Wednesday, April 22, 2020
Bila Rohingya Dah Besar Kepala Minta Taraf Warganegara Pula
Thursday, June 21, 2018
Pasir Gudang Terjual Gudang?
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.
Pasir Gudang 21 Jun 2018
Kekalahan Umno di Pasir Gudang pada PRU 14 yang lepas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas adalah penanda aras bahawa perubahan drastik harus dibuat didalam organisasi yang sedia ada di Umno PasirGudang. Di mana mereka kalah kepada Parti Harapan di kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti undi 24,726 undi dan di kerusi Dun Permas dengan majoriti 8,746 undi.
Kejatuhan Umno Pasir Gudang adalah sebuah sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh setiap ahli Umno di Pasir Gudang. Ini adalah kerana kekalahan ini adalah sebuah kekalahan yang ditempa dan dibuat sendiri oleh organisasi yang sedia ada di Umno di Pasir Gudang. Tidak adil dan tidak seharusnya mereka hanya menyalahkan Mantan Perdana Menteri Malaysia iaituDato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak semata mata dan merasakan diri mereka tidak bersalah di atas kekalahan ini.
Ini adalah kerana ada di antara kerusi – kerusi di Parlimen dan Dun bahagian lain di Johor Darul Takzim masih mampu dimenangi oleh calon Umno yang lain.Sebagai contoh Parlimen Pontian, Parlimen Mersing, Parlimen Pengerang, Parlimen Kota Tinggi, Parlimen Sembrong dan lain lain lagi. Mengapa mereka ini tidak kalah jika benar teori yang digunakan oleh Umno Pasir Gudang yang mengatakan kekalahan Umno di PasirGudang adalah disebabkan oleh Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Lalu apa masalah yang sebenarnya dihadapi oleh Umno Pasir Gudang dan apakah faktor – faktor yang menyebabkan Umno Pasir Gudang tumbang dengan penuh bergaya?
Visi dan Misi yang menjadi falsafah dan panduan Umno Johor tidak dapat diterjemah dengan baik oleh ahli-ahli dalam organisasi Umno Pasir Gudang yang sedia ada. Dimana mereka ini hanyalah fokus dan berfikir bagaimana kah caranya untuk mengekalkan kuasa, kekayaan dan jawatan dan bagaimana kah cara yang terbaik untuk membodek dan mengampu Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Nordin semata mata dan secara langsung tugas berbakti dan berkhidmat pada rakyat di abaikan.
Di Pasir Gudang anak-anak muda dipinggirkan dan dipulaukan oleh ahli ahli organisasi Umno Pasir Gudang. Anak muda yang mereka dekati hanya anak muda yang kaki jilat dan membodek. Di mana anak muda yang mereka suka di dalam parti adalah anak muda yang bagaikan patung kayu didalam parti mengiakan apa sahaja didalam parti biarpun perkara itu salah ataupun tidak memberi manfaat pada parti.Mereka ini mengamalkan budaya politik pengecut dan penakut dengan mengekang dari anak muda memberi kritikan mahupun idea dalam memajukan parti. Mereka ini penyebab dan punca terhadap bencinya anak muda terhadap Umno Pasir Gudang. Malahan kebanyakan pendapat-pendapat bernas mahupun keluhan tidak sampai pada Dato’ Seri Khaled Bin Nordin. Maka setiap laporan yang diberikan pada Dato’ Seri Khaled bin Nordin terhadap apa keluhan rakyat dan anak muda semuanya indah-indah belaka dan semuanya bagus-bagus belaka dan akhirnya memakan diri sendiri iaitu dengan kekalahan bergaya Umno di Pasir Gudang.
Ahli – ahli organisasi Umno Pasir Gudang menjadikan Umno sebagai medium mengumpulkan asset dan kekayaan. Menunggang parti sewenang sewenangnya tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada parti. Apa yang digambarkan dan ditonjolkan oleh mereka ini kepada rakyat Pasir Gudang adalah sesuatu yang menjijikan dan adalah penghinaan kepada parti. Seolah olah mereka ini melacurkan parti demi kepuasanmereka. Oleh kerana sikap dan perkara jijik sebegini yang mereka tontonkan kepada masyarakat iaitu pengundi, maka masyarakat mula menjauhkan diri dari Umno Pasir Gudang dan terus hilang kepercayaan terhadap Umno Pasir Gudang kerana mereka sedar Umno Pasir Gudang telah lari jauh dari objektif parti itu sendiri dalam berkhidmat pada rakyat. Malahan apa yang ditonjolkan oleh Umno Pasir Gudang itu sendiri adalah Umno ini adalah sebuah parti yang hanya digunakan dan disertai untuk mendapatkan peluang perniagaan, projek-projek dan tender-tender, menjadi kaya dengan mengumpul aset seperti rumah- rumah, tanah-tanah, kereta-kereta mewah, saham-saham syarikat dan perkara perkara yang menjurus kepada kepentingan peribadi semata mata bukan untuk kepentingan parti. Sekali lagi perkara – perkara jijik dan hina ini telah menyumbang penuh ke atas kekalahan bergaya Umno di Pasir Gudang.
Pengundi di Pasir Gudang bukannya bodoh, buta dan bisu terhadap apa yang terjadi di Umno Pasir Gudang semua maklumat dan data boleh dapat dalam sekelip mata. Parti yang mereka undi sebelum ini dan diberi kepercayaan untuk membela nasib mereka di Parlimen Pasir Gudang di lacurkan di rogol dan di tunggang oleh individu dan kumpulan kumpulan tertentu demi kepentingan peribadi. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Bila pendapat dan keluhan dari pengundi tidak di dengari dan tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya dan tiada tindakan dilakukan. Makanya Umno Pasir Gudang tumbang dan tewas dengan bergayanya.
Untuk Sayap Sayap Umno buatlah pilihan sewajarnya menggunakan maruah, akal dan perasaan sayang terhadap parti ini. Hindarilah budaya dan sikap duit penentu undi. Kerana duit dan kemewahan Umno Pasir Gudang ini rebah pada PRU14. Berilah sokongan kepada mereka yang bersih, jujur dan telus dalam menguruskan parti untuk mengembalikan maruah dan harga diri Umno Pasir Gudang di mata masyarakat. Jangan biarkan Umno Pasir Gudang terus mati dihukum pengundi akibat silap individu dan kumpulan tertentu dalam menguruskan dan mengerakkan parti.
Wassalam.
Yg Benar,
Malayonesia
(Pengerusi Melayu Senusantara)
Wednesday, June 20, 2018
Bila Pemilihan UMNO Tetap Menonjolkan Calon Cap Ayam Berkepala Musang
Yang ada kes polis berlambak sampai lari masuk dlm hutan leh plak diberi ruang bertanding!
Ni UMNO apa kejadah... Habis modal ke!
Dah nak melingkop ke atau memang sengaja menyusun kearah melingkop! Jawatan Kuasa Pemilihan ni nak melingkopkan UMNO yer?
Nampak gaya mmg dah takda kesedaran la sebenarnya!.. Sepatutnya kena susun baik2 senarai kelayakan baru diberi No calon bertanding! Ni bagi No pastu kena kerat... Bangang ke apa ni!
Mamat tu masa PRU14 bertanding kat Melaka kan kalah! Patut dia leh berambus jer dari UMNO!
UMNO bakal melingkop jika calon2 binawe diberi lagi ruang!.. ada yang mangkok hayun nak glamor pun diberi ruang... Lingkup terus melingkupkan...
Harap maaf ... Aku gelak jer tgk badigol2 dlm jawatankuasa pemilihan dok susun cerita kartun!
- Boboi Kutty
Anak Jati UMNO
Simpang Kuala
Thursday, May 3, 2018
Edisi Boboi Mat Blurr Part 7
Alkisahnya begini.
Seorang Pegawai Khas Mat Blurr aka Mukhriz Boboi telah memberi sejumlah wang kepada Mat Blurr aka Mukhriz Boboi untuk diberikan kepada seorang pemimpin cawangan UMNO dalam Bahagian Jerlun pada satu program.
