Friday, September 9, 2022

LOKMAN ADAM SAKA TAK BERTUAN!


Ahli UMNO dan rakyat perlu buka mata tentang siapa sebenarnya Lokman Adam ni. Lokman tak layak langsung bercakap atas kapasiti UMNO.

Siapa dia nak jadi jurucakap UMNO? Cakap macam pandai tapi sebenarnya bodoh sebab dia tiada jawatan dalam UMNO.

Lokman Luncai kau Ketua Bahagian ke? Timbalan ke? Ketua Cawangan pon tak! Jadi kau tak layak cakap pasal UMNO.

Kau sama je macam saka tak bertuan, buat huru hara pada UMNO... Dah macam Man Luncai pencuri seluar dalam wanita atas ampai kain. 

Yang percaya Lokman Adam pun boleh jadi bodoh dengan hujah hujahnya tak memutar belit dan penuh dengan penipuan.

UMNO akan terpesong dari matlamat dan kemungkinan kalah PRU-15 jika Lokman Adam ni dijadikan rujukan.

Tiada apa jasanya pada UMNO. Semasa BN kalah PRU-14 juga disebabkan dia gagal sebagai Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Dulu masa kau nak mati, DSIS ketika itu TPM adalah orang yang tolong kau masuk ke Hospital Angkatan Tentera.

Ingatkan Bossmu atau Wak Jahid yang tolong kau. Tapi orang yang kau hina dan benci PM DSIS juga selamatkan kau.

Macam ni ke cara kau balas jasa orang yang selamatkan kau? 

Ahli UMNO kena buat aduan pada Lembaga Disiplin UMNO tentang Lokman Adam yang cuba memecahbelahkan parti dan menghasut ahli UMNO menukar ketetapan MKT yang memutuskan DSIS sebagai poster boy.

Inilah pengkhianat terbesar UMNO yang cuba menghancurkan institusi UMNO itu sendiri.

Aku paling suka bila Lokman Adam dipecat sekali lagi dari UMNO dan beliau bebas untuk menjadi pencacai kepada PPBM atau DAP.

Iulah tempat kau Lokman Adam macam Man Luncai si Pencuri seluar dalam wanita.. haha

Sunday, August 28, 2022

Hanya 3 Entiti Boleh Kemuka Pengampunan DiRaja

Ramai yang bercakap pasal Pengampunan DiRaja, namun mereka langsung tidak mahu ambil tahu bagaimana dan siapa yang boleh memohon atau siapa yang boleh mewakilkan banduan bagi permohonan mendapatkan Pengampunan DiRaja ini.

Pertama sekali kita kena faham, bukan semua orang boleh memohon Pengampunan DiRaja seperti yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.. Permohonan hanya boleh dibuat oleh 

1. Banduan

2. Ahli Keluarga atau Waris

3. Peguam

Baru baru ini ada satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) pergi menghantar Petisyen ke Istana bagi memohon Pengampunan DiRaja untuk DS Najib kepada YDP Agong..

Untuk makluman, tindakan tersebut bukanlah satu kesalahan, tetapi tindakan tersebut merupakan satu perbuatan yang sia sia sahaja.. Ini kerana, NGO tidak termaktub sebagai entiti yang boleh memohon Pengampunan DiRaja bagi mana mana banduan.

Kedua, semalam Zamil Ibrahim dalam posting Facebooknya ada menyatakan bahawa, dia mahu PM tunjukkan keprihatinan dan semangat setia kawan dalam parti dengan meminta PM mengeluarkan surat kepada Istana atas tujuan memohon Pengampunan DiRaja bagi pihak DS Najib.

https://fb.watch/f8vsFZ8J1C/ 

Sekali lagi dinyatakan disini, Perdana Menteri juga bukan entiti yang boleh memohon Pengampunan DiRaja kerana PM bukan Ahli Keluarga atau Peguam kepada DS Najib.

Jadi disini, apabila kita tidak memahami struktur perundangan dan perlembagaan dalam negara, maka kita akan diperguna serta diperbodohkan oleh manusia seperti zamil ini dan sekaligus mengheret kita melakukan perbuatan yang sia sia seperti memfitnah.

Begitu juga ada sesetengah pihak yang akan mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa PM DS Ismail Sabri tidak mahu membantu DS Najib untuk mendapatkan pengampunan DiRaja. 

Sedangkan ianya sangat jelas dalam perlembagaan negara bahawa, PM bukanlah entiti yang boleh memohon bagi mendapatkan Pengampunan DiRaja ini..

Malahan Zamil dalam posting videonya juga menggunakan terma 'tanggapan rakyat dan ahli umno' sebagai perisai untuk dia mengatakan bahawa DS Ismail Sabri terlibat dan bersubahat memenjarakan DS Najib. 

Sedangkan kita tahu Kes tersebut telah berjalan sejak zaman PH memerintah lagi.

Kenyataan zamil ini buat boleh menyebabkan rakyat dibawah menjadi keliru, sekaligus boleh mencalar krediabiliti DS Ismail Sabri sebagai seorang Perdana Menteri dan Zamil seharusnya disiasat.

Oleh itu pastikan anda benar benar faham sebelum anda terheret lebih jauh dengan permainan politik murahan ini..

Jagindas

Friday, August 26, 2022

Kronologi Sebenar Pendakwaan Kes SRC Terhadap Najib Razak

Najib Razak sepatutnya perlu fokus untuk membela diri dengan meyakinkan Hakim Mahkamah Persekutuan bahawa Hakim Nazlan telah terkhilaf membuat penilaian berkaitan pembelaan yang telah di kemukakan, bukannya bersumpah laknat atau asyik cuba tukar Hakim, tukar Peguam segalanya. 

Sebenarnya pada permulaan bicara lagi Najib Razak tersilap kerana beliau seharusnya melantik seramai yang mungkin Barisan Peguam Professional untuk mewakili beliau. Baru pelbagai idea bercambah. Baru senang membuktikan ada kesilapan dalam Pendakwaan. Ini hanya TS Shafie Abdullah sorang.. memang letih la. 


Apa yang Najib Razak buat sekarang sedang memburukkan lagi keadaan. Secara tidak langsung memang Najib Razak sendiri yang umpan kesalahan itu milik dia. 

Bila admin tulis Najib Razak perlu fokus kepada pembelaannya, bermaksud Najib perlu yakinkan Hakim Mahkamah Persekutuan bahawa:-

1.  Memang betul dia tak tahu pun duit yang masuk ke akaun dia tu adalah dari sumber yang tidak sah.

2. Dia di tipu dan di kelirukan oleh si polan dan si polan berkaitan sumber duit tu.

3. Dia dah cuba membuat pengesahan sumber duit sebelum belanja dan memang sah setahu dia, duit tu bukan dari sumber yang tidak sah.

Jadi ini 3 pembelaan utama yang Najib kena fokus hujahkan di mahkamah.

Tapi kenapa peguam dia tak buat benda ni???? Kemungkinan tak terfikir ke apa tak tahu la. 

Pasal kononnya ada penghakiman awal kes Najib dah bocor hari ini, admin hanya boleh kata menyatakan kemungkinan ini.

