan untuknya menghadiri Istiadat Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara, esok, ditarik balik.

Inilah sifat 'super ego' yang dikatakan itu. Mahthir mahu sentiasa dilihat sebagai pemenang dalam apa jua isu termasuklah dalam soal jemputan sehingga sanggup menyerang pihak Istana Negara.

Mahathir tidak mengira siapapun lawannya sebaliknya beliau akan terus menyerang termasuk dengan kata-kata sinis dan jelek.

Sedangkan dalam isu pembatalan undangan itu, sebarang urusan termasuk soal undangan ataupun menarik balik surat terbabit adalah hak pihak Istana Negara.

Begitu juga dengan urusan pemberian pingat, di mana menjadi hak Raja-raja sama ada mahu mengurniakan pingat atau menariknya.

Ia bukan kali pertama beliau membuat komen berbaur sindiran malah sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Yang di-Pertuan Agong menjadi tahanan dalam rumah selepas gagal mendapat perkenan untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan bagi menuntut Najib meletakkan jawatan.

Bagaimanapun Deklarasi Mahathir itu tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Boboi dan Madey dah mcm biawak kongkang .. - TeamMatiKatak

Tuesday, December 6, 2016

ALKISAH SEBUAH CERITA MENGENAI SI PENYONGLAP CUBA AJAK KITA LUPAKAN...




Kisah songlap duit rakyat cara sistematik.

Projek Kroni Tun Mahathir: Penyelewengan RM3.8 Billion DANA Rakyat Melalui Penyenaraian Saham TimeDotcom Di BSKL!!!

■ Penyenaraian TimeDotcom di Bursa Saham Kuala Lumpur merupakan satu skima yang dicipta oleh Tun Daim dan Tun Mahathir bagi mengabui mata rakyat dalam usaha mengaut keuntungan peribadi.

■ TimeDotcom adalah anak syarikat Time Engineering, iaitu syarikat awam tersenarai dari Kumpulan Renong, yang dikawal-selia oleh TS Halim Saad. Semasa TimeDotcom hendak disenaraikan penganalisa2 saham berpendapat bahawa harga satu saham TimeDotcom sepatutnya berharga antara RM2.00 - RM2.40 sesaham atau lebih rendah lagi. Walaubagaimanapun harga tersebut tidak dapat memenuhi kalkulatif Tun Daim dan Tun Mahathir.

■ RENONG merupakan milik TS Halim yang merupakan proksi aset korporat UMNO atau syarikat 'trustee' UMNO. Bermula dari prospektif inilah lahirnya titik tolak masalah IPO TimeDotcom iaitu hubungan antara kepentingan politik dengan alam perniagaan korporat. Atas faktor ini juga Time Engineering perlu menyenaraikan TimeDotcom bagi menguruskan krisis hutang Kumpulan RENONG.

■ Time Engineering, RENONG dan TS Halim semuanya berada dalam tekanan hutang yang berat, dan menghadapi masalah membayar hutang2 bank.

■ Pada 17hb Mac 1999 Asian Wall Street Journal melaporkan TS Halim Saad telah diarah oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir supaya membeli National Steel Company (NSC) di Filipina.

■ Tun Mahathir berhasrat supaya RENONG dapat mengembangkan aktivitinya ke seberang laut, dan mempelbagaikan kepentingan. TS Halim juga bercadang untuk membawa masuk NSC ke dalam RENONG, tetapi tidak kesampaian kerana tanggungan hutang RENONG dan diburukkan lagi oleh krisis kewangan.

■ Oleh itu, pengambilalihan tersebut dilakukan secara berselindung. Ianya dibuat melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong iaitu Hottick Investment Incorporation.

■ Untuk mengambil NSC, Hottick telah memperolehi pinjaman tanpa cagaran daripada 1. Malayan Banking dan 2. Bank Bumiputra (milik kerajaan) serta 3. RHB Bank dan 4. Bank of Commerce.

■ Hutang RENONG dilihat semakin meningkat dan tidak mungkin dapat diselamatkan dengan cara biasa. Oleh itu, konspirasi licik Tun Mahathir melihat kepada idea perlaksanaan penggabungan Bank of Commerce dengan Bank Bumiputra. Secara tak langsung, RENONG mendapat kepentingan yang besar pula dalam perbankan baru yang diperbesarkan. Ini menimbulkan tandatanya tentang kemungkinan berlaku penyelewengan dalam perbankan yang digabungkan.