Oleh kerana Mat Blurr aka Mukhriz Boboi tidak kenal pemimlin cawangan dalam kawasan beliau sendiri maka pegawai khas itu menunjukkan gambar “target” dalam telefon.
Selepas ditunjuk gambar Mat Blurr aka Mukhriz Boboi pun kata ok dia boleh cam orang tu nanti.
Sampai di tempat program berkenaan Mat Blurr aka Mukhriz Boboi lalu bersalam dengan seorang lelaki, bertanya khabar dan kemudian menghulurkan wang kepada lelaki berkenaan.
Seketika itu juga Pegawai khas beliau terkejut beruk kerana mat blur dah bagi duit kat orang yang salah. Maka terpaksalah pegawai pi kira lain dengan orang yang sepatutnya dapat duit.
Moral of the story Mat blurr aka Mukhriz Boboi memang tak kenal orang pun. Tak caya pi tanya geng UMNO Jerlun.
Edisi Boboi Mat Blurr Part 6
Mat blurr aka Mukhriz Boboi berkata Kubang Pasu membangun sebagai kawasan institusi pendidikan adalah usaha bapa dia Mahathir Mohamed.
Oklah, baiklah memang diakui pun banyak institusi pendidikan ada di Kubang Pasu dan dilaksanakan masa bapa mat blur jadi Perdana Menteri.
Cuma nak tanya masa bapa dia jadi Perdana Menteri dia duk dalam Parti mana ataupun masa tu masih lagi menyusu dengan mak dia..
Dan hang pulak Mat Blur aka Mukhriz Boboi lima tahun jadi Ahli Parlimen Jerlun dapat lagi jawatan Timbalan Menteri apa yang hang buat kat Jerlun.
Lepas tu naik pangkat jadi Menteri Besar apa hang bawa kat orang Jerlun. Kasihan orang Jerlun jadi anak terbuang.
Moral of the story jangan terus duk jaja apa bapa buat tetapi diri sendiri tak buat apa
Monday, April 30, 2018
Edisi Boboi Mat Blurr Part 5
Mukhriz Boboi aka Mat blurr berkata sekiranya Pakatan Harapan memerintah Kedah masalah bekalan air akan diselesaikan dalam masa 100 hari sahaja.
Wow kedengaran amat hebat.
Apabila diminta penjelasan pelan bagaimana hendak buat dalam masa 100 hari itu, dia pi kona pula kata masa 100 hari itu untuk mencari jalan sahaja.
Aduhai Mukhriz Boboi aka Mat Blurr hang jadi Menteri Besar hampir 3 tahun awat hang tak cari jalan. Hang kan Pengerusi SADA masa itu. Apa hang buat makan elaun buta saja ka.
Moral of the story janganlah dengar janji orang yang amat blurrr.
Edisi Boboi Mat Blurr Part 4

Pengerusi Pakatan Pembangkang Kedah, Mukhriz Mahathir aka Boboi Mat Blurr mendakwa dirinya tidak mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikan pelan perancangan pembangunan negeri termasuk menyelesaikan isu masalah bekalan air semasa menjadi Menteri Besar (MB) Kedah dahulu.
Mukhriz aka Boboi Mat Blurr yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, berkata, beliau hanya sempat memegang jawatan berkenaan selama kira-kira dua tahun setengah menyebabkan banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan.
"Tak cukup masa untuk saya laksanakan dan lebih malang apabila perancangan yang dilakukan ketika saya mentadbir Kedah tidak diteruskan oleh Menteri Besar sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah," dakwanya.
Pelbagai janji diberikan Mukhriz aka Boboi Mat Blurr kepada rakyat Kedah setelah beliau tidak memegang jawatan MB antaranya menyelesaikan masalah air dan memberi lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.
Disaat beliau menyatakan janji-janji tersebut, satu soalan sahaja ingin ditanyakan kepada Mukhriz aka Boboi Mat Blurr, kenapa semua itu tidak dilakukan semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah dulu.
Ternyata, Mukhriz aka Boboi Mat Blurr hanya memberi alasan demi alasan dan segala janjinya kini adalah mahu menarik undi supaya rakyat menyokongnya.
Semasa menjadi MB Kedah, beliau turut dilanda kontroversi kerana dikatakan kerap balik ke Kuala Lumpur, maka tidak mustahil beliau sukar berada di kawasannya jika menang pada PRU14 ini.
Sunday, April 29, 2018
Edisi Boboi Mat Blurr Part 3
Kata dia pendapatan kerajaan negeri hanya sekitar RM700 juta setahun sedangkan dalam manifesto itu berpuluh projek yang disenaraikan berjumlah sampai RM65 bilion.
Nak tanya sat, masa Boboi aka Mat Blurr jadi Menteri Besar dan cadang nak buat bandaraya getah di Padang Terap dengan kos sampai RM600 juta tu nak ambil duit mana.
Masa Boboi aka Mat Blurr cadang nak buat litar motosikal hampir RM100 juta nak ambil duit mana. Nak bina airport Kulim yang beliau cadangkan nak ambil duit mana.
Kenapa masa jadi Menteri Besar boleh cadang nak buat projek mega tetapi sekarang kata janji manifesto BN tak betul.
Awatlah hang ni Blurr sangat Boboi Mukhriz.
Thursday, April 26, 2018
Edisi Boboi Mat Blurr Part 2

Weii si blur hang yang saja oi cari pasal nak lawan Pak Tam sebab dendam dan marah pasal Pak Tam tak sokong hang. Boboi Mat Blur memang blurr.
Hang yang sengaja pi tanding DUN Jitra sebab dendam kesumat nak jatuh Pak Tam walaupun semua orang dah tau Pak Tam akan pertahan kerusi tu.
Hang tu yang tak ada keberanian lompat merata kerusi. Kalau anak jantan awat tak pertahan kerusi DUN Air Hitam.
Moral of the story jangan sokong si blur yang penuh dendam.
Edisi Boboi Mat Blurr Part 1
Masa PRU13, Mukhris Mahathir nak buat Bandar Getah di Padang Terap walaupun beberapa orang nasihat dia cadangan itu sebenarnya tidak ekonomikal atas faktor lokasi, bahan mentah dan infra.
Namun sebab nak nampak gah, nampak dia ada idea hebat beliau buh janji tu dalam Manifesto 2013. Selepas itu yang keluar duit untuk buat semua tu kerajaan pusat yang dia duk maki sekarang ini.
Asalnya perancangan Kerajaan Persekutuan hanyalah mahu membuka cawangan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) di Padang Terap, namun Boboi Mat Blurr sudah culik perancangan tu nak buat Mega Projek Bandar Getah sbb nak mengabiskan dana Kerajaan Pusat..
Lepas dia jadi MB tidak pula beliau pulun nak laksanakan projek itu, hanya apabila Tok Bashah jadi MB baru projek itu dimulakan dengan pengambilan tanah dan kerja awal yang bajet RM320 juta.
Moral of the story jangan jadikan orang blur sebagai pemimpin. Dia tak tau apa pun.

Tuesday, February 27, 2018
Sampai Kesudah Mukhriz Melontar Tahi Ke Muka Sendiri!
Perkara yang perlu diakui oleh Mukhriz yang telah gagal dalam urus tadbir beliau semasa menjawat jawatan MB Ihsan. Jangan suka melontar bicara sedangkan sendiri bertahi dimuka. Tidak malu kah Mukhriz mahu mendabik dada diatas hasil usaha orang lain mengaku beliau yang rancangkan..
Pemberian Insentif air percuma 20 meter padu kepada rakyat kedah diperkenalkan kerajaan negeri semasa pembentangan Bajet Kedah 2018 pada 12 November 2017. Idea Mukhriz ka?
Peruntukan 200 ribu kotak BARAKAH untuk 200 ribu ketua isi rumah dilancarkan mulai 1 April 2016 dan masih disalurkan kepada rakyat selagi Kerajaan BN memerintah. Idea Mukhriz ka?