KALAU DOKUMEN ITU TULEN 

a) Sebab hari tu belum 26 hb, pihak berkenaan boleh je menafikan ketulenan dokumen.

b) Kalau buat repot polis pun hari tu, ingat polis nak siasat ke?

c) So, sebenarnya silap terlalu besar dokumen itu di dedahkan hari tu. Kenapa tak sabar

d) Sepatutnya kena buat akuan sumpah je dahulu untuk lock tarikh perolehan dokumen tu hari tu. Tahu ke tidak sebenarnya?

e) Dan pada 26 hb nanti, kalau comfirm sebijik2 alasan penghakiman seperti dokumen yg di perolehi hari ini, maka barulah kandungan SD bertarikh hari ini akan ada value.

f) bukan mendedahkannya sekarang sebab pihak berkenaan boleh je nafikan dan edit buat lain.

g) Dan kalau 26 hb nanti betul sebijik keluar alasan penghakiman maka ianya boleh di jadikan Alasan kukuh team Najib utk mengetepikan Keputusan Mahkamah Persekutuan

h) Tapi ghairah sangat dedahkan hari ini, maka berterusanlah Najib kena sabotaj dengan geng dia sendiri.

Bila dah tersentak Mula menyalahkan sana sini pula... Seperti yang tengok la lepas tu. 

BUKAN ASYIK SALAH STRATEGI JE KORANG NI.

PENDAPAT A-H SAYA DI ATAS KALAU DOKUMEN ITU TULEN LAH

TULEN ATAU PALSU KITA HANYA AKAN TAHU PADA 26 HB NANTI... 

WALLAHUAKLAM

Beza Kes Anwar Ibrahim dengan Kes Najib Razak... 

1. Anwar guna 10 orang peguam terkenal serentak untuk membelanya sedangkan Najib hanya guna seorang Peguam terkenal untuk membela dirinya.

2. Anwar mendapat sokongan fizikal hampir keseluruhan pemimpin parti politik sedangkan Najib tidak kelihatan mendapat sokongan fizikal pemimpin parti politik nya.

3. Team media sosial Anwar sentiasa menerangkan isu pembelaan dalam bahasa mudah di fahami awam manakala team media sosial Najib sendiri tak faham apa pembelaan Boss mereka. Tapi Team Media Sosial Najib banyak yang sampaikan bercelaru dan banyak sangat main sentiment. 

4. Anwar memainkan istilah konspirasi dan pendakwaan politik secara berkesan manakala Najib langsung tak pakai istilah berkenaan ... 

5. Anwar berjaya mendapatkan simpati rakyat, ribuan orang turun memenuhi mahkamah untuk menunjukkan simpati manakala Najib tidak mengheret rakyat untuk bersimpati dengannya.

6. Anwar tidak kelihatan berseorangan menghadapi kes mahkamah manakala Najib di lihat berseorangan menghadapi segalanya.

Najib Razak hanya ada 2 pilihan selepas ini.

1. Semakan Semula hukuman di Mahkamah Persekutuan

2. Pengampunan DiRaja minima selepas 3 bulan menjalani hukuman.

Admin bersimpati dengan Najib Razak tapi itulah takdirnya untuk beliau.

Najib Razak hanya mengemukakan 3 pembelaan di Mahkamah Tinggi.

1. Dia tak tahu duit RM42 juta itu datang daripada sumber SRC

2. Dia menjadi mangsa komplot oleh Jho Lho, Azlin Alias, Nik Faizal dan beberapa pegawai bank yang menguruskan hal akaun peribadi dia.

3. Jadi dia tiada niat "mens rea" utk menyalahgunakan kuasa dia utk kepentingan peribadi sebab dia percaya berdasarkan cakap orang2 kepercayaan dia, duit dalam akaun dia tu adalah bersih dan bebas utk dia gunakan.

Bagaimana nak buatkan Mahkamah percaya kepada ketiga2 pembelaan Najib Razak ini?

a) Dia kena bawa saksi untuk mengesahkan memang Najib tak tahu duit tu datang dari sumber SRC sebab dia busy sangat dengan kerja rasmi negara.

b) Dia kena bawa Jho Lho, Nik Faizal (Azlin dah meninggal tak boleh la)ke kandang saksi untuk mengesahkan dan mengaku bahawa mereka dah scam bos mereka.

Namun Najib gagal membawa saksi2 ini utk membela dirinya. Jika Najib Razak dan Barisan Peguam termasuk Orang2 dia leh la lantik Penyiasat Persendirian macam James Bond tak pun Johhny English pi cari bawak balik lepas tu boleh lah dakwa Polis lembab tak pun memang sengaja tak mahu cari?

Bila dah tak dapat 2 Badigol pembawa masaalah tu memang payah la sbb mereka saksi utama dan sorang lagj memang tak boleh la sebab dah meninggal dunia. 

Maka mahkamah tiada pilihan melainkan untuk mensabitkan Najib sebagai Bersalah sepertimana pertuduhan.

Itulah kesimpulan awal yg boleh saya buat kenapa Najib kena tidur di Penjara Kajang bermula malam hari tu.

Bona fide.

1. Admin nak bagitau kawan2 berkaitan proses pembuktian kes di mahkamah supaya kita semua faham kalau nak sokong, kenapa kita perlu sokong, kalau nak bantah, kenapa kita perlu bantah, jangan menonong ikut orang je tanpa kita tau asas proses mahkamah.

2. Bagi pertuduhan salahguna kuasa, Pendakwaraya hanya perlu membuktikan 3 perkara:-

a) Tertuduh ada kuasa

b) Harta bernilai adalah di bawah kekuasaan tertuduh

c) Tertuduh telah menggunakan kuasanya untuk menggunakan harta berkenaan utk kepentingan dirinya sendiri.

3. Untuk elemen (c) di atas, Pendakwaraya kena membuktikan 2 elemen jenayah iaitu wujudnya mens rea (niat jahat melakukan jenayah) dan kedua actus rea (perbuatan jenayah yang di niatkan)

4. Jika kesemua ramuan di perenggan 2 & 3 di atas di penuhi, maka Hakim akan memutuskan bahawa wujud kes Prima Facie jenayah Salahguna Kuasa ke atas tertuduh dan tertuduh akan di minta membela diri.

5. Beban pembuktian dalam kes jenayah adalah di tangan Pendakwaan manakala di pihak tertuduh, beliau hanya perlu menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan.

6. Najib menimbulkan 3 keraguan terhadap elemen 2(c) di atas dengan menimbulkan pembelaan berikut :

a) Dia tak tahu duit RM42 juta itu datang daripada sumber SRC sebab dia busy urus hal negara.

b) Dia menjadi mangsa komplot oleh Jho Lho, Azlin Alias, Nik Faizal dan beberapa pegawai bank yang menguruskan hal akaun peribadi dia.

c) Jadi dia tiada niat "mens rea" utk menyalahgunakan kuasa dia utk kepentingan peribadi sebab dia percaya berdasarkan cakap orang2 kepercayaan dia, duit dalam akaun dia tu adalah bersih dan bebas utk dia gunakan.

7. Bagaimana nak buatkan Mahkamah percaya kepada ketiga2 pembelaan Najib ini?

a) Dia kena bawa saksi utk mengesahkan memang Najib tak tahu duit tu datang dari sumber SRC sebab dia busy sangat dengan kerja rasmi negara.

b) Dia kena bawa Jho Lho, Nik Faizal (Azlin dah meninggal)ke kandang saksi utk mengesahkan dan mengaku bahawa mereka dah scam bos mereka.

8. Namun Najib gagal membawa saksi2 ini utk membela dirinya. Ya tanggungjawab memanggil Jho Lho dan Nik Faizal adalah tanggungjawab Najib, bukan Pendakwaraya.