■ Sementara itu pinjaman Hottick berjumlah RM3.09 bilion telah diambilalih oleh DANAHARTA sebuah agensi milik kerajaan Malaysia. Ianya merupakan satu proses BAILOUT hutang2 TS Halim Saad dari 4 buah bank tersebut.

■ Pemegang utama saham TimeDotcom termasuklah Time Engineering dan beberapa institusi adalah yang mempunyai kaitan dengan kerajaan seperti KWSP, Khazanah Nasional, Danaharta dan dana pencen. Penanggung2 (underwriters) IPO diberi jaminan bahawa semua ekuiti TimeDotcom yang tak dilanggan akan diambil oleh institusi2 kerajaan. Maka inilah sebab utama mengapa peristiwa korporat itu dilihat sebagai suatu proses bailout!.

■ IPO TimeDotcom adalah satu daripada elemen kunci dalam skim penstrukturan semula hutang Time Engineering dan TimeDotcom, yang melibatkan pinjaman berjumlah RM5.37 bilion.

■ Di BSKL, hanya 25% sahaja daripada ekuiti tersebut yang dilanggan sewaktu IPO. Harga tawaran sebanyak RM3.30 sesaham juga menjadi faktor kurang mendapat sambutan. 25% yang terjual itu pun terdiri dari mereka yang terpaksa membelinya seperti kontraktor2 yang tak dibayar oleh TimeDotcom tetapi dibayar melalui tawaran saham yang akan disenaraikan dan sebagainya. Yang benar2 dijual hanya lebih kurang 6% sahaja.

■ Maka satu skima yang cukup luar biasa terpaksa dilakukan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim tanpa disedari oleh rakyat. Bagaimana caranya?.

■ Apabila saham TimeDotcom hendak disenaraikan mereka meletakkan harga RM3.30 seunit saham. Harga ini memang terlalu tinggi dan tidak mungkin pelabur yang berfikiran waras akan membelinya. Misi luar biasa 'Underwriter Bank' terpaksa dicipta. 'Underwriter Bank' ini dikepalai oleh Commerce International Merchant Bank (bank yang dikuasai oleh kumpulan RENONG).

■ Tun Daim tak mahu bank yang beliau kuasai ini rugi apabila tidak ada pelabur membeli saham TimeDotcom. Oleh itu Tun Daim dan Tun Mahathir mengarahkan TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD memberi jaminan atau guaranti kepada "Underwriter Bank' untuk memaksa kedua2 institusi kewangan rakyat ini membeli saham TimeDotcom apabila tiada permintaan dari pelabur.

■ Seperti yang dijangkakan memang saham TimeDotcom merudum di pasaran saham. Hanya kurang 6% saham TimeDotcom yang benar2 dijual. Maka secara tidak langsung kaedah yang dilaksanajan oleh Tun Daim dan Tun Mahathir dilihat sebagai satu proses BAIL OUT korporat!.

■ Siapa yang akan membeli saham2 ini?.

Jawapan: Tidak lain dan tidak bukan ialah TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD. Harga yang dibeli adalah dengan kadar tinggi yang tak masok akal dan tidak mungkin akan dibeli oleh pelabur yang berfikiran waras.

■ TS Halim Saad bersama Tun Daim dan Tun Mahathir mendapat bayaran penjualan saham mereka dari 'Underwriter Bank'. 'Underwriter Bank' pula mendapat jaminan pembelian saham dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB.

■ Maka melalui skima ini TS Halim Saad tak perlu risau samada saham TimeDotcom ada pembeli atau tidak. Yang tetap pasti beliau akan mendapat bayaran dari harga yang diletakkan dan bukan ditentukan oleh pasaran. 'Underwriter Bank' pula tak perlu bimbang kerana mereka terjamin ada pembeli sekiranya saham TimeDotcom tidak dilanggan oleh orang awam. Maka yang terbeban ialah Tabong Wang Rakyat iaitu TABONG AMANAH PENCEN dan PNB.

■ Tun Daim dan Tun Mahathir sekali lagi berjaya mengabui mata rakyat dalam skima nekad mereka melalui Penyenaraian TimeDotcom di BSKL. Mereka berjaya menjarah duit rakyat dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB melalui proksinya TS Halim Saad, seorang korporat bumiputera.

■ Hasil yang mereka perolehi lebih kurang RM2.8 billion. RM1.0 billion dari Khazanah Holding yang membeli saham TimeDotcom lebih awal lagi sebelum disenaraikan dan RM1.8 billion dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB apabila membuat pembelian ketika saham merudum seawal TimeDotcom disenaraikan di BSKL. Begitulah luar biasanya bekas Menteri Kewangan Tun Daim dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir memikirkan keuntungan mereka.