Hasil kerjasama Muafakat Kerajaan Negeri dan Persekutuan, permohonan naiktaraf KUIN kepada UNISHAMS telah diluluskan mulai Januari 2018. Usaha Mukhriz ka?
Pelancaran Tuisyen BARAKAH Kedah masuk tahun ke 2 sejak diperkenalkan pada Mei 2016. 1800 pelajar beroleh manfaat. Mukhriz ka yang buat?
Kenaikan elaun imam, bilal dan siak bermula Januari 2018, siapa yang usaha buat? Mukhriz ka?
Skim IMAN mulai September 2016, 75 orang mahasiswa Kedah dapat faedah, dan Sudah masuk tahun kedua dengan pertambahan peserta IMAN.
siapa punya idea? Mukhriz juga ka?
Dana warisan Pendidikan Anak Kedah, simpanan RM100 seorang di SSPNi dilancarkan 27 Febuari 2018, Mukhriz ka yang buat?
Pembiayaan tahunan RM 840 ribu untuk 84 buah pondok mulai April 2016, idea Mukhriz juga ka?
Biasiswa penuh untuk anak Kedah yang menuntut di UNISHAMS mulai semester September 2018 hasil cadangan siapa! Mukhriz juga ka?
Akademi Ahmad Basri yang ditubuhkan 17 Oktober 2016 adakah hasil daya usaha Mukhriz Jugak ka?
Program Genius yang dilaksanakan mulai sesi persekolahan Januari 2017 libatkan bantuan awal kelengkapan anak bersekolah apakah Mukhriz punya buah fikiran atau dia yang laksanakan? Setahu admin Mukhriz tak ambil pedulipun hal anak sekolah!
Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang berlangsung mulai 24 Febuari sehingga 3 Mac dan sudah menarik 120 ribu pengunjung pada hari ke 4 dan terus mendapat sambutan dari pengunjung.
Kenapa Mukhriz begitu sibuk mahu mengatakan hasil idea beliau? Mukhriz perlu letak bukti rancang idea mahu buat Ekspo? Bukan hya tahu angkat diri saja!
Hasil negeri menyusut 20% memang idea dan hasil kepimpinan Mukhriz ( 2015). Mukhriz patut berasa malu kerana gagal urus tadbir negeri? Mahukah Mukhriz mengaku kegagalan beliau?
Kawasan balak negeri seluas 3 ribu ekar di Bukit enggang dengan MBI hanya dapat hasil 3 juta sahaja memang kerja Mukhriz.
Salah guna duit MBI RM18 juta untuk beli saham atas nama peribadi syarikat farmasi itu kerja Mukhriz. Mukhriz perlu jwb persoalan isu Balak yg dia dh buat sepanjang jadi MB Kedah!
Paksa anak syarikat bayar bil telefon anak isteri dan bayar elaun tukang lap kasut itu memang kerja Mukhriz.
Buat Ya Hanana na satu petang sahaja sedut duit anak syarikat kerajaan Negeri sampai RM1 juta itu kerja Mukhriz.
Bajet negeri defisit juga zaman Mukhriz antara 26 hingga 15%.
Belanja banyak hasil tiada juga di zaman Mukhriz.
Era loy dan bluuur untuk Kedah sudah berlalu dan rakyat Kedah perlukan pembangunan dan kemajuan realiti bukan sembang ceramah termasuk janji2 bulan bintang...
Alhamdulillah, 2 tahun Kedah di bawah pentadbiran YAB DS DiRaja Ahmad Bashah, 43 perkara dasar mudah dilaksana dan sudah dinikmati oleh rakyat jelata.
Kita minta tolong Mukhriz jangan merepek. Mukhriz tak perlu meroyan. Pak dia teringin nak jadi PM semula..dia pun dua kali lima..meroyan nak duduk di kerusi MB semula.
Cukuplah..Kedah serata rata tak perlu lagi Mukhriz yang selamanya bluur tak ketahuan hala.. Mukhriz sudah Gagal dan Mukhriz perlu cermin diri beliau sebelum mahu bersembang terlebih kelangit padahal diri sendiri pun bapak yg tanggung hidup beliau..
Legasi Mukhriz dan Mahathir sudah berakhir ke Kolam Takungan Tahi IWK!...
#MukhrizMeroyan
Thursday, February 22, 2018
Tujuan Mugadey Kutip Derma Mahu Memborong KC UMNO?
Bila jalan nak bangga dengan penubuhan parti bunga dah kelongkang! Mahathir kepala autakari dikhabarkan menukar plan ke 3 dengan mengutip derma dari pelbagai sudut untuk memborong secara besar - besaran ketua2 Cawangan UMNO yang kaki kebulur duit? itupun jika mereka mampu la nak menabur.... dan KC2 UMNO sedia buta diri mahu menjadi abdi Mahathir sekali lagi.
Pengerusi PPBM, Mahathir aka Mugadey Kutty diberitakan akan menggunakan 'langkah terakhir' untuk memenangi pilihanraya sekiranya segala usaha yang beliau lakukan untuk menambat hati rakyat menemui kegagalan.
Dengan harta kekayaan berbillion ringgit yang dimiliki keluarga Mahthir, gerakan ini bukan lagi sesuatu yang sukar buatnya.
Menurut sumber, Mahathir kutty dan anaknya, Mukhriz Boboi akan 'membeli' ketua-ketua cawangan UMNO supaya melakukan sabotaj secara senyap terhadap parti.
Kini mereka berdua sedang melakukan gerakan awal untuk mengenalpasti ketua-ketua cawangan UMNO yang berpotensi untuk berpaling tadah.
Mereka akan dibayar sekurang-kurangnya RM50k setiap seorang untuk meyakinkan ahli-ahli UMNO supaya tidak keluar mengundi dan tambahan RM10k lagi jika berjaya menghasut untuk mengundi pembangkang," katanya.
Tambah sumber itu, ada di kalangan AJK Bahagian yang sekian lama menjadi ejen Mahathir Kutty tanpa keluar dari parti yang secara terrang-terangan bertindak menghasut ahli lain untuk menjadi anti-BN.
Senarai mereka yang menjadi ejen berbayar Mahathir Kutty ini bakal didedahkan minggu depan," kata sumber itu lagi.
Kita tengok saja siapa beli siapa dan siapa pula yang akan meminta derma... bye
Monday, January 29, 2018
“Saya Tertipu Dengan Perjuangan Mahathir, Muhyiddin Dan Mukhriz” - Anina Saaduddin
Hakikatnya jelas beliau, apabila agenda perjuangan itu mula bertukar kepada agenda politik peribadi Dr Mahathir untuk meneruskan legasi kuasanya menerusi anaknya Mukhriz Mahathir, apabila dia membuat keputusan untuk menubuhkan PPBM.
Menurut Ainina, keputusan Dr Mahathir untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi menentang UMNO membuatkan beliau mula merasa curiga memandangkan ianya sudah lari daripada matlamat asalnya iaitu untuk menyelamatkan UMNO.
“Di awal penglibatan saya bersama Dr Mahathir, beliau memberitahu kepada saya perjuangan beliau adalah untuk menyelamatkan UMNO dengan mendesak Datuk Seri Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO.
“Namun apabila beliau membuat keputusan untuk menubuhkan PPBM, saya mula tertanya-tanya mengapa perlu ada sebuah parti baru kerana matlamat asal hanyalah untuk mendesak Datuk Seri Najib meletakkan jawatan untuk menyelamatkan UMNO.
“Saya bertanya kepada Dr Mahathir mengapa kita perlu ada parti baru untuk orang Melayu. Kata Dr Mahathir, kita perlu menubuhkan parti baru kerana kita tidak ada platform untuk bercakap. Saya bertanya lagi kepadanya, perjuangan awalnya adalah untuk meminta Datuk Seri Najib letak jawatan untuk memperkuatkan parti, tetapi kenapa hari ini kita perlu menubuhkan parti baru untuk menjatuhkan UMNO?