9. Kes Pendakwaraya akan runtuh jika Jho Lho dan Nik Faizal hadir sbg saksi Najib dan mengesahkan mereka telah kelirukan Najib dan mereka ambil kesempatan atas kesibukan Najib menguruskan negara.

10. Maka di sebabkan kesemua elemen Pembelaan Najib GAGAL DIBUKTIKAN DI MAHKAMAH maka Hakim Mahkamah Persekutuan tiada pilihan melainkan untuk mensabitkan Najib sebagai Bersalah sepertimana pertuduhan.

Inilah sebenarnya yang berlaku dalam kes Najib. Bukan sistem kehakiman bertindak tidak adil kepada beliau tetapi sebab 2 saksi penting Najib berkenaan telah meninggalkan Najib keseorangan.

Ramai tersentak bila admin katakan bahawa Najib bersalah kerana dia gagal membawa Jho Lho dan Nik Faizal sbg saksi pembelaan.

Tapi inilah faktanya. 

Memang kalau Jho Lho dan Nik Faizal dah lari ke luar negara, pihak polis lah yang berkuasa mengesan dan membawa badigol sood dua ekor ni ke muka pengadilan.

Ingat lagi ketika Hamid Bador membodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa Jho Lho dah tukar muka jadi beruang dan berjalan seperti Seladang?

Maka admin berpendapat memang sengaja pihak berkuasa taknak mengesan dan taknak tangkap badigol sood dua ekor ni sebab kalau dapat dua ekor ni, Najib mungkin terselamat.

Dalam keadaan politik semasa, kawan atau musuh Najib kedua-duanya mahu Najib merengkok di Penjara. Too obvious benda ni.

Maka Najib keseorangan terkontang kanting menjawab segala pertuduhan tu semua walau ada yang dia tak tahu katanya. 

Jadi dalam keadaan ini, sepatutnya Bossku upah lah James Bond ke, John Wick ke, Johnny English ke untuk mencari 2 ekor ni sampai ke lubang cacing.

Dah apabila pihak berkuasa tak serius mencari, maka Najib kena cari sendiri lah dan bila dah jumpa, gasak pihak polis kenapa tak bawak balik.

Tapi Najib tak buat kot benda ni... Sebab berasa boleh menang dengan cakap saja kot? Entah.. 

Maka terpaksalah dia merengkok dlm penjara manakala 2 bekas org kepercayaan Najib ni bebas di luar.

Itulah kisahnya Kes SRC Najib Razak

Admin menulis ni lepas minta pendapat dan ulasan sahabat admin yang juga seorang Peguam yang dah biasa dengan Kes Mahkamah bukan dengar sembang dari pakar kaki sembang Facebook. 



Wednesday, August 24, 2022

Kena Faham Dahulu Bab Pembubaran Parlimen

Perdana Menteri Malaysia Ke-9, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob tidak memiliki kuasa untuk bubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15). 

Kuasa mutlak tersebut terletak di bahu Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Mustoffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah. 

Kuasa ini tidak langsung boleh dicabar oleh mana-mana pihak waimah Mahkamah Undang-Undang sekalipun.

Prerogatif Di-Raja ini hanya boleh menjadi terbatal melalui pelbagai tindakan politik mendadak di luar batas Perlembagaan Negara (Extra-Constitutional Measures).

Antara pelbagai tindakan politik mendadak di luar batas Perlembagaan Negara ini termasuklah rampasan kuasa ketenteraan (Military Putsch).

Tindakan rampasan kuasa ketenteraan ini bukan sesuatu yg asing di dalam lipatan sejarah Negara.

Ianya pernah berlaku pada tanggal 14 Mei.1969 sebagai budi bicara olen Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Satu RAMD) dan Markas Garison Kuala Lumpur utk menangani keadaan rusuhan kaum tidak terkawal di Ibukota yang tercetus sehari sebelumnya.

Ini berlaku setelah pihak berkuasa sivil seperti Kabinet Persekutuan, Parlimen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbukti tidak berkemampuan membendung kegawatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu yang timbul ekoran Pilihanraya Umum 10 Mei 1969.

Rampasan kuasa tentera sehari oleh Satu RAMD inilah yang membolehkan Tim Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussen dilantik Pengarah Operasi Kerajaan Dharurat Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diberi kuasa mutlak bersifat dikri (decree).

Kuasa dikri yang diberikan kepada Pengarah Operasi Kerajaan MAGERAN ini mengatasi kuasa ketiga-tiga cabang Kerajaan Persekutuan Malaysia yakni Eksekutif (Kabinet), Legislatif (Parlimen), dan Kehakiman (Mahkamah).

Kepada yang suka membising bab bubar kena faham dahulu yer penerangan diatas. Kerajaan sekarang ni Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Baginda sendiri dah perkenankan titahnya.

Apakah Korang semua nak menderhaka pada titah YDP Agong! 

Daulat Tuanku

Tuesday, July 12, 2022

Kenapa UMNO Takut Buat Pemilihan Baru?

Masalah politik negara hanya boleh diselesaikan dengan cara mengadakan pemilihan Umno sebelum PRU. 

Dengan cara itu ahli boleh memilih pemimpin yang baharu atau mengekalkan yang lama. 

Sama ada mereka terpengaruh dengan label-label pro-Bersatu atau yang Pro-Anwar Ibrahim adalah tanggungjawab yang harus mereka pikul dan buat keputusan. 

Rakyat juga boleh menilai sama ada Umno telah berubah atau sama sahaja dengan parti yang mereka tolak dalam PRU lalu. 

Keadaan sekarang tidak memberi rakyat banyak pilihan. 

Rakyat menyampah dengan Pakatan Harapan, namun melihat Umno masih tidak mahu berubah. 

Umno pula terperangkap dengan keputusan 4 tahun lalu. 

Banyak perkara telah berubah sejak pemilihan lalu yang memerlukan penilaian semula para pemegang jawatan. 

Semua yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno lepas tahu bahawa tempoh jawatan mereka hanya 3 tahun. 

Hentikanlah dakwaan kononnya tidak adil diadakan pemilihan sekarang  kerana pemimpin sedia ada banyak berkorban ketika memegang jawatan utama parti tanpa jawatan dalam kerajaan. 

Realitinya tiada siapa memujuk atau memaksa mana-mana pemimpin memegang jawatan. Semuanya menawar diri dan menubuhkan pasukan kempen bertanding ketika mereka tahu Umno telah kalah dan tiada kedudukan kerajaan. 

Dakwaan berkorban juga sangat tidak relevan apabila beratus juta wang UMNO, yang dikembalikan mahkamah dan melalui penjualan aset, telah dibelanjakan bagi perjalanan dan pengurusan parti termasuk pasukan pemimpin utama umno sepanjang tempoh tiada dalam kerajaan lalu.

Alasan tidak mahu parti berpecah selepas pemilihan adalah tidak relevan langsung. kita tangguh pemilihan parti namun kalah juga dalam PRU-14.

Kredit AB Jalil Backer


Nota Kaki: Jika Presiden anak jantan sepatutnya beliau buat Pemilihan bukan main wayang kuat sangat.. kita tahu sapa dia ZAHID HAMIDI ni. 




Pisang Dengan Beruk Tidak Pernah Berpisah

  “Internet Tidak Pernah Lupa”

Trojan horse atau Mole itulah ungkapan yang diberikan oleh Raja Petra kepada Lokman Noor Adam.