“Dan jawapan Dr Mahathir kepada saya, ini adalah kerana UMNO menurut beliau telah rosak daripada akar ke pucuk. Jadi perlu ada satu parti baru, untuk menggantikan UMNO yang mana jelas ianya telah bercanggah dengan perjuangan asal yang dikatakan oleh beliau, Tan Sri Muhyiddin dan juga Mukhriz Mahathir di awal-awal dulu, ” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika hadir menjadi panel dalam diskusi program Perjuangan 4All anjuran Jabatan Penerangan UMNO Malaysia di Seri Pasific Sabtu lalu.
Tambah beliau, matlamat dan agenda peribadi Dr Mahathir semakin jelas apabila pembentukan bahagian-bahagian PPBM di seluruh negara telah diserahkan bulat-bulat kepada anaknya, Mukhriz Mahathir.
“Apabila PPBM telah ditubuhkan, maka saya mula nampak pergolakan kepimpinan yang amat dahsyat di dalam PPBM. Ini juga menyebabkan keahlian PPBM tidak mampu melebihi 100 ribu ahli ekoran arus pergolakan kepimpinan yang amat deras berlaku di dalam parti tersebut.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diberikan jawatan sebagai Presiden PPBM kelihatan bagai tidak berfungsi apabila Mukhriz yang dilantik menjadi pengerusi pembentukan bahagian PPBM telah mengatur orang-orangnya di peringkat bahagian dan akar umbi di seluruh negara.
“Apabila Mukhirz mula menyusun orang-orangnya di peringkat bahagian di seluruh negara, maka saya mula tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dilakukan oleh beliau? Jadi apabila saya kaji, maka saya mula nampak bahawa perjuangan ini bukanlah perjuangan demi rakyat, tetapi ianya lebih kepada perjuangan politik peribadi untuk meneruskan legasi kuasa Dr Mahathir menerusi anaknya”, jelas Anina.
Katanya lagi, jika benar Dr Mahathir berkata perjuangan yang dilakukan oleh beliau, Tan Sri Muhyiddin dan juga Mukhriz Mahathir adalah tulus ikhlas untuk rakyat, maka cara dan kaedah pentadbiran parti juga mesti betul.
“Apabila saya dipecat daripada jawatan Ketua Srikandi hanya melalui whatsapp grup, saya sudah nampak dengan jelas bahawasanya perjuangan ini sudah tidak betul dan saya perlu meninggalkan perjuangan yang sia-sia ini.
“Apabila saya meninggalkan parti PPBM, maka bertalu-talu saya difitnah kononnya saya sudah diberi dedak berjuta-juta, sedangkan ia hanyalah fitnah semata-mata. Apa yang saya lakukan hari ini, dengan mendedahkan segala penyelewengan dan agenda politik peribadi Dr Mahathir yang dilakukan dalam PPBM adalah semata-mata untuk memperbetulkan kesilapan saya kepada rakyat di negara ini dengan menyokong perjuangan palsu yang dibawa oleh Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan juga Mukhriz Mahathir.
“Jika sebuah partiyang baru setahun jagung seperti PPBM sudah mempunyai satu cara tadbir urus parti yang teruk, pemalsuan dokumen, fitnah yang berleluasa, ini merupakan satu gambaran yang jelas kepada saya tidak perlu menyesal untuk meninggalkan perjuangan Dr Mahathir Mohamad dalam PPBM ini,” tegasnya .- MediaUMNO
Monday, January 15, 2018
Kau Dah Gila Babi Ker Boboi!!! Ikut Serta Jadi Balaci DAP Menghina Orang Islam

Mukhriz boboi sekarang seperti sudah tedesak nak berkuasa apabila dengan rela hati menyertai pemimpin kafir lahanat DAP mencerca ibadah umrah PM Najib Razak. Apa agama kau sebenarnya Boboi? Jika kau seorang yang beragama islam tidak mungkin kau sanggup berkata seperti itu.
Sebetulnya memang kau sudah tergolong didalam golongan manusia munafik dan fasiq.
Isu perjuangan anti-rasuah dan melabelkan pemimpin-pemimpin utama kerajaan sebagai pengamal rasuah serta penyalahguna kuasa, bukanlah isu baru. Ia bukanlah isu yang baru timbul pada zaman Najib Abdul Razak. Malahan ia jauh lebih hebat pada zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan pelbagai pendedahan terutama sekali membabitkan anak-anaknya termasuklah Mukhriz Mahathir.
Malahan Mukhriz Boboi sendiri meninggalkan terlalu banyak isu di Kedah selepas dia digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah. Banyak yang akan terlondeh bila menjelangnya PRU14 nanti Boboi! kau tunggu sajalah segala tahi2 yang kau sudah buat selama kau dikedah ni.. keturunan penyamun tetap penyamun..
MBI sebagai contoh, 'kehilangan' banyak wang walaupun pada zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah era PAS, meninggalkan sejumlah wang tunai yang cukup besar di dalam syarikat berkenan. Rezab tunai Kerajaan Negeri Kedah juga mengalami penyusutan ketara pada tiga tahun Mukhriz memegang jawatan Menteri Besar Kedah. Selain itu beberapa isu termasuklah pembalakan di Bukit Enggang turut mewarnai pentadbiran Mukhriz sekaligus mutu pentadbiran serta indeks rasuah dan salahguna kuasa pada zamannya turut dipertikaikan.
Sampai ke hari ini, Mukhriz Boboi terus mendiamkan diri berhubung ratusan syarikat yang berada di bawah tangannya. Malah cerita tentang syarikatnya yang memperolehi tender dan pembekalan cara mudah menggunakan kuasa bapanya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri menerusi tunjuk terus beberapa minggu sebelum bapanya meletakkan jawatan.
Mukhriz menyertai gerombolan pemimpin biadap DAP mencerca ibadah ziarah yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak dan keluarganya di Makkah dan Madinah. Pada ketika pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming melabelkan ibadah ziarah Najib sekeluarga sebagai 'bercuti ke Makkah menggunakan wang rakyat', Mukhriz muncul dengan ulasan yang lebih canggih.
Dalam laporan Malaysian Insight, Mukhriz Boboi dilaporkan berkata, Najib berpura-pura warak dan melakukan ibadah untuk tujuan politik, sedangkan pada masa yang sama, melakukan rasuah tahap mega. (RUJUK SINI)
Sebagai seorang Islam, Mukhriz Boboi sepatutnya tidak mempertikaikan ibadah sesiapa pun, walaupun musuh politiknya kecuali menunjukkan dia sudah terlalu terdesak untuk menang bersabung.
Soal sama ada ibadah Najib diterima atau tidak, itu bukanlah urusan manusia. Apatah lagi oleh orang-orang seperti Mukhriz Boboi atau mana-mana anak dan keluarga Mahathir yang kaya raya dengan wang, keringat serta susah payah rakyat Malaysia. Ini kerana pada ketika anak-anak Mahathir bermegah dengan perolehan kontrak bernilai ratusan juta daripada kerajaan menerusi campurtangan bapa mereka, rakyat Malaysisa terpaksa berkorban dengan nilai matawang yang jatuh teruk dan rezab negara yang hampir kering pada penghujung 1990-an.
Tidak selayaknya orang seperti Mukhriz Boboi yang diketahui hidup mewah hasil daripada campurtangan bapanya, bercakap soal rasuah. Seharusnya dia selesaikan dahulu isu Opcom yang baru-baru ini dilaporkan dia telah menjual sebahagian sahamnya sekaligus memberikan pulangan yang sangat lumayan kepadanya tanpa menjejaskan pegangannya ke atas syarikat monopoli itu.
Wednesday, January 10, 2018
EPISOD PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN: MUKHRIZ BOBOI PALING UNTUNG.
Mukhriz Boboi kini saling tak ubah seperti " Cencaru Makan Petang" kira seperti mengantuk disorong bantal. Kalau betul la kan... Kalau sebaliknya Boboi kira sekapal macam Muhyidin jugak la melopong terus melopong...
Semua sedia maklum la yang Pakatan Harapan telah menamakan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka menang pilhan raya umum ke14 nanti.
Disebalik perjanjian berkenaan siapakah yang paling beruntung. Bukan Tun Dr Mahathir, bukan Dr Wan Azizah dan sudah pasti bukan Anwar Ibrahim.
Yang paling untung tentulah Mukhriz Mahathir.
Segala episod yang berlaku ini Dr Mahathir atur supaya akhirnya Mukhriz jadi Perdana Menteri
Ok, katakan Pakatan Harapan menang, Dr Mahathir dan Wan Azizah pegang sekejab jawatan PM dan TPM sehingga Anwar keluar penjara dan bertanding pilihan raya kecil.
Kemudian Anwar menang pilhan raya kecil dan jadi Perdana Menteri, tetapi kenapa Pakatan Harapan tidak namakan siapa gandingan Anwar selaku TPM.
Disinilah Dr Mahathir mainkan peranan swbagai broker kuasa. Beliau akan tetapkan syarat Mukhriz dilantik sebagai TPM sebelum Dr Mahathir menyerahkan jawatan PM.
Mengambil kira umur Anwar, mungkin dia hanya jadi PM satu penggal dan peluang cerah buat Mukhriz naik jadi PM.
Tanpa bersusah payah Mukhriz jadi PM yang semua jalan telah dibina daddy, seperti mana beliau naik jadi MB Kedah tanpa perlu berusah payah.
Untung jadi Mukhriz anak kepada Penyamun!
PAS Kedah Anggap PAN Hanya Parti Macai Kurap DAP
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ini terbukti apabila PAN diberikan kuota kerusi paling sedikit melalui pengagihan dibuat pakatan pembangkang, sekali gus mencerminkan DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri tidak yakin dengan kekuatan parti itu.
"PAN tiada kekuatan, tiada pengaruh dan tiada pengikut. Atas sebab itu mereka tidak dihormati oleh kawan, apatah lagi lawan. Pengaruh dan kekuatan mereka tertinggal dalam PAS.
"Melalui pengagihan kerusi (pakatan pembangkang) DAP dan PKR jelas mendominasi. PAN sendiri ditubuhkan oleh kerja keras DAP dan PKR yang pecahkan PAS, lalu menghasilkan PAN, jadi tidak peliklah apabila mereka dapat kerusi paling sikit.
"Boleh nampak siapa tauke dan siapa pekerja..siapa kuli percuma. PAN bukan berkoban, depa khianat," katanya mengulas pengumuman pengagihan kerusi Parlimen untuk ditandingi pembangkang di Semenanjung.
Pengagihan itu menyaksikan PPBM bertanding di 52 kerusi, diikuti PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).
Saturday, January 6, 2018
Boboi Boleh Naik Pangkat 2 kali Sebab PPBM Guna Sistem Koboi

Thursday, January 4, 2018
Mahathir Kutty Giler Menyerang Jemaah Mufti Malaysia Pula

Ini kerana kegagalan para mufti menangkis secara berkesan perbuatan politik Hadi menyebabkan amanat itu telah memesongkan agama orang Islam, katanya.
“Oleh kerana mufti tidak memberi pendapat tentang pengkafiran ini, walaupun sanggup menafikan ajaran sesat Arqam Ashaari, Ayah Pin dan beberapa tokoh lain maka ramai orang Islam percaya dan taksub dengan dakwaan Hadi dan PAS.
“Sehingga ke hari ini mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Hadi. Di Terengganu masih ada orang Islam yang percaya bahawa orang Umno dan orang lain yang tidak menyertai PAS adalah kafir,” katanya dalam satu surat kepada Utusan hari ini.
Bagi kami di #KLChronicle, dakwaan Dr. Mahathir bahawa mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Hadi adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana dalam buku “Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia” terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan sebaliknya.
Ini kerana Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 itu telah membincangkan mengenai isu kafir-mengkafir sesama orang Islam, walaupun bukan secara "direct" merujuk kepada “Amanat Haji Hadi”. Namun perkara ini telah dibincangkan oleh JAKIM.
Keputusan penuh Muzakarah Khas ini, yang dipertegaskan semula di dalam bentuknya yang asal oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Januari 2013, adalah seperti berikut:
1) Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.”
2) Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.”
Oleh yang demikian, tuduhan Dr. Mahathir bahawa jemaah mufti bersikap membisu dalam isu "Amanat Hadi" adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI DAN MERUPAKAN SATU FITNAH JAHAT DARI DR. MAHATHIR.
"Dia Dah Tua..., Biarkankan Dia Insaf Sendiri" - Hadi Awang

Hadi berkata, bekas Perdana Menteri kini menjadikan serangan peribadi sebagai taktik politiknya untuk menjatuhkan pemimpin lain.
"Memang melampaulah (melabel kafir dan pengkhianat). Tetapi biarlah dia (Dr. Mahathir) insaf sendirilah. Dia orang tua dah..., kata Abdul Hadi menjawab tuduhan Dr. Mahathir terhadapnya. .
Abdul Hadi juga melihat Dr. Mahathir seperti cukup terdesak, seperti orang yang sudah rapat ke dinding.
"Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu. Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri.... Jangan pecahkan kepala sendiri," katanya ketika ditemui selepas pelancaran markas besar PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Pengkalan Berangan Marang, semalam.
Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melabel Hadi sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.
Ahli Parlimen Marang bagaimanapun turut menasihatkan Dr Mahathir supaya bertaubat kerana melabel dirinya sebegitu rupa.
"Dia kena duduk sorang-sorang (bersendirian) dan fikirkan semula (apa yang dia cakap). Fikir dan kena banyak membaca. Jangan baca buku perubatan saja, buku Islam pun kena baca.
"Saya biarkan dia insaf sendiri. Mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dan dia saya sudah maafkan. Antara dia dengan tuhan, dia kena bertaubat," katanya.
Dr Mahathir kini seperti tidak dapat mengawal perasaan dirinya dan akan melepaskan geram seperti mana berlaku semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung PPBM minggu lalu dan pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Rabu sempena pelancaran program barunya ‘Policy Talk’semalam.
Terbaharu, Dr. Mahathir juga bersedia junjung Quran untuk bersumpah di masjid bagi membuktikan beliau bukanlah orang yang memecat bekas Ketua Hakim Negara Allahyarham Tun Salleh Abbas pada tahun 1998.
Sebaliknya dakwa Dr. Mahathir, ia adalah atas kehendak Yang di - Pertuan Agung Almarhum Sultan Iskandar.
Saturday, December 30, 2017
Mahathir Kutty Dah Tak Sabar Nak Jadi Ahli Parlimen Semula
Selepas diumumkan sebagai calon perdana menteri sementara, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menimbang hasrat untuk bertanding dalam PRU ke-14. “Mereka beritahu saya, saya mempunyai peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.
“Saya sedia bertanding. Saya sedia bertanding disalah satu daripada tiga kerusi itu,” katanya sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, pada Sabtu.
Ditanya sama ada jawapan itu mengesahkan beliau akan bertanding, Dr Mahathir hanya memberi reaksi: “nampaknya macam tulah”.
Kesediaan bekas presiden UMNO itu seolah-olah menepati desas-desus bahawa beliau terpilih sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.
Namun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan syarat dikenakan PKR iaitu perlu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menjadi ketua negara selepas PRU-14.
Sementara itu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tidak akan melakukan perbincangan dan rundingan dengan PAS mengenai kerusi pada PRU ke-14 ini.
Malah katanya, PPBM dan PH sudah bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya umum.
“Siapa peduli dengan PAS,” kata Mahathir Kutty dengan perasaan angkuh...
Baru Buat AGM Dah Minta Kerusi Lebih... PPBM Serupa Abu Lahab
Permintaan itu dibuat oleh Timbalan Presidennya, Mukhriz Boboi Kutty yang mendakwa partinya berjaya mengambil alih peranan daripada UMNO sebagai membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.