Semalam dengan bangga Lokman berkongsi hantaran Facebook Raja Petra untuk menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Ismail Sabri Yaakob.

Maka Laskar-Laskar Siber Lokman bagaikan hilang akal menghentam PM dan juga beberapa pemimpin lain seperti Annuar Musa. Mereka lupa Lokman ni juga Raja Petra panggil Trojan Horse untuk merosakkan UMNO dari dalam.

Siapa yang Lokman tak pernah hentam? Hishammuddin Tun Hussein, Mohamad Hasan (Tok Mat) dan Presiden sendiri dia pernah hentam.

Macam-macam gelaran dia pernah berikan kepada pemimpin UMNO sendiri. 

Cuma seorang je yang Lokman takkan usik iaitu Najib Razak. Ialah pernah dilantik Pengarah Komunikasi MOF dahulu.

UMNO sekarang dah pelik, bekas-bekas PKR diangkat dan diberi jawatan yang tinggi. Contoh Lokman Adam sendiri dan terbaru Zamil Ibrahim.

Yang lebih pelik ada ahli UMNO percaya dengan Lokman Adam si Trojan Horse ini!

Makin lama makin kelongkang pemikiran sebahagian yang mengaku berjuang untuk UMNO ni.. mereka ada yang berlakon saja.

Muka2 ni semua majoriti telah ditolak rakyat mahupun akar umbi UMNO sebenarnya. Kepala sama macai2 jer cakap yang akar umbi serta rakyat mahu padahal itu hanya dusta saja 

Sebaiknya Tuan Presiden buat Pemilihan baru yang lagi afdal. Kita tahu sapa disebalik game ni.. Presiden digunakan oleh bekas Presiden sebenarnya. 

Hahaha


Kenapa UMNO Takut Buat Pemilihan Parti Sebelum PRU15?

Ada orang kata, Pemilihan UMNO sebelum PRU15 adalah langkah drastik yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah dalaman UMNO. Aku amat bersetuju.

Tidak ada guna jika hanya berani melabel UMNO kini ada empat kategori Ahli-Ahli tapi tak berani ambil langkah drastik untuk adakan Pemilihan UMNO dan beri peluang kepada Ahli-Ahli akar umbi UMNO untuk tentukan dan memilih pemimpin-pemimpin yang mereka mahu terajui UMNO.

Alasan-alasan yang diberikan oleh Mad Maslan, Setiausaha Agung UMNO kenapa Pemilihan UMNO tidak boleh diadakan sebelum PRU15 adalah sangat lemah. Lame excuses.

Alasan jika ada Pemilihan UMNO sebelum PRU15, ramai pemimpin Pemuda dan Puteri UMNO akan hilang jawatan mereka kerana sudah tidak lagi layak terus pegang jawatan atau bertanding semula kerana sudah melebihi had umur bukan satu alasan yang kukuh untuk tidak adakan Pemilihan UMNO.

Ramai di antara mereka sudah dapat 'bonus' pegang jawatan dalam Pemuda dan Puteri UMNO.

Tidak mengadakan PEMILIHAN UMNO dalam masa terdekat juga boleh menghalang atau merampas peluang Ahli-Ahli Pemuda dan Puteri UMNO menghampiri tempoh had umur sebagai Ahli Pemuda dan Puteri UMNO untuk pegang jawatan-jawatan dalam kedua-dua Pergerakan UMNO itu.

Lebih lama Pemilihan UMNO ditangguhkan, lebih ramai Ahli-Ahli Pemuda dan Puteri UMNO akan hilang kelayakan untuk berbanding jawatan-jawatan dalam kedua-dua Pergerakan UMNO itu.

Jika ada Pemilihan UMNO sebelum PRU15, Ahli-Ahli akar umbi UMNO berpeluang singkirkan Ahli-Ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berjiwa PPBM. 

Jika tersingkir atau disingkirkan, mereka tiada lagi peluang untuk sabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Nota: Jika dulu, tentu ada beberapa orang alan masuk komen dan mengata aku sokong PPBM kalau tulis pasal subjek ini.

Presiden dgn Bekas Presiden takut ker apa tu? 

#tengoksiapadulunakgeli


KENAPA ANWAR IBRAHIM MASIH BELUM JADI PERDANA MENTERI?

GILA-GILA POLITIK MALAYSIA

Ada orang tanya, jika betul dua kali Ahli-Ahli Parlimen UMNO signed SD sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kenapa sampai sekarang Anwar Ibrahim masih tak jadi Perdana Menteri?

Jawapan dia mudah saja.

Memang betul ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO tandatangani SD sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Perkara ini diakui sendiri oleh mereka yang tandatangani Surat Akuan Bersumpah tersebut.

Antaranya,  Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas. Dua kali Nazri Aziz kata dia signed.

Selain Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman yang mengaku tandatangani SD atas permintaan Presiden UMNO, Nazlan Ahli Parlimen Jerantut juga pernah mengaku dia juga dua kali signed SD.

Kenapa Anwar Ibrahim masih belum jadi Perdana walaupun beberapa kali mengaku dia ada strong, convincing, formidable numbers untuk jadi Perdana Menteri?

Sebabnya mudah.

UMNO ada 38 orang Ahli Parlimen kesemuanya. Bukan semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO setuju dengan Presiden UMNO untuk sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Selain 38 Ahli Parlimen UMNO, ada 4 lagi Ahli-Ahli Parlimen mewakili parti-parti komponen BN. Mereka juga tidak bersetuju sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Rujuk perkara-perkara yang berlaku pada Ogos tahun lalu bila 15 Ahli Parlimen UMNO umum tarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 

Hanya 15 orang saja berbuat demikian. 23 orang lagi Ahli-Ahli Parlimen UMNO kekal sokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Pendirian yang tidak serupa atau sama dengan Presiden UMNO dan Penasihat BN.

27 orang Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ambil pendirian untuk kekal sokong Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri.

Sebenarnya, pendirian 27 orang Ahli-Ahli Parlimen BN (termasuk 23 orang Ahli-Ahli Parlimen UMNO) telah menyelamatkan negara dari mendapat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tindakan dan keputusan diambil mereka juga telah menghalang DAP dan PAN kembali jadi Kerajaan Persekutuan. Mereka kekal pegang ketetapan "No Anwar No DAP".

Semasa Anwar Ibrahim menghadap Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan bukti dia sudah ada cukup sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hanya bawa surat-surat sokongan atau surat-surat akuan Ketua-Ketua Parti sahaja.

Anwar Ibrahim telah gagal bawa bukti (SD sokongan) dia ada cukup sokongan daripada setiap Ahli-Ahli Parlimen. Ini sebab kenapa Anwar Ibrahim masih jadi PM in-waiting atau PM TEPI.

Mengikut sumber, hanya 18 orang Ahli-Ahli Parlimen UMNO disenaraikan telah bersetuju menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam lampiran "surat Presiden UMNO" kepada Istana Negara.

Senarai nama sahaja, tiada SD disertakan sebab SD hanya ditandatangani dan dikumpul pada November. Anwar Ibrahim menghadap Yang DiPertuan Agong pada bulan Oktober.

Nota: Tajuddin Rahman bekas Ahli MKT Lantikan Presiden UMNO dedahkan memang betul ada surat Presiden UMNO kepada Istana Negara sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Presiden UMNO juga tidak pernah buat laporan polis mengenai surat itu.