“Kita harap rakan-rakan PH berlapang dada untuk memberi peluang kepada PPBM Biawak Bagong bertanding sebanyak mungkin kerusi pada pilihanraya ini.
“Kita yakin orang Melayu mula meninggalkan UMNO dan memilih PPBM Biawak Bagong sebagai parti keramat,” katanya dalam ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Tahunan yang pertama kali diadakan parti itu di Shah Alam, Sabtu.
Dalam ucapannya, Mukhriz Boboi Kutty turut mengumumkan secara rasmi bahawa PPBM memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.
“Pemimpin PAS nampak ketika ini mesra UMNO.
“Kepimpinan parti itu tidak berprinsip dan berpendirian. Mereka nak jadi kuasa penentu kepada parti yang menang pada pilihanraya nanti.
“Maka dengan itu PPBM memutuskan hubungan dengan PAS dan tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan mereka,” kata Mukhriz Boboi Kutty anak kepada Madey Kutty Gila Meroyan.
WAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!
Mantan PM dan bekas diktator Malaysia telah meminta maaf semasa AGM PBBM yang berlangsung pada hari ini. Ironinya 2 tahun sebelum itu dan selama beliau memerintah Malaysia, tidak sesekali beliau mahu minta maaf dan mengakui kesilapan serta kezaliman beliau.
Hakikatnya, lafaz minta maaf yang diucapkan Mahathir tersangatlah murah di mata rakyat Malaysia. Kenapa? Mudah saja. Bila diri dah tersepit, keperluan semakin terdesak dan terlalu gilakan kuasa, beliau telah menggunakan talian hayat terakhir beliau iaitu untuk pancing simpati dengan meminta maaf.
Sekiranya Mahathir mengakui beliau telah lakukan dosa dan benar-benar zalim seperti yang digebang Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang, maka adakah Mahathir sebenarnya benar-benar salah dalam isu liwat dan skandal seks Anwar Ibrahim? Adakah beliau bersalah dalam isu membunuh Ibrahim Libya di Memali? Dan adakah beliau bersalah memperdaya rakyat bahawa DAP dan Lim Kit Siang itu rasis dan chauvinist? Atau adakah ini semua satu lagi sinetron drama dari bekas diktator berusia 92 tahun yang masih gilakan kuasa?
Setelah keluar dari UMNO, jangka hayat politik Mahathir semakin malap dan semakin dekat dengan penghujungnya. Kita semua tahu perjuangan PPBM hanyalah dendam kesumat terhadap UMNO kerana PM Najib Razak telah menolak permintaan-permintaan pelik Mahathir, antaranya untuk mengekalkan kuasa anak beliau Mukhriz. Kita tidak dapat melihat sebarang perjuangan untuk rakyat, yang dijadikan modal ceramah dan di media sosial hanyalah imbauan sejarah #RinduZamanTun atau edisi throwback ketika Mahathir masih berkuasa. Itu sahaja.
Anehnya, Mahathir bersungguh-sungguh meminta maaf atas dosa-dosa beliau sebelum ini namun tidak pula beliau meminta maaf kepada Sultan Selangor dan Johor setelah mengutuk suku kaum Bugis dalam beberapa perjumpaan dengan rakyat sekitar tahun ini. Maka, sangat mudah untuk rakyat menilai betapa retoriknya permohonan maaf dari Mahathir yang tiada nilai keikhlasan.
Friday, December 29, 2017
Betul Ke Nurul Izah Tidak Sudi Iktiraf Madey Kerana Masih Berdendam???
Betul ker Nurul Izah masih tidak mahu iktiraf Mahathir kerana masih berdendam.... jika dilihat dalam pertemuan Nurul Izah dengan Mahathir pun seperti acuh tak acuh saja. Hanya mahu menyedapkan mata dikalangan pemimpin Pakatan Harapan?
PKR merupakan satu - satunya parti di dalam Pakatan yang sehingga kini belum memberikan kata putus tentang calon Perdana Menteri tampil menafikan khabar angin kononnya ia merancang menentang keputusan menamakan Mahathir
Perkara itu dinyatakan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, sebagaimana yang dipetik dari laporan yang disiarkan melalui laman portal The Malaysian Insight baru - baru ini.
Nurul Izzah mendakwa partinya bukan sengaja menangguhkan persetujuan untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya keutamaan pembangkang pada ketika ini adalah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 terlebih dahulu.
Berkenaan isu calon perdana menteri, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, perkara tersebut masih dibincang secara tertutup oleh pemimpin-pemimpin empat parti gabungan pembangkang itu.
“Setakat yang saya tahu, kami masih tak sahkan apa-apa cadangan (calon perdana menteri) sudah dibuat,”
Sebelum ini nama Mahathir, yang juga Pengerusi PH dan Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan sebagai calon Perdana Menteri PH dan Timbalan Perdana Menteri PH diatas gabungan pembangkang itu selepas ia mengadakan permukiman di Putrajaya baru-baru ini.
“Fokus penting sekarang adalah menang pilihan raya…tiada keperluan untuk mengutamakan penamaan (calon) perdana menteri. Barisan Nasional menyerang kami dalam isu ini, mahu (nama) calon diumumkan.
“Tetapi fokus kita adalah memuktamadkan (pembahagian) kerusi bagi memastikan kita (boleh) merampas kuasa untuk mewakili rakyat dan melaksanakan perubahan,” ujar Izzah.
Sementara itu Izzah juga memaklumkan PH pada masa kini sedang memuktamadkan senarai pembahagian kerusi bagi PKR-DAP-Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Wednesday, December 27, 2017
Mahukah Penyamun Tunduk Kepada Peliwat Kerana Jawatan PM Sementara?
Mahukah seorang yang yang kita semua kenal sebagai Mahafiraun dan bersikap bongkak mahu tunduk kepada seorang Peliwat yang beliau sendiri sumbat kedalam penjara dan dituduh dengan pelbagai kesalahan yang semua serba maklum entah betul entah tidak.. dan si Peliwat pula mahukah menerima si Penyamun yang telah menyumbat dan perlakukan beliau seperti anjing kurap suatu masa dahulu.. kita saksikan drama diantara Penyamun PPBM dan Peliwat PKR cuba bermain retorik dan kepalsuan demi kepentingan Politik masing-masing..
Mahathir hampir disahkan bakal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan sekiranya sanggup tunduk kepada syarat-syarat yang dikemukakan PKR untuk tujuan tersebut.
Antara syarat yang dikemukakan PKR adalah Mahathir perlu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dengan seberapa segera.
Kemudian, Mahathir juga perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, menyerahkan kuasa dengan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri baru dalam tempoh enam hingga setahun sejurus selepas Pakatan Harapan berkuasa.
Paling penting, Mahathir perlu berjanji untuk sanggup menjadi Perdana Menteri dengan status "sementara" bagi memberi laluan kepada Anwar untuk mengepalai Kerajaan Malaysia.
"Kami setuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik.
"Antara syaratnya adalah membebaskan segera Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan (selepas kita mengambil-alih kuasa).
"Kami juga mahu (Dr Mahathir) berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih," kata sumber PKR, memetik laporan dari portal pro-pembangkang.
Portal itu menjelaskan bahawa sumber berkenaan enggan namanya didedahkan, namun keputusan tersebut dikatakan telah dicapai di dalam mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu.
Turut difahamkan bahawa keputusan itu juga mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh atas kesalahan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Portal tersebut juga menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah ditugaskan untuk bersemuka dengan beberapa tokoh dari tiga parti lain, termasuk Mahathir untuk berbincang mengenai perkara itu.
"Beliau diamanahkan untuk berjumpa dengan tokoh tertentu agar mereka bersetuju dengan cadangan (syarat) ini," kata sumber tersebut.
Anwar dijangka akan dibebaskan pada pertengahan tahun depan selepas tamat tempoh hukuman, namun bakal berdepan dengan larangan lima tahun daripada menyertai politik selepas dibebaskan sebagaimana yang ditetapkan perundangan negara.