Monday, July 11, 2022

Bila Ada Pemimpin UMNO Pening Berganda Gila Kuasa

Bila Askar Upahan Kluster Mahkamah serta Penipu besar makan dedak Raja Petra serta Lokman kaki salak jalanan nak main isu yang tengah mereka sebarkan tu yang ternyata tiada kesahihan sebenar...


Mereka mungkin sedang seronok dengan cara bodoh makan diri mereka tu sampai lupa agaknya yang 2 Pemimpin mereka tu terang2 menyokong Anwar sebagai PM dengan Sd2 yang mereka dah sain. Perkara tu memang mereka sendiri pun tahu tapi acah2 lupa.. 


Mereka sakan terus menyerang PM yang datang Dari UMNO sendiri kerana mahu Boss mereka yang telah bagi UMNO BN tertonggeng pada PRU14 lalu..



Semasa G15 UMNO sibuk nak jatuhkan Muhyiddin Yassin dari kerusi Perdana Menteri,  semasa itu Mael Sabri adalah Timbalan Perdana Menteri kepada Muhyiddin Yassin.

Baru-baru ini, ada orang beri kredit kepada Presiden UMNO konon atas kerja taktikal politik Presiden UMNO, Mael Sabri boleh jadi Perdana Menteri.

Aku masih ingat lagi apa media lapor pada hari MKT UMNO bermesyuarat dan putuskan kesemua Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN akan sokong Mael Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu. BN ada 42 Ahli Parlimen.

Media lapor Annuar Musa sebagai berkata, Mael Sabri sudah mendapat sokongan secara hitam putih berjumlah lebih 69 Ahli Parlimen beberapa parti, (tidak termasuk BN).

Partinya sokongan Ahli Parlimen dari parti-parti lain kepada Mael Sabri bukan atas usaha UMNO atau Presiden UMNO. Ia usaha Mael Sabri sendiri.

Tentu ada yang masih ingat laporan-laporan media mengenai perjumpaan Mael Sabri dengan Ahli-Ahli Parlimen di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semasa tempoh gawat politik pada Ogos tahun lalu.

Kemarin, tular sebahagian perjanjian bertulis antara Perikatan Nasional yang diwakili oleh Pengerusi Parti Perikatan Nasional dengan Mael Sabri, calon Perdana Menteri. 

Ketulenan perjanjian itu belum boleh disahkan. Setakat ini hanya Muhyiddin Yassin, seorang daripada empat orang yang tandatangani perjanjian kata ada perjanjian.

Perjanjian bukan antara parti dengan parti. Bukan antara Perikatan Nasional dengan UMNO-BN. Ia perjanjian antara Parti Perikatan Nasional dengan Mael Sabri, calon PM pada masa itu.

Sama seperti MOU antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan. Ia bukan antara Pakatan Harapan dengan UMNO-BN. UMNO-BN tidak terlibat.

Kepimpinan tertinggi juga pernah kata Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin dulu dan turut disokong oleh UMNO-BN adalah Kerajaan yang dibentuk oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat, bukan satu Kerajaan oleh parti-parti; walaupun Presiden parti-parti yang membentuk Kerajaan tandatangani surat sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan Persekutuan baharu pimpinan Mael Sabri bukan terbentuk kerana sokongan Ketua parti-parti yang ada dalam Kerajaan masa kini.  

Kerajaan ini terbentuk setelah setiap Ahli-Ahli Parlimen menyatakan sokongan peribadi mereka kepada seorang calon Perdana Menteri melalui SD yang dihantar kepada Yang DiPertuan Agong dan Yang DiPertuan Agong berpuashati dengan sokongan majoriti yang diperolehi oleh Mael Sabri.

Dan ramai juga kata Kerajaan Persekutuan (Keluarga Malaysia) yang diterajui oleh Mael Sabri adalah kesinambungan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

MKT UMNO boleh buat apa saja ketetapan, tapi MKT UMNO tidak boleh menentukan perjalanan Kerajaan Persekutuan.

Boleh beri cadangan sajalah sepertimana MKT UMNO sudah pernah buat, antaranya beri syarat-syarat untuk UMNO terus sokong Mael Sabri sebagai Perdana Menteri.

Lain-lain hangpa pikiaq sendirilah.

Kredit FB AS




Wednesday, April 22, 2020

Bila Rohingya Dah Besar Kepala Minta Taraf Warganegara Pula


Rohingya mohon hak sama rata? Berpusu2 masuk Malaysia, rakyat mula kurang senang

“Bagi betis nak peha.” Mungkin itulah yang digambarkan oleh rata-rata Malaysia apabila ada pula isu, terdapat segelintir aktivis yang terdiri daripada masyarakat asal pelarian Rohingya sedang dalam proses memohon kerakyatan di negara ini. 

Sejak semalam tular di Facebook mengenai presiden Rohingya di Malaysia, iaitu dikenali sebagai Zafar Ahmad Abdul Ghani menjadi sasaran netizen berikutan isu kerakyatan tersebut.

Kita sedang alami penjajahan moden? 

Ada yang mendakwa, pihaknya mahu menuntut hak sama rata pendidikan dan kerakyatan penuh di Malaysia buat kesemua pelarian Rohingya yang berada di negara ini yang membuatkan rata-rata rakyat kita mula berasa kurang senang.


Perjuangkan hak Rohingya 

Malah, turut tular beberapa dokumen daripada pihak Myammar Ethnic Rohingya Humans Rights Organization Malaysia (MERHROM) mengenai hak Rohingya yang diperjuangkan.



Berpusu2 pulak nak masuk Malaysia tengah Covid-19 ni

Sementara itu pula, semalam Harian Metro ada melaporkan terdapat tangkapan dua lelaki etnik Rohingya yang juga dalang kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar perairan utara negara ini.

Tangkapan dibuat melalui dua serbuan berasingan, pada 16 dan 18 April lalu dalam Op Dallal, difahamkan kedua-dua meraka adalah dalang utama aktiviti jenayah penyeludupan warga asing yang aktif beroperasi di utara dan selatan Semenanjung.


Bayar RM 15,000 sorang tau nak masuk Malaysia

Antara info yang mengejutkan, etnik Rohingya ini didapati membayar tidak kurang daripada RM15,000 kepada ejen untuk urusan kemasukan ke negara ini.


Hantar mereka balik

Di media sosial ini ramai dalam kalangan rakyat kita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan etnik Rohingya disifatkan sebagai mengambil kesempatan terhadap kebaikkan yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini.


Lepas ni Malaysia jangan berlembut sangat



Masuk seludup lepas tu nanti nak minta hak sama rata


Jangan Pula lupa, Pepatah orang tua sudah letih berkata, buat baik berpada-pada


Situasi seperti ini amat merisaukan, ketika negara kita sedang bertungkus-lumus mematikan rantaian Covid-19, pelarian ini pula datang berpusu-pusu ke Malaysia menambahkan lagi beban negara.






Thursday, June 21, 2018

Pasir Gudang Terjual Gudang?


Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. 

Pasir Gudang 21 Jun 2018

Kekalahan Umno di Pasir Gudang pada PRU 14 yang lepas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas adalah penanda aras bahawa perubahan drastik harus dibuat didalam organisasi yang sedia ada di Umno PasirGudang. Di mana mereka kalah kepada Parti Harapan di kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti undi 24,726 undi dan di kerusi Dun Permas dengan majoriti 8,746 undi.