Adakah wayang-wayang dahulu akan kembali semula.. tunggu dan lihat.
Saturday, December 23, 2017
Biawak Bagong PPBM Kelam Kabut Dah Nak Buat AGM 30hb Dis???
Sebelum ini PPBM telah memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
daripada mengadakan AGM bagi membolehkan parti itu bergabung dengan Pakatan Harapan dan didaftarkan.
Antara sebab PH gagal didaftarkan ialah kerana PPBM belum mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama.
Menurut RoS, banyak cadangan pengecualian yang dipohon oleh PPBM, bukan sahaja bertentangan dengan akta tersebut, malah perlembagaan parti itu sendiri serta disifatkan tidak pernah berlaku seumpamanya dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.
Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagaimanapun dilaporkan berkata , berdasarkan maklum balas RoS melalui surat bertarikh 19 Disember lalu dengan mengatakan parti itu perlu mengadakan AGM berdasarkan kaedah yang ditetapkan dalam perlembagaannya.
“Justeru dengan maklum balas ini, kami berpendapat ROS tiada halangan terhadap PPBM untuk mengadakan AGM nanti dan ia selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti,” katanya.
Menurut Mukhriz, AGM PPBM yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam nanti mencatatkan sejarah kerana menjadi AGM pertama bagi parti itu.
AGM itu akan dihadiri pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta 990 perwakilan daripada 137 bahagian.
Sementara itu, ramai yang mempersoalkan adakah PPBM juga sudah selesai mengadakan AGM di peringkat bahagian.
Friday, December 8, 2017
Bunga PPBM Memang Parti Sampah Kutip Ahli Tepi Jalan!!!

Parti sampah Bunga PPBM hanyalah parti sampah yg ditubuhkan madey kutty utk menyambung legasi penyamunan saja.. semua harap maklum!!! Sampah tetap sampah...jangan sembang kemas jika 12 org saja mai AGM.. jadi apa masaalah nak spin sana sini. Terimalah kenyataan PPBM parti sampah yang sememangnya diakui Mahathir pun.. Sampah tetap sampah tidak kiralah kat pasar malam.. pekan nat mahupun ditempat pembuangan sampah..
Admin nak habaq satu ja... kenapa Nasir Jamaludin ni nak sentap dengan statement dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu Dato Hasmuni Hassan pasai apa ? Memang sudah jadi hakikat yg telah termaktub dalam sejarah bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Johor. UMNO ditubuhkan hasil kesedaran umat Melayu untuk bersatu padu di dalam satu wadah perjuangan tanpa dibatasi tembok semangat kenegerian yg sempit.
Juga sudah termaksud dalam sejarah bahawa PPBM ditubuhkan setelah UMNO buang sampah "Boboi dan Muhyiddin". Akibat kecewa melihat anak manjanya dibuang bagaikan sampah, sang bapak yg hatinya penuh dengan dendam kesumat telah tubuh parti baru yg dinamakan PPBM. Ahli2 PPBM juga dikutip dari sampah2 yg UMNO buang, contohnya seperti Nasir Jamaludin dan isterinya sendiri.

Ahli2 PPBM juga dikutip dari tepi2 jalan dan pasar malam. Pakai sumbat ikut dan depa saja..dan yg jadi ahli pun sekadar syok2 saja bila pi pasar malam ada orang suruh isi borang. Jadi sebab itulah bila nak buat Mesyuarat Agung peringkat Cawangan, Bahagian ataupun Pusat, sampai hari ini PPBM belum mampu melakukannya. Sebab depa pun tak kenai orang yg mai isi borang jadi ahli PPBM dan lebih lawak lagi bila yg tukang kutip borang ahli pun tak pernah ada pengalaman. Jadi bila nak buat Mesyuarat Agung..mampuih nak cari ahli bagi cukup korum. Kes tu la Mesyuarat Agung PPBM sampai hari ini Mahathir, Muhyiddin atau Boboi tak mampu buat.
Lekeh gila.
Parti pun parti SAMPAH - SARAP buangan UMNO. Jadi statement yg dibuat oleh KP UMNO Bahagian Kubang Pasu adalah TEPAT, PADAT dan PADU !!! Harap Nasir Jamaludin terima hakikat SAMPAH adalah SAMPAH biarpun direcycle.
#PartiKutipSampahSarapSisaBuanganUMNO
#PAU2017
Wednesday, December 6, 2017
UMNO Makin Kukuh, Pakatan Pembangkang Makin Rapuh
Di PWTC, ribuan ahli UMNO berkumpul dan bersemangat mendengar amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di malam hari.
Ribuan ahli UMNO ini segak memakai logo parti yang sama iaitu UMNO. Sejumlah 63 peserta luar negara dari 17 parti politik di 14 negara hadir sama di PWTC bagi mengikuti persidangan UMNO.
51 perwakilan dari 82 kelab UMNO luar negara turut serta. 350 pelajar dari 70 universiti di Malaysia hadir sama untuk menjadi pemerhati persidangan UMNO.
Ini tandanya UMNO makin diminati. Orang luar negara mahu pelajari. Anak anak muda datang memerhati. Bukan seperti parti bunga itu, ramai yang sudah keluar parti dan lari.
Perwakilan UMNO dari Padang Besar, Perlis hingga Kudat, Sabah datang ke PWTC untuk berhimpun dan bersidang demi agenda pertiwi dan parti. Bukan seperti pembangkang yang hanya pentingkan agenda peribadi dan kroni.
UMNO semakin kukuh. Berbeza sama sekali dengan pembangkang yang kelihatan semakin rapuh. Semalam, pembangkang menerima tamparan bila Wan Azizah, Presiden Pakatan Harapan diarah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda kerana kesalahan fitnah.
Pembangkang juga dikritik hebat semalam bila Zaid Ibrahim bertindak biadap menghina Sultan Selangor dalam satu tulisannya ditwitter. Cerita siapa hendak jadi PM dan TPM pun pembangkang belum selesai lagi.
Lebih teruk lagi, pembangkang juga khabarnya akan bertanding tanpa logo yang sama. Semua ini berlaku kerana kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat cawangan dan kegagalan pemilihan CEC DAP.
Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari Abdul menerusi kenyataannya dalam sebuah portal pembangkang memberitahu bahawa PPBM belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), justeru meningkatkan kemungkinan parti itu tidak dapat bertanding di bawah logo gabungan bersama.
Dalam isu ini, Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan ROS kerana agensi berkenaan menjalankan tugasnya berdasarkan peraturan yang ada.
Justeru siapa yang perlu dipersalahkan? PPBM yang patut dipersalahkan kerana sehingga sekarang ia gagal mengadakan AGM parti itu. Alasan yang diberikan oleh pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ialah kerana masalah di peringkat cawangan dan bahagian.
Sedangkan mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.
Jadi disebabkan kegagalan PPBM ini, maka tidak tercapailah harapan Pakatan Harapan untuk bertanding di bawah satu logo. Meskipun cadangan asal untuk pembangkang bertanding di bawah satu logo dicetuskan oleh pengerusi PPBM sendiri, namun akhirnya parti beliau yang menggagalkannya.
Pakatan Harapan cuba meniru Barisan Nasional (BN) namun hakikatnya ia belum dapat mencapai `kelas' yang dimiliki oleh BN. Walaupun Pakatan kini menggunakan artis-artis untuk menyerang kerajaan tetapi malangnya artis yang ada adalah artis yang suam-suam kuku yang sudah tidak popular lagi.
Mungkin mahu menumpang menarik undi peminat artis berkenaan tetapi sebenarnya ia tidak berkesan pun. Malah artis terbabit lebih teruk diserang disebabkan kebodohan mereka sendiri.
Pembangkang yang semakin rapuh, lusuh dan melepuh. Terpaksa kaut apa sahaja yang sempat kerana sedang tenggelam dihanyutkan oleh arus yang deras. Najis dan kayu terapung pun mereka akan gapai untuk selamatkan diri.