Kejatuhan Umno Pasir Gudang adalah sebuah sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh setiap ahli Umno di Pasir Gudang. Ini adalah kerana kekalahan ini adalah sebuah kekalahan yang ditempa dan dibuat sendiri oleh organisasi yang sedia ada di Umno di Pasir Gudang. Tidak adil dan tidak seharusnya mereka hanya menyalahkan Mantan Perdana Menteri Malaysia iaituDato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak semata mata dan merasakan diri mereka tidak bersalah di atas kekalahan ini.

Ini adalah kerana ada di antara kerusi – kerusi di Parlimen dan Dun bahagian lain di Johor Darul Takzim masih mampu dimenangi oleh calon Umno yang lain.Sebagai contoh Parlimen Pontian, Parlimen Mersing, Parlimen Pengerang, Parlimen Kota Tinggi, Parlimen Sembrong dan lain lain lagi. Mengapa mereka ini tidak kalah jika benar teori yang digunakan oleh Umno Pasir Gudang yang mengatakan kekalahan Umno di PasirGudang adalah disebabkan oleh Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Lalu apa masalah yang sebenarnya dihadapi oleh Umno Pasir Gudang dan apakah faktor – faktor yang menyebabkan Umno Pasir Gudang tumbang dengan penuh bergaya?

Visi dan Misi yang menjadi falsafah dan panduan Umno Johor tidak dapat diterjemah dengan baik oleh ahli-ahli dalam organisasi Umno Pasir Gudang yang sedia ada. Dimana mereka ini hanyalah fokus dan berfikir bagaimana kah caranya untuk mengekalkan kuasa, kekayaan dan jawatan dan bagaimana kah cara yang terbaik untuk membodek dan mengampu Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Nordin semata mata dan secara langsung tugas berbakti dan berkhidmat pada rakyat di abaikan.

Di Pasir Gudang anak-anak muda dipinggirkan dan dipulaukan oleh ahli ahli organisasi Umno Pasir Gudang. Anak muda yang mereka dekati hanya anak muda yang kaki jilat dan membodek. Di mana anak muda yang mereka suka di dalam parti adalah anak muda yang bagaikan patung kayu didalam parti mengiakan apa sahaja didalam parti biarpun perkara itu salah ataupun tidak memberi manfaat pada parti.Mereka ini mengamalkan budaya politik pengecut dan penakut dengan mengekang dari anak muda memberi kritikan mahupun idea dalam memajukan parti. Mereka ini penyebab dan punca terhadap bencinya anak muda terhadap Umno Pasir Gudang. Malahan kebanyakan pendapat-pendapat bernas mahupun keluhan tidak sampai pada Dato’ Seri Khaled Bin Nordin. Maka setiap laporan yang diberikan pada Dato’ Seri Khaled bin Nordin terhadap apa keluhan rakyat dan anak muda semuanya indah-indah belaka dan semuanya bagus-bagus belaka dan akhirnya memakan diri sendiri iaitu dengan kekalahan bergaya Umno di Pasir Gudang. 

Ahli – ahli organisasi Umno Pasir Gudang menjadikan Umno sebagai medium mengumpulkan asset dan kekayaan. Menunggang parti sewenang sewenangnya tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada parti. Apa yang digambarkan dan ditonjolkan oleh mereka ini kepada rakyat Pasir Gudang adalah sesuatu yang menjijikan dan adalah penghinaan kepada parti. Seolah olah mereka ini melacurkan parti demi kepuasanmereka. Oleh kerana sikap dan perkara jijik sebegini yang mereka tontonkan kepada masyarakat iaitu pengundi, maka masyarakat mula menjauhkan diri dari Umno Pasir Gudang dan terus hilang kepercayaan terhadap Umno Pasir Gudang kerana mereka sedar Umno Pasir Gudang telah lari jauh dari objektif parti itu sendiri dalam berkhidmat pada rakyat. Malahan apa yang ditonjolkan oleh Umno Pasir Gudang itu sendiri adalah Umno ini adalah sebuah parti yang hanya digunakan dan disertai untuk mendapatkan peluang perniagaan, projek-projek dan tender-tender, menjadi kaya dengan mengumpul aset seperti rumah- rumah, tanah-tanah, kereta-kereta mewah, saham-saham syarikat dan perkara perkara yang menjurus kepada kepentingan peribadi semata mata bukan untuk kepentingan parti. Sekali lagi perkara – perkara jijik dan hina ini telah menyumbang penuh ke atas kekalahan bergaya Umno di Pasir Gudang.

Pengundi di Pasir Gudang bukannya bodoh, buta dan bisu terhadap apa yang terjadi di Umno Pasir Gudang semua maklumat dan data boleh dapat dalam sekelip mata. Parti yang mereka undi sebelum ini dan diberi kepercayaan untuk membela nasib mereka di Parlimen Pasir Gudang di lacurkan di rogol dan di tunggang oleh individu dan kumpulan kumpulan tertentu demi kepentingan peribadi. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Bila pendapat dan keluhan dari pengundi tidak di dengari dan tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya dan tiada tindakan dilakukan. Makanya Umno Pasir Gudang tumbang dan tewas dengan bergayanya. 

Untuk Sayap Sayap Umno buatlah pilihan sewajarnya menggunakan maruah, akal dan perasaan sayang terhadap parti ini.  Hindarilah budaya dan sikap duit penentu undi. Kerana duit dan kemewahan Umno Pasir Gudang ini rebah pada PRU14. Berilah sokongan kepada mereka yang bersih, jujur dan telus dalam menguruskan parti untuk mengembalikan maruah dan harga diri Umno Pasir Gudang di mata masyarakat. Jangan biarkan Umno Pasir Gudang terus mati dihukum pengundi akibat silap individu dan kumpulan tertentu dalam menguruskan dan mengerakkan parti.

Wassalam.

 

Yg Benar,

Malayonesia

(Pengerusi Melayu Senusantara)

Wednesday, June 20, 2018

Bila Pemilihan UMNO Tetap Menonjolkan Calon Cap Ayam Berkepala Musang


Yang ada kes polis berlambak sampai lari masuk dlm hutan leh plak diberi ruang bertanding!
Ni UMNO apa kejadah... Habis modal ke!

Dah nak melingkop ke atau memang sengaja menyusun kearah melingkop! Jawatan Kuasa Pemilihan ni nak melingkopkan UMNO yer?

Nampak gaya mmg dah takda kesedaran la sebenarnya!.. Sepatutnya kena susun baik2 senarai kelayakan baru diberi No calon bertanding! Ni bagi No pastu kena kerat... Bangang ke apa ni!

Mamat tu masa PRU14 bertanding kat Melaka kan kalah! Patut dia leh berambus jer dari UMNO!

UMNO bakal melingkop jika calon2 binawe diberi lagi ruang!.. ada yang mangkok hayun nak glamor pun diberi ruang... Lingkup terus melingkupkan...

Harap maaf ... Aku gelak jer tgk badigol2 dlm jawatankuasa pemilihan dok susun cerita kartun!

- Boboi Kutty
Anak Jati UMNO
Simpang Kuala

Thursday, May 3, 2018

Edisi Boboi Mat Blurr Part 7


Alkisahnya begini.

Seorang Pegawai Khas Mat Blurr aka Mukhriz Boboi telah memberi sejumlah wang kepada Mat Blurr aka Mukhriz Boboi untuk diberikan kepada seorang pemimpin cawangan UMNO dalam Bahagian Jerlun pada satu program.