Amat berbeza dengan UMNO yang semakin kukuh. Terus kukuh dan kuat menjelang PRU14. Jajan 3A yang disebut oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid iaitu "Action, Action dan Action" menjadi seruan perang semua ahli UMNO untuk hadapi pembangkang dalam PRU14 ini.
- My Beruang Biru
Thursday, November 30, 2017
AGM Letak Tepi Buat INTERNSHIP Cari Lembu Tukang Fitnah Dulu.

Agak menghairankan sebenarnya melihat PPBM ini kerana tunggak utama parti ini adalah terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman dalam politik. Kecuali seorang dua sahajalah yang dikategorikan sebagai masih berhingus, daripada Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden mahupun Setiausaha Agung mereka, kesemuanya berpengalaman luas dalam politik kepartian.
Namun begitu, PPBM nampaknya mungkin akan menemui titik sinar baru untuk mencukupkan ahli mesyuarat agung mereka dalam masa terdekat. Menerusi entri yang dimuat naik di dalam laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, mereka berkongsi satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Dateline yang mendakwa, lebih 10 ribu ahli UMNO sudah menyertai PPBM.
Daripada angka ini, majoritinya adalah golongan belia UMNO terutamanya di negeri Pulau Pinang. Dakwa artikel ini lagi, mereka cukup yakin dengan kekuatan yang ada di dalam PPBM dan memang berhasrat untuk menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Melihat angka ini, memang cukup ramai yang berminat dan menyertai PPBM. Malah, dari angka ini rasanya, Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden parti tidak mempunyai masalah untuk mengadakan AGM PPBM yang pertama. Panggil sahaja mereka untuk hadir ke AGM PPBM di mana sahaja ianya diadakan, pasti ia mencukupi buat PPBM memenuhi syarat yang dikehendaki oleh RoS.
Malah rasanya, jumlah ini sudah mampu menampung kekosongan kira-kira 8 ribu ahli dan beberapa puluh cawangan dan bahagian PPBM yang telah ditutup akibat ahlinya yang bertindak meninggalkan PPBM. Lebih dari itu, PPBM rasanya sudah mampu mendabik dada bahawa mereka mempunyai keahlian yang cukup ramai untuk menidakkan sebarang peluang PAN untuk bermegah mempunyai ahli parti yang ramai.
Terdapat sedikit kemusykilan yang mungkin boleh dijawab oleh mereka yang kononnya baru menyertai PPBM. Adakah mereka benar-benar yakin, jangka hayat PPBM akan mampu bertahan sehingga PRU ke 14 nanti? Tidakkah mereka tahu bahawa Muhyiddin sendiri hampir mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah kerana tidak mungkin akan dapat mengadakan AGM mereka sebelum PRU 14?
Saturday, November 25, 2017
Saddiq Paladium Kecut Kerandut Kata 358 Aduan Tu Hanya Wayang

Kenyataan ini sekaligus menidakkan penafian dibuat Ketua Bahagian PPBM Ledang, Mohd. Solehan Badri kononnya tidak ada isu aduan daripada lapan bahagian PPBM Johor terhadap pucuk kepemimpinan parti.
Arjuna malah memberitahu, Ahli Jawatankuasa Bahagian PPBM Ledang, Zaharuddin Mat Isa yang sebelum ini merupakan Setiausaha Bahagian itu sendiri telah menandatangani aduan rasmi ke RoS termasuklah isu berkaitan ketua penaja proksi.
“Bagaimana beliau ingin menafikan sedangkan Zaharuddin sendiri yang menghubungi kami untuk ambil beliau di plaza tol Tangkak dan terus bergegas ke Putrajaya.
“Di sini jelas, tindakan Mohd. Solehan hanya ingin mengalihkan tumpuan terhadap kemelut yang melanda PPBM dan Pakatan Harapan diketuai DAP,” katanya.
Pada 1 November lalu, Arjuna Putra bersama beberapa kepemimpinan PPBM Johor mengemukakan aduan kepada RoS berhubung kegagalan pucuk pimpinan PPBM mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.
Kesemua lapan Bahagian PPBM negeri Johor yang mengemukakan aduan itu adalah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Semberong.
Mengulas lanjut, Arjuna Putra menjelaskan, berdasarkan perlembagaan rasmi parti, setiap bahagian perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam tempoh 60 hari dan mesyuarat cawangan dalam masa 14 hari sebelum persidangan agung pusat dapat dijalankan.
Berikutan itu, beliau secara sinis mempersoalkan bila tarikh persidangan agung parti dapat dijalankan sekiranya semua 159 bahagian (seperti didakwa) perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.
Tuesday, November 21, 2017
PPBM Parti Sampah Yang Telah Menjahanamkan Pakatan Harapan
Masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan mula menjadi duri dalam daging kepada gabungan pembangkang.
Ia berikutan kegagalan parti itu mematuhi perlembagaannya, menyebabkan permohonan pembangkang mendaftarkan Pakatan Harapan, tidak diluluskan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, berkata masalah PPBM yang berpunca akibat kegagalan mematuhi perlembagaan parti, kini mengheret gabungan pembangkang ke dalam krisis dan bakal menjejaskan prestasi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, katanya, pembangkang perlu menyingkirkan PPBM daripada gabungan mereka jika mahu melihat hasrat menjadikan Pakatan Harapan sebagai gabungan parti yang sah, menjadi realiti.
Konflik dan masalah yang membelenggu PPBM menyebabkan parti itu menjadi duri dalam daging pada Pakatan Harapan.
Duri itu perlu dicabut, atau ia akan memberi kesan yang panjang pada pembangkang.
PPBM tidak ada pilihan selain perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sebelum PRU, namun saya fikir masa tidak memihak pada mereka dan ini akan memberi implikasi besar kepada mereka dan pembangkang lain," katanya.
Beliau menganggap masa depan PPBM malap. Beliau mengulas kegagalan PPBM mengadakan AGM selepas lebih setahun didaftarkan iaitu pada 8 September 2016, susulan gagal menyelesaikan masalah dalaman khususnya membabitkan penstrukturan cawangan dan bahagiannya.
Mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.
Masalah PPBM itu antara punca pendaftaran Pakatan Harapan sebagai satu gabungan tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Satu lagi punca ialah kegagalan DAP menghantar senarai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu selepas bermesyuarat baru-baru ini.
Jeniri berkata, masalah PPBM tidak seharusnya berlaku memandangkan parti itu dipimpin individu berpengalaman dalam politik, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ini menggambarkan kemampuan pemimpin. Bagaimana sebuah parti yang gagal menyelesaikan perkara asas ini, dapat diberikan harapan untuk menguruskan negara," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata kegagalan PPBM menyelesaikan penyusunan organisasi bahagian dan cawangan, berpunca daripada strategi penubuhan parti itu yang kini memakan diri.
PPBM gunakan struktur seperti UMNO, tetapi ini strategi tidak tepat. Mereka gagal kerana faktor perpecahan dalam parti dan kurangnya sokongan akar umbi sehingga gagal laksanakan AGM.
Mereka banyak bergantung pada ahli UMNO yang lompat parti. Mungkin mereka anggap pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin boleh tarik ahli tetapi sebaliknya berlaku.
Perpecahan dalam pula disebabkan ahli yang menyertai PPBM bukan kerana perjuangan parti, tetapi mahukan platform untuk bertanding sebagai calon, menyebabkan akar umbi berpecah dan bahagian bubar dan ahli keluar parti seperti di Perak," katanya.
Mohd Azizuddin berkata, mengikut amalan kebiasaan ROS, parti politik atau pertubuhan yang gagal mengadakan AGM dalam tempoh setahun akan dibubarkan, namun masa depan PPBM bergantung pada rayuan dan budi bicara menteri.
Ketika ini sukar bagi Pakatan Harapan didaftarkan, melainkan PPBM dikeluarkan daripada komponennya. Mereka boleh jadi parti mesra Pakatan Harapan," katanya.




