Oleh kerana Mat Blurr aka Mukhriz Boboi tidak kenal pemimlin cawangan dalam kawasan beliau sendiri maka pegawai khas itu menunjukkan gambar “target” dalam telefon.

Selepas ditunjuk gambar Mat Blurr aka Mukhriz Boboi pun kata ok dia boleh cam orang tu nanti.

Sampai di tempat program berkenaan Mat Blurr aka Mukhriz Boboi lalu bersalam dengan seorang lelaki, bertanya khabar dan kemudian menghulurkan wang kepada lelaki berkenaan.

Seketika itu juga Pegawai khas beliau terkejut beruk kerana mat blur dah bagi duit kat orang yang salah. Maka terpaksalah pegawai pi kira lain dengan orang yang sepatutnya dapat duit.

Moral of the story Mat blurr aka Mukhriz Boboi memang tak kenal orang pun. Tak caya pi tanya geng UMNO Jerlun.

Edisi Boboi Mat Blurr Part 6


Mat blurr aka Mukhriz Boboi berkata Kubang Pasu membangun sebagai kawasan institusi pendidikan adalah usaha bapa dia Mahathir Mohamed.

Oklah, baiklah memang diakui pun banyak institusi pendidikan ada di Kubang Pasu dan dilaksanakan masa bapa mat blur jadi Perdana Menteri.

Cuma nak tanya masa bapa dia jadi Perdana Menteri dia duk dalam Parti mana ataupun masa tu masih lagi menyusu dengan mak dia..

Dan hang pulak Mat Blur aka Mukhriz Boboi lima tahun jadi Ahli Parlimen Jerlun dapat lagi jawatan Timbalan Menteri apa yang hang buat kat Jerlun.

Lepas tu naik pangkat jadi Menteri Besar apa hang bawa kat orang Jerlun. Kasihan orang Jerlun jadi anak terbuang.

Moral of the story jangan terus duk jaja apa bapa buat tetapi diri sendiri tak buat apa

Monday, April 30, 2018

Edisi Boboi Mat Blurr Part 5


Mukhriz Boboi aka Mat blurr  berkata sekiranya Pakatan Harapan memerintah Kedah masalah bekalan air akan diselesaikan dalam masa 100 hari sahaja.

Wow kedengaran amat hebat.

Apabila diminta penjelasan pelan bagaimana hendak buat dalam masa 100 hari itu, dia pi kona pula kata masa 100 hari itu untuk mencari jalan sahaja.

Aduhai Mukhriz Boboi aka Mat Blurr hang jadi Menteri Besar hampir 3 tahun awat hang tak cari jalan. Hang kan Pengerusi SADA masa itu. Apa hang buat makan elaun buta saja ka.

Moral of the story janganlah dengar janji orang yang amat blurrr.

Edisi Boboi Mat Blurr Part 4

Image result for mukhriz boboi

Mukhriz aka Maat Blurr pakar 'Kelentong', Dakwa Tak Sempat Selesaikan Masalah Air Masa Jadi MB Kedah!

Pengerusi Pakatan Pembangkang Kedah, Mukhriz Mahathir aka Boboi Mat Blurr mendakwa dirinya tidak mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikan pelan perancangan pembangunan negeri termasuk menyelesaikan isu masalah bekalan air semasa menjadi Menteri Besar (MB) Kedah dahulu.

Mukhriz aka Boboi Mat Blurr yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, berkata, beliau hanya sempat memegang jawatan berkenaan selama kira-kira dua tahun setengah menyebabkan banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan.

"Tak cukup masa untuk saya laksanakan dan lebih malang apabila perancangan yang dilakukan ketika saya mentadbir Kedah tidak diteruskan oleh Menteri Besar sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah," dakwanya.

Pelbagai janji diberikan Mukhriz aka Boboi Mat Blurr kepada rakyat Kedah setelah beliau tidak memegang jawatan MB antaranya menyelesaikan masalah air dan memberi lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Disaat beliau menyatakan janji-janji tersebut, satu soalan sahaja ingin ditanyakan kepada Mukhriz aka Boboi Mat Blurr, kenapa semua itu tidak dilakukan semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah dulu.

Ternyata, Mukhriz aka Boboi Mat Blurr hanya memberi alasan demi alasan dan segala janjinya kini adalah mahu menarik undi supaya rakyat menyokongnya.

Semasa menjadi MB Kedah, beliau turut dilanda kontroversi kerana dikatakan kerap balik ke Kuala Lumpur, maka tidak mustahil beliau sukar berada di kawasannya jika menang pada PRU14 ini.

Sunday, April 29, 2018

Edisi Boboi Mat Blurr Part 3

Related image

Boboi aka Mat blurr Mukhriz kata manifesto BN Kedah tak waras sebab Kedah mana ada duit nak buat semua yang dijanjikan dalam manifesto tu.

Kata dia pendapatan kerajaan negeri hanya sekitar RM700 juta setahun sedangkan dalam manifesto itu berpuluh projek yang disenaraikan berjumlah sampai RM65 bilion.

Nak tanya sat, masa Boboi aka Mat Blurr jadi Menteri Besar dan cadang nak buat  bandaraya getah di Padang Terap dengan kos sampai RM600 juta tu nak ambil duit mana.

Masa Boboi aka Mat Blurr cadang nak buat litar motosikal hampir RM100 juta nak ambil duit mana. Nak bina airport Kulim yang beliau cadangkan nak ambil duit mana.

Kenapa masa jadi Menteri Besar boleh cadang nak buat projek mega tetapi sekarang kata janji manifesto BN tak betul.

Awatlah hang ni Blurr sangat Boboi Mukhriz.

Thursday, April 26, 2018

Edisi Boboi Mat Blurr Part 2

Image result for mukhriz TANDING DI JITRA

Boboi Mat blur si Mukhriz kata BN sengaja letak Pak Tam lawan dia di DUN Jitra kerana dia dah umum awal nak tanding situ.

Weii si blur hang yang saja oi cari pasal nak lawan Pak Tam sebab dendam dan marah pasal Pak Tam tak sokong hang. Boboi Mat Blur memang blurr.

Hang yang sengaja pi tanding DUN Jitra sebab dendam kesumat nak jatuh Pak Tam walaupun semua orang dah tau Pak Tam akan pertahan kerusi tu.

Hang tu yang tak ada keberanian lompat merata kerusi. Kalau anak jantan awat tak pertahan kerusi DUN Air Hitam.

Moral of the story jangan sokong si blur yang penuh dendam.

Edisi Boboi Mat Blurr Part 1


Masa PRU13, Mukhris Mahathir nak buat Bandar Getah di Padang Terap walaupun beberapa orang nasihat dia cadangan itu sebenarnya tidak ekonomikal atas faktor lokasi, bahan mentah dan infra.

Namun sebab nak nampak gah, nampak dia ada idea hebat beliau buh janji tu dalam Manifesto 2013. Selepas itu yang keluar duit untuk buat semua tu kerajaan pusat yang dia duk maki sekarang ini.

Asalnya perancangan Kerajaan Persekutuan hanyalah mahu membuka cawangan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) di Padang Terap, namun Boboi Mat Blurr sudah culik perancangan tu nak buat Mega Projek Bandar Getah  sbb nak mengabiskan dana Kerajaan Pusat..

Lepas dia jadi MB tidak pula beliau pulun nak laksanakan projek itu, hanya apabila Tok Bashah jadi MB baru projek itu dimulakan dengan pengambilan tanah dan kerja awal yang bajet RM320 juta.

Moral of the story jangan jadikan orang blur sebagai pemimpin. Dia tak tau apa pun.

Image result for mukhriz dan bandar getah

Tuesday, February 27, 2018

Sampai Kesudah Mukhriz Melontar Tahi Ke Muka Sendiri!


Perkara yang perlu diakui oleh Mukhriz yang telah gagal dalam urus tadbir beliau semasa menjawat jawatan MB Ihsan. Jangan suka melontar bicara sedangkan sendiri bertahi dimuka. Tidak malu kah Mukhriz mahu mendabik dada diatas hasil usaha orang lain mengaku beliau yang rancangkan..

Pemberian Insentif air percuma 20 meter padu kepada rakyat kedah diperkenalkan kerajaan negeri semasa pembentangan Bajet Kedah 2018 pada 12 November 2017. Idea Mukhriz ka?

Peruntukan 200 ribu kotak BARAKAH untuk 200 ribu ketua isi rumah dilancarkan mulai 1 April 2016 dan masih disalurkan kepada rakyat selagi Kerajaan BN memerintah. Idea Mukhriz ka?

Hasil kerjasama Muafakat Kerajaan Negeri dan Persekutuan, permohonan naiktaraf KUIN kepada UNISHAMS telah diluluskan mulai Januari 2018. Usaha Mukhriz ka?

Pelancaran Tuisyen BARAKAH Kedah masuk tahun ke 2 sejak diperkenalkan pada Mei 2016. 1800 pelajar beroleh manfaat. Mukhriz ka yang buat?

Kenaikan elaun imam, bilal dan siak bermula Januari 2018, siapa yang usaha buat? Mukhriz ka?

Skim IMAN mulai September 2016, 75 orang mahasiswa Kedah dapat faedah, dan Sudah masuk tahun kedua dengan pertambahan peserta IMAN.
siapa punya idea? Mukhriz juga ka?

Dana warisan Pendidikan Anak Kedah, simpanan RM100 seorang di SSPNi dilancarkan 27 Febuari 2018, Mukhriz ka yang buat?

Pembiayaan tahunan RM 840 ribu untuk 84 buah pondok mulai April 2016, idea Mukhriz juga ka?

Biasiswa penuh untuk anak Kedah yang menuntut di UNISHAMS mulai semester September 2018 hasil cadangan siapa! Mukhriz juga ka?

Akademi Ahmad Basri yang ditubuhkan 17 Oktober 2016 adakah hasil daya usaha Mukhriz Jugak ka?

Program Genius yang dilaksanakan mulai sesi persekolahan Januari 2017 libatkan bantuan awal kelengkapan anak bersekolah apakah Mukhriz punya buah fikiran atau dia yang laksanakan? Setahu admin Mukhriz tak ambil pedulipun hal anak sekolah!

Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang berlangsung mulai 24 Febuari sehingga 3 Mac dan sudah menarik 120 ribu pengunjung pada hari ke 4 dan terus mendapat sambutan dari pengunjung.
Kenapa Mukhriz begitu sibuk mahu mengatakan hasil idea beliau? Mukhriz perlu letak bukti rancang idea mahu buat Ekspo? Bukan hya tahu angkat diri saja!

Hasil negeri menyusut 20% memang idea dan hasil kepimpinan Mukhriz ( 2015). Mukhriz patut berasa malu kerana gagal urus tadbir negeri? Mahukah Mukhriz mengaku kegagalan beliau?

Kawasan balak negeri seluas 3 ribu ekar di Bukit enggang dengan MBI hanya dapat hasil 3 juta sahaja memang kerja Mukhriz.

Salah guna duit MBI RM18 juta untuk beli saham atas nama peribadi syarikat farmasi itu kerja Mukhriz. Mukhriz perlu jwb persoalan isu Balak yg dia dh buat sepanjang jadi MB Kedah!

Paksa anak syarikat bayar bil telefon anak isteri dan bayar elaun tukang lap kasut itu memang kerja Mukhriz.

Buat Ya Hanana na satu petang sahaja sedut duit anak syarikat kerajaan Negeri sampai RM1 juta itu kerja Mukhriz.

Bajet negeri defisit juga zaman Mukhriz antara 26 hingga 15%.

Belanja banyak hasil tiada juga di zaman Mukhriz.

Era loy dan bluuur untuk Kedah sudah berlalu dan rakyat Kedah perlukan pembangunan dan kemajuan realiti bukan sembang ceramah termasuk janji2 bulan bintang...

Alhamdulillah, 2 tahun Kedah di bawah pentadbiran YAB DS DiRaja Ahmad Bashah, 43 perkara dasar mudah dilaksana dan sudah dinikmati oleh rakyat jelata.

Kita minta tolong Mukhriz jangan merepek. Mukhriz tak perlu meroyan. Pak dia teringin nak jadi PM semula..dia pun dua kali lima..meroyan nak duduk di kerusi MB semula.

Cukuplah..Kedah serata rata tak perlu lagi Mukhriz yang selamanya bluur tak ketahuan hala.. Mukhriz sudah Gagal dan Mukhriz perlu cermin diri beliau sebelum mahu bersembang terlebih kelangit padahal diri sendiri pun bapak yg tanggung hidup beliau..

Legasi Mukhriz dan Mahathir sudah berakhir ke Kolam Takungan Tahi IWK!...

#MukhrizMeroyan

Thursday, February 22, 2018

Tujuan Mugadey Kutip Derma Mahu Memborong KC UMNO?


Bila jalan nak bangga dengan penubuhan parti bunga dah kelongkang! Mahathir kepala autakari dikhabarkan menukar plan ke 3 dengan mengutip derma dari pelbagai sudut untuk memborong secara besar - besaran ketua2 Cawangan UMNO yang kaki kebulur duit? itupun jika mereka mampu la nak menabur.... dan KC2 UMNO sedia buta diri mahu menjadi abdi Mahathir sekali lagi.

Pengerusi PPBM, Mahathir aka Mugadey Kutty  diberitakan akan menggunakan 'langkah terakhir' untuk memenangi pilihanraya sekiranya segala usaha yang beliau lakukan untuk menambat hati rakyat menemui kegagalan.

Dengan harta kekayaan berbillion ringgit yang dimiliki keluarga Mahthir, gerakan ini bukan lagi sesuatu yang sukar buatnya.

Menurut sumber, Mahathir kutty dan anaknya, Mukhriz Boboi akan 'membeli' ketua-ketua cawangan UMNO supaya melakukan sabotaj secara senyap terhadap parti.

Kini mereka berdua sedang melakukan gerakan awal untuk mengenalpasti ketua-ketua cawangan UMNO yang berpotensi untuk berpaling tadah.

Mereka akan dibayar sekurang-kurangnya RM50k setiap seorang untuk meyakinkan ahli-ahli UMNO supaya tidak keluar mengundi dan tambahan RM10k lagi jika berjaya menghasut untuk mengundi pembangkang," katanya.

Tambah sumber itu, ada di kalangan AJK Bahagian yang sekian lama menjadi ejen Mahathir Kutty tanpa keluar dari parti yang secara terrang-terangan bertindak menghasut ahli lain untuk menjadi anti-BN.

Senarai mereka yang menjadi ejen berbayar Mahathir Kutty ini bakal didedahkan minggu depan," kata sumber itu lagi.

Kita tengok saja siapa beli siapa dan siapa pula yang akan meminta derma... bye